Salam mahasiswa. Ana baru sahaja pulang dari bilik sahabat. Berbincang isu ummah, sehingga lebih dua jam. Apa sahaja yang dibincangkan sampai selama itu? Isu yang tak pernah-pernah lari dari bibir sahabat seperjuangan. Ikhtilat.
Apa itu ikhtilat? Bagi sahabat seperjuangan mungkin sangat tahu maknanya, tapi bagi yang di luar sana, fahamkah mereka? Ikhtilat ialah percampuran antara lelaki dan wanita. Apa sempadannya?
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak, tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu(untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Nbi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti Rasulullah dan tidak mengahwini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah." (al-Ahzab: 53)
Kalau kita lihat dewasa ini, batasan pergaulan antara lelaki dan wanita sudah tenggelam ditelan arus modenisasi. Dalam organisasi contohnya, bertepuk-tampar sudah menjadi kebiasaan sedangkan pada hakikatnya ada segelintir yang berasa tidak selesa dengan 'layanan mesra' insan-insan yang kurang faham ini. Jika tidak begitu, tidak seronok baginya, kolot dan tidak normal. Sebagai orang yang berpegang kepada al-Kitab, normalkah pergaulan seperti itu? Berdasarkan dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Di sinilah perlunya orang-orang yang sangat faham bagi menerangkan perkara ini kepada pihak-pihak yang terlibat dengan organisasi.
Lain pula kisahnya apabila ada yang terlalu memberat-beratkan hal ikhtilat sehingga kadang-kadang tidak sedar bahawa dirinya sebenarnya telah terlupa matlamat sebenar sesuatu keadaan itu. Contohnya dalam mesyuarat, mungkin ada yang terasa seperti ahli mesyuarat berlawanan jenis tidak menjaga pandangan dan asyik merenungnya sedangkan sebenarnya bagi ahli mesyuarat yang lain perkara itu tidak memberi efek apa-apa. Bergantung pada individu sebenarnya, niat di dalam hati itu harus dibetulkan. Untuk apa mesyuarat ini diadakan, adakah untuk memberi peluang antum merenung antara satu sama lain atau untuk mencapai konsensus tentang sesuatu yang lebih utama? Jangan sehingga matlamat tidak kesampaian, hala tuju entah ke mana hanya kerana perkara yang kurang utama. Semuanya berkisar tentang hati sendiri sebenarnya, pandai-pandailah jaga pandangan.
Pendek kata, jangan terlalu memberat-beratkan tetapi jangan pula terlalu meringan-ringankan. Kita harus menilai situasi. Ini kata putus perbincangan kami. Ana pun tidaklah terlalu arif tentang hal ini, sekadar memberi pandangan dan berkongsi hasil perbincangan dengan sahabat-sahabat. Apa pula pandangan pembaca?
Apa itu ikhtilat? Bagi sahabat seperjuangan mungkin sangat tahu maknanya, tapi bagi yang di luar sana, fahamkah mereka? Ikhtilat ialah percampuran antara lelaki dan wanita. Apa sempadannya?
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah-rumah Nabi kecuali bila kamu diizinkan untuk makan dengan tidak menunggu-nunggu waktu masak, tetapi jika kamu diundang maka masuklah dan bila kamu selesai makan, keluarlah kamu tanpa asyik memperpanjang percakapan. Sesungguhnya yang demikian itu akan mengganggu Nabi lalu Nabi malu kepadamu(untuk menyuruh kamu keluar), dan Allah tidak malu (menerangkan) yang benar. Apabila kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Nbi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka. Dan tidak boleh kamu menyakiti Rasulullah dan tidak mengahwini isteri-isterinya selama-lamanya sesudah ia wafat. Sesungguhnya perbuatan itu adalah amat besar (dosanya) di sisi Allah." (al-Ahzab: 53)
Kalau kita lihat dewasa ini, batasan pergaulan antara lelaki dan wanita sudah tenggelam ditelan arus modenisasi. Dalam organisasi contohnya, bertepuk-tampar sudah menjadi kebiasaan sedangkan pada hakikatnya ada segelintir yang berasa tidak selesa dengan 'layanan mesra' insan-insan yang kurang faham ini. Jika tidak begitu, tidak seronok baginya, kolot dan tidak normal. Sebagai orang yang berpegang kepada al-Kitab, normalkah pergaulan seperti itu? Berdasarkan dalil yang dikemukakan, jelaslah kepada kita bahawa pergaulan atau 'ikhtilat' di antara lelaki dan wanita tanpa sebab-sebab munasabah yang dibenarkan adalah dilarang sama sekali dan membawa kepada dosa. Di sinilah perlunya orang-orang yang sangat faham bagi menerangkan perkara ini kepada pihak-pihak yang terlibat dengan organisasi.Lain pula kisahnya apabila ada yang terlalu memberat-beratkan hal ikhtilat sehingga kadang-kadang tidak sedar bahawa dirinya sebenarnya telah terlupa matlamat sebenar sesuatu keadaan itu. Contohnya dalam mesyuarat, mungkin ada yang terasa seperti ahli mesyuarat berlawanan jenis tidak menjaga pandangan dan asyik merenungnya sedangkan sebenarnya bagi ahli mesyuarat yang lain perkara itu tidak memberi efek apa-apa. Bergantung pada individu sebenarnya, niat di dalam hati itu harus dibetulkan. Untuk apa mesyuarat ini diadakan, adakah untuk memberi peluang antum merenung antara satu sama lain atau untuk mencapai konsensus tentang sesuatu yang lebih utama? Jangan sehingga matlamat tidak kesampaian, hala tuju entah ke mana hanya kerana perkara yang kurang utama. Semuanya berkisar tentang hati sendiri sebenarnya, pandai-pandailah jaga pandangan.
Pendek kata, jangan terlalu memberat-beratkan tetapi jangan pula terlalu meringan-ringankan. Kita harus menilai situasi. Ini kata putus perbincangan kami. Ana pun tidaklah terlalu arif tentang hal ini, sekadar memberi pandangan dan berkongsi hasil perbincangan dengan sahabat-sahabat. Apa pula pandangan pembaca?
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~

