BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, October 27, 2010

Pilihlah Jalan yang Terbaik

ALLAH memberikan hak untuk antum memilih jalan itu...
Asalnya dari perbincangan di ruang komen seorang sahabat di sini. Kerana kuatnya rasa yang lahir untuk menyampaikan pesanan ini kepada adik-adik yang masih di kampus, sekolah, dan mana-mana tempat pengajian, maka ana kongsikannya di sini pula.

Sebelum tu, ana ingin melontarkan persoalan:
  1. Sekarang ini antum berada di mana?
  2. Sudah berapa lama antum berada di situ?
  3. Untuk apa antum berada di tempat antum sekarang ini?
  4. Sudah tercapaikah tujuan antum berada di tempat itu?
  5. Berapa lama lagi antum akan berada di situ?
Jika sudah lebih 70% tercapai, alhamdulillah.

Kenapa agaknya dahulu antum mahu melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT)? Tentunya kerana ilmu bukan? Antum bersungguh-sungguh mahu mendapatkan tempat di universiti dalam bidang yang antum inginkan. Rasanya tak ada yang saja-saja nak isi borang permohonan kemasukan ke IPT dan masuk bidang yang tak diminati melainkan dalam kes-kes tertentu. Kes apa tu cerita lain pula.

Setelah memasuki dunia kampus, sungguh - suasananya berbeza! Mungkin kamu perlu masa untuk sesuaikan semuanya setelah peralihan fasa ini. Tidak ada lagi suapan-suapan manja daripada cikgu-cikgi, tidak ada lagi cikgu-cikgi yang akan bertanya seorang demi seorang akan topik mana yang kurang difahami, semuanya perlu; opss - MESTI; atas usaha sendiri! MESTI menemui pensyarah kalau antum tidak faham, MESTI buat study group kerana antum tidak bisa belajar sendiri, MESTI pergi perpustakaan kerana yang sedia ada itu kurang membantu antum.

Kala ini, teman-teman sangat penting. Jangan tersalah pilih teman, biar teman itu memberikan antum inspirasi untuk mencapai kejayaan di IPT, bukannya yang membawa antum jauh dari destinasi. Kerana teman-teman yang berada di sekeliling antum inilah yang nantinya akan membantu antum selain daripada cikgu, eh; pensyarah-pensyarah antum. Lebih banyak masa antum adalah bersama dengan mereka.

Di kampus juga antum akan mendapati begitu banyaknya aktiviti untuk mahasiswa. Banyaknya sehingga antum rasa mahu terlibat dengan semuanya. Kelab dan persatuan ini yang memberikan antum ilmu tentang organisasi. Tak penting? You better think deeply! Ilmu ini sangat penting ketika antum telah bekerjaya nanti, semua generic skills akan antum peroleh dari sini lebih banyak daripada aktiviti di bilik kuliah. Di UTM JB contohnya, ada PMIUTM, MPMUTM, KI, JKSK, SRM, JKM-JKM kolej, dan banyak lagi. Itu nama kelab dan persatuan sahaja, belum ditambah lagi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab dan persatuan ini. Daripada aspek pengurusan hingga ke perhubungan luar, semuanya antum akan belajar dari sini.

Banyaknya aktiviti, kan? Banyaknya aktiviti itu mungkin sahaja boleh menyebabkan antum tergelincir daripada tujuan asal antum mengisi borang permohonan ke IPT. Ingat tak? Tekan butang rewind kat mana-mana kalau tak ingat.

Bukan tidak boleh melibatkan diri dengan aktiviti organisasi, tetapi seimbangkanlah dengan akademik. Ana tidak menyuruh antum terus tinggalkan aktiviti luar dari akademik, teruskan kerana ia baik untuk kerjaya antum kelak, tapi jangan pula kerana terlalu aktif berorganisasi, pelajaran pula diabaikan. Terus lupa tujuan melangkah ke dunia kampus.

Ana mengatakan sedemikian kerana tidak mahu kelak, antum menyesal setelah keluar dari kampus. Menyesal kerana tidak menggunakan masa selama bertahun-tahun itu untuk mendapatkan sebanyak mungkin kemahiran dalam bidang antum. Menyesal kerana selama bertahun-tahun itu masih juga tidak menemui kecenderungan diri dalam bahagian mana. Menyesal kerana bila mahu memilih kerja, semuanya perlukan kemahiran teknologi-teknologi tinggi yang dulunya antum pandang sebelah mata sahaja. Menyesal kerana sudah tidak berpeluang lagi untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran itu semudah semasa di kampus dahulu.

Hanya apabila telah selesai dengan PSM dan Final Exam, barulah antum rasa...
"Wah, banyak lagi rupanya benda yang aku nak tahu!"
"Nak belajar lagi..."
Tapi, dah terlambat...untuk dapatkan ilmu-ilmu dalam bidang antum itu semudah dulu. Tak mudah kerana setelah keluar kampus, antum bukan lagi bergelar MAHASISWA! Tak ada diskaun, tak ada special price, tak ada lagi "PERCUMA!" untuk mana-mana kemahiran akademik yang antum ingin dapatkan!

Jadi, bagi yang masih baru ada lagi 2, 3, 4 tahun di kampus, kenali potensi diri antum, seimbangkan aktiviti antum, kutip segalanya yang bermanfaat, pilihlah yang terbaik, supaya kelak antum tak kesal mengingati tahun-tahun yang berlalu itu (yang sepatutnya menjadi tahun-tahun indah dalam kenangan~).

Ana menyampaikannya kerana ana mahu antum menjadi lebih baik daripada ana.

Wallahu'alam.

PTC FKE
27102010



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.