BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, April 19, 2008

Setulus Setia Seindah Nama

"Betapa Rasulullah S.A.W setia pada Khadijah, tiada seorang pun yang mampu mencapai takhta at-Tahirah dalam hati baginda S.A.W. . Tidak juga Aisyah isteri yang dicintainya. Rasulullah S.A.W setia kepada semua isteri baginda, mengasihi setiap seorang dengan nilai masing-masing..."

Salam... Begitulah yang tertera di belakang novel "Setulus Setia Seindah Nama" karya Siti Hazneza Abdul Hamid, novel islamik setebal 332 muka surat yang diterbitkan oleh Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis kacukan Arab dan Pakistan yang bernama Nazneen, masih belum berkahwin walaupun usianya sudah menjangkau 33 tahun. Nazneen bekerja sebagai seorang guru dan memiliki kelas bimbingan sendiri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Nazneen mempunyai seorang adik lelaki bernama Hakeem yang dalam diam-diam berusaha mencarikan jodoh untuk kakak kesayangannya. Hakeem menggunakan agensi mencari jodoh untuk mencari calon suami yang sesuai buat Nazneen melalui Bushra, seorang agen yang datang mencari pekerjaan sebagai guru sambilan di Kelas Bimbingan Nazneen. Bushra melihat Nazneen sebagai seorang yang terpelihara peribadinya, indah akhlaknya sehingga dia sendiri boleh jatuh hati pada gadis itu. Kazim, anak murid Nazneen turut jatuh hati pada gadis yang elok agamanya itu sehingga pernah berjumpa dengan Nazneen untuk memberitahu hasratnya mengambil Nazneen sebagai isteri. Pak cik Bushra yang bernama Alif, seorang duda beranak dua rupa-rupanya sangat mengenali Nazneen, sahabat karib almarhumah isterinya, Rafiqah. Alif ingin menjadikan Nazneen sebagai isteri untuk menjaga anak-anaknya. Bushra yang pada mulanya tidak tahu menahu tentang perkenalan antara Alif dan Nazneen akhirnya membantu mereka untuk berjumpa semula dan menyatukan hati keduanya. Bagaimana caranya Bushra menyatukan kedua jiwa yang merindui kasih Illahi itu? Apakah yang terjadi pada Kazim akhirnya? Berjayakah Hakeem mencari jodoh yang sesuai untuk kakaknya? Dapatkanlah novel ini untuk tahu kisah selanjutnya. =)


Monday, April 14, 2008

Perkahwinan



Perkahwinan itu bukan perkara main-main yang boleh dicetuskan tanpa rasa penuh tanggungjawab… Cinta itu komitmen yang memerlukan seseorang itu benar-benar bersedia ke arahnya… Jangan dipaksa diri untuk masuk ke dalamnya jika iman di dalam jiwa belum mampu menjadi benteng kepada hawa nafsu…

Bak kata seorang sahabat…Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab yang berat. Perkahwinan tidak cukup dengan cuma berbekalkan perasaan suka atau berkenan yang ada. Keserasian dalam agama itulah yang penting. Kefahaman dan kesedaran tentang tujuan perkahwinan yang sebenar, kesedaran bahawa perkahwinan bukan sekadar menjauhkan diri daripada maksiat, bukan sekadar memenuhi fitrah. Ia lebih dari itu…Oleh itu, apabila telah mempunyai perasaan atau berkenan pada seseorang, kendalikanlah ia dengan iman. Tanamkan isfat malu dalam diri, sifat malu yang boleh menghalang dan mencegah. Malu untuk berdua-duaan, malu untuk bergayut, malu untuk ber’sms’ dengan rakus, malu, malu, malu… (lanjutan di http://biotechnologist-to-be.blogspot.com)

Sekadar perkongsian dari dalam naluri yang menyesakkan fikiran…


Saturday, April 12, 2008

Di Atas Sajadah Cinta

Salam...kali ini, buku yang ingin ana perkenalkan buat anda semua ialah buku hasil karya Habibburahman El-Shirazy (penulis tersohor Indonesia - novel Ayat-ayat Cinta) yang bertajuk Di Atas Sajadah Cinta. Membaca cerita-cerita pendek di dalam buku ini tidak mengecewakan, isinya menarik sebagaimana novel Ayat-ayat Cinta. Kisah-kisah para sahabat dan ulama silam di dalam buku setebal 308 muka surat ini mampu membuatkan anda yang benar-benar menghayatinya menitiskan air mata keinsafan. "Tangis Cinta di Masjid Basrah" contohnya, mengisahkan tentang Imam Hassan al-Basri yang sedang memberi ceramah di Masjid Basrah. Beliau di dalam cerita ini menangis sehingga pengsan kerana sangat takut azab ALLAH kepada orang-orang yang zalim. Yang lebih menariknya, diselitkan kisah seorang wanita ahli ibadah yang sudah bosan hidup di dunia kerana terlalu rindukan TUHANnya. Anak wanita itu juga warak seperti ibunya, sangat mencintai kematian sehingga rindu untuk berjumpa dengan Sang Khaliq itu melebihi rasa cinta kepada ibunya sendiri. Rasa takut pada azab ALLAH menyebabkan kedua anak-beranak ini menangis tersedu-sedan dan sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila kedua-duanya meninggal dunia di situ juga. Ibu dan anaknya meninggal dunia kerana rasa cinta dan rasa rindu pada TUHANnya yang diselimuti rasa takut luar biasa kalau-kalau kelak mendapat azab dari TUHANnya. Kisah "Nyanyian Cinta" - antara kisah terpanjang dalam buku ini pula menceritakan tentang mahasiswa Universiti al-Azhar yang bernama Mahmud yang belajar sambil bekerja untuk membiayai kehidupannya di Mesir sepanjang pengajian. Bekerja menjual buku-buku agama dan kaset-kaset ceramah di hadapan Masjid el-Fath membuka pintu rezekinya seluas-luasnya sehingga beliau menemui seorang zaujah untuk dirinya kerana budi yang telah ditabur ikhlas demi ALLAH. Banyak lagi kisah menarik di dalam buku ini yang patut dibaca oleh Muslim yang ingin meneguhkan iman dan mententeramkan jiwa serta mendekatkan lagi diri kepada PENCIPTA cinta. Ana dah promosikan, jadi apa lagi yang ditunggu, dapatkanlah buku ini dan hayatilah kisah-kisah di dalamnya. =)


Friday, April 11, 2008

Ma'at Taufik!


Salam imtihan buat semua yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester...

Monday, April 7, 2008

Weil China


Buku ni diperkenalkan oleh seorang senior ana..die bgtu meminati penulis buku ni..baru bbrp helaian ana bc, ana da tpikat dgn jln ceritanya..menarik! Aplikasi kisah benar tentang pengalaman hidup Qan, seorang rakyat Turki yg tinggal di China bersama keluarganya. Qan bsma abangnya bjaya mlanjutkan plajaran di bandar. Kerisauan ayahnya thadap pgangan hidup kedua-dua anaknya sejak mereka mendapat tawaran bsekolah di bandar semakin btambah apabila gerakan atheis dan komunis menjadi2..kbimbangan mnjadi realiti apabila Qan dan abangnya mula tpengaruh dan menyertai gerakan komunis mhapuskan masyarakat Islam..mereka terlupa asal usul dan janji thadap keluarga..namun plibatan Qan dlm komunis tidak btahan lama apabila dia sedar akan kesilapan diri..tapi tidak bagi abangnya yang semakin bangga dgn komunis..bbagai-bagai pristiwa blaku sjak abgnya mninggalkan kluarga; ibu dan kakak Qan ditangkap dan dihantar ke luar negara(tidak pernah dijumpai hingga ke hari ini), ayah Qan meninggal dunia kerna mpjuangkan Islam, bayi kakak ipar Qan dicabut kepala, dilempar sesuka hati; kakak iparnya yang gila ditembak komunis..semuanya berlaku di depan matanya..Qan kemudiannya ditangkap, dikurung berpuluh-puluh tahun dan diseksa oleh komunis..kecekalan hatinya mhadapi semua seksaan akhirnya menemukan dia dgn org yg dinantikan slama dikurung, iaitu abang kandungya yg telah lama mhilang..apakah yg blaku kemudiannya? adakah abang Qan yg kini pengarah penjara tega memerhatikan setiap penyeksaan thadap adik kandung sendiri? adakah Qan akan memaafkan abangnya? cari la buku ni klaw nk tau lebih lanjut..hehe.. :)


Salam Ukhwah Fillah

Salam ukhwah buat semua...blog yg kedua buat diri ini...apa agaknya yang akan ana kongsikan dalam blog yang ini..? nanti-nantikanlah...=)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.