BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, June 20, 2009

Aku Menulis Hanya Kerana NAMA!

Salam. Ana baru sahaja melawat blog salah seorang sahabat ana, Nurul Nazwa (penulis novel Cerita Dari Hati - iklan sebentar) dan tertarik dengan salah satu entry terbarunya yang 'dikutip' dari seorang sahabat yang lain. Ana pun meminta izin untuk mengutipnya dan memasukkan entry itu ke blog ini. Menarik untuk semua sahabat blogger di luar sana.

***********

Sedikit entry buat para blogger yang gila memblog sekarang..^_^..Satu artikel menarik yang ana cilok dengan izin tuannya (Thanx Aman)..Sesangat bermanfaat untuk semua yang ada blog (termasuk pemilik blog ni)..Apa niat kita berblog?? Lidah boleh bohong ..Tapi..HATI tak boleh bohong..(ikut eklan mee sedap kat tv tu) So, apa lagi??? Mari kita menyanyi together-gether (perosak bahasa bangsa!)..


Sambil diiringan petikan gitar Ramli Sarip...
Mode:- Muhasabah


Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Dalam blog:
Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?


Dalam forum:
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?


Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri
Sebabnya...

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

6-5-2009 3-39-56 PM
"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)

P/S: Renung-renungkan dan selamat beramal! :)



6 comments:

Nazwa said...

Salam..
Jzkk..ana dapt eklan percuma pasal novel ana pulak jadinya...hikhik..Jom menulis untuk ummah!

.:Khalifatun Khairiah:. said...

Assalamualaikum YB..

SubhanAllah..Entry yang bagus, memberi keinsafan neh..

Sebenarnya segala pujian yang baik itu layaknya dikembalikan pada Dia. Kerana Dialah yang memberi ilham untuk menulis mahupun berkongsi apa jua.

Jangan pula mem'follow' untuk di'follow.

Betulkan niat, ikhlaskan hati, moga diredhai. Wallahua'alam.

::Bernafas dalam jiwa hamba..demi menggapai redha yang Esa::

Siti Hasunah Mohammad said...

> Nazwa

salam. sekali-sekala, ana pun sik terpegang n tanggar kedirik gik novel ya..da mintak slh sorg shbt ntuk belikan kat tmptnya, nak nunggu kat Bintulu tok, lmbt.. :)

> Khalifatun Khairiah

wa'alaikumussalam wrt. wbt khairiah syg..

betul tu, sekarang ni blogger pula diuji keimanannye...sama2 kite berdoa agar dijauhkan dari kemurkaanNYA..insya'ALLAH. :)

Mira Amirudin said...

Astaghfirullah...ambil ini sebagai pengajaran kita semua termasuk diri mira sendiri.
Thanks untuk entri ni kak.

FasiHaH SupiaN said...

terima kasih kak sunah! entri yang sangat baik untuk dikongsi....
sy nak kongsikan di blog ye kak....
ye...sepatutnya kita perlu ada niat yang betul dalam menulis...

syairahmohdanuar said...

saya pulak, menulis sebab suka2.tak tahu nk buat apa before msk universiti.hehe >.<

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.