BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, March 14, 2010

Anugerah Sakeenah

Semalam aku menangis
Hari ini aku tertawa
Hari-hari yang akan datang
Terhias dengan senyuman

Detik-detik masa yang berlalu
Kita tempuhi bersama
Mencicip sedikit pahala
Meraih sekelumit redhaNYA

Sahabat,
Kamu adalah anugerah terindah
Kurniaan DIA yang Maha Memberi
Nikmat teragung yang tidak terperi

Kenangan yang terlukis di hamparan memori
Biar terlakar kekal
Tidak terpadam dek hujan dan badai
Tidak pudar diliputi debu-debu duniawi

Doa Rabithah pengikat hati
Cahaya Rabbani penyuluh qalbu
Detik masa yang semakin pantas berlalu
Akan menguji keimanan dan ketaqwaan

Temanku,
Ku doakan agar kalian terus kuat
Kaki akan terus melangkah
Hati akan terus istiqamah

Sahabatku,
Andai kaki ini tersadung
Andai diri ini terjatuh
Mahukah kalian berjanji
Akan menghulurkan tangan
Untuk membangunkannya semula?

Semoga ikatan hati-hati ini tersimpul kekal

-Anugerah Sakeenah-

Warga Irdina - Asma, Hisma, Hanisah, Salliana, Sakinah, Fazrena, Hasunah

Saya sayang kamu semua~
Semoga ukhwah ini membawa kita ke syurgaNYA...
Ameen...

14 Mac 2010
-Irdina-




Khas Buatmu Nabila~

Kawan - Hijjaz

Kawan apalah yang kau kesalkan
Kerana Tuhan kau kehilangan kawan
Kerana kebenaran dihina
Jangan kau ragu dalam keimanan

Kadang-kadang kawan jadi lawan
Kadang-kadang lawan jadi kawan
Apalah disedihkan hati
Setiap insan di dalam kekurangan

Jangan sedih selalu tersisih
Bukan kau saja ditimpa malang
Ingatlah para Rasul mulia
Lebih terseksa menderita
Mereka bahagia dalam derita
Mereka kaya di dalam papa

Mereka memadai dengan Tuhannya
Itulah kebahagiaan
Di waktu sempit seorang diri
Kawan janganlah disedihkan hatimu

Tetapi mereka merasai ramai
Walaupun keseorangan

Khas buatmu Nabila Salfiza, kuatkan hati!
Butir mutiara yang gugur itu tanda kita hamba...
Hamba yang sentiasa perlukan Tuannya...
Berbicaralah denganNYA...
Kerana DIA sedang berbicara denganmu..

-tentang SABAR dan IKHLAS-

ALLAH bersamamu...



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.