BLOG ENCIK SUAMI

Friday, December 24, 2010

200 BLOG MENCARI HARTA KARUN

Seperti biasa...Enchek Ben mengeluarkan segmen menarik lagi~

Ini jawapan saya untuk segmen 200 BLOG MENCARI HARTA KARUN yang bersiri-siri tu...

Soalan 1
Syazana Amira @ Misz Nana (http://syazanaamira.blogspot.com/)

Soalan 2
Cekgu Ima (http://cikguiqlima.blogspot.com), Latest Entry: 200 Blog!!

Soalan 3
Mizz Farah (http://nottygirlz.blogspot.com/)

Soalan 4
Bisnis ikan keli berempah (http://matkeli1000.blogspot.com/)

Soalan 5
Saya rasa, agak-agak....erm...31 kot
.
.
.
.
.
Pandangan tentang segmen 200 BLOG MENCARI HARTA KARUN

Lepas jawab kelima-lima soalan dalam segmen terkini Enchek Ben ni, blogger kena bagi pandangan TIDAK KURANG dari 100 patah perkataan pulak. Ho~ agak menguji minda jugak. Ni, macam mana agaknya nak kira ya? Agak-agak banyak perenggan tu, lebih 100 la tu kot. Hehe. Erm, ni bukan kali pertama join segmen Enchek Ben, kali ke tak-sampai-lima-kali rasanya. Kira masih baru jugak la join Enchek Ben punya segmen ni sejak terbabit dengan KEPANTASAN MATA BLOGGER hari tu. Yang 100 blogger tu tak sempat pun nak join, sebab terlewat 'dapat maklumat' (alasan tak boleh pakai~).

Erm..segmen kali ni agak lain sikit kot, sebab tengah bersegmen tu ada seorang sahabat Blogger mendapat berita musibah. Zaza terpaksa menarik diri dari segmen ni kerana kakak angkatnya terlibat dengan kemalangan dan masuk ICU. Sahabat-sahabat semua doakanlah kesejahteraan kakak angkat Zaza ye, moga semuanya selamat, insya'ALLAH. Seriously, tersentuh jugak hati ni, dalam bersegmen, sahabat-sahabat blogger tak lupa untuk ambil peduli tentang sahabat yang sedang memerlukan, masing-masing menziarahi blog Zaza dan mengucapkan takziah tanpa lupa mendoakan kakak angkatnya. Sangat kagum dengan semua. Moga usaha yang sedikit itu mendapat keberkatan dariNya. Ameen...

200 blog yang diterjah tu, memang sangat bertuah~ sebab dalam sehari ni entah berapa ramai la blogwalker dah terjah-terjah. Hehe..sungguh mengetest kesabaran, bak kata Enchek Ben boleh tension or tergila sekejap~ pening nak carik antara 200 blogger (termasuk blog Faiz Jamaludin) kat mana harta karun yang dimaksudkan. Sambil-sambil tu kat mana yang sempat tinggal jejak tu, ada la kesan tapak kaki tu kot. Kalau tak ade, kot ade bau-bau bunga sakura je yang ditinggalkan~ Hehehe.

Ops, mungkin dah terlebih-lebih pandangan pulak. Ok, apa-apapun, segmen kali ni memang sangat menarik dan sangat mencabar. Teruskan mengkreatifkan diri dengan segmen-segmen best ye Enchek Ben~http://www.emocutez.com




JOM'10 II

JOM '10 merupakan program yang akan dilaksanakan. Bertempat di Taman Selera, Tanjong Lobang Miri pada 25 Disember 2010 (sabtu). Merupakan kesinambungan dari program Kem Remaja Islam (KRIS) untuk memberikan kefahaman kepada para peserta (tidak jumud kepada bekas peserta KRIS sahaja) akan kepimpinan dan pengurusan organisasi serta persediaan sebagai pemimpin berkarisma.

InsyaAllah sekaligus dapat mengumpulkan kembali para peserta program KRIS di dalam satu liqa' ilmu bersama abang-abang dan kakak-kakak fasilitator di samping merapatkan simpulan ukhwah sesama kita. Berikut merupakan tentatif program :

0730 - 0815 : Ketibaan peserta

0815 - 0845 : Modul Ta'aruf

0845 - 0900 : Sarapan Pagi

0900 - 1000 : Pengisian 1

1000 - 1200 : Modul 1 (Explorace)

1200 - 1400 : Solat Zohor, tazkirah dan makan tengah hari

1400 - 1500 : Sesi motivasi bersama mahasiswa/mahasiswi

1500 - 1600 : Modul 2

1600 - 1630 : Solat asar dan tazkirah

1630 - 1730 : Slot khas bersama Ustaz Khairi (Mantan Paderi SIB)

1730 - 1745 : Penutupan

1745 : Bersurai

Segala kekeliruan boleh hubungi +60148911948.

JOM berambeh ramei-ramei~

http://www.emocutez.com



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.