BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, December 26, 2010

Doakan, Saya Nak Periksa!


Okay, STOP, STOP~~~~~~ for a while....

Masa untuk study and try test soklan~

Esok lepas periksa, insya'ALLAH saya jenguk para penjenguk sekalian ye...

Jangan lupa tinggal jejak...

Dan doakan agar dipermudahkan untuk saya menjawab soklan periksa esok...

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." [al-Insyirah: 5-6]

Dan, kalau masih sempat, join la 500 Blog !

http://www.emocutez.com







500 Blog !


Enchek Ben tengah cari 500 blog!!

Dan saya nak join~

Orang panggil saya Sunah tapi nama penuh saya Siti Hasunah binti Mohammad, berasal dari Bintulu, Sarawak. Saya sangat suka bunga sakura~ Kenapa SAKURA? Boleh klik SINI. Nak tau lagi, boleh tinggalkan komen ye~

Nape saya jadi blogger? Hee..sebab saya nak berkongsi~

Sharing is caring~

Caring is loving~

Loving is membahagiakan~

Bahagia melihat orang lain bahagia~






Kala Yuda dan Tanah Emas


Apabila fiksyen hanyalah nano saat di belakang realiti...

Itulah ayat yang menarik hati dan menimbulkan tanda tanya tatkala membelek novel Kala Yuda karangan Amer Hamzah L. Kadir setelah membaca sinopsis ringkas di kulit belakang novel.

Keterlaluan. Yuda yang berpanjangan.
Emosi, manusiawi
tak terkepungkan oleh peranti dan frekuensi.

Takluk komuniti zaman depan
dalam rejim teknologi dan inovasi.

Kala kemajuan diukur dengan skala akli,
di situlah ketibaan nafsu haiwani.

Pembacaan baru bermula, bakalkah ditemui titik kefahaman?

Sebuah lagi novel ialah Tanah Emas. Kumpulan cerpen bertemakan teknologi dan inovasi, banyak berlatarkan luar negara, yang kemudiannya dibawa pulang ke tanah air.


Mungkinkah akan lahirnya inspirasi?



Thanks Bloggers~


Hari yang memenatkan. Subhanallah. Menemani sahabat dan meraikan sahabat yang datang dari jauh seharian...Singgah tiga mall kat area Skudai dan Johor Bahru (macam dah tak ada tempat menarik yang bukan shopping mall je kat Johor ni nak lawat cik Sunah oi~), tapi jangan salah anggap~ balik tak bawak baju-baju atau aksesori-aksesori menarik, tapi bawak buku... Erm..memang macam ni lah selalunya. Keluar dengan sahabat-sahabat, bershopping buku, bukan bershopping macam orang lain bershopping.
http://www.emocutez.com

Balik rumah, rasa macam dah nak tidur sangat, sungguh-sungguh penat. Tapi sebab rasa sayang sangat dengan yang datang berkunjung kat blog ni, maka ditunaikan hajat hati untuk menjenguk blog (sebelum keluar tengahari tadi sempat jeling kejap je kat Cbox, tak sempat nak menjejak balik...huhu).  Alhamdulillah, terima kasih bagi yang datang berkunjung dan yang sudi follow...yang menyapa kat Cbox jugak...dalam kepenatan, ana pergi jugak jenguk semula blog blogger yang datang buat blogwalking, membalas kunjungan sambil meninggalkan bau sakura~...mana-mana yang terlepas pandang tu, ana minta maaf ya, nanti-nanti ana berkunjung lagi, insya'ALLAH...
http://www.emocutez.com


Dan tak lupa juga kepada Enchek Ben, sahabat-sahabat blogger yang baru ni hasil daripada segmen-segmen beliau~ terutama dari sini~ memang bertambah sahabat dan meningkat trafik~ Terima kasih~

Buat yang datang pertama kali atau baru-baru je jenguk blog ni, jangan salah faham..nama ana bukan 'Ana', tapi 'ana' di sini adalah kata ganti nama diri pertama (ingat tak masa belajar Bahasa Melayu kat sekolah dulu?). Hehe...teringat Cik Qila yang tersilap...:D Okay, untuk makluman semua, ana akan gunakan antara 'ana', 'saya', 'saye', 'kamek' atau mana-mana yang ana nak guna masa tu. Harap semua boleh terima ya~
http://www.emocutez.com

Alhamdulillah...hari yang membahagiakan~ ^_^

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang." [Maryam: 96]

~bahagia melihat orang lain bahagia~



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.