BLOG ENCIK SUAMI

Friday, December 31, 2010

Berapa Jam je Lagi~


Alhamdulillah~ Berapa jam je lagi tahun 2010 akan merangkak pergi, dan tahun 2011 bakal menampakkan wajahnya~ cewah ayat~

Di kesempatan ni nak ucap Selamat Tahun Baru kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri, sahabat-sahabat blogger yang baru dan lama, yang jauh dan dekat, yang comel dan hensem, yang kemas macam Hiro dan banyak yang lagi~ Turut menyertai ucapan ni adalah ucapan mohon maaf andai ada salah silap selama tahun yang bakal berlalu, maaf ye kalau ada yang tersinggung ke, terluka ke~ kalau terkembang hidung sebab kena puji tu, lain cerita ya~

Tahun baru, seperti biasa mesti ada azam baru kan? Tak kisah lah apa azam kamu-kamu semua, moga usaha untuk mencapainya dilipat-kali-gandakan lagi, dan jangan lupa lepas usaha kena buat apa? Yup, betul tu! Doa dan tawakal~ :)


Sambut tahun baru dengan bermanfaat ye~ ;)




Thursday, December 30, 2010

Corakkan Mereka Sebaiknya

Reaching for Spring by ~Udderlymoo

"Adi, jangan nangislaaaa!!!" Nyaring sekali suara wanita itu kedengaran hingga ke bilik belakang ini. Suara tangisan kanak-kanak kecil kedengaran terputus-putus.

"Stop crying! Hee...sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis!" Wanita itu tidak berpuas hati. Kanak-kanak itu masih menangis.

"Adi kenapa ni? Mama nak membasuh laaa!! Mama kata stop crying, stop crying laaa!!!" Semakin nyaring. Yang mendengar dari jauh pula terdiam. Suara tangisan masih kedengaran sayup-sayup.

"Asyik menangis aje!! Kakak tak menangis, adik tak menangis, Adi asyik menaaaaangis aje!!" Geram betul wanita itu. Entah kenapa kanak-kanak itu asyik menangis, yang mendengar dari jauh pun tidak pasti.

Okay, stop teater jap~

Itulah adegan dalam rumahtangga. Satu part je tu, ada banyak lagi part lain dalam adegan rumahtangga. Tak campur lagi part anak pulak bersuara nyaring. Ops, kalau anak pulak bersuara nyaring, itu tanda derhaka! Murka Pencipta! Meninggikan suara kepada kedua orang tua, berdosa tau! Sedangkan sepatah perkataan "ah" pun Allah tak bagi kita keluarkan kat mak ayah kita.


Ya, itulah tanggungjawab kita sebagai anak~ Bagaimana pula tanggungjawab ibu bapa kepada anak? Sejak kecil lagi...anak-anak hendaklah dididik dengan sebaiknya. Selalu orang cakap, anak-anak ni ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya~ Maksudnya, anak-anak ni akan jadi macam mana yang ibu bapa mereka bentuk lah~ Kalau bentuk jadi segiempat, jadi segiempat, kalau bulat, jadi bulat lah...itu analogi, takdelah nak bentuk anak bersegi-segi macam tu~ Bentuk jadi manusia~ Eh, dulu kecik-kecik belum jadi manusia ke? Belum, dulu tu orang je...silap langkah boleh jadi orang-orang kat tengah sawah tu, tak pun, terus jadi orang utan..hurmm~~

Jadi, nak bentuk macam mana? Ikut lah...nak bentuk anak gaya Luqman al-Hakim ke, gaya Nabi Ibrahim ke, gaya Ustaz Hasrizal ke, gaya siapa-siapa lagi lah yang lain tu~ Cumanya, dalam membimbing anak-anak kecil ni, ok ke kalau kita jerit-jerit macam wanita dalam teater tadi? Sampai jiran tiga deret lot perumahan kot dengar~ Erh..macam mana ya nak didik anak? Kita ni pun nanti nak didik anak jugak~ tapi tak naklah gitu...yang mendengar dari jauh pun nak menitis air mata, rasa macam nak menyampuk pun ada...

Beruntungnya mak ayah yang berjaya membentuk anak-anak menjadi soleh dan solehah. Mereka tentunya mendidik dengan sebaiknya. Dan mereka akan mendapat ganjaran di akhirat kelak daripada apa yang telah mereka usahakan itu. Rasulullah pun dulu-dulu pernah ingatkan kita tentang ni.




Alhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung bak kat orang ramai..sejuk perut, sejuk mata memandang...

"Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa."

Jangan tunggu dah kahwin, amalkan doa ni dari sekarang ya~




BLOG 500 MENCARI HARTA KARUN : SOALAN PENUTUP 2010



Pandangan~ Seriously, saya baru je ikut segmen-segmen Enchek Ben seminggu lebih yang lalu. Jadi baru berapa segmen je kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan blogger yang lain. Walaupun baru seminggu++ dan baru beberapa segmen je yang saya join, dah jelas ketara, segmen beliau sangat best~ Tak percaya? Leh la carik Label Enchek Ben kat sidebar tu, tengok berapa entry pasal segmen jek semingu-minggu ni. Kawan-kawan lain, mesti pelik kan? Hehehe...terima kasih kat Enchek Ben, seminggu lebih ni trafik naik, kawan-kawan blogger pun bertambah~ pasal segmen lah~ Kalau seminggu ni pun saya rasa macam ni, apa lagi kalau yang keseluruhan setahun ni? Ha..fikir, jangan tak fikir~ Yang lain? Tak nak join? Join sambil berkongsi, pandai-pandailah bahagi masa jugak ye~ Enchek Ben, jangan stop blogging ya~





Saya Menang! Esok Cuti!

Erk, biar betul? Macam tak percaya jek? Percayalah~~~ Masa antar jawapan tu rasa-rasa macam da ramai da yang hantar jawapan bila baca kat dashboard. Bukak blog tadi, nampak kat sidebar, Enchek Ben da umumkan pemenang, apa lagi, klik laju-laju~ Terus nampak benda ni....


Tempat ketiga~ Alhamdulillah~ Terima kasih Enchek Ben~ Tahniah kat Amalina yang memang laju sungguh~ (semalam nampak entry dia yang paling awal lepas Enchek Ben publish soalan..hebat!), da dapat topup dari Enchek Wave X (Enchek ke Cik? Heh~). Tahniah kat Areliff gak yang terus-menerus mempertahankan kedudukan dia kat situ~ Hehehe...camne nak wat gitu Areliff? Hoho~ Tahniah gak kat yang lain-lain~ Kamu-kamu memang best~

Disebabkan dah menang, maka saya isytiharkan esok cuti ye~ :p

Enchek Ben, hari ni soklan ape pulak? http://www.emocutez.com









Wednesday, December 29, 2010

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus 3







500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan ( 3 ) Harian






Benarkah Sayang?

Gambar ni tak ada kaitan dengan entri. Terima kasih.
"Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." [at-Tahrim: 6]

Allah...ana petik dari buku merah "Super Wife, Super Mom, Super Women", buku Siri Wanita Kharisma karya Heni. A. Rifai. Ya, ia mengenai tanggungjawab suami dan isteri untuk memelihara keluarga daripada api neraka! Apa, kita yang belum bergelar suami atau isteri tidak perlu menjaga kebajikan keluarga kita?

Bukan begitu! Ayat ini dikhususkan untuk segenap lapisan umat manusia di muka bumi, yang beriman kepada Allah dan Rasul. Awal ayat sudah menyeru "Wahai orang yang beriman!", maka sungguh ia untuk semua. Kita mengatakan kita sudah beriman, dan berubah ke arah kebaikan, tetapi kita membiarkan ahli keluarga kita dalam kejahilan dan kekufuran? Wah, gembiranya dapat masuk syurga! Sorang-sorang pun takpe kot~ Biarlah dia dengan hidup dia, aku tak peduli! Itu hidup dia, bukan hidup aku! Dia nak jadi bahan bakar kat neraka ke, nak kena bantai dengan malaikat ke, lantak dia la~ Eh, terlupakah dengan sabda nabi junjungan?


Mungkin tak sayang diri, sebab tu tak sayang saudara? Yeke? Hurm..entah lah. Jadi, sebagaimana seharusnya kita sebagai saudara menyayangi saudara kita? Tentulah dengan mengajak mereka ke arah kebaikan! Tetapi, jangan sesekali terlupa untuk menegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Ajak buat baik je la, tak boleh ke? Malas la nak tegah-tegah, nanti kecik hati dia. Ops, silap tu! Mengajak hendaklah seiring dengan menegah. Sebab itu ayat 'amar makruf nahi munkar' sentiasa seiring dalam al-Quran, kerana kedua-duanya kena selari.


Ya, sebagai saudara bukan sahaja saudara berdarah daging, bahkan saudara sesama Islam, kita dituntut untuk menyeru manusia ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Macam mana nak buat? Boleh terjah macam tu je ke? Nampak benda salah, terus terjah. Tak kisahlah, yang penting aku buat amar makruf nahi munkar~ lalala~ Amboi-amboi~ sedangkan nak masuk rumah orang pun kita kena bagi salam kan? Even orang tu saudara kita, ada kita main rempuh, sepak terajang pintu rumah dia? Masuk-masuk rumah orang, lepas tu terjah sesuka hati. Eik, terus dicop tak ada adab. Kan dah kurang pahala amar makruf nahi munkar tu? Jadi, macam mana seharusnya?


Nah, dah jelas nyata...usahlah menyombong diri jika ilmu kita masih cetek. Ajaklah manusia dengan hikmah, bukan kerana karamah, tetapi bagi mengelak fitnah. Yang menaip ini juga bakal diuji dengan kata-katanya.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [ar-Rahman: 13]





Contest Gambar Menarik 2010!!


Enchek Areliff buat contest~ Kena pilih gambar menarik pilihan kita untuk tahun 2010~ Lebih lanjut mengenai contest ni boleh klik SINI.

Gambar pilihan saya adalah....

jeng jeng jeng....

.

.

.

.

.


Ops, salah gambar~ Hehehe...gambar ni masa hari raya yang lepas, itu mak saya, dan anak buah~ tapi bukan saya yang ambil..ni hak milik cousin saya, seorang journalist akhbar di Sarawak~ eh, promote beliau pulak~ :D Tu kan gambar dia, kena la promote...heh~

Tapi, tapi, tapi....gambar saya tak la secantik gambar dia...guna kamera compact jek~ Gambar ape tu?

Jeng jeng jeng sekali lagi....

.

.

.

.

.


Eh! Silap lagi! Ni gambar guna kamera handphone, bukan kamera compact tu~ Tapi menarik gak kan? Ni gambar bumbung sebuah fakulti kat Universiti Malaysia Sarawak, kalau tak silap fakulti yang ada kaitan dengan arts. Tapi lagi menarik kalau kat ujung bumbung tu ada burung tengah bertenggek kan? Kan? Kan?

Heh~ jadi..gambar mana la ni???

Erm...gambar pilihan tu adalah...

takde jeng jeng jeng da...

.
.


Erk, gambar ape ni? Tak menarik sungguh! Mesti kamu-kamu cakap gitu kan? Hehehe~ Gambar ni sebenarnya sebahagian dari gambar projek tahun akhir saya~ Projek Sampai Menangis (PSM - Projek Sarjana Muda), memang banyak nostalgia...dari kisah dua sensor menjadi satu, stripboard yang rosak, programming yang asyik bertukar-tukar, litar ciptaan sendiri yang tak menjadi, kaki PIC yang patah dua hari sebelum exhibition, air mata sebaldi tak cukup (hiperbola!), kawan-kawan yang support, team members yang bersemangat waja, tak tido semalaman sebelum presentation, hinggalah ke saat TOP Exhibition 2010, akhirnya saya kini sudah habis degree~ alhamdulillah, sungguh! Tak percaya? Klik SINI untuk cerita lanjut~ Klik tau! Jangan tak klik! Sia-sia jek post ni kalau tak klik~ :D

Erk, dah terbercerita panjang lebar pulak. Enchek Areliff jangan marah ye~ Nak tag 3 orang kawan ye?

Erm...meh, nak tag mereka ini:

Ha...kamu-kamu yang ditag ni, masuk jangan tak masuk~ kamu-kamu kan ada gambar menarik~








Perkahwinan Sejahterakan Hati


"Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih-sayang dan belas-kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir." (ar-Ruum: 21)

Persoalannya, mengapakah semakin ramai golongan lelaki dan wanita bujang yang menolak perkahwinan? Kalau mungkin kerana tiada jodoh tidak mengapa. Tetapi yang lebih dibimbangi apabila mereka memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan atau tidak sanggup mengorbankan kerjaya.

Malah tidak kurang juga yang mengambil keputusan membujang kerana tidak pasti dengan kemampuan diri dalam mengharungi alam perkahwinan apatah lagi, dengan paparan kisah-kisah kerapuhan institusi kekeluargaan seperti pergolakan rumah tangga, penderaan emosi dan mental, perlakuan curang pasangan, campur tangan keluarga dan bebanan tanggungjawab yang tidak adil.

Apakah ‘kerugian’ yang akan dialami oleh mereka yang menolak perkahwinan (‘Uzuuf) dengan pelbagai alasan remeh-remeh, sedangkan diketahui akan kelebihannya di sisi agama?

Menurut Syeikh Khalid Abdurrahman al-‘Ak, dalam kitabnya Adab al-Hayat al-Zaujiyyah, mereka yang menolak perkahwinan (al-‘Uzuuf) akan mengalami dua kerugian dan kemudaratan iaitu dari segi keduniaan dan agamanya (akhirat).

Kerugian di dunia yang dimaksudkan di sini ialah jiwa sentiasa di dalam keluh kesah dan tidak tenteram. Ini kerana antara hikmah perkahwinan ialah menjadikan jiwa manusia dalam keadaan tenteram, tenang dan lebih teratur seperti mana yang dinyatakan oleh Allah dalam surah ar-Ruum ayat 21 di atas.

Sementara itu, Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin ada menyatakan: “Tidak akan sejahtera hati seseorang yang dikuasai oleh syahwat melainkan dengan perkahwinan, apabila hati dalam keadaan kecelaruan seseorang itu tidak mampu melaksanakan ibadat dan pekerjaan-pekerjaan lain dengan sempurna”.

Menolak perkahwinan juga akan mengalami kerugian di dunia iaitu tidak memiliki zuriat keturunan, kerana memiliki zuriat yang sah merupakan antara matlamat sesuatu perkahwinan. Apatah lagi, apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah pahala di dunia ini, melainkan tiga perkara antaranya anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebahagiaan ibu bapa mereka. (Walaupun ada pasangan yang berkahwin tetapi tidak memiliki zuriat, namun sekurang-kurangnya mereka berusaha untuk mendapatkan namun, rezekinya tiada.)

Seseorang juga akan mengalami kerugian dari sudut keagamaan (akhirat). Dengan menolak perkahwinan besar kemungkinan akan terjebak dengan kemungkaran atau dosa-dosa besar yang mengakibatkan mereka diazab dengan azab yang dahsyat pada hari pembalasan nanti seperti dosa zina, jenayah rogol dan seumpamanya.

Perkahwinan sebenarnya menjadi benteng berlakunya perbuatan-perbuatan keji dan sabda Rasulullah bermaksud: Wahai pemuda pemudi, barang sesiapa di kalangan kamu mampu untuk berkawin, maka berkahwinlah, kerana dengan perkahwinan akan dapat menundukkan pandanganmu (dari memandang maksiat) dan menjaga kemaluanmu (dari melakukan zina). Dan sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin maka berpuasalah, kerana ia akan menjadi perisai bagimu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pepatah Arab menyebut: “Kita tidak akan menuai hasil tanaman hari ini, selain daripada penat lelah pada semalamnya”. Sesuatu yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti susah sudah tentu akan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.

Firman Allah: Dan orang-orang berjihad (untuk mencari keredaan) Kami, nescaya Kami benar-benar akan menunjuk jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama orang-orang yang berbuat kebaikan. (al-Ankabut: 69)

Begitulah juga dalam kehidupan berkeluarga, sekiranya kita sanggup mengharungi segala dugaan dan ujian dalam melayani kerenah pasangan dengan penuh kesabaran di samping mendidik dan mengajar mereka, nescaya akan kita kecapi kemanisan dan kebahagiaan yang sejati di kemudian hari.

Isteri yang bersusah payah melayani suaminya tanpa menghirau penat lelah, siang atau malam, semata-mata untuk mendapat keredaan suaminya, maka akan diberi ganjaran syurga oleh Allah. Sabda Rasulullah bermaksud: “Mana-mana isteri yang meninggal dunia dan suami reda kepadanya maka ia akan dimasukkan ke syurga.” (Riwayat al-Tirmizi).

Selain itu, suami isteri yang berkerjasama mendidik dan mengajar anak-anak supaya mereka menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, nescaya anak tersebut akan menjadi saham yang amat bernilai apabila berhadapan dengan Allah kelak.

Kenyataan ini bersandarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim seperti yang dinyatakan di atas.

Ini membuktikan betapa berbaloi penat lelah selama ini, dengan nikmat yang diperoleh di kemudian hari dan kesemua ini mustahil dapat dikecapi melainkan dengan kesabaran dalam melayari bahtera rumah tangga.

Sebelum menempuh alam rumah tangga dan bergelar suami atau isteri, terdapat banyak perkara asas yang perlu diketahui dan dipelajari. Secara umumnya asas-asas persediaan yang perlu ada pada bakal pengantin ialah pengetahuan agama.

Kebijaksanaan pasangan suami isteri meningkatkan ilmu pengetahuan sudah tentu dapat dijadikan panduan menangani masalah yang berkemungkinan berlaku dalam rumah tangga. Penghayatan mengenai ilmu agama sudah tentu memberi persediaan dalam menghadapi cabaran.

Sebab itulah Islam menekankan asas utama pemilihan pasangan adalah dilihat dari segi agamanya, sabda Rasulullah bermaksud: "Wanita (termasuklah lelaki) kebanyakan dikahwini disebabkan oleh empat perkara: kerana harta, keturunan, rupa paras dan kerana agamanya, maka pilihlah yang ada agama nescaya kamu akan beruntung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkara ini disokong Dr. Muhammad Uqlah selain perkara-perkara seperti mempunyai pekerjaan atau sumber ekonomi bagi menyara keluarga dan lain-lain.

Sabda Rasulullah lagi: “Sesiapa yang mengahwini isteri kerana kedudukannya, tiadalah Allah tambah kecuali kehinaan, sesiapa yang menikahi isteri kerana hartanya, tiada ditambah oleh Allah kecuali kefakiran, tetapi sesiapa yang berkahwin kerana ingin menunduk pandangannya menjaga kehormatannya atau menghubung silaturahim Allah akan memberkati keduanya.” (Riwayat Imam al-Tabarani)

Artikel-artikel lain yang bermanfaat seperti di atas boleh diperolehi di Baitul Muslim Halaqah.Net




500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus 2






Tuesday, December 28, 2010

500 Blog Mencari Harta Karun: Soalan 2 (harian)

Soalan kedua tu boleh rujuk di SINI.

Jawapan saya:

(2a) 97. anis.farhana (http://anisfarhanaaliman.blogspot.com)

(2b) Dah tak tau hasil yang ke berapa. Tak terkira.

Wah! Mula-mula rasa macam pelik! Ape yang Enchek Ben soal-soal ni? Ada tambah tolak bahagi pulak. Then, owh...rupa-rupanya..kena kira-kira ye, kaitkan nombor dengan senarai 500 blog. Ho..bijak-bijak. Bijak sungguh Enchek Ben membuat soklan. Best! Sebab saya suka kira-kira. Siap amek calculator lagi~ Haha. Ye lah, nak carik nombor 400 lebih milik renjerkabloi tu ha...Hehe. Seperti biasa, segmen-segmen Enchek Ben memang menyebabkan blogger-blogger tak senang duduk dan terketar-ketar jari jemari. Adehh...menggigil nak menaip, kenapa leh jadi gitu? Hanya mereka-mereka sahaja yang tahu~ Hehehe... Apapun, good luck untuk semua ya~ Chaiyok2~

P/S: Saya menukar jawapan lagi...kepada yang asal...jadi, dah tak menang dah...hehehe.






Blogging: BEST ke TAK BEST?


Blogging itu best! Siapa setuju?

Ya, memang blogging itu best kalau bijak menggunakannya ke arah ke'best'an itu. Tapi kadang-kadang blogging menjadi perkara yang men'tension'kan bila berlaku perkara-perkara yang tak best. Eh, mana satu ni? Best ke tak best?

Blogging itu BEST bila:

1. Entry best-best.

http://www.emocutez.com

2. Template best.

http://www.emocutez.com

3. Header cantek.

http://www.emocutez.com

4. Blogger peramah.

http://www.emocutez.com

Blogging jadi TAK BEST sungguh bila:

1. Alamak ai...banyaknya popup windows.

http://www.emocutez.com

2. Bila nak habis greetings dari message windows ni?

http://www.emocutez.com

3. Hadoi...lamanya nak tunggu loading..

http://www.emocutez.com

4. Berat! Berat! Tak suka! Da, bubye! Malas nak tinggal jejak!

http://www.emocutez.com

5. Internet ni...masa nak cari harta karun ni la dia lembap...

http://www.emocutez.com

6. Eh, tak boleh right click? Bukan nak copy pon...nak bukak new tab la.. (saya jenis suka buka new tab tanpa tutup tab asal...jadi, memang merumitkan la kalau yang disable right click tu~)

http://www.emocutez.com

7. Nak tambah lagi? Ha..sila-sila lah tambah....

http://www.emocutez.com

Dulu ada seorang UTM Blogger yang buat entry pasal ni jugak. Rujuk Pertandingan "Annoying Blog". Oh, ya, nak tambah satu lagi Blogger Friend yang buat entry ni baru tadi. Cek blog Ohh Mejuez.



Pencarian TOP Commentators!


*INI ADALAH STICKY POST MY DEAR~
SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU*


Erm...setelah difikir-fikir, rasa macam nak bagi award sempena berakhirnya tahun 2010 ni. Award apa tu? Seperti yang tertera pada tajuk entri ni, saya nak bagi award kepada Top 3 Commentators kat blog ni..Rajin tak komen mana-mana entri kat blog ni? Ada beberapa orang blogger yang rajin komen, seperti dalam senarai yang dah di'print-screen' kat bawah:

Eh, 'ter'crop sekali Logo Kelab Blogger Enchek Ben Ashaari~ :D
Dalam kurungan tu adalah bilangan komen daripada blogger tersebut dalam mana-mana entry kat blog ni. Itu senarai sebelum ni yang kalau kamu-kamu perasan ada pada sidebar saya. Sekarang dah takde, sebab saya dah remove.. (eh, link Kelab Blogger Enchek Ben tu ada lagi~) Hehe. Biarlah dihiddenkan buat sementara. Saya akan gunakan widget yang sama gak untuk mencari pemenang bertuah tu~

Ha, rasa-rasa boleh join tak? Boleh kalahkan si ... dalam senarai kat atas tu? Apa lagi, komen, komen...

Saya bagi masa hingga jam 12 malam 31 Disember 2010 ni. Tak payah buat entri apa-apa, kalau nak sebar-sebarkan digalakkan. Selamat mencuba ya~




Sunday, December 26, 2010

Doakan, Saya Nak Periksa!


Okay, STOP, STOP~~~~~~ for a while....

Masa untuk study and try test soklan~

Esok lepas periksa, insya'ALLAH saya jenguk para penjenguk sekalian ye...

Jangan lupa tinggal jejak...

Dan doakan agar dipermudahkan untuk saya menjawab soklan periksa esok...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [al-Insyirah: 5-6]

Dan, kalau masih sempat, join la 500 Blog !

http://www.emocutez.com







Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.