Ticker

6/recent/ticker-posts

Inception - The Dream is Real!

Ouh, dahsyatnya~ Ada pula anugerah The Most Pirated Film of 2010 bila jenguk-jenguk news kat homepage Yahoo! tadi. Dan Inception mendapat tempat ketiga antara filem yang paling banyak dimuat-turun dari internet dengan jumlah pemuat-turun seramai 9,720,000 orang~ (tak pasti lah pulak kalau-kalau ada orang yang sama mendownload beberapa kali). Namun, tetap kalah kepada Avatar yang telah dimuat-turun sebanyak 16,580,000 kali~

Tetapi, ana bukan mahu bercerita tentang Avatar. Lebih kepada Inception. Sebenarnya da lama da tengok, beru sekarang nak review. Alhamdulillah, terima kasih kepada adik Hilal yang memperkenalkan filem ini di Langit Ilahi tak lama dulu, membuatkan hati ana tergerak untuk menontonnya. Inception mengingatkan ana kepada seorang sahabat baik ana suatu ketika dulu apabila membaca review daripada adik Hilal.

Inception adalah sebuah filem fiksyen arahan Christopher Nolan mengenai seorang lelaki bernama Cobb (DiCaprio), perisik khas yang kerjanya ialah mengestrak maklumat daripada minda bawah sedar kliennya ketika mereka sedang tidur dan bermimpi dengan menggunakan satu mesin khas. Apabila bermimpi, kesakitan akan dirasai oleh mereka, manakala kematian di dalam mimpi akan membangunkan mereka daripada tidur.

Tugas Cobb dan sahabatnya Arthur, menjadi lebih mencabar apabila seorang businessman Jepun bernama Saito meminta mereka mencipta idea dalam mimpi ("inception" means entering a dream in order to implant an idea) pesaing perniagaannya, Robert Fischer Jr. Saito menjanjikan Cobb permit untuk pulang ke negaranya dan bersama dengan anak-anaknya jika misi itu berjaya.

Untuk melaksanakannya, Cobb dan Arthur mengrekrut Eames, penyamar yang boleh menukar identitinya di dalam mimpi, Yusuf, ahli kimia sedatif, dan Ariadne, seorang pelajar arkitek yang akan mereka dunia mimpi mereka. Penyelidikan berterusan dilakukan untuk menghasilkan mimpi sepanjang 10 jam di dalam pesawat yang dibeli khas oleh Saito. Di dalam mimpi 10 jam dengan bantuan sedatif, pelakunya tidak akan terbangun apabila 'mati' di dalamnya, tetapi akan kekal di dalam "limbo", a world of unconstructed dream space, for a seemingly indefinite time. Yang menariknya, mereka menghasilkan mimpi di dalam mimpi sebanyak 3 'lapisan' bagi mengelakkan berlakunya kematian di dalam mimpi 10 jam itu.

Sebolehnya kematian di dalam mimpi 10 jam itu dielakkan, tetapi kehadiran Mal, bekas isteri Cobb yang telah meninggal dunia, menjadi antara halangan yang perlu dilepasi. Apa yang Mal lakukan, dan apa yang menyebabkan Mal hadir dalam mimpi 3 'lapisan' mereka, akan antum dapati jika antum menonton filem ini hingga habis.

Apa yang boleh ana katakan, filem ini antara yang terbaikkkk, membuatkan kita berfikir mengenai otak manusia ciptaan Allah. Kuasa minda separa sedar memang wujud, tetapi memerlukan setiap individu menerokanya dalam diri masing-masing. Seperkara yang ana kagumi, Nolan telah melakukan penyelidikan selama 9 tahun sebelum terhasilnya filem ini.

Development began roughly nine years before Inception was released. In 2001, Nolan wrote an 80-page treatment about dream-stealers, presenting the idea to Warner Bros. The story was originally written as a horror film, inspired by concepts of lucid dreaming and dream incubation.[6] The film also taps into psychological phenomena like false memories and the introspection illusion. [Wikipedia]

Memikirkan Nolan mempunyai imaginasi setinggi ini, membuatkan kita memuji-muji Penciptanya. Subhanallah...itulah imaginasi manusia, ciptaan Allah s.w.t.

Konsep Penrose stairs turut diaplikasikan dalam filem ini sebagai contoh perkara mustahil untuk dihasilkan di dalam mimpi. Nak tahu lebih lanjut tentang filem ni, boleh rujuk sini dan sini.

Hurm...dah tonton belum filem ni? Kalau belum, silakan menontonnya. Kalau rasa-rasa kurang faham, ulang tayang lagi banyak-banyak kali. Hehe~ Apapun, sangat best! Boleh jeling-jeling trailer Inception kat bawah ni kalau belum tengok lagi.





Er..ana mungkin dikira sekali dalam pemuat-turun filem Inception~ :D

Post a Comment

1 Comments

  1. as salam..
    jika konsepnya betul, maka ia adalah sesuatu yang menarik untuk diaplikasikan.
    syukran..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com