BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, December 30, 2008

Terkini Serangan Rejim Zionis di Gaza

Selasa, 30/12/2008 -Dr Moawiya Hassanen, ketua Unit Kecemasan Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza, melaporkan tentera udara rejim Zionis terus menyerang pada waktu Subuh hari Selasa dan membunuh 10 Rakyat Palestin.Mereka turut mengebom pihak medik yang cuba memindahkan mangsa yang cedera. Jumlah maut terkini menjadi 360 dalam kurang daripada empat hari, hampir 1700 cedera .

Serangan udara Israel itu mensasarkan kawasan kementerian di belakang Islam University, kawasan bekas Penduduk Palestin Preventive Security di Tal Al Hawa, kawasan Navy barat Gaza, pusat Qassam Brigades di Timur Al Zeitoon Gaza City, utara jalan Gaza City, satu bengkel tukang besi di tengah Gaza dan sebuah rumah yang menjadi kepunyaan salah seorang daripada pemimpin-pemimpin Al Qassam Brigades di utara Gaza.

Helikopter Apache Israel telah menembak dua peluru berpandu ke arah sebuah pusat kepunyaan Popular Resistance Committees, barat Gaza City. Serangan ini di buat sejurus pihak rejim Zionis mengumumkan 2 orang askar mereka mati dalam satu serangan pejuang Palestin.

TV Al Aqsa Hamas melaporkan beberapa penduduk telah terbunuh dan cedera dalam satu serangan udara yang disasarkan ke arah rumah Ayman Siyam , salah seorang daripada pemimpin briged Al Qassam di Jabalia.

Nota:


sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : gunx



1 Januari 2009

Salam perubahan. Mengenangkan tarikh keramat buat sesetengah pihak yang bakal menjelang ini, hati ana tertarik untuk menulis. Beberapa hari yang lepas, 29 Disember 2008, umat Islam di Malaysia menyambut 1 Muharram 1430H, bermulanya tahun baru dalam kalendar hijrah. Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk mengecap nikmatNYA hingga ke saat ini. Namun, ana agak sedih kerana sambutan tahun baru Hijrah tidaklah semeriah sambutan tahun baru Masihi. Saban tahun kita perhatikan anak-anak muda berhimpun di tempat-tempat tertentu untuk bersama-sama menghitung 'countdown' tetapi beberapa kerat sahaja yang berkumpul di masjid untuk bersama-sama mengaminkan doa akhir tahun dan doa awal tahun serta mendengar ceramah tentang Ma'al Hijrah selepas solat maghrib berjemaah.

Malam tahun baru Masihi dijadikan sebagai satu medium untuk berpesta tanpa mengenal had. Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita sudah menjadi kebiasaan di kalangan anak muda di tapak pesta ambang 1 Januari ini. Malah, cukup mengecewakan apabila yang majoriti berkumpul itu adalah tenaga-tenaga mahir harapan negara. Bagaikan satu kerugian agaknya jika tidak meraikannya bersama kekasih hati. Bukan sahaja dari berpelukan dan bergandingan tangan dengan kekasih hati, malah melihat pelbagai kemungkaran lain lagi yang berada di sekeliling tapak pesta itu pun sudah cukup mengundang maksiat. Ke mana agaknya sensitiviti masyarakat kita apabila berlaku perkara-perkara seperti ini? Lelaki dan wanita Muslim yang berpegangan tangan adalah perkara biasa. Wanita Muslim yang tidak bertudung itu bukankah perkara biasa? Seorang gadis bukan Muslim yang berskirt pendek itu adalah perkara biasa. Semuanya biasa-siasa. Sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan), jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju). Dan itu adalah selemah-lemah Iman". - [Di riwayatkan oleh Imam Muslim #49]

Walaupun dengan sedikit perasaan kurang senang apabila melihat kemungkaran di depan mata, itu sudah cukup untuk seorang Muslim biarpun selemah-lemah iman. Andai kata tiada perasaan lansung apabila kita melihat kemaksiatan itu, maka iman kita pada ketika itu tiada. Bayangkan betapa hinanya diri kita sebagai seorang Muslim yang tidak beriman. Astaghfirullah, nauzubillahi min zalik. Namun, tidak ramai yang sedar akan hakikat ini, yang mereka fikirkan hanyalah orang-orang kolot yang begitu sibuk menjaga tepi kain orang. Tiada lansung rasa benci melihat maksiat, tetapi bencinya kepada orang-orang yang menghalang kemaksiatan itu berlaku. Semoga kita dijauhkan daripada laknat ALLAH. Mungkin Awal Muharram telah berlalu, tetapi ALLAH belum menutup lagi pintu taubatNYA.


P/S: Ada tak insan-insan yang akan turun ke Danga Bay 31 Disember 2008 ini untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar? Mahasiswa pencetus perubahan.


Sunday, December 28, 2008

Perginya Seorang Pemimpin Berjiwa Rakyat

YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban pada pukul 11.45 pagi semalam pada usia 86 tahun.

Jenazah Almarhum baginda ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan esok selepas solat Asar. Pelantikan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru akan diumumkan esok sebelum jenazah Almarhum Tuanku Ja’afar disemadikan di makam diraja Seri Menanti.

Menantu Almarhum, Datuk Seri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar, 59, berkata, Almarhum seorang raja yang baik dan sentiasa memikirkan mengenai pembangunan Negeri Sembilan selain mempunyai minat mendalam terhadap bidang sukan dan sentiasa mahu melihat generasi muda bergiat aktif dalam bidang itu.

Sebagai seorang ketua keluarga, Almarhum sentiasa mengingatkan anak-anak baginda supaya menjadi seorang yang bertanggungjawab dan bekerja keras, kata Tengku Azlan yang juga Anggota Parlimen Jerantut dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan.

Sementara itu, bekas pengawal peribadi Almarhum, Ismail Maidin, 62, berkata, Almarhum Tuanku Ja'afar seorang yang suka merendah diri walaupun menjadi pemerintah negeri.

Masih kekal dalam ingatan Ismail peristiwa ketika beliau mengiringi Almarhum ke London suatu masa dahulu apabila ada seorang wanita tua di situ menegur baginda.

"Sir, from your style (pakaian) you must be somebody, kata perempuan itu dan baginda menjawab, No, I'm only a train driver on holiday," katanya.

Ismail, yang lebih dikenali sebagai Pak Tam berkata, Almarhum sangat disegani kerana selalu berpakaian kemas dan menghormati sesiapa sahaja yang baginda temui.

Bagi bekas pemandu Almarhum, Koperal (B) Mohd Isa Othman, 56, Almarhum bukan sahaja seorang raja yang prihatin tetapi juga seorang yang amat dihormati oleh rakyat.

Mohd. Isa yang berkhidmat dengan Almarhum dari tahun 1990 sehingga 1994 menyifatkan Almarhum bukan sahaja sebagai seorang raja tetapi juga seorang sahabat dan majikan yang prihatin tentang kebajikan pekerja.

"Saya selalu membawa Almarhum, adakalanya baginda akan memandu, untuk bersiar-siar dan saya akan duduk di sebelah baginda sambil bersembang mengenai kemajuan Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila bapanya sakit dan Almarhum menyuruhnya membawa bapanya (bapa Mohd. Isa) berjumpa dengan doktor peribadi Almarhum.

"Almarhum juga amat prihatin dengan pendidikan anak-anak pekerja. Almarhum pernah menyumbangkan bantuan untuk pendidikan anak-anak saya," katanya.

Sumber: Bernama dan Utusan Malaysia Online

Semoga kepimpinan almarhum menjadi contoh buat bakal-bakal pemimpin akan datang.


Monday, December 22, 2008

Salam Takziah

"Dari bumilah KAMI ciptakan kamu, dan ke dalamnya KAMI akan mengembalikan kamu dan daripadanya pula KAMI akan mengeluarkan kamu sekali lagi". (20: 55)

Salam. Hari ini ana mendapat tahu seorang sahabat ana telah kehilangan ayahanda tercinta. Khamis lalu, 18 Disember 2008 merupakan tarikh kelahiran ayahanda ana, tetapi ia juga merupakan tarikh pemergian ayahanda sahabat ana, Almarhum Haji Tuan Mat. Sekalung takziah dan al-Fatihah buat rohnya, semoga mendapat tempat bersama orang-orang yang beriman di sisi ALLAH.

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada KAMI kamu dikembalikan." (29: 57)

Sesungguhnya kematian itu pasti. Tidak kira bila, bagaimana, siapa dan di mana, semua akan merasai mati. Namun, sejauh manakah kita bersedia untuk menghadapi kematian? Cukupkah bekalan amal yang dibawa? Setiap Mukmin mesti sentiasa mengingati kematian, kerana di sebalik perbuatan sentiasa mengingati matilah yang akan meningkatkan amal ibadah kepadaNYA.

Ibn Mas’ud berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Siapakah Mukmin utama? Jawab Nabi SAW: Yang terbaik budi akhlaknya. Dan Mukmin yang manakah yang terkaya? Jawab baginda: Yang banyak ingat mati, dan baik pula persediaannya."

Kita sewajarnya ingat benar-benar akan pesan Rasulullah SAW: "Banyak-banyaklah kamu mengingati kejadian yang akan menghancurkan segala kelazatan iaitu maut (mati)." (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Abu Hamid Allafaf pernah berkata: "Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam iaitu: segera bertaubat, terima terhadap rezeki (tidak tamak) atau qanaah dan tangkas beribadat." (Kitab Tanbihul Ghafilin)

Oleh itu, tanamkan keimanan dalam diri dan istiqamahlah dalam beramal ibadah agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa setelah kematian menjemput. Apabila tidak lupa kepada mati, maka kesannya sungguh baik. Akhlaknya terpuji, ibadatnya bermutu dan menjadi hamba yang sangat disayangi dan diredai ALLAH. Dalam mencari rezeki, dia tidak tamak haloba kerana dia tahu kehidupan di dunia ini hanya persinggahan. Jika melakukan kesilapan, dia akan segera bertaubat kerana dia tahu masa kematian itu adalah rahsia ALLAH.

"Apakah apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah serta menjadi tulang belulang, apakah benar-benar kami akan dibangkitkan (kembali)?." (37:16)

Al-Fatihah buat almarhum, semoga doa anak soleh sentiasa menerangi pusaramu. Amiin.



Saturday, December 20, 2008

AGM, AGM...Ahlan Buat Pimpinan Baru

Salam. Malam ini surau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching menjadi tempat ana menginap. Bukan tak ada saudara mara di ibu negeri Bumi Kenyalang ini, tetapi adik kepada ayahanda ana tu ada hal lain dan terpaksa balik ke kampung. Terserempak pula dengan beberapa orang muslimah yang terlepas 'flite' ke Negeri di Bawah Bayu. Merekalah yang menemani ana di sini malam ini.

Balik ke kampus esok menjanjikan banyak perkara yang perlu ana uruskan. Laporan yang masih belum mencapai 100% lengkap harus disiapkan segera biarpun hari berlansungnya AGM JKM KTC 2008 bakal menjelang kurang lebih lima hari lagi. Tidak sabar rasanya ana hendak melihat wajah-wajah baru bakal pemimpin kolej akan datang. Bagaimana agaknya persiapan mental dan fizikal mereka untuk menjadi wakil siswa-siswi kolej yang bakal menerima amanah berat di bahu mereka? Bersediakah mereka dengan dua pasang kaki yang dipisahkan halatujunya, sebelah berada di syurga dan sebelah lagi di neraka?

Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: "Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin."

Adik-adik, amanah sebagai pemimpin itu sangat berat. Bersedialah dengan tanggungjawab antum untuk membimbing sahabat-sahabat lain, menjaga kebajikan mereka dan menjadi suara yang membawa kehendak serta keinginan mereka. Amanah yang diberikan kepada antum bukan sekadar anugerah, ia sesuatu yang perlu antum laksanakan dengan seikhlas hati. Kita tidak mahu setelah mendapat tempat dalam organisasi, segala tugas diabaikan. Buktikan bahawa antum boleh membawa kolej kita ke mercu kejayaan.

Dalam berorganisasi, jangan lupa pada tujuan asal antum ke sini. Akademik jangan dilupakan. Ana sendiri sangat faham bahawa apabila berorganisasi, kita telalu asyik hingga kadang-kadang kerja itu lebih daripada masa. 24 jam sehari seolah-olah tidak cukup, sedangkan ALLAH telah menetapkan masa yang sama buat semua makhlukNYA. Sebagai pemimpin, setiap detik yang kita lalui sangat-sangat berharga. Masa yang terluang itulah yang perlu kita gunakan untuk mengulangkaji pelajaran yang tertinggal semasa sedang sibuk berprogram.

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al-Asr : 1 – 3). Antum akan melalui saat ini tidak berapa lama lagi.

Adik-adik, paling utama yang perlu antum titikberatkan dalam memimpin sahabat-sahabat adalah niat di dalam hati. Ana harap antum sematkan dalam hati, niat yang betul dan keikhlasan sebagai pemimpin. Apa yang kita niatkan, itulah yang akan kita dapat.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya sesuatu amal itu dengan niat. Sesungguhnya setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana mendapat keredaan ALLAH dan RasulNYA maka dia akan mendapat ALLAH dan RasulNYA. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita yang ingin dikahwininya maka dia akan mendapat apa yang diniatkannya itu".

Sekadar berkongsi ilham yang terlintas di fikiran tatkala insan lain sedang nyenyak tidur di dalam surau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. UTM Skudai, nantikan kepulangan ana.


Friday, December 12, 2008

Iktibar Daripada Kesusahan

"Iktibar Daripada Kesusahan" - kata-kata pada kad nama paling besar yang pernah ana miliki selama berprogram itu terbayang-bayang di mata apabila menilai setiap perkara yang telah berlaku akhir-akhir ini. Beberapa orang sahabat ana sahaja yang sangat faham tentang ini kalau ana ceritakan.

Seawal jam 4.00 pagi dua hari lalu, ana dan sahabat-sahabat ana bersiap-siap untuk bertolak ke tapak program. Program tersebut bermatlamat untuk memantapkan ukhwah antara kami, program rehlah semata-mata. Ana ulang, program rehlah semata-mata, bukan program kampus atau yang sewaktu dengannya. Kami yang sepatutnya bertolak dengan 4 buah kereta hanya bertolak dengan 3 buah kereta pada pagi itu. Kereta yang keempat akan bertolak lewat kerana ada hal lain yang perlu diselesaikan.

Sepanjang perjalanan, ana dan empat orang sahabat lain tidak putus-putus berbincang tentang masa depan. Suasana pagi itu agak berkabus dan ini menyukarkan sedikit pemanduan pilot kereta yang kami naiki. Co-pilot pula sentiasa memerhatikan papan tanda di tepi-tepi jalan untuk memastikan kami menuju ke destinasi yang betul. Pilot kami sentiasa berpesan agar kami bersama-sama memerhatikan jalanraya di hadapan kerana masalah penglihatannya. Sekali kami hampir melanggar bahu jalan kerana jarak penglihatan yang agak pendek akibat kabus tebal pagi itu.

Ana ingat-ingat lupa pada pukul berapa agaknya kami sedang asyik bercerita sehingga tidak perasan pemeriksaan polis di hadapan kami. Kereta di tahan, pilot menurunkan cermin kereta di sebelahnya. Aduh, bagaimana kami semua boleh terlupa untuk saling mengingatkan! Kedua-dua pilot dan co-pilot tidak memakai tali pinggang keledar sejak keluar dari stesyen minyak beberapa ratus kilometer yang lepas! Ana yang selama ini sering mengingatkan sahabat-sahabat ana yang duduk di hadapan agar memakai tali pinggang keledar pun entah mengapa boleh terlupa untuk melakukannya pada pagi ini. Kami diarahkan untuk berhenti di tepi jalan bagi memberi laluan untuk kenderaan lain di belakang kami. Dua kereta yang dinaiki sahabat-sahabat lain di belakang kami dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

Pilot dan co-pilot keluar dari kereta. Ana dan dua orang sahabat ana menunggu dalam kereta dengan perasaan berdebar-debar. Entah berapa agaknya saman yang akan dibayar. Masing-masing menyatakan penyesalan kerana tidak mengingatkan mereka berdua untuk mengenakan tali pinggang keledar. Telefon bimbit ana berbunyi. Nama sahabat ana yang menaiki kereta lain tertera di skrin telefon. Dia memberitahu bahawa mereka mengambil jalan lurus ke hadapan selepas melalui lampu isyarat, pesanan untuk pilot kami. Ana menyimpa pesanan itu sebentar dalam kotak ingatan ana. Sebentar kemudian telefon bimbit ana berbunyi lagi. Kali ini, dari sahabat selaku ketua program yang menaiki kereta ketiga. Dia bertanya akan apa yang telah berlaku sehingga kami ditahan. Ana menerangkan perihal tali pinggang keledar itu kepadanya dan memberitahu supaya meneruskan perjalanan.

Agak lama juga kami menunggu di dalam kereta sebelum pilot dan co-pilot kami kembali ke dalam kereta. Mereka bersosek-sosek tentang saman yang dikenakan. RM300 seorang? RM600 untuk dua orang? RM250 ke? Kami yang berada di belakang tidak senang duduk. Berapa sebenarnya saman yang dikenakan? Pilot tidak menjawab apabila ditanya. Co-pilot usah ditanya kalau pilot sudah tidak mahu memberitahu. Ana segera menyampaikan pesanan sahabat ana kepada mereka berdua. Pilot meminta co-pilot menghubungi sahabat dari kereta yang lain itu. Ana kurang jelas akan apa yang mereka bincangkan, yang pasti mereka telah memasuki simpang yang salah. Alhamdulillah mereka tidak terlalu jauh ke hadapan kerana kami berjumpa semula di lampu isyarat kedua di simpang empat. Kereta kami kembali mendahului dan berhenti sebentar di surau berdekatan untuk solat Subuh sebelum meneruskan perjalanan ke tapak program. Sepanjang perjalanan itu kami tidak tidur. Sejak daripada malam tadi sebenarnya kami semua tidak tidur.

Lebih kurang pukul 7.30 pagi, kami sampai ke tapak program. Alhamdulillah, syukur dipanjat kepadaNYA kerana kami semua sampai dengan selamat. Tentang kes saman itu, ana pun kurang pasti apa yang berlaku antara pilot dan co-pilot kami dengan pihak yang menahan kereta kami dan bagaimana penyelesaiannya. Yang pasti, ia telah diselesaikan dengan baik.


Sampai sahaja di tapak program, kami terpesona dengan keindahan alam ciptaanNYA. Pemandangan di hadapan kami begitu menyejukkan mata. Sempat sahaja kami meniti gigi air dan mengambil gambar sebelum ke pasar untuk membeli bahan-bahan masakan. Pasar di kawasan itu agak jauh dari tapak program kami. Apabila tiba di pasar, ana agak terkejut. Hampir kesemua peniaga di situ dari kaum Cina, hanya dua ‘booth’ (booth ke?) sahaja yang dimiliki oleh kaum ana. Hendak membeli ayam pun berfikir banyak kali. Nasib baik ada ‘booth’ kaum ana yang menegur kami ketika kami mendekati ‘booth’ seorang peniaga Cina yang menjual ayam. Alhamdulillah, RM60 kami habiskan untuk membeli lima ekor ayam yang siap dipotong. Kami tidak berpeluang untuk membeli ikan mahupun sotong, lalu berpesan kepada sahabat yang masih belum bertolak untuk membeli sotong dalam perjalanan ke sini nanti. Ingat lagi ada sebuah kereta yang masih belum bertolak? Sahabat itulah yang ana maksudkan. Kami juga membeli beberapa bungkus roti untuk membuat sarapan.

Kami menyediakan sarapan roti sandwic berintikan sardin untuk santapan semua pada pagi itu. Panjaga chalet sampai di tapak program kira-kira pukul 10.00 pagi. Alhamdulillah, masuk juga kami ke dalam chalet setelah menunggu sejak awal pagi. Kami menyewa tiga buah bilik. 7:5:4, pecahan yang agak pelik, tapi itulah yang kami bahagikan sejak awal lagi. Sahabat-sahabat ana yang mengikuti program tentu faham. Kami berehat di dalam bilik sementara menunggu pukul 11.00 pagi untuk menyediakan makanan tengahari. Ana sendiri tertidur kerana kepenatan. Akan tetapi, tiga kali ana terbangun dari tidur. Kali pertama ana terbangun, ana ‘mengecaj’ telefon bimbit ana yang telah kehabisan bateri sejam sebelum itu (ana memang perlu membeli telefon bimbit baru semester hadapan). Kemudian ana kembali memejamkan mata. Kali kedua ana bangun kerana kurang selesa, ana berpindah ke katil bujang. Kali ketiga ana tersedar apabila pendingin hawa tiba-tiba berhenti berfungsi. Ana tidak terfikir apa-apa pada masa itu, lalu kembali ‘melayari peta dunia’. Kira-kira 11.30 pagi ana bangun kerana terlalu panas, kali ini ana bangun terus. Seorang sahabat ana telah berpindah ke bawah kipas, mungkin kerana hawa bilik yang terlampau panas. Ana memeriksa pendingin hawa. Ana tekan mana-mana butang dan cuba memusing timer. Masih tidak berfungsi. Telefon bimbit ana yang telah penuh baterinya ana periksa. Ada satu mesej diterima daripada ketua program. “Bangun, masak lunch”. Begitu bunyi mesejnya kalau tak silap. Ana segera mengejutkan sahabat-sahabat lain untuk bersama-sama memasak tomyam ayam, lauk tengahari itu. Sambil menunggu sahabat-sahabat lain bersiap-siap, ana memeriksa pendingin hawa sekali lagi. Kali ini ana pusing timer ke arah berlawanan. Bunyi mesin di dalam kotak pendingin hawa itu memenuhi ruang bilik. Alhamdulillah, berfungsi semula. Rupa-rupanya ana tersalah arah sebelum ini.

Kami keluar dari bilik. Sahabat-sahabat yang menghuni dua bilik lain masih tidak kelihatan. Kami segera menyediakan bahan-bahan untuk memasak tomyam. Sempat juga kami berpesan kepada sahabat dari kereta terakhir untuk membeli beberapa bungkus gula untuk membuat sirap mangga. Agak banyak juga bahan yang terlupa kami beli sebelum bertolak ke sini. Namun, kami tidak putus harapan kerana masih ada sebuah kereta dalam perjalanan ke sini. Di samping memasak tomyam dan menggoreng ayam, kami juga menyediakan bahan-bahan untuk memerap ayam untuk dipanggang pada malamnya. Ana mengisar bahan rempah di dalam bilik. Beberapa kali sahabat ana keluar masuk bilik untuk menjenguk dan menghantar bahan yang perlu dikisar. Namun, kerja-kerja mengisar bahan perap ayam diberhentikan sebentar setelah pengisar menunjukkan tanda-tanda terlalu panas akibat telah lama bekerja.

Ana keluar dari bilik dan meletakkan bahan-bahan yang telah dikisar di atas meja di luar bilik. Ketika itulah ana terpandang wajah-wajah yang penuh kekalutan itu. Ketua program ana kelihatan keluar dari bilik mereka sambil mencapai jaketnya. Dengan tergesa-gesa, pilot kereta yang ana naiki ke sini pagi tadi masuk ke dalam kereta bersama-sama dengan co-pilot dan ketua program. Ana tidak terfikir apa-apa. Ana masuk semula ke dalam bilik untuk mengemas barang-barang yang digunakan untuk mengisar tadi. Ketika itu, sahabat ana masuk ke dalam bilik untuk solat jamak takdim. Ana melihat jam di telefon bimbit ana. Jam hampir pukul 2.00 petang, tapi kereta yang terakhir masih belum sampai. Hati ana sudah kurang senang, lambatnya.

Ketika gundah itulah seorang lagi sahabat ana masuk ke dalam bilik. “Eh, macam mana dengan mereka tu? Dengar kata, ada accident.” Ana terkesima. Segera ana dail nombor ‘dia’, sahabat yang naik kereta terakhir. Panggilan tidak disambut. Ana mula risau. Nombor sahabat lain yang menaiki kereta keempat itu pula ana dail. Lama ana menunggu baru butang telefon bimbit di sebelah sana ditekan. Ana bertanya situasi mereka ketika ini setelah salam bersambut. Suara sahabat ana putus-putus memberitahu bahawa mereka telah terlibat dengan kemalangan. Tentang hujan, tentang lori, tentang dia yang duduk di sebelah pemandu, tentang darah, tentang klinik kesihatan. “Aku ok, tapi ‘dia’... ‘dia’ teruk~” Air mata ana mengalir laju. Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun. Musibah telah menimpa kami. Kala itu panggilan terputus. Sahabat yang mendengar perbualan kami menenangkan ana. Inikah puncanya hati yang gundah sebentar tadi? Ya ALLAH, KAU lindungilah mereka. Jauhkan dari sebarang malapetaka yang lain.

Kami keluar dari bilik. Berita itu dikhabarkan kepada sahabat-sahabat yang lain. Semua wajah di sekeliling ana nampak murung. Kebimbangan bertaut di hati masing-masing. Kami meminta izin untuk turut ke klinik. Kami ingin menenangkan sahabat-sahabat di sana. Namun, co-pilot yang ana hubungi menegaskan agar kami tidak ke klinik. Mungkin kerana bimbang kalau-kalau kami akan hilang kawalan di sana. Kami bersedih kerana tidak dibenarkan untuk ke klinik. Entah apa nasib sahabat-sahabat ana di sana. Kami yang tinggal di tapak program menunggu penuh sabar. Sebarang bunyi dari telefon bimbit dan pergerakan kenderaan di jalan masuk menjadi sensitiviti bagi kami. Entah beberapa kali kami menoleh ke jalan masuk, namun kereta biru yang diharapkan tidak muncul-muncul. Telefon bimbit ana berbunyi entah untuk ke berapa kali. Pilot yang menelefon dan meminta kami menjamah makanan terlebih dahulu. Baru ana sedar perut kami semua belum terisi sejak selepas sarapan pagi tadi. Ana sempat bertanya bagaimana keadaan di sana. ‘Dia’ masih dalam wad kecemasan. Pilot berpesan kepada dua orang sahabat ana agar keluar sebentar untuk membeli nasi. Dengan hati yang berat kami menghantar mereka dengan pandangan mata. Hati yang galau membuntukan fikiran. Kami bertekad untuk tidak mengkhabarkan berita ini kepada sesiapa di luar program sebelum mendapat kepastian yang lebih lanjut tentang keadaan dia. Pelbagai nama terbayang-bayang di fikiran ana. Kami menunggu kepulangan mereka dengan sabar. Benar, penantian itu satu penyeksaan. Namun, fikiran ana hanya mengharapkan ketiga-tiga sahabat yang menaiki kereta terakhir itu tidak apa-apa dan akan kembali bersama-sama kami pada petang ini juga.

Beberapa kali kami menoleh ke jalan masuk. Sudah beberapa buah kereta masuk namun bukanlah kereta-kereta yang kami harapkan. Agak lama kami menunggu sahabat-sahabat yang membeli nasi, hingga timbul kegusaran yang meningkat-ningkat. Seorang sahabat yang bersama-sama ana menghubungi mereka. Mereka dalam perjalanan ke chalet. Walaupun dalam perjalanan, itu masih tidak meredakan rasa bimbang di hati kerana kemalangan yang berlaku sebentar tadi tidak jauh dari tapak program. Mereka sudah hampir sampai, namun segala-galanya berlaku sekelip mata. Alhamdulillah, kelibat sahabat-sahabat yang membeli nasi kelihatan tidak lama selepas itu. Sahabat itu memberitahu kami agar bersedia dengan apa sahaja keadaan dan mengemas barang-barang kerana mungkin kami akan pulang pada malam itu juga. Semuanya bergantung kepada keputusan ketua program. Sahabat itu juga memberitahu bahawa ‘dia’ akan dipindahkan ke hospital di kota. Ya ALLAH, teruk sangatkah keadaan ‘dia’ hingga perlu ke hospital lain? Kami menerima segala berita terkini dengan bermacam-macam harapan baru.

Sambil menjamah makanan, kami muhasabah diri. Mengenang setiap detik yang dilalui untuk melaksanakan program ini. Menilai setiap matlamat dan niat kami. Saat itu juga penjaga chalet datang. Dia telah mengetahui tentang berita kemalangan itu. Dia juga yang bersungguh-sungguh menceritakan keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan dan memberitahu kami agar segera mengambil barang-barang di dalam kereta tersebut kerana khuatir akan berlaku kecurian. Bersungguh-sungguh dia ingin membantu kami hinggakan dia sendiri yang menghubungi ketua program untuk memastikan keadaan pada masa itu. Masya ALLAH, dia sungguh baik hati. Semoga ALLAH sentiasa memberkatinya. Ketika itu, telefon bimbit ana berbunyi lagi. Nama pilot kereta yang ana naiki pagi tadi tertera pada skrin telefon. Sebaik sahaja ana menyambut panggilan itu, kedengaran bunyi ambulans di hujung talian. Pilot memberitahu bahawa mereka sedang dalam perjalanan ke hospital. ‘Dia’ berada dalam keadaan separa sedar. Pemandu kereta terakhir turut berada di dalam ambulans tersebut. Pilot berpesan agar kami bersedia untuk menyambut sahabat ana yang lagi seorang. Sahabat yang ana hubungi sebaik mengetahui tentang kemalangan tersebut. Dia sempat bertanya keadaan kami dan meminta agar ana menjaga sahabat-sahabat lain di sini. Mungkin pada malam itu kami akan pulang atau pagi esoknya, bergantung kepada ketua program.

Ketika sahabat ana yang terlibat dengan kemalangan itu sampai, ana menyambutnya. Dia tersenyum. Ana nampak jahitan di kelopak mata kanannya. Tudung yang dipakai berlumuran darah. Sempat pula dia menyerahkan bekas air yang telah pecah dan penutupnya dicemari darah. Ana menunjukkan bilik kami. Dia berjumpa dengan sahabat-sahabat yang lain. Hampir sahaja dia menitiskan air mata ketika menceritakan bagaimana kemalangan itu boleh terjadi. Sebak hati ana apabila melihat luka-luka dan lebam-lebam di tubuhnya. Dia membersihkan diri ketika kami mengemas barang-barang program. Ana tidak ingat jam berapa, ketua program dan co-pilot sampai ke tapak program petang itu. Dia memberitahu bahawa kami akan pulang pagi esok kerana perlu menguruskan hal kereta dan laporan kemalangan di balai polis. Ibu ‘dia’ telah diberitahu tentang anak bongsunya dan alhamdulillah, tenang sahaja ibunya mendengar perkhabaran ini. Petang itu juga ana dan dua orang sahabat ana bersama-sama dengan ketua program bertolak ke hospital di kota. Sahabat yang lain akan menunggu di chalet yang telah dipenuhi dengan orang-orang yang tidak dikenali pada petang itu. Orang-orang ini bak kata ketua program, pekerja-pekerja dari kilang berdekatan. Ana kurang pasti kebenarannya, abaikanlah.

Kami sampai di hospital setelah maghrib. Pilot menyambut kami di sana dan membawa kami ke wad kecemasan. Kelihatan sahabat yang memandu kereta terakhir duduk lesu di luar wad. Dia tidak sedar kehadiran kami. Ana dan seorang sahabat ana mendekati dan memeluknya. Ya ALLAH, sedihnya kala itu. Kesusahan tergambar di wajahnya yang pucat. Air mata kami mengalir melihat keadaannya ketika itu. Baju putih yang dipakainya dicemari darah yang telah kering. Dia tidak henti-henti menyatakan rasa bersalah dan mengungkapkan kata maaf. Ketika itu, seorang pesakit lain menegur kami. Dia memberitahu bahawa sahabat kami yang masuk wad kecemasan telah keluar dibawa ambulans ke hospital JB sebentar tadi. Kami terkejut, tidak menyangka akan terlepas ambulans. Selepas satu, satu pula yang menimpa. Akhirnya kami memutuskan untuk membuat laporan di balai polis terlebih dahulu setelah memberitahu ibu ‘dia’ akan berita terkini tentang anaknya.

Hati bertambah sebak melihat keadaan sahabat yang memandu kereta terakhir apabila dia berdiri dan mula melangkah. Langkahnya perlahan dan terhincut-hincut. Ya ALLAH, hati kami risau seandainya berlaku apa-apa pada kaki kirinya. Tidak putus-putus kami menasihatinya agar membuat pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Bimbang kalau-kalau ada bahagian yang retak kerana sebelum ini dia pernah patah tulang pada kaki kirinya. Dia bersetuju untuk melakukan pemeriksaan pada keesokkan hari. Semasa di balai polis, pemilik sebenar kereta terakhir sampai dan menyatakan rasa leganya apabila mengetahui semua yang terlibat dengan kemalangan selamat. Ana sendiri hampir menitiskan air mata apabila sahabat ana berkali-kali meminta maaf kepada pemilik kereta terakhir itu. Pemilik kereta itu tidak kisah dengan kereta yang sudah hampir tidak boleh dipakai akibat enjin yang telah rosak teruk kerana kos membaiki kereta itu masih boleh ditampung dengan insurans. Dia, isterinya dan seorang kawannya bersama-sama kami menemani sahabat ana membuat laporan kemalangan. Ana lihat beberapa kali sahabat ana menitiskan air mata semasa membuat laporan itu. Wajah bengis dan hati batu pencatat laporan langsung tidak membantu menenangkan perasaan sahabat ana. Lama kami menunggu barulah sahabat ana itu keluar dari bilik tersebut.

Kami diminta menunggu kedatangan seorang pegawai berpangkat sarjan untuk melengkapkan proses laporan sebelum beredar. Dua orang sahabat ana pergi mengisi perut dan membelikan makanan untuk kami sementara menunggu kedatangan sarjan tersebut. Emosi sahabat ana yang menjadi pemandu kereta terakhir nampak lebih tenang sedikit daripada ketika di hospital tadi. Dengan bersandar beralaskan lengan ana, dia masih menyatakan rasa bersalahnya. Ana dan seorang sahabat ana tidak putus-putus menyuntik kata-kata semangat agar dia tidak menyalahkan dirinya sendiri kerana semua yang berlaku ini adalah ketentuan dariNYA. Kalau bukan dia yang memandu pun, jika ALLAH kehendaki, kemalangan tetap akan berlaku (2:117).

Ketika menunggu itu, kami mendapat tahu bahawa ‘dia’ sedang menunggu untuk menjalankan proses pembedahan. ‘Dia’ telah menghantar mesej kepada sahabat ana yang tinggal di chalet. Kami segera membuat panggilan telefon untuk mengetahui keadaannya. Sahabat ana yang memandu kereta terakhir mengucapkan kata maaf untuk ke berapa kali kepada ‘dia’. Kali ini air matanya tidak tertahan lagi untuk mengalir. Kami berusaha menenangkannya. Ana juga berkesempatan untuk bercakap-cakap dengan ‘dia’. Mendengar suaranya yang serak-serak seperti baru selepas menangis menambah sebak di hati ana. ‘Dia’ memberitahu bahwa mungkin dia perlu membuat pembedahan plastik kerana keadaan luka di kelopak matanya agak teruk. ‘Dia’ sendiri tidak tahu sama ada matanya turut terjejas kerana mata kirinya dibalut. Ana asyik bertanya sama ada ‘dia’ berasa sakit atau tidak. Sempat juga ana berseloroh memintanya supaya jangan menangis kerana khuatir akan menambahkan rasa sakit. Gelak tawanya kedengaran sayu di telinga ana. Ana tidak lupa memberitahu bahwa ibunya telah mengetahui hal yang telah berlaku dan berpesan kepadanya agar segera menelefon ibunya selepas ini. Sahabat ana yang memiliki telefon bimbit itu pula tidak berputus asa menaikkan semangat ‘dia’, memberitahu bahawa kami semua akan melawatnya keesokkan hari, berpesan supaya ‘dia’ mesti segera sembuh dan keluar wad agar boleh menyaksikan ‘persembahan’nya (entah apa sahajalah persembahan yang dimaksudkan... :p) sebelum memutuskan talian.

Ketika menunggu itu jugalah sepupu sahabat ana yang memandu kereta terakhir yang tinggal di kawasan berdekatan datang dan bertanyakan keadaannya. Mereka turut bersama-sama kami menuggu kedatangan sarjan. Dua orang sahabat ana yang pergi membeli makanan kembali tidak berapa lama kemudian. Tidak lama selepas itu juga sarjan yang ditunggu sampai. Berbeza sekali perwatakan sarjan tersebut dengan pegawai pencatat laporan sebentar tadi. Sarjan itu lebih ramah dan tidak lupa untuk bertanyakan keadaan sahabat ana yang terlibat dengan kemalangan. Selepas melengkapkan proses laporan, sarjan itu memberitahu kami bahawa dia telah melihat keadaan ‘dia’ di hospital. Luka di kelopak mata kiri dan di dahi sahabat ana yang lagi sorang itu agak teruk juga, katanya. Ana berdoa di dalam hati agar tidak ada apa-apa yang lebih teruk lagi menimpanya. Sahabat ana dikenakan saman sebanyak RM300. Sebelumnya, mahu sahaja sarjan itu mengenakan saman RM5000 kerana kesalahan pemandu yang menyebabkan kecederaan kepada orang lain, tetapi melihatkan sahabat ana masih seorang pelajar, dia mengurangkan jumlah saman kepada RM300. Alhamdulillah.

Selepas beberapa minit berbincang, kami memutuskan untuk kembali ke chalet pada malam itu juga. Ketua program terpaksa akur dengan kedegilan kami setelah puas memujuk agar salah seorang daripada kami menumpang pemilik kereta terakhir untuk kembali ke kampus. Akhirnya seorang sahabat yang lain menawarkan diri untuk menumpang pemilik kereta itu. Ana, sahabat yang memandu kereta terakhir, pilot, ketua program, dan seorang sahabat ana segera bertolak ke tapak program tidak lama selepas itu. Sepanjang perjalanan, ana berusaha untuk tidak tidur kerana bimbang setelah apa yang berlaku siang tadi. Akan tetapi, beberapa kali ana tersengguk-sengguk kerana terlalu mengantuk. Sahabat di sebelah ana telah lama tertidur. Jam menunjukkan lepas tengah malam apabila kami tiba di chalet.

Astaghfirullah, hati ana terkejut melihat keadaan di chalet. Benarlah kata-kata seorang sahabat yang tinggal di chalet melalui mesej yang diterima di balai polis semasa menunggu sarjan tadi. ‘Orang-orang lain’ yang turut menyewa chalet itu telah menguasai tapak program. Lagu-lagu dipasang sekuat-kuatnya seolah-olah mahu ikan-ikan di dalam laut turut menari bersama-sama mereka, pergaulan tidak terbatas antara lelaki dan perempuan, pakaian yang seakan tidak cukup kain, dan bermacam-macam lagi perkara maksiat di hadapan mata kami. Ya ALLAH, adakah perkara ini yang ingin KAU jauhkan daripada kami? Begitu indah ketentuanMU, ya ALLAH. Kami segera masuk ke bilik, tidak mahu terus menghadap semua itu. Sahabat-sahabat lain yang menunggu kami menyambut kedatangan kami. Entah kenapa ana rasakan senyuman di wajah-wajah itu bukan dari dasar hati. Dua orang sahabat ana kelihatan seperti baru lepas menangis. Ana bertanya apa yang telah berlaku semasa ketiadaan kami sehingga mata mereka bengkak memerah, namun tiada jawapan yang ana dapat. Ana biarkan sahaja dahulu. Semua telah kepenatan, sahabat-sahabat ana terus tidur selepas bersama-sama menjamah ayam panggang dan berkongsi kisah sahabat yang terlibat dengan kemalangan. Hanya ana dan seorang sahabat ana yang bersama-sama ke hospital sahaja masih berjaga untuk mengemas makanan. Ketika mencuci perkakas makanan, dia memberitahu ana perkara yang mengganggu ketenangan hatinya sekembali dari balai polis tadi. Tentang wajah muram sahabat-sahabat yang lain, tentang mata dua orang sahabat kami yang bengkak memerah kerana menangis, tentang seorang sahabat yang hampir mengatakan sesuatu, tetapi ditahan supaya tidak terkeluar terus kata-kata yang ingin diluahkan. Seperti ada sesuatu yang lain telah mengundang keresahan sahabat-sahabat yang tinggal di chalet, tetapi kami tidak tahu apa yang telah berlaku.

Pagi esoknya, ketua program memberitahu kami akan bertolak pulang lewat sedikit kerana tayar kereta biru telah pancit. Kami perlu menunggu sehingga tayar itu ditukar. Ana membuat panggilan telefon kepada sahabat yang menemani ‘dia’ di hospital. Sahabat ana di JB yang sepatutnya ikut sama ke program tetapi terpaksa dibatalkan hasratnya kerana ada hal lain yang tidak dapat dielakkan. Begitu indah aturan ALLAH, sahabat ana itu rupa-rupanya telah diatur untuk berada disamping ‘dia’, menemaninya di hospital. Andai kata sahabat itu ikut sama ke program, entah siapa-siapalah yang rela hati untuk menjaga ‘dia’ di sana. Ana bertanya sama ada luka di kelopak mata ‘dia’ telah dijahit (entah kenapa doktor tidak jadi melakukan pembedahan plastik). Sahabat ana memberitahu proses jahitan belum dilakukan kerana doktor belum datang lagi. Ana juga memberitahu bahawa kami akan ke hospital tengahari ini bergantung kepada masa bertolak kerana tayar kereta yang pancit.

Pukul 11 lebih kami bertolak ke JB. Pada masa itu, luka ‘dia’ telahpun dijahit. Memandangkan masa yang begitu suntuk, ketua program memutuskan untuk melawat pada sebelah petang kerana kalau kami sampai di JB nanti, masa melawat pada waktu tengahari tentu sudah habis. Kami mengisi perut di sebuah kompleks membeli-belah dalam perjalanan ke JB sambil membeli buah tangan untuk ‘dia’. Pukul 4.00 petang, kami bertolak ke hospital JB.

Sampai sahaja di hospital, kami terserempak dengan sahabat ana yang menjaga ‘dia’ (ana tidak pasti sama ada dia memang menunggu kami atau terserempak secara kebetulan). Sahabat ana membawa kami ke wad ‘dia’. Dari jauh, ana nampak ‘dia’ sedang tidur. Mata kirinya berbalut. Sebaik terdengar suara kami, ‘dia’ terbangun. ‘Dia’ tersenyum dan melambaikan tangannya ke arah kami. Alhamdulillah. Noktah.

Muhasabah diri – balik sahaja dari hospital petang itu kami berkumpul di bilik sahabat ana yang memandu kereta terakhir. Kami bermuhasabah diri, menilai setiap yang telah berlaku. Banyak perkara telah kami pelajari dari program kali ini. Setiap apa yang berlaku itu nyata ketentuan dariNYA (2:216). DIA telah mengatur segalanya dengan begitu indah agar kami mengambil iktibar daripadanya. Mungkin kami telah merancang untuk mengeratkan ukhwah antara kami dengan cara kami, tapi DIA punya caraNYA sendiri untuk mengeratkan ikatan itu. Dari segala kesusahan yang telah kami lalui bersama dalam program kali ini, nyata ukhwah antara kami selepas ini menjadi lebih erat. Mungkin juga DIA mahu menjauhkan kami dari kemaksiatan yang berlaku di chalet selepas kedatangan ‘orang-orang lain’ itu. Alhamdulillah. Kami turut diuji dengan ketaatan kepada pemimpin. Mungkin sebelum ini kami asyik mengikut kepala kami, hati kami, tanpa mahu mengikut kata-kata pemimpin kami. Maka kali ini, DIA menguji kami dengan apa yang telah berlaku akibat daripada tidak patuh kepada pemimpin. Setiap daripada kami menilai niat dalam hati masing-masing. Apa sebenarnya niat kami ke program kali ini? Sejauh mana hati kami ikhlas ke program kali ini untuk mengeratkan ukhwah antara kami? Dalam setiap perkara, niat itu perkara paling utama – “betulkan niat, ikhlaskan hati” – kata-kata yang sering menjadi ‘tagline’ sesama kami. Mata hati kami turut dibuka untuk menilai kepercayaan yang ada antara kami dan pihak di sekeliling kami. Kepercayaan itu bukan sesuatu perkara yang mudah, untuk membentuknya memerlukan masa dan kebersamaan. Kepercayaan itu boleh dinilai apabila kita berada dalam kesusahan, kepada siapa dahulu kita memberi seribu pergantungan (sahabat-sahabat yang tinggal di chalet semasa ketiadaan kami yang ke hospital di kota tentu faham). Selepas ini, kami akan bersama-sama memulihkan semangat antara kami setelah apa yang berlaku. Semoga setiap kesusahan yang kita alami memberi iktibar kepada kita. Induksi terakhir, induksi penuh makna. Sahabat-sahabat, uhibbukum fillah!

Adakah ini sekadar fantasi pena? Tidak, ini realiti kehidupan 22-23 November 2008.


Saturday, November 29, 2008

Induksi Penuh Makna - Segalanya KetentuanNYA

Salam. Tunggu kisahnya wahai sahabat. Uhibbukum fillah. Bak kata seorang junior, semusim bersama seabad terasa, segalanya segar dalam ingatan. Tetap diingati sebagai tahun yang penuh memori indah.


Thursday, November 13, 2008

Debu - Tobat Berkali-kali



Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Az-Zumar, ayat 53)

Dari Anas bin Malik ra. berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Allah SWT berfirman: “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepadaKu dan berharap kepadaKu akan aku ampuni apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli! Wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit dan kemudian engkau meminta ampunan kepadaKu akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang kepadaKu membawa kesalahan sebesar dunia kemudian engkau datang kepadaKu tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.” (Hadith Qudsi Riwayat Tirmidzi ia berkata, “Hadith ini hasan shahih.”)

Taubatlah Wahai Pendosa!

Jikalau kamu bertaubat
Tetapi selalu tergoda
Dan kau lemah, tidak kuat
Taubat lagi wahai pendosa

Taubat diterima Tuhan..
Kembali lagi kembali
Sampai taubatmu bertahan
Taubatlah berkali-kali!

Ya Rabb, kami memohon kepadaMu agar mensucikan hati-hati kami dari kotoran dengki dan iri hati, kecenderungan kepada keburukan dan nista, penyakit dendam dan benci, serta tanamkanlah rasa cinta dan kasih sayang ke dalam hati kami. Penuhilah seluruh hari-hari kami dengan kebaikan dan ikhtiar memperbaiki hubungan sesama manusia dan mendekatkan diri kepadaMu! Amiin Ya Rabb.

http://muhtarsuhaili.wordpress.com




Doa Cinta - Debu


Tuesday, November 11, 2008

~Lemahnya Diri Ini~


Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…

Ya Allah…
Lemahnya diri ini..
Kami pohon kekuatan daripadaMu
Tuntunilah langkah kami
Biar hanya mampu merangkak
Itu pasti lebih baik
Daripada terus rebah dalam kaku

Berikan kami peluang
Merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam
Atas kejahilan kami mengenal makna
Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

http://profiles.friendster.com/wnaas
~syukran ukhti~


Monday, November 10, 2008

Ikhtilat Alam Maya

Assalamualaikum, di sini ana ingin berkongsi satu post drp sahabat ana yg dihantar melalui yahoogroups sekolah dulu. ana kira ia satu perkara menarik utk dibahaskan bersama. ramai sahabat2 ana yg mereply kpd email tersebut dan bnyk masukan yg ana dapat, cumanya nk kongsi dgn ikhwah akhawat lain, mgkn ada yg blh bg input drp perspektif yg berlainan.

sblm tu, ni serba sedikit legend utk post berikut:
YM = yahoo mesenger
YG = Yahoogroups
Al-amin = sekolah islam al-amin
banat = perempuan
banin = lelaki
fasa = former al-amin school association (alumni skolah)
ana = saya

KES:

Td ana bru sahaja terchatting bersama salah seorg daripada banat x- amin, ahli YG fasa kita. (Ana ditegur oleh dia, dan apabila ana menta'aruf diri ana sbg seorg banin, maka dia terus berhenti dari meneruskan perbualan, dgn katanya "xpelah xnk sembang dgn bnn". Ana setuju, kami masing² menghentikan perbualan. begitulah berakhirnya).

ANALISIS KES:

1. Banat yg berkenaan dgn kefahaman yg dia miliki berusaha utk mengelakkan daripada berlakunya ikhtilat tak syar'ie.

2. Ikhitlat yg kita semua cuba elakkan adalah ikhtilat tak syar'ie. Tapi ana tak pasti, adakah semua dikalangan kita memahami tentang apa yg dimaksudkan dgn ikhtilat tak syar'ie ?. kerana di sana terdapat ikhtilat Syar'ie yg dibenarkan oleh syara'.. yg hukumnya jatuh menjadi harus.

3. Apakah keadaan dan status medium YM yg kita gunakan dalam Muamalah bighairi an-Nazhar baina mukhatabatain fa aksar, baina Rijal wa Nisa' (komunikasi tanpa melihat antara dua communicator atau lebih, antara lelaki dan perempuan), adakah dikira sebagai medium ikhtilat tak syar'ie atau ikhtilat syar'ie ?

4. Jika YM ini adalah medium bagi ikhtilat tak syar'ie antara lelaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram, maka apakah boleh kita menggunakannya? apakah bezanya antara YM dan YG?, yg keduanya² merupakan wasilah berkomunikasi atas dasar sms dan emel, dgn perbezaan YM (komunikasi secara langsung) manakala YG (komunikasi secara tak langsung).

Jika YM merupakan medium ikhtilat tak syar'ie maka YG juga jatuh hukum ikhtilat tak syar'ie? Kerana dalam YG juga berlakunya hubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. (ini adalah pendapat yg agak syadid, menolak penggunaan kedua²nya secara total dari konteks asasnya tanpa ruang toleransi).

5. Perbezaan kedua; YM merupakan bentuk komunikasi personal dan privacy antara 2 individu manakala YG komunikasi dalam bentuk umum lebih daripada dua individu. Dalam erti kata lain YM blh dikira sebagai medium berdua²an ikhtilat tak syar'ie yang dilarang oleh Islam. manakala YG terkeluar daripada kondisi berdua²an kerana komunikasi yg berlaku walaupun antara lelaki dan perempuan bkn mahram, ianya diketahui umum. (Ini adalah pendapat yg mu'tadil, tak brp syadid, memberi ruang toleransi dan membezakan secara jelas konteks asas penggunaan YM dan YG)

6. Dalam sudut yg lain, pendapat yg membenarkan penggunaan YM dengan mengatakan bahawa YM tak termasuk dalam medium tak syar'ie dgn berpegang bahawa ikhtilat tak syar'ie hanya berlaku apabila perbualan itu terdapat unsur² yg tak baik. Jika perbualan itu berkisar ttg perkara² asasi dan umum seperti: kabar sihat sakit, pengajian, kerja dsb serta tak meleret² tanpa tujuan maka ianya adalah dibenarkan.

PENJELASAN:

Dalam masalah ini, kita mempunyai beberapa pilihan berdasarkan beberapa qaedah fiqhiyyah;

1. Pilihan pertama: kita menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'Saddu az-Zara'ie'. (menyekat atau menolak segala punca berlakunya ikhtilat tak syar'ie kerana dikhuatiri kita tak mampu mengawalnya jika dibiarkan berterusan). qaedah ini agak syadid dalam konteks muamalah alam maya.

2. Pilihan kedua: kita tidak menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'La Tafrit Wa La Ifrat '. (Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu melampau). Melalui qaedah ini kita mengawal perbualan kita supaya tidak meleret² tanpa hala tujuan dan terkeluar dari maslahat asasi dan umum. KIta tak terlalu syadid menolak penggunaan YM sehingga menolak qaedah 'al-Aslu fil Asyya' al-Ibahah' (Asal sesuatu perkara itu adalah harus atau dibolehkan).

sebenarnya ada byk lg perbahasan dan bermacam² qaedah fiqhiyyah yg menyentuh bab muamalah antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara umum mengikut jumhur. cuma ana hanya menyentuh berdasarkan skop asas maslahah sahaja tanpa huraian lbh dalam.


KESIMPULAN:

Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada 2: Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.

Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada qaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).


Sila respon demi maslahat bersama...

waAllahu'alam bi ilmin Zaid 'Ala Zatih.

Muhammad Abdul Rahim b. Kamarul Zaman
Bicara dari Hayyu 7 Madinah Nasr,
Batch 2 Sek Islam Al-Amin Bangi,
Final Year, Usuluddin, major Theology and Philosophy
Uni. Al-Azhar, Cairo.

-dipetik dr forum.purebase.com-

http://izaanirfan.multiply.com/journal/item/29/Ikhtilat_Alam_Maya


Monday, November 3, 2008

Final Exam...?

Salam. Masa untuk bersengkang mata telah tiba. Bantu ana untuk faham ya ALLAH...

"Ya ALLAH! Kurniakanlah kami fahaman para nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham para malaikat yang hampir denganMU, juga kurniakanlah kami kesihatan wahai Yang Amat Mengasihani."

Ma'at taufiq wan najah buat semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester. Lipat gandakan usaha, doa, dan tawakkal hanya kepadaNYA Yang Maha Bijaksana. Salam final exam~


Saturday, November 1, 2008

Jendela Hati

Salam. Syukran nabila~~


Monday, October 27, 2008

Rabithah - Izzatul Islam

Salam ukhwah. Lirik lagu yang merupakan doa rabithah ini hampir ana hadam. Bait-bait kata dalam lirik lagu tema filem Sang Murabbi ini begitu menyentuh perasaan. Semoga ALLAH menyatukan hati-hati para dai'e yang memperjuangkan agamaNYA dan memenuhkan hati-hati mereka dengan cahaya RabbaniNYA yang tidak kunjung malap. Takbir!


Jika ingin download lagunya, sila klik link di bawah
Download Rabithah – Izzatul Islam
Download Sang Murabbi – Izzatul Islam

Friday, October 24, 2008

Make a Difference



Thursday, October 23, 2008

Diri Yang Sering Terlupa

Ya ALLAH, hambamu ini sering terlupa kekurangan diri. Ampuni hamba dan bimbinglah hamba ya RABB...

Sahabatku Sayang dan Tekanan

Salam. Hari ini ana mendengar kisah daripada seorang sahabat. Kisah perjuangan seorang mujahidah yang sentiasa ditimpa pelbagai ujian dariNYA. Sahabat ana (tidak perlu ana sebut namanya) ini lahir di Kuwait, membesar di Malaysia. Mak dan abahnya bersama-sama menimba ilmu di Tanah Ratu. Entah mengapa tiba-tiba akhir-akhir ini sahabat ana agak terganggu dengan berita yang mengharukan hidupnya. Berita tentang abahnya yang ingin membina masjid baru, yang kemudiannya menyebabkan kedua orang tuanya kembali ke Malaysia untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Peristiwa yang hampir menyebabkannya rebah namun berdaya untuk dihadapi dengan sokongan sahabat-sahabat dan munajat kepada Sang Pencipta baru sahaja diselesaikan dua hari lepas. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran menghadapi ujian ALLAH, abahnya berubah fikiran selepas berbincang dengan atuk di kampung.

Apa yang ingin ana bincangkan bukanlah tentang sahabat ana semata-mata, namun tentang bagaimana kita menghadapi tekanan yang bermacam-macam dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang Muslim, adakah kita semua tahu tentang tarbiyyah? Adakah kita semua tahu kehidupan ini adalah salah satu proses tarbiyyah? Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan ALLAH, namun kita tidak akan terlepas daripada ujianNYA. Ujian ALLAH merupakan tarbiyyah daripadaNYA. Manusia dituntut untuk sabar menghadapi ujian hidup di dunia. ALLAH bertegas bahawa sifat sabar merupakan instrumen paling penting untuk setiap makhlukNYA menghadapi setiap ujian yang diberikan demi menguji keimanan.

Sabar bermaksud hati teguh dan tidak melawan terhadap sesuatu dan lawannya ialah gelisah. ALLAH ada merakamkan kata-kata satu kaum yang menidakkan sabar dan berputus asa dengan rahmat ALLAH.

FirmanNYA yang bermaksud:

“Sama saja kepada kita, sama ada kita menggelisah, mengeluh atau kita bersabar, tiadalah sebarang jalan bagi kita untuk melepaskan diri (daripada azab itu).” (Surah Ibrahim, ayat 21)

Menurut Dr Mohd Yusuf Al-Qardhawi, sabar adalah sebesar-besar akhlak al-Quran kerana kalimah itu sering disebut dalam kitab suci dan ia bukan saja merujuk kepada surah mengajar manusia mengenai iman tetapi juga surah yang menerangkan cara hidup manusia mukmin.

Sebagai seorang Muslim, kita perlu sedar bahawa kaedah terbaik menangani tekanan adalah dengan berpegang erat kepada ajaran dan syariat Islam. Islam menganjurkan mereka yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan ALLAH.

ALLAH memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan melalui firmanNYA yang bermaksud:

“Demi sesungguhnya! KAMI akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan daripada harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALLAH dan kepada ALLAH jugalah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)


Seperti ketentuan ALLAH, setiap apa yang ada di dunia ini berpasangan, seperti mana siang dan malam atau lelaki dan perempuan, begitu jugalah kesenangan dan kesukaran atau rahmat dan dugaan.

Kita harus menerima hakikat kehidupan manusia akan selalu diuji oleh ALLAH. Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan keimanan, ketakwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada ALLAH. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan ALLAH. Terdapat beberapa tips yang dianjurkan dalam Islam bagi menangani tekanan hidup. Lima daripadanya ialah:

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
    Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
  • Perbanyakkan membaca Al-Quran
    Ganjaran yang besar akan diberikan ALLAH bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab sepanjang waktu.
  • Banyakkan solat sunat
    Sebagai makhluk paling mulia di sisi ALLAH, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada ALLAH.

  • Selalu berdoa kepada ALLAH
    ALLAH telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNYA. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada ALLAH Yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya'ALLAH, ALLAH akan memakbulkan doa setiap hambaNYA yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada ALLAH Yang Esa.
  • Bersangka baik dengan ALLAH
    Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada ALLAH yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hambaNYA. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan ALLAH dan janganlah menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Musibah berlaku selalunya juga adalah kerana kezaliman diri sendiri. Sentiasa bermuhasabah dan kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
Buat sahabat ana: Kuatkan hatimu, ALLAH sentiasa bersamamu~



Tuesday, October 21, 2008

Bahaya Bekas Polisterin!

Kanser daripada bekas makanan

Oleh AHMAD SYAHIR KASSIM
syahir.kassim@kosmo.com.my

GEORGE TOWN - Kerajaan diminta bertegas mengharamkan penggunaan bekas makanan polistirena kerana ia mendedahkan pengguna kepada masalah kesihatan khususnya risiko kanser.

Selain itu, polistirena yang mengandungi bahan kimia stirena dan benzena boleh menjejaskan alam sekitar kerana ia didakwa sukar terurai, malah mungkin mengambil masa 500 tahun untuk dimusnahkan secara alam semulajadi.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris berkata, bahan-bahan kimia daripada bekas itu boleh menyerap ke dalam makanan dan kemudian ke dalam tubuh manusia.

Katanya, Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkelaskan stirena sebagai bahan karsinogen kumpulan 2B iaitu agen penyebab kanser kepada manusia.

Ujarnya, stirena juga adalah mutagen yang boleh menyebabkan perubahan genetik yang berpotensi merosakkan sistem pembiakan dan berisiko kanser.

"Pendedahan kepada stirena walaupun sedikit boleh merendahkan bilangan sel darah merah selain kepada wanita boleh mengalami gangguan haid,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.


Wednesday, October 15, 2008

Calon Aspirasi kuasai IPTA

http://utusan.com.my

Oleh LIAU PEI WEN

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pilihan raya kampus yang sedang berlangsung di beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara ini tidak melibatkan persaingan sengit antara calon Aspirasi dan Pro-Mahasiswa.


Rata-rata Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini memberitahu, hanya calon Aspirasi yang tampil merebut kesemua kerusi yang dipertandingkan setelah penamaan calon ditutup Ahad lalu.


Mantan Setiausaha Agung I MPP Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Marlina Mahmud berkata, kumpulan Pro-Mahasiswa belum wujud di UDM memandangkan universiti itu baru ditubuhkan tiga tahun yang lalu.


''Bagaimanapun, saya berpendapat ini satu fenomena bagus. Kita mahu mengelakkan kewujudan pembangkang di universiti ini kerana ia dikhuatiri akan menyebabkan pergolakan yang tidak diingini," katanya.


Marlina berkata, pertelingkahan antara calon Aspirasi dan Pro-Mahasiswa secara tidak langsung akan mencemarkan imej universiti.


''Pelajar kumpulan pertama di UDM belum menamatkan pengajian mereka dan kita tidak mahu masa depan mereka terjejas akibat masalah dalaman yang berlaku antara pelajar di sini," jelasnya.


Kementerian Pengajian Tinggi menetapkan pilihan raya kampus tidak diadakan serentak tahun ini sebaliknya diadakan pada dua tarikh berbeza.


Tarikh pertama ialah pada Khamis ini melibatkan beberapa IPTA seperti UDM, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Teknikal Melaka Malaysia (UTeM).


Difahamkan, universiti-universiti utama di Lembah Klang seperti Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Universiti Sains Malaysia (USM) dijangka diadakan Januari tahun depan.


Mantan Yang Dipertua MPP UMT, Mohd. Hafiz Asmadi berkata, tiada calon Pro- Mahasiswa yang bertanding dalam pilihan raya kampus universiti itu dan persaingan hanyalah wujud sesama calon Aspirasi.


''Terdapat 20 calon Aspirasi tampil merebut 12 kerusi yang dipertandingkan di universiti ini. Persaingan antara mereka agak sengit kerana masing-masing mengemukakan manifesto untuk menarik perhatian pelajar-pelajar di sini," jelas beliau.


Bagaimanapun, beliau berkata, suasana kempen di UMT masih terkawal kerana tiada perkara yang tidak diingini seperti fitnah memfitnah berlaku.


Anggota MPP UMK, Mohd. Khairil Hazwan Abdul Hanif berkata, sebanyak 19 calon Aspirasi tampil merebut sembilan kerusi yang dipertandingkan di universiti itu.


''Saya berpendapat ketiadaan calon Pro-Mahasiswa dalam pilihan raya kampus bukan suatu persaingan yang sihat jika kita mahu memajukan sesebuah universiti," ujarnya.


Beliau berkata, calon Pro-Mahasiswa berperanan penting dalam menunjukkan kesilapan calon Aspirasi di samping mengusulkan sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza.


~ Salam. Ada juga calon Aspirasi yang masih berperasaan dengan ketiadaan calon Pro-Mahasiswa. Pemikiran positif pihak Aspirasi dalam menilai kehadiran Pro-Mahasiswa dalam pimpinan kampus nampaknya perlu untuk menghasilkan mahasiswa cemerlang dalam sesebuah universiti. Bagaimana hendak memajukan universiti ke peringkat yang lebih tinggi andai setiap kekurangan tidak diperbaiki dan setiap kesilapan masih tersembunyi?



Saturday, October 11, 2008

Sang Murabbi



Salam. Ana ingin berkongsi satu filem yang sangat sesuai untuk para pejuang dakwah Islam. Ikuti sinopsis filem ini di http://www.sangmurabbi.com/sinopsis/)

- Hanya menanti masa untuk menghayati Sang Murabbi. Along, nak cd angah.

Monday, October 6, 2008

TAHNIAH!

Salam. Sudah lima hari kita berada di dalam bulan kemenangan, bulan Syawal yang mulia. Begitu cepat rasanya cuti Hari Raya berlalu hingga tidak sedar sudah tiba masanya untuk kita kembali ke kampus. Dalam menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada sanak-saudara dan sahabat-handai, kita turut menyusun sepuluh jari bahkan mendepakan tangan menyambut Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang baru, Dato' Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang. Perlantikan beliau menggantikan Tan Sri Prof. Dr. Mohd Zulkifli Tan Sri Mohd Ghazali yang telah memegang jawatan itu sejak Disember 2000 berkuatkuasa serta-merta pada 1 Oktober 2008. Dato' Prof. Ir. Dr. Zaini yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan dan Inovasi) bakal menggantikan Tan Sri Prof. Dr. Mohd Zulkifli untuk tempoh tiga tahun.

Beliau yang berasal daripada Johol, Negri Sembilan telah menerima ijazah pertama Kejuruteraan Kimia di UTM, kemudian menyambung master di UTM dan University of Newcastle. Setelah mendapat PhD dalam Kejuruteraan Alam Sekitar (Environmental Engineering) di University of Newcastle, beliau memulakan perkhidmatannya dalam bidang akademik di UTM.

Dato' Prof. Ir. Dr. Zaini mula berkhidmat di UTM pada 1988 sebagai staf akademik, seterusnya dilantik sebagai pensyarah Institut Alam Sekitar dan Sumber Air (IPASA) pada 2001 hingga 2006. Beliau kemudian dilantik sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli mulai 2006 hingga 2007 sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor P&I mulai Mac 2007. Dato' Prof. Ir. Dr. Zaini juga merupakan Profesor Kejuruteraan Alam Sekitar dan pernah menjadi Naib Presiden Air Kebangsaan pada 2004 hingga 2006 dan kini menjadi ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Ana mengucapkan sekalung tahniah buat Dato' Prof. Ir. Dr. Zaini atas perlantikan tersebut. Diharapkan agar perlantikan beliau mampu meningkatkan kemajuan sektor pengajian tinggi disamping membantu dalam perlaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang dipercayai boleh mencetuskan transformasi dan pembaharuan kepada institut pengajian tinggi negara ini.

http://pmiutm.blogspot.com


Thursday, September 25, 2008

Balik Bercuti

Salam. Ana balik bercuti hari raya selama seminggu lebih. Mungkin kurang update kat blog selama seminggu ni. Ape-ape pun, salam aidilfitri buat semua. Maaf zahir batin.






Tuesday, September 23, 2008

Salam Aidilfitri

Salam. Rasanya seperti baru semalam kita melihat anak bulan Ramadhan, tidak terasa sudah terlalu dekatnya Syawal. Terpalit rasa syukur dan gembira di hati setiap insan yang meraikannya. Aidilfitri yang bakal tiba disambut dengan pelbagai persediaan. Ibu-ibu tidak lupa menyiapkan baju raya untuk suami dan anak-anak. Bagi yang ingin lebih mudah, beli sahaja baju pasang siap di butik-butik terkemuka mahupun booth-booth di pusat membeli-belah yang tiba-tiba naik seperti cendawan selepas hujan ketika aidilfitri bakal menjelma. Bagi yang sudah biasa menyediakan kuih-muih dan biskut raya, beberapa hari yang tinggal ini diluangkan untuk mencuba pelbagai resepi baru bersama keluarga. Kalau yang sibuk bekerja dan tiada masa untuk itu, beli sahaja di pasaraya atau tempah sahaja melalui kawan-kawan. Tidak kurang juga bagi ayah-ayah yang tidak mampu untuk menolak rengekan anak kecil yang inginkan bunga api dan mercun.

Kalau dicongak, ditambah dan ditolak, begitu banyak duit yang kita laburkan untuk menyambut 1 Syawal yang diraikan sekali dalam setahun ini. Bonus daripada majikan setiap kali hari raya bakal menjelma seolah-olah sentiasa ditunggu oleh setiap pekerja. Jika suami tidak dapat bonus, berkerutlah muka si isteri kerana mungkin raya tahun ini langsir di tingkap tidak bertukar rupa. Lain pula kalau bonus nampak di depan mata, semua barang hendak dimiliki. Dari langsir tingkap hingga ke lampu raya, semua hendak ditukar baru. Seolah-olah tidak kisah langsung akan duit yang dibelanjakan asalkan dapat melawan jiran sebelah. Wahai hati-hati yang sering terlupa, ingatlah firman Allah dalam surah al-Israa' ayat 27 yang bermaksud:

"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."

Ses
ungguhnya perbuatan membazir itu samalah seperti mengikut langkah-langkah syaitan. Seharusnya kita membelanjakan wang yang ada dengan berfaedah. Beli apa yang perlu, bukan membeli semua yang kita mahu. Ibu-ibu dan ayah-ayah tentunya sudah boleh berfikir untuk masa depan anak-anak. Wang yang ada, daripada digunakan secara berlebih-lebihan, lebih baik disimpan untuk menjamin masa depan anak-anak. Kita sudah sedia maklum akan situasi sekarang di mana taraf hidup semakin meningkat dengan meningkatnya harga barang runcit. Mungkin wang itu nanti boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak di menara gading. Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 67 yang bermaksud:

"Mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak (terlalu) berlebih-lebihan dan tidak (pula terlalu) bakhil (kedekut); dan adalah (perbelanjaan yang baik itu) di antara kedua-duanya (boros dan bakhil)."

Oleh sekali lagi ingin ana ingatkan, berbelanjalah mengikut keperluan. Aidilfitri hendaklah disambut dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan untuk saling bermaafan, bukan dengan niat untuk bersaing siapa lebih lawa dan siapa lebih cantik rumahnya. Akhir kata, mohon maaf andai ada silap dan salah dalam berbicara. Setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang buruk itu dari diri kita sendiri.

"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (al-Asr: 2-3)


Tuesday, September 16, 2008

Ana dan Presentation...

Salam...esok presentation Sistem Elektronik. Boleh pula ana duduk di hadapan laptop menaip isi blog. Malam ini akan ada LAGI discussion group. Persediaan terakhir sebelum 'percaturan' esok pagi. Kenapa kami semua begitu gabra dengan presentation ini? Hanya kerana presentation ini sudah terlalu banyak benda yang ana missed. Sedih juga rasa hati, namun apakan daya apabila hati berkata ingin buat yang terbaik. Ana dan kawan-kawan yang sekumpulan dengan ana bertungkus-lumus menyiapkan bahan presentation sejak beberapa hari yang lepas. Sambil-sambil itu, kami asyik menggambarkan reaksi bakal pemerhati itu kelak. Kecut perut juga kalau ana yang terpilih untuk membentang hasil tugasan. Mana tidaknya, presentator diwajibkan berbahasa Inggeris dan patut tahu serta faham sepenuhnya mengenai litar yang direka. Kalau ditanya oleh pemerhati, tidaklah kalut untuk menjawab soalannya nanti.

Betapa pentingnya bahasa Inggeris dalam kehidupan sekarang ini semakin ketara kelihatan. Penggunaannya dalam pelbagai bidang tidak kira semasa pembelajaran di dalam kelas mahupun semasa berkomunikasi di luar menyebabkan mahasiswa berusaha untuk memahirkan diri menggunakan bahasa antarabangsa ini. Persediaan untuk menghadapi zaman pekerjaan yang bakal tiba apabila keluar sahaja daripada universiti. Namun, apa agaknya akan terjadi kepada bahasa al-Qur'an?

Apa-apapun, doakan ana dan ahli kumpulan ana untuk presentation esok hari. Semoga dilembutkan hati si pemerhati dan diberikan ketenangan oleh Allah s.w.t buat kedua-dua pihak menghadapi hari esok. Amiin...


Monday, September 8, 2008

Ramadhan Bersama Warga Emas

Salam. 6 Ramadhan yang lalu bersamaan dengan 6 September 2008, Kelab Remaja Ukhwah (KRU) KTC telah mengadakan program Ramadhan Bersama Warga Emas di Rumah Seri Kenangan (RSK) Johor Bahru. Program yang bermula pada pukul 2.30 petang itu disertai oleh hampir 70 orang peserta yang terdiri daripada ahli KRU dan beberapa orang warga KTC. Ketika tiba di destinasi, para peserta disambut oleh pembantu Encik Azhar dan diberi sedikit penerangan mengenai RSK oleh Encik Azhar sendiri. Para peserta kemudiannya menunaikan solat Asar sebelum memulakan lawatan ke asrama-asrama warga RSK.

Keseronokkan mula dirasai oleh para peserta apabila dapat berkongsi rasa dengan warga emas yang ditempatkan di situ. Ada juga peserta yang menitiskan air mata apabila mendengar sejarah hidup beberapa orang daripada warga emas di situ termasuk ana sendiri. Hati terasa sebak apabila mengenangkan ada di antara mereka yang sudah sebatang kara, malah ada juga yang masih mempunyai anak cucu namun tidak pernah dikunjungi oleh darah daging sendiri. Apabila ditanya bagaimana sambutan hari raya, salah seorang nenek memberitahu hari rayanya hanya di RSK bersama sahabat-sahabat di situ tanpa kunjungan daripada anak cucu.

Ana masih ingat seorang warga emas yang berbangsa Cina, biarpun umurnya sudah lanjut namun kefasihannya bertutur dalam bahasa Inggeris begitu hebat yang pada ana, tiada antara kami yang mampu menandinginya. Apabila ditanya, rupa-rupanya dia pernah belajar di 'private school' di Pulau Pinang semasa mudanya. Alangkah ruginya jika orang sepertinya tidak berada di sekolah-sekolah untuk mengajar anak-anak muda zaman kini yang amat memerlukan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Setelah puas melawat warga emas (yang sebenarnya belum puas lagi), kami bersama-sama membuat persediaan untuk berbuka puasa. Beberapa orang muslimin KRU telah bertungkus-lumus menyediakan bubur lambuk buat santapan berbuka. Turut bersama KRU pada hari itu ialah pelajar-pelajar dari Kolej 11. Warga emas yang berbuka bersama-sama kami adalah terdiri daripada mereka yang masih mampu untuk bergerak sendiri. Seronok sekali berbuka bersama-sama mereka biarpun kami berada dalam sinaran lampu yang samar-samar.

Program diteruskan dengan solat maghrib dan isyak berjemaah serta terawih lapan rakaat dengan witir. Ketika bersalam-salaman dengan warga emas setelah selesai solat, rasa sebak di hati kerana sudah sampai masanya untuk berpisah. Beberapa orang AJK program tidak lupa untuk menyampaikan sumbangan buat warga emas di situ sebagai kenang-kenangan.

Pengalaman ini yang kali pertama ana lalui, ana rasakan terlalu manis untuk ana kenang. Rasa rindu pada warga emas di RSK begitu terasa setelah kami kembali ke UTM pada jam 10.30 malam. Daripada lawatan itu, kami belajar untuk menghargai dan membalas jasa kedua orang tua yang telah melahirkan dan mendidik kami sejak kecil. Tidak patut sekiranya kita menghantar mereka ke rumah kebajikan setelah mereka bersusah-payah menjaga kita. Bak kata Encik Azhar, dia ingin melihat semua rumah warga emas ditutup pada tahun 2020 kerana diharapkan semua anak muda ketika itu sudah tahu erti tanggungjawab terhadap ibu bapa masing-masing. Semoga tertunai harapannya.



Friday, September 5, 2008

Tan Sri A. Samad Ismail Dies


KUALA LUMPUR, Sept 4 (Bernama) -- National journalism laureate and freedom fighter Tan Sri A. Samad Ismail died Thursday at the Pantai Medical Centre here at 5.58pm because of lung infection.

Singapore-born Samad, 84, better known as Pak Samad, was warded at the hospital since Aug 24 after experiencing difficulty in breathing.

He leaves behind wife Puan Sri Habibah Hamid and 10 children including bloggers and ex-journalists Nuraina and Maria.

His first wife, Hamidah Hassan died on June 2, 1990.

His remains were brought the family home at 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya and would be buried after Friday prayers tomorrow, Azmi Ansar, a son-in-law, told Bernama.

Nuraina, in a posting in her blog "Nuraina A Samad's 3540 Jalan Sudin" said a second round of dialysis done on her father at 5.30pm failed and his blood pressure continued to drop.

Pak Samad was placed on dialyis since Wednesday after his kidneys began to fail but the condition of his heart was still good.

Abdul Samad, who began his journalism career as a reporter with Utusan Melayu in 1940, is synonymous with the history of the profession in the country.

His demise just days after the nation celebrated its 51st indenpendence anniversary is all the more touching because Pak Samad was among the national delegation to London in 1956 for the independence talks for Malaysia.

His behind-the-scene contributions were not small either, especially during the time Indonesia gained its independence and in the normalisation of ties between Malaysia and the republic after the Confrontation (when the two countries were at the brink of war in 1963).

Samad was also heavily involved in anti-colonial activities during British rule and also when the Japanese invaded Malaysia. He spent time in and out of jail for this and was also a vociferous proponent of the national language and literature.


-- BERNAMA

Salam. May ALLAH bless almarhum and places him among the mukmins. Al-Fatihah.



Wednesday, September 3, 2008

Salam Ramadhan


Salam. Sudah lama rasanya ana tidak mengemaskini blog ini kerana ketiadaan signal WifiUTM sejak beberapa hari lepas. Bukan sahaja ana tidak dapat mengemaskini blog, malah banyak assignment yang ‘terkandas’. Wireless di kolej seolah-olah bercuti sama seperti mahasiswa lain yang bercuti sempena bulan Ramadhan. Alhamdulillah, buat masa ini wireless ada kembali untuk ana menyiapkan segala urusan yang belum selesai.

Alhamdulillah, kini umat Islam seluruh dunia sedang menikmati bulan kemuliaan - bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan kali ini agak simbolik kerana jatuh pada 1 September 2008, sehari selepas Hari Kemerdekaan Malaysia. Ketika orang lain sibuk menyambut ambang Merdeka mahupun Hari Kemerdekaan sendiri, umat Islam pula tidak sabar-sabar menyambut ambang Ramadhan. Ketika ana menaip post kali ini, sudah 3 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.

Besar harapan ana buat semua umat Islam agar memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan melipat-gandakan amalan tidak kira yang wajib mahupun yang sunat dan menggunakan peluang ini untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Semoga Ramadhan kali ini menyaksikan ‘penghijrahan’ sahabat-sahabat kita daripada baik kepada lebih baik. Insya’ALLAH.

Pada bulan ini pelbagai aktiviti menarik dijalankan oleh BADAR (Biro Kerohanian KTC) bagi mengisi Ramadhan kali ini dengan lebih berfaedah. Selain solat tarawikh dan tadarus al-Qur'an yang dijalankan setiap malam, pertandingan-pertandingan ilmiah seperti Pertandingan Khutbah, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Musabaqah, Bengkel Tulisan Khat dan lain-lain lagi diadakan di setiap hujung minggu sepanjang bulan ini. Ana menyeru semua warga kolej bersama-sama mengimarahkan bulan Ramadhan ini melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Salam Ramadhan.


Sunday, August 24, 2008

Zahrah de Tigris

Salam. Sudah lama rasanya ana tak mengemaskini blog ni. Bukan kerana tiada buku yang telah habis dibaca, tetapi kerana kesenggangan waktu yang kurang untuk ana mengolah ayat bagi mengulas mana-mana buku yang telah ana baca. Kalau antum berkunjung ke blog ana yang lagi satu di http://sunahmohammad.asasian.net, antum boleh melihat apa yang telah ana kemaskini di situ. Kali ini, ana ingin berkongsi rasa setelah menyelami novel karya Khairyn Othman, Zahrah de Tigris yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing. Novel berketebalan 501 muka surat ini mengisahkan tentang Khairunnisa, seorang anak kelahiran Malaysia yang menuntut di Mesir. Khairunnisa seorang gadis yang agak keras kepala; semakin dilarang, semakin tegar. Tidak peduli akan keselamatan dirinya, dia pasrah merantau seorang diri di kota peradaban yang kini dihujani peluru dan bom tentera Amerika. Di sana dia pernah menjadi seorang guru dan jurubahasa. Kepetahannya bertutur dalam bahasa ibunda Tanah Ratu memudahkannya memahami budaya masyarakat di situ. Khairunnisa turut berkerjasama sebagai sukarelawan yang membantu mangsa-mangsa perang. Melihat kesengsaraan dan kepahitan yang dialami rakyat Mesir hampir setiap hari telah membentuk dirinya menjadi insan yang cekal dan tabah biarpun hidup jauh daripada keluarga. Sepanjang menabur bakti itu juga, dia telah jatuh hati kepada seorang doktor bernama Patrick Devereux yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan. Tanggungjawabnya agak besar untuk membantu Doktor Patrick memahami fitrah kejadian alam. Kehidupannya di Mesir terus berjalan sehinggalah pada suatu hari dia mendapat berita tentang penculikan seorang sahabat baiknya, Meryam Alexander Abdullah. Doktor Patrick telah membantu untuk menyelamatkan Meryam namun berita yang lain pula diterima oleh Khairunnisa apabila dia diberitahu akan penemuan mayat doktor tersebut di dalam kereta yang ditinggalkan oleh penculik-penculik Meryam. Harapannya untuk terus berjuang di bumi Mesir terpaksa dilupakan lalu dia membawa diri ke daerah lain. Ke mana agaknya Khairunnisa menyambung perjuangannya? Segalanya terjawab di dalam novel ini.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.