Dah ramai yang tanya ana soalan ni. Bila bersama sahabat-sahabat di luar, di facebook, dalam blog ni, dan di mana-mana lagi. Kenapa sakura?
S.A.K.U.R.A - Cherry Blossoms
Ana suka sakura. SubhanALLAH yang menjadikan sakura cantik. Ciptaan ALLAH yang keluar hanya pada musimnya. Bunga pilihan di kalangan masyarakat Jepun walaupun mereka sudah biasa dengannya dan ada bunga-bunga lain yang lagi indah sebagaimana menurut pepatah Jepun kuno, "among flowers, sakura...among men, samurai."
Sakura jauh. Jauh untuk ana capai, tapi mungkin dekat untuk orang Jepun, Korea dan China. Walaupun mereka dekat, tetapi mereka juga harus menunggu setahun sekali untuk sakura memekar.
Sakura nampak biasa. Tapi dalam kebiasaannya, terserlah keindahannya yang luar dari biasa. Betul...sakura cantik...walaupun ana hanya melihat dari dalam gambar.
Sakura ada cerita. Cerita yang tersendiri, apatah lagi sakura ungu.
Sekitar sakura juga ada impian yang jauh, mimpi yang indah, dan cita-cita tinggi. Lahir dari tubuh berhati kecil...tapi insya'ALLAH berjiwa besar.
Akan ana gapai sakura...satu hari nanti, insya'ALLAH. Sehingga masa itu tiba, doakan ana untuk terus berada dalam jalan juang ini...
AlhamdulILLAH yang melahirkan rasa cinta pada sakura.
Terima kasih sebab Like~ ^_^
TERIMA KASIH KERANA SEBARKAN~




