BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, May 28, 2009

Mesin ATM Bank Islam di UTM

Salam mahasiswa. Alhamdulillah, ana baru sahaja melawat blog salah seorang sahabat pimpinan mahasiswa. Berita baik untuk warga UTM, mesin ATM Bank Islam telah pun disiapkan. Walaupun hanya sebuah mesin ATM ini disediakan di bangunan persatuan pelajar (SUB), diharapkan kewujudannya mampu membantu warga kampus yang memerlukannya. Berita lanjut di blog YB Azim.



Pelajar UTM Ikuti Program Bakti Siswa di Bario

JOHOR BAHRU 27 Mei - Seramai 12 pelajar dan lapan kakitangan Kolej Tun Dr. Ismail Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan mengikuti program khidmat bakti siswa di Bario, Sarawak pada Jun ini.

Pengarah program, Mohd. Saifulrullah Mohd. Azami dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, aktiviti yang dikenali sebagai Lestari Bario itu ditaja oleh Malaysian Airlines System Berhad (MAS).

Jelasnya, pihak MAS telah menaja 20 keping tiket penerbangan ke destinasi tersebut.

"Program yang berbentuk akademik dan khidmat masyarakat itu bertujuan untuk membantu pelajar sekolah kebangsaan dan sekolah menengah di Bario meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik.

"Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan antara ahli jawatankuasa (AJK) dan guru sekolah berkenaan, didapati mereka memerlukan bantuan bahan pembelajaran seperti buku rujukan," katanya.

Selain buku rujukan, menurut Mohd. Saifulrullah, mereka juga memerlukan pakaian seragam sekolah, kasut dan alat bantuan mengajar seperti cakera padat.

"Kesemua keperluan tersebut adalah untuk menanam minat dan meningkatkan kefahaman pelajar," katanya.

Tambah beliau, peserta program turut membantu penduduk di kawasan tersebut untuk menghasilkan baja Effective Microorganism (EM) bagi program penghutanan semula dan penanam padi.

Mengenai pemilihan Bario, Mohd. Saifulrullah berkata, ia diyakini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai tanggungjawab sosial membantu penduduk yang kurang bernasib baik termasuk yang berada di pedalaman.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohd. Saifulrullah di talian 017-9058927 atau Pejabat Kolej Tun Dr. Ismail di talian 07-5531951.

Sumber: Utusan Malaysia

Admin: Selamat datang ke Sarawak dan menabur bakti~


Sifat Pemimpin

Berkata Imam as-Syafie:

5 Alat Kepemimpinan

1-Perkataan yang benar
2-Menjaga kerahsiaan
3-Menyempurnakan janji
4-Nasihat menasihati
5-Menunaikan amanah

Salam mahasiswa. Kata-kata ini ana jumpa dalam blog seorang MPM UiTM Sarawak, YB Aiman. 5 alat kepemimpinan ini membuatkan ana berfikir panjang. Selama ana menjadi perwakilan mahasiswa, adakah ana menggunakan kelima-lima alat ini? Benarkah segala perkataan yang keluar dari mulut ini? Cukup menjaga kerahsiaankah ana? Sejauh mana janji telah ditunaikan? Adakah ana antara sahabat pimpinan mahasiswa yang saling menasihati antara satu sama lain? Amanah yang diberikan kepada ana telah ana tunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab atau sekadar sambil lewa? Ya ALLAH...berikan ana dan sahabat-sahabat pimpinan mahasiswa yang lain petunjuk agar amanah berat yang kami pikul bersama ini tertunai dengan sebaiknya. Bimbinglah kami agar kami tidak menjadi salah seorang ahli neraka di akhirat kelak. Amiin.


~Sakura Merah Jambu~


Salam. This pink sakura is for lovely ~Sakura Merah Jambu~ =)


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.