BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, April 19, 2008

Setulus Setia Seindah Nama

"Betapa Rasulullah S.A.W setia pada Khadijah, tiada seorang pun yang mampu mencapai takhta at-Tahirah dalam hati baginda S.A.W. . Tidak juga Aisyah isteri yang dicintainya. Rasulullah S.A.W setia kepada semua isteri baginda, mengasihi setiap seorang dengan nilai masing-masing..."

Salam... Begitulah yang tertera di belakang novel "Setulus Setia Seindah Nama" karya Siti Hazneza Abdul Hamid, novel islamik setebal 332 muka surat yang diterbitkan oleh Pustaka Yamien Sdn. Bhd. Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis kacukan Arab dan Pakistan yang bernama Nazneen, masih belum berkahwin walaupun usianya sudah menjangkau 33 tahun. Nazneen bekerja sebagai seorang guru dan memiliki kelas bimbingan sendiri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Nazneen mempunyai seorang adik lelaki bernama Hakeem yang dalam diam-diam berusaha mencarikan jodoh untuk kakak kesayangannya. Hakeem menggunakan agensi mencari jodoh untuk mencari calon suami yang sesuai buat Nazneen melalui Bushra, seorang agen yang datang mencari pekerjaan sebagai guru sambilan di Kelas Bimbingan Nazneen. Bushra melihat Nazneen sebagai seorang yang terpelihara peribadinya, indah akhlaknya sehingga dia sendiri boleh jatuh hati pada gadis itu. Kazim, anak murid Nazneen turut jatuh hati pada gadis yang elok agamanya itu sehingga pernah berjumpa dengan Nazneen untuk memberitahu hasratnya mengambil Nazneen sebagai isteri. Pak cik Bushra yang bernama Alif, seorang duda beranak dua rupa-rupanya sangat mengenali Nazneen, sahabat karib almarhumah isterinya, Rafiqah. Alif ingin menjadikan Nazneen sebagai isteri untuk menjaga anak-anaknya. Bushra yang pada mulanya tidak tahu menahu tentang perkenalan antara Alif dan Nazneen akhirnya membantu mereka untuk berjumpa semula dan menyatukan hati keduanya. Bagaimana caranya Bushra menyatukan kedua jiwa yang merindui kasih Illahi itu? Apakah yang terjadi pada Kazim akhirnya? Berjayakah Hakeem mencari jodoh yang sesuai untuk kakaknya? Dapatkanlah novel ini untuk tahu kisah selanjutnya. =)


No comments:

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.