BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, January 13, 2011

Saya Nak Balik...

Malam ni bakal bertolak pulang ke Borneo...singgah LCCT dulu (takde ke yang nak buat perjumpaan blogger di LCCT?? :D)

Eh! Salah gambar! [amek kat sini]

yang ni baru betul...:D [Pic: Edward Khoo]

Kenapa saya pulang? Banyak sungguh jawapan cepu emas (selalunya "soalan" yang cepu emas~) yang saya dapat... Tapi yang paling top sekali adalah "balik bertunang ke?", "nak kahwin ke?", "ada orang masuk meminang ke?" dan yang seumpamanya.

Eik, pelik sangat ke kalau nak balik jenguk family setelah hampir lima bulan tak balik? Sekarang musim orang kahwin ke? Tak jugak...beberapa orang je yang nak nikah hujung minggu ni...ada la dalam dua orang senior saya yang nikah hujung minggu ni (mereka nikah sesama mereka! :D).

Tak kurang jugak yang memesan kek lapis sarawak. Huhu...saya tak boleh nak janji sebab sekarang bukan hari raya..:D tapi bila balik rumah ni boleh lah jenguk buku resepi mak dan update blog Kek Lapis Sarawak tu~ :)

Jadi, bila pulang ni nanti mungkin blog ni kurang update sikit, teruskan menjenguk dan meninggalkan jejak ye...ada masa terluang insya'Allah saya jejak semula...:)

Doakan saya dalam perjalanan ye...

Oh, lagi satu! Selamat mendirikan baitul muslim kepada Akh Zulhilmey dan Kak Izzati~ semoga segalanya dipermudahkan~ ;)


Admin: Kat LCCT boleh jek online~ laju lagi dari broadband biru putih~ ada sape-sape nak ikut?




16 comments:

Ujang9897 said...

nk ole2..hehe

Sunah Mohammad said...

@Ujang9897

kena wat GA dulu kalo nak bagi ole2 dari sarawak ni..hehe

ieyba said...

ahaha..jom balit...hehe
kmk pun cuti jwak kak...cuti seminggu...
org skola..skola mekorg da cuti spesel^^

yad'z said...

akak yad'z pon duduk sarawak... kalau die cakap sarawak langsung tak faham... hahahaha...


kamek sayang kitak.. ngeh3x..

Sunah Mohammad said...

@ieyba

eik, sama la kita~ tapi kak polah cuti kedirik~ hehehe

Sunah Mohammad said...

@yad'z

o..akak yad'z wat pe kat sarawak? gaya macam da lama duk sarawak jek..

deqdeq said...

sunah org sarawak rupanya...

DeQDeq nak kek lapis...heheheh

Sunah Mohammad said...

@deqdeq

nak kek lapis gak? ehehe~

deqdeq said...

a'ah..sedap tu kek lapis sarawak...nyum..nyum...

sissyira said...

salam

hati2 ketika duk dalam flight...

huhu...nak kek srwak..heheheh

Sunah Mohammad said...

@deqdeq

hehe..akak taknak try wat ke? jenguk blog lagi satu tu try2 resepi~ nyum2~

Sunah Mohammad said...

@sissyira

salam syira~

terima kasih~ da kat LCCT ni~ ;)

oho~ kek lapis gak~

deqdeq said...

dh lma juga teringin nak buat kek lapis nih...tp tak berkesempatan lagi....

sembil9n said...

kek lapis serawak sedap weyh~ bagi aku sket!

Sunah Mohammad said...

@deqdeq

hee~ lepas ni leh try ye~~ ;)

Sunah Mohammad said...

@sembil9n

nah, amek la...ekeke~

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.