BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, May 13, 2009

Buat Hero Rempit di Luar Sana

Salam. Pagi ini ana membaca Utusan Malaysia Online. Terkilan apabila melihat gambar seorang remaja digari sambil ibunya mengiringi di sisi. Remaja yang ditangkap beramai-ramai ketika operasi mencegah lumba haram di Ipoh semalam itu bakal dibicarakan bersama 13 orang sahabatnya yang lain. Terkilan tatkala melihat wajah si ibu yang menangis. Siapa sangka selepas menyambut Hari Ibu yang baru sahaja berlalu, ibu tua ini mendapat berita mengenai anak lelakinya yang ditahan kerana merempit. Entah ke mana agaknya sensitiviti si anak, tidak terbitkah rasa kasih pada ibu hingga menyanggupi diri untuk digari kerana perbuatan sia-sia yang bila-bila masa mengundang bala? Barah hedonisme lagi. Kalau tidak ditahan di lokap, antum bakal terus ke alam barzakh. Bahayanya merempit langsung tidak dihiraukan.

Jangan ditanya kenapa polis asyik menyibuk hendak memburu antum. Masakan antum yang sudah boleh berfikir (hingga boleh menjawab table test untuk mendapatkan lesen - bagi yang ada lesen) tidak tahu sebabnya? Hati ana sakit apabila melihat seorang ibu menangis, tidak bolehkah kiranya antum merenung sejenak sakit ibu sejak antum dilahirkan? Sakit ibu yang membesarkan antum tanpa mahu antum berasa sakit, tetapi apabila melihat antum digari, antum bukan mengurangkan rasa sakit itu, malah menambahnya pula. Mengapa hendak merempit? Kerana keseronokan bukan? Keseronokan yang bagaimana ingin antum kecapi? Seronokkah apabila melihat ibu menangis? Seronokkah ditahan di lokap? (mungkin populariti di kalangan sahabat meningkat jika ada rekod pernah ditahan polis - seronoknye~) Keseronokan yang begini atau keseronokan di syurga yang ada di bawah telapak kaki ibumu?

Jangan beritahu ana yang antum tidak mengingini ini semua. Kalau tidak ingin, mengapa memulakannya? Bagi yang sudah terjebak, kembalilah ke pangkal jalan. Yang baru terbit di hati rasa hendak mencuba lumba haram, jangan sekali-kali antum teruskan melainkan di litar perlumbaan sebenar. Ana tegah sama sekali!

Sumber gambar: Utusan Malaysia


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.