Ticker

6/recent/ticker-posts

Antara Purdah, e-Voting dan Hilal Asyraf

Salam mahasiswa. Alhamdulillah, tercetus di kotak fikir untuk berkongsi pelbagai cerita dengan pengunjung blog.

Baru-baru ini, dunia agak dikejutkan dengan isu purdah yang dibawa oleh media-media terkemuka tanah air. Purdah bakal DIHARAMKAN di al-Azhar??? Ana sendiri terkejut dan sangsi, mana mungkin seorang ulama seperti Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi boleh mengeluarkan kata-kata yang seakan-akan merendahkan martabat wanita Islam. Biarpun berpurdah adalah adat resam masyarakat Arab Badwi, tetapi untuk meletakkan Islam begitu rendah dengan kata-kata tidak menunjukkan bahawa beliaulah orangnya yang mengeluarkan kata-kata tersebut.

Sebelum ini, akhbar Malaysia telah mewar-warkan isu ini sehingga mencetuskan gosip panas di laman-laman blog, forum serta Facebook. Akhirnya alhamdulillah, ALLAH membuka mata hati ana untuk menilai kebenaran. Syukran buat insan-insan yang berkongsi. Rupa-rupanya seperti biasa, akhbar Malaysia mengeluarkan statement separuh jalan di dada-dada akhbar sedangkan perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Ikuti kupasan seorang mahasiswa al-Azhar yang berdepan sendiri dengan Syaikhul Akbar Dr Sayyid Muhammad Tantawi di blog beliau.

Bukan setakat isu purdah, malah isu e-voting untuk pilihanraya kampus turut menjadi 'pisang goreng' di portal-portal maya. Pengunjung boleh baca sendiri melalui pautan-pautan berikut:

Bantah e-undi 'politik murahan' mahasiswa
Pro-M bantah e-undi di UUM
Khaled tak hormat hak mahasiswa
Countries with e-voting trials and pilot projects
e-Voting flawed

Apa-apapun, menurut pandangan ana sendiri yang mungkin akan dianggap 'politik murahan' juga (Kerana apa..? Sila sambungkan pembacaan antum), setakat ini ana masih tidak dapat mempercayai e-voting. Maaf, selagi tiada cara untuk meningkatkan kerahsiaan dan keselamatan, ana berada bersama-sama mereka yang membantah e-voting.

Selama beberapa hari ini juga ana mengikuti blog penulis muda, Hilal Asyraf. Pengisian yang menarik dan menggamit keinsafan. Penuh dengan peringatan kepada seorang hamba kepunyaan PENCIPTA. Wahai makhluk, sedarlah CINTA Teragung adalah CINTA ALLAH - CINTA TERATAS. CINTA ALLAH tidak akan membuatkan antum kecewa, insya'ALLAH. Ingin ana kongsikan tulisannya di sini.

Banyak lagi sebenarnya yang ingin dikongsi, tetapi cukuplah sekadar ini dahulu. Semoga sahabat-sahabat seperjuangan sekalian semakin GIAT menyiapkan assignment dan PSM di akhir-akhir semester ini. Berusahalah. Wassalam.

Post a Comment

2 Comments

  1. salam.
    mengenai purdah tu, mmg akhbar malaysia sentiasa mencari publisiti. namun sedihnya maruah ulama kita tercalar dek akhbar negara kita,negara islam!

    ust nazrul nasir telah mengulas dengan baik. Mari kita tgk ulasan ustaz Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil di laman web berikut : http://mujahidazhar.blogspot.com/2009/10/isu-purdah-apabila-ulama-dipermainkan.html


    -aL-LuKLuK aL-BaiDoa-

    ReplyDelete
  2. > aL-LuKLuK aL-BaiDoa

    salam wrt. wbt..syukran atas perkongsiannye ye mashitah..=)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com