BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, July 31, 2010

10 Minit

Alhamdulillah. Ana ingin berkongsi sesuatu yang berlaku sebelum hari ulangtahun kelahiran ana. Dengan harapan ia menjadi renungan buat semua.

30 Julai 2010, hari ini tarikh tutup untuk menghantar borang biasiswa bagi program pasca-siswazah. Ana dan supervisor ana agak kelam-kabut juga untuk menyelesaikan semua perkara. Hal ini disebabkan ana belum mendapat surat tawaran daripada pihak terbabit. Proses yang agak lambat menyebabkan supervisor ana berurusan sendiri dengan pihak atasan. Alhamdulillah, petang itu ana dijanjikan yang surat tawaran akan dikeluarkan.

3.30 petang, ana ke pejabat tersebut untuk mengambil surat tawaran. Staff yang berada di kaunter menghubungi seorang staff lain untuk mendapatkan kepastian mengenai urusan ana. Staff yang dihubungi meminta dia memberitahu ana untuk menunggu sebentar. Ana duduk menanti.

Jam hampir menunjukkan pukul 4.20 petang. Lagi empat puluh minit, pejabat urusan biasiswa akan ditutup. Ana mula gusar. Entah sempat atau tidak. Ya ALLAH, KAU uji aku dengan kesabaranku, permudahkanlah urusan ini. Sudah berapa ramai pasca-siswazah yang keluar masuk, tidak kira pasca-siswazah antarabangsa atau tempatan. Ana pula masih menunggu di situ.

4.30 petang, alhamdulillah. Staff di kaunter tadi memanggil nama ana dan nama sahabat ana. Sampul surat putih diberikan, ana ambil sekali sampul surat sahabat ana dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

Surat tawaran ini perlu difotostat dan disahkan. Tinggal setengah jam sahaja lagi. Ana masuk ke pejabat urusan biasiswa yang bertentangan dengan pejabat tadi bersama dengan seorang kakak senior. Dia memberi dorongan agar ana memberanikan diri untuk meminta bantuan staff di kaunter pejabat itu untuk membuat salinan surat tawaran ana. Ana melilau ke kaunter, staff di situ agak sibuk. Ana teragak-agak mahu 'mengganggu' urusan pasca-siswazah lain di situ.

Tiba-tiba seorang staff lelaki yang agak tua dan berkopiah putih keluar dari pintu sebelah kaunter. Dia mengulang-ulang, "nak collect matrix card?" sambil melihat semua orang di situ sebelum masuk ke bilik matrix card. Kemudian, dia keluar dari bilik itu sambil melihat lagi semua orang. Ana menghampirinya.

"Matrix card?" tanyanya.

"Er, encik. Tumpang tanya, saya nak fotostat surat tawaran ni, kat mana ye saya boleh fotostat?" ana pula yang bertanya.

Dia melihat surat tawaran ana, mengambilnya dan berkata, "yang ni eh? Nak fotostat berapa?"

"Satu je."

"Jap ye," kata staff lelaki itu kepada ana apabila seorang pasca-siswazah mahu mengambil kad matrix. Selesai urusan itu, dia masuk ke pintu sebelah kaunter tadi. Ana duduk di kerusi, mengeluarkan borang biasiswa untuk memeriksa dokumen yang ada. Tak sampai seminit, dia keluar membawa salinan surat tawaran ana.

Ana mengambilnya dan mengucapkan terima kasih. Dia masih berdiri di situ. Sebetulnya, ana mahu bertanya, "berapa ye encik?" Namun tidak sempat ana bertanya, dengan izin ALLAH, dia ternampak borang biasiswa ana.

"Yang tu? Apa tu?" tanyanya.

"Owh, ni borang biasiswa."

"Zamalah?"

"Bukan. Ni untuk master."

"Nak hantar eh? Mari," dia menghulurkan tangannya. Ana terkesima sebentar, kemudian borang itu dan dokumen-dokumen lain semuanya dihulurkan kepadanya. Ana masih tidak terkata apa-apa.

"Ni je kan? Ok," staff itu melihat dokumen ana.

"Tak perlu pengesahan ke, encik?" kakak senior bertanya.

"Rasanya yang ni tak perlu." Dia membalas, tetapi bertanya juga kepada staff wanita yang melintas. Staff itu memintanya menghantar sahaja ke dalam. "Ha, ok."

"Er, nanti saya nak berurusan dengan siapa ye mengenai borang ni?"

"Tu, ada seorang staff..cik A."

"Ok, saya ada nombornya," kata kakak senior. "Terima kasih, encik."

Kami keluar dari pejabat yang sudah ditutup lampunya itu, tanda-tanda pejabat tidak akan menerima lagi urusan lain selepas waktu pejabat.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, mutiara itu gugur juga. Alhamdulillah ya ALLAH, KAU kurniakan aku seorang penolong. Berkati dia dan sejahterakan dia serta keluarganya di dunia dan di akhirat.

Jam di dalam kereta: 4.40 petang.

***

Hari ini, 31 Julai 2010...terima kasih semua atas doa di hari kelahiran ana. Semoga semuanya dipermudahkan ALLAH dalam segala urusan di dunia dan di akhirat.




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.