Ticker

6/recent/ticker-posts

Semoga Berbahagia Nina Sayang

Salam. Pagi ini, ana ke rumah seorang sahabat. Sahabat lama semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Baru Bintulu. Beberapa minggu lepas, ana berkumpul bersama sahabat-sahabat lama, bercerita tentang alam persekolahan, mengimbas kembali detik-detik manis yang dilalui ketika di sekolah menengah. Masya ALLAH, begitu banyak kenangan yang masih segar di ingatan. Semua kisah tentang sahabat lama keluar pada masa itu. Tidak terkecuali berita-berita baik tentang sahabat-sahabat yang telah berkahwin malah yang bakal memasuki alam perkahwinan.

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah DIA menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." [30:21]

Alhamdulillah, salah seorang sahabat ana baru sahaja melangkah ke alam rumahtangga pagi tadi. Noramalina Binti Rahman, semoga dirimu berbahagia bersama suami tercinta. Sesungguhnya, dirimu dan suami telah menyempurnakan separuh dari agamamu. Jadilah seorang isteri yang solehah, bunga idaman, mutiara syurga. Ana dan sahabat yang lain akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu dan keluarga, doakan juga buat kami (tersengih).

Pelamin Nina

Nina dan suami, Nomy.

"Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa."

Maksud: "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (25:74)

P/S: Nina sayang, kalau kau temui Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan Rasul di sebalik timbunan hadiah yang kau terima pada majlis perkahwinanmu, ketahuilah ia permata berharga buatmu sebagai seorang isteri. :)

Post a Comment

10 Comments

  1. > Nurul 'Uyun Binti Ahmad

    Salam..
    Betul2...sangat best...:)

    ReplyDelete
  2. salam.
    wah mcm baruk marek jak kta sama2 buat gathering kat tjg batu lepas PMR ngn cdak nina, fat, gee,zai ngn cdak awg, ebit...dahh naik pelamin dah sorg. ko bila lagik sun? hehe

    ReplyDelete
  3. Oleh sebab agak best,, buku itu dah hilang kak 'uyun...

    ReplyDelete
  4. lantaran buku ini agak best, buku kak 'uyun yang sy pinjam ntah dah kemane????

    ReplyDelete
  5. > ReViewER

    salam..hehe, tunggu ko dulok...:p

    ReplyDelete
  6. > Nur Azim Fahada Bin Ahmad

    salam. ish3, ape ni hilangkan buku mama..sian mama..

    hari tu lepas balik dari PBAKL, mama terus rekemenkan buku ni kat ana..bersungguh2 dia suh beli & baca..alhamdulillah, betul la seperti dikata, buku ni memang best (sampai agym pun 'terhilangkan')...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, di permudahkan urusan Nina dan pasangannya,,

    hehe,buku tersebut best gak (along xbace sepenuhnya,tp main lompat2)
    mungkin best sgat sampai azim rebus buku tu.. hadam bebetul eh azim?

    xpe2,xkesahla.. yg penting praktikalkan teori n ilmu d dada..

    semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. amin.. (angah,amin kan doa along ni!!)

    ReplyDelete
  8. akak hampir2 nak hadiahkan awk buku nie
    tp akak yakin mesti awk da baca
    sekali betul...awk da bace buku ni
    xsilap nampaknya akk bg hadiah tu.hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com