BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, October 23, 2010

Bunga Idaman Mutiara Syurga (Kembali)

Malam ini hujan. Hujan yang mulanya sejak petang tadi. Dah lama sangat rasanya hujan tak selebat ini. Guruh berdentum agak kuat juga, sampai terputus sekali bekalan elektrik untuk beberapa saat sebelum Aunty menutup litar dalam kotak suis utama.

Malam ini ana rasa ingin menulis.

Ana rindu. Rindu pada tulisan-tulisan ana yang dulu. Entah kenapa, sejak blog ini bertukar wajah dan tema hampir dua tahun yang lalu, sejak itu jugalah segalanya berubah, bermula dari dalam diri ini.

Rindu...rindu pada rasa dan keinginan yang dulu. Passion? Ya, yang itulah...passion untuk menulis, passion seorang penulis - p.a.s.s.i.o.n...

Apa ya yang menyebabkan semua itu menghilang sedikit demi sedikit? Nak kata tanpa disedari, ana perasan ia semakin pergi perlahan-lahan.

Bila difikirkan, banyak juga puncanya. Bak kata seorang sahabat, bila kita rasa kehilangan sesuatu, cari punca kehilangan tu. Contohnya, kalau kita rasa lemah nak teruskan penyelidikan, cari punca kekuatan, dan cari cara untuk kembalikan kekuatan tu. Wallahu'alam...

Bila direnungkan, ana sudah kurang membaca buku. Buku-buku yang boleh mencambahkan idea dan membantu menyusun bahasa seorang penulis. Ada orang kata, kita ialah apa yang kita baca. Wallahu'alam... Buku-buku banyak, tapi nak hadamkan satu-satu tu mengambil masa yang agak panjang. Lepas ni kena susun masa betul-betul supaya buku-buku itu dimanfaatkan sebaiknya (ya, ana mahu kembali ke sini sebagai ana yang dulu!)

Bukan melihat kepada faktor buku sahaja, semua orang yang pernah aktif berblog dulu dan kini agak kurang aktif, bila mahu kembali, hampir kesemuanya mengatakan "facebook" mengurangkan masa untuk berblog. Ya, ana lebih banyak berada di facebook untuk setahun lebih ini. Awal keberadaan di facebook, ana agak aktif mengemaskini status, mahu berkongsi segala-galanya dengan sahabat. Tetapi semakin lama, ana rasakan facebook sudah semakin hambar. Sahabat-sahabat lain juga perasan, sebab itu mereka mahu kembali kepada blog. Ya, sudah kurang mengemaskini status sendiri, tetapi mahu mengetahui status terkini sahabat-sahabat. Akhirnya, facebook menjadi tempat untuk mengetahui keadaan dan perjalanan hidup sahabat-sahabat sambil meng"like" mana-mana status, gambar, nota dan video yang berkenan di hati. Berfacebook itu tidak salah kalau mahu kembali berblog, cuma perlu diseimbangkan antara keduanya, agar yang satu tidak melebihi yang lagi satu. Bergantung kepada individu. :)

Teknologi? Alhamdulillah...ana mahu meneruskan yang itu. Tetapi dengan cara berbeza mungkin. Baru mendapat inspirasi dari blog seorang sahabat. :)

Sahabat, mulai malam ini...nama blog ini akan berubah...arus memang harus terus diredah, perubahan yang baik memang harus terus dibawa untuk semua...insya'ALLAH terus berada dalam hati ini sampai bila-bila...kerana ada nostalgia, pengalaman, dan kematangan di sebalik nama itu..:)

Dengan ini, terimalah...ia kembali...Bunga Idaman Mutiara Syurga...

Bunga idaman ana? Sakura~ ;)



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.