BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, December 30, 2010

Corakkan Mereka Sebaiknya

Reaching for Spring by ~Udderlymoo

"Adi, jangan nangislaaaa!!!" Nyaring sekali suara wanita itu kedengaran hingga ke bilik belakang ini. Suara tangisan kanak-kanak kecil kedengaran terputus-putus.

"Stop crying! Hee...sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis!" Wanita itu tidak berpuas hati. Kanak-kanak itu masih menangis.

"Adi kenapa ni? Mama nak membasuh laaa!! Mama kata stop crying, stop crying laaa!!!" Semakin nyaring. Yang mendengar dari jauh pula terdiam. Suara tangisan masih kedengaran sayup-sayup.

"Asyik menangis aje!! Kakak tak menangis, adik tak menangis, Adi asyik menaaaaangis aje!!" Geram betul wanita itu. Entah kenapa kanak-kanak itu asyik menangis, yang mendengar dari jauh pun tidak pasti.

Okay, stop teater jap~

Itulah adegan dalam rumahtangga. Satu part je tu, ada banyak lagi part lain dalam adegan rumahtangga. Tak campur lagi part anak pulak bersuara nyaring. Ops, kalau anak pulak bersuara nyaring, itu tanda derhaka! Murka Pencipta! Meninggikan suara kepada kedua orang tua, berdosa tau! Sedangkan sepatah perkataan "ah" pun Allah tak bagi kita keluarkan kat mak ayah kita.


Ya, itulah tanggungjawab kita sebagai anak~ Bagaimana pula tanggungjawab ibu bapa kepada anak? Sejak kecil lagi...anak-anak hendaklah dididik dengan sebaiknya. Selalu orang cakap, anak-anak ni ibarat kain putih, ibu bapa lah yang mencorakkannya~ Maksudnya, anak-anak ni akan jadi macam mana yang ibu bapa mereka bentuk lah~ Kalau bentuk jadi segiempat, jadi segiempat, kalau bulat, jadi bulat lah...itu analogi, takdelah nak bentuk anak bersegi-segi macam tu~ Bentuk jadi manusia~ Eh, dulu kecik-kecik belum jadi manusia ke? Belum, dulu tu orang je...silap langkah boleh jadi orang-orang kat tengah sawah tu, tak pun, terus jadi orang utan..hurmm~~

Jadi, nak bentuk macam mana? Ikut lah...nak bentuk anak gaya Luqman al-Hakim ke, gaya Nabi Ibrahim ke, gaya Ustaz Hasrizal ke, gaya siapa-siapa lagi lah yang lain tu~ Cumanya, dalam membimbing anak-anak kecil ni, ok ke kalau kita jerit-jerit macam wanita dalam teater tadi? Sampai jiran tiga deret lot perumahan kot dengar~ Erh..macam mana ya nak didik anak? Kita ni pun nanti nak didik anak jugak~ tapi tak naklah gitu...yang mendengar dari jauh pun nak menitis air mata, rasa macam nak menyampuk pun ada...

Beruntungnya mak ayah yang berjaya membentuk anak-anak menjadi soleh dan solehah. Mereka tentunya mendidik dengan sebaiknya. Dan mereka akan mendapat ganjaran di akhirat kelak daripada apa yang telah mereka usahakan itu. Rasulullah pun dulu-dulu pernah ingatkan kita tentang ni.




Alhamdulillah...sejuk perut ibu mengandung bak kat orang ramai..sejuk perut, sejuk mata memandang...

"Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami pasangan dan anak-anak (zuriat) yang menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa."

Jangan tunggu dah kahwin, amalkan doa ni dari sekarang ya~




BLOG 500 MENCARI HARTA KARUN : SOALAN PENUTUP 2010



Pandangan~ Seriously, saya baru je ikut segmen-segmen Enchek Ben seminggu lebih yang lalu. Jadi baru berapa segmen je kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan blogger yang lain. Walaupun baru seminggu++ dan baru beberapa segmen je yang saya join, dah jelas ketara, segmen beliau sangat best~ Tak percaya? Leh la carik Label Enchek Ben kat sidebar tu, tengok berapa entry pasal segmen jek semingu-minggu ni. Kawan-kawan lain, mesti pelik kan? Hehehe...terima kasih kat Enchek Ben, seminggu lebih ni trafik naik, kawan-kawan blogger pun bertambah~ pasal segmen lah~ Kalau seminggu ni pun saya rasa macam ni, apa lagi kalau yang keseluruhan setahun ni? Ha..fikir, jangan tak fikir~ Yang lain? Tak nak join? Join sambil berkongsi, pandai-pandailah bahagi masa jugak ye~ Enchek Ben, jangan stop blogging ya~





Saya Menang! Esok Cuti!

Erk, biar betul? Macam tak percaya jek? Percayalah~~~ Masa antar jawapan tu rasa-rasa macam da ramai da yang hantar jawapan bila baca kat dashboard. Bukak blog tadi, nampak kat sidebar, Enchek Ben da umumkan pemenang, apa lagi, klik laju-laju~ Terus nampak benda ni....


Tempat ketiga~ Alhamdulillah~ Terima kasih Enchek Ben~ Tahniah kat Amalina yang memang laju sungguh~ (semalam nampak entry dia yang paling awal lepas Enchek Ben publish soalan..hebat!), da dapat topup dari Enchek Wave X (Enchek ke Cik? Heh~). Tahniah kat Areliff gak yang terus-menerus mempertahankan kedudukan dia kat situ~ Hehehe...camne nak wat gitu Areliff? Hoho~ Tahniah gak kat yang lain-lain~ Kamu-kamu memang best~

Disebabkan dah menang, maka saya isytiharkan esok cuti ye~ :p

Enchek Ben, hari ni soklan ape pulak? http://www.emocutez.com









Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.