BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, December 11, 2010

Malaysia Minat Dalami Bidang Nuklear Pintar

Oleh Johari Ibrahim dan Mohd Anwar Patho Rohman
edisimingguan@bharian.com.my
2010/12/11

Teknologi dimiliki Korea Selatan patut dimanfaat: Najib

NAJIB bersalam dengan Myung-Bak ketika sambutan rasmi di pekarangan Perdana Putra Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Malaysia berminat mendalami bidang teknologi reaktor nuklear pintar atau reaktor nuklear skala kecil dengan Korea Selatan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, ia adalah antara bidang yang menarik minat Malaysia kerana syarikat Korea Selatan sudah maju dalam bidang teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

“Mereka (syarikat Korea) mendahului dalam sesetengah bidang dan kita berharap dapat belajar daripada pengalaman mereka seperti apa yang dilakukan dalam penstrukturan semula dan transformasi ekonomi (dan) dalam bidang tertentu seperti teknologi hijau, tenaga boleh diperbaharui dan teknologi alternatif.

“Kedua ialah kemajuan yang diiktiraf dalam teknologi nuklear termasuk reaktor nuklear pintar dan reaktor nuklear berskala kecil,” katanya pada sidang media bersama Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak, di pejabatnya di sini, semalam.

Lee mengetuai delegasi Korea Selatan dalam lawatan rasmi ke Malaysia sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Terdahulu, kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis menandatangani satu perjanjian berkaitan bantuan perundangan dua hala dalam hal jenayah antara Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya, Kim Sung-Hwan.

Mereka juga menyaksikan majlis menandatangani dua memorandum persefahaman iaitu berkaitan penilaian sistem penyelidikan dan pembangunan antara Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia untuk Teknologi Tinggi (MIGHT) dan Institut Penilaian S&T dan Perancangan Korea serta berhubung promosi bioteknologi dan biofuel antara Malaysia Biotechnology Sdn Bhd dan Korea Energy Management Corporation.

Selain itu, Najib berkata perdagangan dua hala antara kedua-dua negara dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima tahun berbanding AS$16 bilion sekarang.

“Kita menyaksikan lonjakan 34 peratus dari segi perdagangan dua hala berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negara juga bersetuju untuk mengkaji kemungkinan menjalin Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dan Korea Selatan secara berasingan bagi melengkapi FTA ASEAN-Korea Selatan sedia ada.

Perdana Menteri juga berkata perbincangannya dengan Lee turut menyentuh mengenai kerjasama untuk meneroka pasaran ke negara ketiga menggunakan kelebihan masing-masing.

“Malaysia mempunyai hubungan yang amat baik dengan sesetengah negara dunia manakala Korea boleh menawarkan teknologinya dan kita boleh bekerjasama untuk menembusi pasaran negara ketiga,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata beliau menerangkan kepada Najib mengenai tahap keselamatan dan keupayaan reaktor pintar nuklear sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui.

Sambil menjemput Najib melawat Korea Selatan, Lee berkata rakyat negara berkenaan tinggal dan bekerja di sekitar reaktor pintar berkenaan manakala negara itu mempunyai teknologi terbaik di dunia untuk menguruskan sisa daripada reaktor berkenaan.

Source: Berita Harian

Admin: Erm...nuklear...



100th Follower: Omedetou~

Akhirnya...ya, tiada kaitan dengan tarikh, tetapi ada kaitan dengan nombor~ 

Ana menunggu selama beberapa hari ini...alhamdulillah...buka-buka blog pagi ni, nampak mesej pada chatbox...:)

Tahniah untuk blogger Mencari Kepastian (url blognya pula Mencari Keinsafan...O.o)~ Enta dah berjaya menjadi follower ke 100~ Sila ambil award ni ye~

Terima kasih atas kunjungan~ Hadiah tak seberapa, bolehlah 'tepek' kat sidebar blog tu~ :)

Yang lain, nak hadiah gak? Tunggu masa akan datang ye~

~ini hadiah di dunia, kerana kamu menjadi follower atas sebab blog ini menarik perhatian kamu mungkin, tetapi tiada tandingannya dengan anugerah Allah di akhirat, jika kamu terus istiqamah menjadi follower kepada segala perintahNya, dan menjauhi laranganNya~
http://www.emocutez.com




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.