BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, May 12, 2009

Latihan, Latihan dan Latihan

Salam mahasiswa. Hari kedua latihan industri di TM Point Bintulu. Ana dan dua orang sahabat lain yang merupakan mahasiswa dari Unimas masih melakukan 'kerja semalam'. Kerja apa? Kami diberi tugas untuk menyusun data pelanggan dalam Microsoft Excel. Data pelanggan yang kadang-kadang berulang dengan akaun yang berbeza. Pengulangan itu dihapuskan supaya nampak lebih sistematik. Petang semalam penyelia kami ingin membawa kami berjumpa dengan pelanggan untuk belajar menangani pelanggan, tetapi tidak jadi kerana sudah lewat petang. Data dan pelanggan mungkin sangat familiar untuk dua sahabat ana itu, tetapi ana agak pelik dengan semua ini. Tiba-tiba ana perlu bergiat dalam bidang pemasaran (Uhuk-uhuk). Mungkin belum tiba masanya lagi, semalam ada juga ana mendengar tentang servis untuk customer jika mereka menghadapi masalah dengan perkhidmatan. Hurm, tunggu dan lihat dulu dalam seminggu ni; bak kata seorang coursemate yang juga LI di syarikat yang sama seperti ana tetapi di daerah berbeza.

Semalam Kak Wani (SUA MPP UTM) menghubungi ana. Beberapa hari lagi Konvensyen MPP IPTA Malaysia akan diadakan, nampaknya ana dan sahabat-sahabat MPP lain yang sedang menjalani latihan industri tidak dapat menyertai konvensyen tersebut. Sedih juga rasanya, bertambah-tambah rasa sedihnya apabila tidak dapat menyertai Minggu Haluan Siswa yang akan datang kerana pada masa itu ana belum pulang dari Sarawak. Kak Wani menjanjikan gambar-gambarnya semasa MHS nanti supaya kami yang tidak dapat turut serta boleh menatapnya (saje nak buat kami jeles la tu~ ;p).

Cuti praktikal selama 2 bulan 2 minggu ini turut menguji latihan amal + latihan iman + latihan dakwah kita wahai sahabat (kata-kata Akhi Zul). Seorang sahabat yang lain pula mengatakan 'jangan biarkan sehari yang kamu lalui tanpa membantu kemenangan Islam' (Ukhti Maliana). Masya ALLAH. Semoga ALLAH tambahkan iman di hati, agar meningkatnya amal dan semakin aktif berdakwah. Doa yang sama juga buat sahabat-sahabat di luar sana. Amiin.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.