BLOG ENCIK SUAMI

Monday, February 28, 2011

Join Bloglist Ujang9897


Okie, saje je ni nak support insan-insan terawal...(eceh, cover...:p)


Ceq nak join la Ujang...:)
Taknak review!
Hahaha~


TAKDE MOOD NAK CARI ENTRI CAMBEST



Rindu, Cinta, Kasih Sama Dia!


Dah lama sangat...lama ke? Tak sampai setahun kot, saya tinggalkan benda ni. Tapi serius, berdebar hati ni bila tengok balik semua ni. Pelik!


Lama benar tak menatap semua ni. Seorang junior yang contact baru jap tadi minta tolong untuk FYP dia. Projeknya kena buat benda berkaitan jugak. Dari situlah terbukak balik fail-fail lama ni. Dup dap dup dap jantungku~ Fuhhh!

Bukan sebab saya tak suka programming, sampai tinggalkan semua benda rumit yang memeningkan kepala ni...bukan, bukan... Saya sangat-sangat-sangat (berganda-ganda betul~) suka programming dan controlling, sampai lemah jiwa ni tanpanya... Tapi... area saya dah bertukar ke tempat lain. :)

Saya benar-benar rindu, cinta, kasih sama dia...:) Muuaaahhh! Ops! :p Lebih-lebih pulak, eh?

Macam yang saya pernah share kat entry pasal CINTA, tak semua benda yang kita suka tu baik untuk kita, tak semua benda yang kita tak suka tu, tak baik untuk kita kan? Apply kat sini, mungkin ada hikmahnya Allah meletakkan saya di tempat saya sekarang ni...apa hikmahnya? Kena la jalan lagi jauh...nanti insya'Allah jumpa lah tu...:)

Admin: Thanks Syida...:)


ENTRI CAMBEST KENE TANGGUH, ASYIK 'ADULT' JE




Apa Yang Bagus Sangat???


Fuhh...tajuk macam buat kontroversi je. Ekeke~

Sebenarnya, takde kontroversi-kontroversi, ok? Just nak share info tentang BAGUSNYA widget pelawat Gengblogger ni.


Widget ni memang bagus...

"Apa yang bagus sangat???" tanya Cik Puan Nabila <---watak tambahan.

Dah ramai dah yang cakap benda ni bagus, sampai takyah guna shoutbox dah, guna ni je nak tinggal jejak, asalkan akaun tu sentiasa login. Hehehe...tapi malang la pulak untuk yang tak register dengan Gengblogger kan? (Saya tetap guna shoutbox ye...)

Jadi, kalau kamu-kamu nak letak widget ni kat blog masing-masing, boleh lah register kat Gengblogger.com ye...guna akaun Facebook pun boleh~ Then carik je widget pelawat kat situ... Lagi best, kamu-kamu boleh ping entry kat situ... Kalau entry kamu best dan orang suka, maka jadilah entry popular kat Gengblogger untuk hari tu. :)

Okie, gi daftar!


ENTRI CAMBEST NANTI SIKIT :D




KATEK MAHU REVIEW BLOG!!


dalam kolam ikan
ada puteri katek
jomlah rakan-rakan
kita join segmen katek~
eh! :p

Cantik la pulak header ni bila background jadi pink

Okie~ Katek sayang nak buat blog reviewwwww~ (muncungkan mulut anda sepanjang 20 sen :D)

Katek, katek...blog saya ni hurm...saya tulis macam-macam dalam ni. Personal? Isu? Tutorial? Ilmiah? Info sihat? Semua dah campur, entry masak-masak je yang dah pindah ke restoran baru kat Selera Sakura. :D

Kadang-kadang jadi tempat luahan perasaan, kalau dulu-dulu masa degree...sah-sah tempat luahan perasaan bila merajuk dengan bestfriend. Lepas tu dia baca, then jadi baik balik. Hahaha~ Dia memang dah tahu sangat lah kalau-kalau ade yang tak kena melalui blog saya ni. :p

Then, kalau boleh pembaca yang datang ke blog ni dapat ilmu dari ape yang saya tulis. Please...kalau tak jumpa (sebab tersirat sangat ke...), korek-korek sikit ye...:p

Okie, dah!


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Tiupkan Api Kebencian...


Ya Allah...
Kau tiupkanlah api-api kebencian di kalangan kami...
Kau buangkanlah pengaruh syaitan laknatullah yang keji yang menghasut kami untuk bertelagah sesama kami...

Ya Allah ya Tuhanku...
Kau berikanlah kami keredhaan hati...
Kau sisipkan di dalam hati-hati kami untuk terus menyayangi di antara kami dengan panduan dan petunjuk Mu...

Ya Allah...
Kau hidupkanlah semangat berukhuwah kerana Mu ya Allah...
sesungguhnya kami hamba Mu yang hina yang memerlukan dorongan dan pedoman dari Mu..."

Ameen ya Allah...

Saya sayang kamu semua...:')



Sunday, February 27, 2011

Bosan Lah!!!


Bosan? Memang...tak tahu nape malam ni bosan. Hurm...

p/s: entry terpendek sepanjang berblog

.

.

.

.

.

Okie...guro saje.

Disebabkan bosan, maka jomlah kita menatap Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear. Esok ada discussion, lusa ada peresentation, tulat kena jumpa supervisor...maka, sedarlah...masa-masa yang bosan tu patutnya diisi dengan prepare untuk semua ni, ok? <---dia tengah bercakap dengan diri sendiri.

Hurm...belum tambah Chernobyl lagi...-_-"


Admin: Tergelak baca komen Encik Vampire kat entry pagi tadi. :D


ENTRI CAMBEST KEMBALI...JOM TERJAH!



Kamu Suka Yang Macam Mana?


Beberapa hari ni Enchek Nuffnang macam merajuk pulak, tak dapat nak check stats kat situ. Maka, dapat check kat Blogger.com ni je la. Jenguk, jenguk, jenguk tadi...tengok lah entry mana yang konon paling hot sejak setahun lepas. Erm...top 5 entry yang konon-konon hot tu adalah...


Nampaknya semua yang berkaitan dengan Enchek Ben begitu hot sepanjang tahun, ye? :D Guro saje! Yang first tu mungkin sebab entry kempen, manakala yang kedua last dan last tu pulak entry segmen...kat atas ni semua berdasarkan pageviews, bukan komen ye. Sebab kalau check balik, ada entry yang dapat feedbacks lebih banyak dari yang atas-atas ni.

Manakala top 10 posts untuk minggu ni pulak...

Feb 22, 2011, 54 comments
132 Pageviews

Feb 24, 2011, 58 comments
117 Pageviews

Feb 21, 2011, 18 comments
73 Pageviews

Feb 21, 2011, 22 comments
68 Pageviews

Feb 26, 2011, 30 comments
60 Pageviews

Feb 25, 2011, 29 comments
50 Pageviews

Feb 24, 2011, 28 comments
49 Pageviews

Feb 26, 2011, 39 comments
49 Pageviews

Feb 21, 2011, 24 comments
47 Pageviews

Feb 22, 2011, 36 comments
43 Pageview

Okie, kat sini boleh nampak, promosi entry tu memang perlu, kalau tak, orang tak tahu...dia selalu kata, ok? Tak perlu cakap banyak-banyak dah...:D

Eh, Ustazah! : Cinta tu baru post semalam... Erm...suke eh baca entry macam tu? (terus kena cop jiwang, adehhh...-_-") Saya tengok entry-entry berkaitan contest atau bloglist, tak berapa nak kene hit. Mungkin sebab tu entry contest kot...tuan penganjur je datang check...hehehe.

Tapi...saya teringin gak nak survey. Kamu-kamu semua ni suka baca entry yang macam mana ek?  Nak saya tulis yang macam mana? Ke suka entry yang sesedap Sup Sosej kat Selera Sakura tadi? :D


ENTRI CAMBEST TAKDE SEBAB MYUNG NAK BAKO! :D





~bloglist the most superb vampire


Pagi tadi ada orang tag saya untuk join cabaran Encik Vampire ni...err...sekali lagi, tak payah sebutlah sape...cek sendiri kat link tu ye...hurm...


Mak ai, besar gedabak gambar Encik Vampire ni, kecikkan sikit...:D


Encik Vampire tanya, ops...sebelum tu...nak cakap...

SAYA SUKA BLOG ENCIK VAMPIRE!!!!!
SEBAB ADE SAKURA~~~~~
WEEHUUUUU~~~

Ops, terlebih excited! :p

Erm, Encik Vampire, saya nak join bloglist the most superb vampire bukan sebab saya superb, tapi bila saya tengok blog saya ada kat situ bersama-sama blogger yang memang dah superb tu, insya'Allah boleh menaikkan lagi usaha saya untuk berblog macam mereka~ dalam hati kata, "eh, segannya ada kat situ sekali, kena usaha lagi ni!" Jadi, Encik Vampire KENA (ini bukan ugutan, ok? :D) la letak saya dalam bloglist tu untuk pastikan saya mampu menjadi seperti mereka...lepas tu bolehlah kita sama-sama serapkan semangat tu kat bloggers lain pulak untuk berusaha dengan lebih tekun~! (macam karangan PMR pulak ni..-_-") Selebihnya, saya tiru orang yang tag saya tu ye...:p

Kalau tak terpilih pun takpe, saya tak  merajuk, ok? (kalau Encik Vampire ada froggy untuk pujuk, lagi ok...:p) Saya takkan buang lah Encik Vampire dari blogslist "Jenguk Sini Gak!" saya...hehehe.

All the best ye untuk semua yang join~ :)

Saya nak tag...Mutiara Bernilai...dan...WaveX...


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Review Lagi dan Lagi~


Terima kasih, terima kasih, terima kasih~

Dia da review blog saya kat SINI~ lepas blog err...tak payah la cakap kat sini, nanti ade yang bising pulak...hurm...

Shahazrin.com <--- suka panggil dia gitu, entah! tak tahu nape~ macam da lekat lak. :D


Kenal Shahazrin ni dari segmen-segmen Enchek Ben dulu sebenarnya, dia selalu jadi penaja, soklan dia pun susah-susah. Hish! Tu yang susah nak menang tu... :p

Blog Shahazrin ni da banyak kali tukar template tau! Yang kali ni, ok~ Hehehe...start berblog dari bulan Mei 2010, entry sebulan mencapai 100 lebih gak tu~ bagus-bagus~ ni leh jadi mentor gak ni...:D entry dia pelbagai genre (genre ke orang sebut?), blog dia pun nampak kemas je...:) nak tengok lagi ape yang menarik, klik SINI, ok?


Then nak review pulak blog seorang budak kecik yang hatinya dicurik orang tak dipulangkan kembali ni...:p


Header da cun dah~ template simple dan ringkas. Mula berblog sejak Julai 2010, entry pun kalau tengok kat muka depan tu lebih kepada personal, ade gak budak kecik ni join segmen-segmen, contest dan macem-macem lagi yang seangkatang dengannya.

Cuma satu je dear, tulisan tu bagi jelas sikit dan kurangkan kaler-kaler...wehuuu~ Gi jenguk blog Ku Izzati ni kat SINI ye~

Ingat dear, kalau jumpa orang yang curik hati tu, cakap kat dia, "hei, bagi balik hati tu! tu bukan saya punye, pun bukan awak punye..saya kena jaga baik-baik..kang tuan hati tu marah...wuwuwu..." ok? :D


ENTRI CAMBEST TAK DAPAT DIKESAN, TENET LEMBAP




Saturday, February 26, 2011

Eh, Ustazah! : Cinta


Di suatu petang yang...okie, indahlah jugak...

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum...

Ustazah: Wa'alaikumussalam Nasri...asyik jumpa kamu aje kalau petang-petang ni. Ada apa pulak kali ni?

Nasri: Eh, ustazah ni...jangan la bosan pulak jumpa saya. Huhuhu...

Ustazah: Ops, mana ada ustazah bosan. Ustazah tak cakap pun gitu. Ish, ish, ish. Tak baik tau berburuk sangka...

Nasri: Alamak! Maaf, ustazah. Saya tak sengaja! Maaf, maaf...

Ustazah: Hurm...takpe, ustazah maafkan...

Nasri: Terima kasih, ustazah...macam ni, erm...kakak saya, dia ada masalah sikit. Saya ingat nak ajak dia jumpa ustazah, boleh tak?

Ustazah: Ooo...kakak kamu ke. Boleh, insya'Allah. Datanglah bila-bila esok, ye? Ustazah tunggu je kat ofis.

Nasri: Baik, ustazah. Insya'Allah esok saya datang.

***

Pagi itu, pintu ofis ustazah ade orang ketuk dari luar.

Ustazah: Masuk. Tak pernah kunci pun pintu tu.

Deqdeq: Assalamualaikum ustazah...saya kakak Nasri.

Ustazah: Wa'alaikumussalam...ooo...kakak Nasri ni nak panggil nama ape? Nasrinya tak datang?

Deqdeq: Ustazah boleh panggil Deqdeq je. Nasri ade kelas katanya, dia bagi saya peta ni untuk ke ofis ustazah...(sambil tunjuk peta)

Ustazah: Erk, siap berpeta pulak...macam-macamlah Nasri tu. Deqdeq duduklah sini.

Deqdeq: Terima kasih, ustazah.

Ustazah: Nasri gitau, Deqdeq ada masalah, ya? Cer citer cer citer...

Deqdeq: Erm...Nasri selalu ceritakan tentang ustazah pada saya. Saya rasa saya boleh percayakan ustazah untuk membantu saya...

Ustazah: Insya'Allah...saya akan bantu mana yang mampu...

Deqdeq: Sebenarnya ustazah, umur saya da semakin meningkat...tapi saya masih tak jumpa pilihan hati.

Ustazah: Sebelum ini pun belum ada yang berkenan di hati Deqdeq?

Deqdeq: Bukan takde, ustazah...tapi setiap kali saya berkenan dengan mana-mana lelaki yang baik akhlaknya, indah budi pekertinya, mesti lelaki itu sudah dimiliki oleh orang lain.

Ustazah: Pada Deqdeq pulak, takde yang berkenan?

Deqdeq: Pada saya...ade je ustazah. Tapi saya yang tak berkenan...huhuhu.

Ustazah: Begitu...alhamdulillah. Deqdeq bertuah dikurniakan rasa cinta kepada manusia. Cinta yang Allah bagi...satu perasaan yang indah, kan? Tapi tak semua kecintaan itu kita boleh perolehi dengan mudah...

Deqdeq: Alhamdulillah...memang cinta tu indah, tapi apa maksud ustazah dengan ayat last tu?

Ustazah: Kita selalu mengimpikan cinta yang sempurna. Kita nak pilihan hati kita yang paling terbaik antara semua. Tak boleh ada yang spoil pun. Kalau spoil, terus reject. Sedangkan tak semua manusia kat dunia ni begitu sempurna...

Deqdeq: Allah...benar, ustazah. Tapi saya takde lah terlalu rigid menetapkan syarat-syarat yang bagaimana. Asalkan ada agama dan pandai ambil hati orang tua...tapi entahlah, nape lah agaknya sampai sekarang saya still tak jumpa pilihan hati saya. Sedih benar rasanya bila mak ayah bertanya...

Ustazah: Subhanallah...bagusnya bila agama yang diutamakan. Perkara mengenai jodoh ni sejak dari azali lagi, Allah dah tetapkan untuk semua manusia. Cuma cepat atau lambat sahaja. Kadang-kadang orang yang kita harapkan untuk menjadi teman hidup kita, rupa-rupanya bukan itulah yang terbaik buat kita. Sedangkan yang kita tak suka tu, rupa-rupanya yang tu lah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Allah kan Maha Mengetahui.


Deqdeq: Benar ustazah...saya sentiasa pegang kata-kata tu. Saya tak lupa istikharah dan solat hajat kepada Allah. Sentiasa berdoa kepadanya agar dipertemukan saya kepada lelaki yang telah ditetapkan sebagai jodoh saya olehNya.

Ustazah: Alhamdulillah...perkara-perkara tu memang kena sentiasa amalkan, bukan je bab-bab jodoh ni, tapi bab-bab pilihan dalam hidup kita, elok sangat buat istikharah ni. Tapi, bila kita tak jumpa lagi jodoh kita walaupun dah buat istikharah banyak-banyak, jangan pulak kita berburuk sangka pada Allah...

Deqdeq: Berburuk sangka? Dengan Allah pun boleh ke?

Ustazah: Iya...bila kita fikir yang Allah tak kabul-kabulkan hajat kita, padahal kita dah doa banyak-banyak dah... Kita rasa Allah tak pandang kita langsung, sedangkan DIA sebenarnya sedang menguji sejauh mana kita sabar dengan ujian DIA.

Deqdeq: Astahgfirullahal'azim...moga saya dijauhkan dari berburuk sangka kepada Allah. Tapi ustazah, macam mana nak pupuk diri supaya tak berburuk sangka macam tu? Ramai je kawan-kawan yang saya lihat, lemah sangat bila diuji macam ni...

Ustazah: Tadi saya dah sebutkan bahawa jodoh itu telah ditetapkan dari azali lagi, kan? Jadi...pegang satu je dear...Deqdeq sedang berusaha mencari dia, dia pun sekarang ni sedang berusaha mencari Deqdeq...dalam masa tu, teruskan menjadi muslimah yang solehah~ kan nak suami soleh? Jadi kenalah menjadi sambil mencari~ :)


Deqdeq: Subhanallah...terima kasih, ustazah! Insya'Allah saya akan pegang ayat tu...moga dipermudahkan urusan kita semua...

Ustazah: Ameen...baiklah, saya ada kelas jap lagi. Nanti bila-bila masa, jemputlah datang ke rumah pulak. Boleh cerita lagi banyak...ajak je Nasri tu sekali, bagi dia dengar sekali...:)

Deqdeq: Insya'Allah, ustazah...Terima kasih. Assalamualaikum.

Ustazah: Wa'alaikumussalam...

Cinta akan datang bila tiba masanya, Allah tahu bila kita benar-benar memerlukan cinta, bila kita benar-benar bersedia untuk memikul amanah cinta dan bila kita benar-benar mampu memberi komitmen kepada cinta. Jika cinta itu bukan cinta sejati untuk kita, bersabarlah...kerana DIA akan memberikan cinta itu sedikit masa lagi. Jika bukan di sini, insya'Allah kita akan ketemu cinta itu di sana kelak...:)


Admin: Watak-watak di atas adalah rekaan semata-mata, saya guna nama mereka kerana mereka jiran sepagar saya. ;)


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Komen, Perlukah Dibalas?


Okie...terbaca kat blog abang ady tadi...dan bukan blog tu je, banyak gak blog-blog lain akhir-akhir ni cakap pasal benda ni. Dulu-dulu pun ade gak. Dan semua huraian mereka diterima, digabung, dicampur gaul, tambah garam sikit bagi masin, mana-mana yang pedas tu kita tambah gula, bagi pedas tu enak-enak rasanya...akhirnya jadikla gini...

Perlu ke komen kat entry dibalas?

Perlu! <--- untuk blogger yang masanya cukup untuk membalas komen dan pengomen takde lah banyak sangat (macam saya...hahaha~)

Kejap perlu, kejap tak~ <--- untuk blogger yang masanya macam cukup-cukup makan jek, komen kat entri lak dalam 'kadar sederhana'...mana komen yang perlu jawab, jawab ler...mana yang macam jawapannya nanti bakal serupa 'seperti di atas', takyah lah..hahaha~

Tak Perlu! <--- untuk blogger yang komen kat entry dia banyak bebenor, dia pulak bizi nak publish komen sambil membaca komen-komen tu...(cek kalo-kalo ade lalat, penting ni! :D)

Hehe...actually, tak kisah pun mana-mana. Up to blogger tu sama ada nak reply komen ke tak. Sebab ada segelintir pembaca ni diorang suka nak tahu apa balasan blogger tu, diorang pi jenguk balik blogger tu reply ape (macam saya gak...haha~) Tapi kadang-kadang gelak gak baca komen-komen kat blog Zack Zuhairi...banyak bebenor komen kat entry dia, yang patut dijawab pun ade, tapi...hahaha~ dia golongan ketiga kat atas kot~ :p

Kalau macam tak cukup masa nak balas, takpe...tapi jangan terasa lak kalau pembaca kata kamu-kamu ni 'sombong', ok? Atau pun, boleh jugak kalau buat jejak balik ke blog-blog pengomen ni ucap salam ke...tak pun, komen balik kat entry terbaru dia...ni selalunya Ir yang buat...hehehe.

Kalau nak lagi mahsyuk, komen-komen pembaca dibalas dengan entri, ye dak? Macam dia...lagi mantop~ memang dihargai betul pengomen bertuah tu! :D

So, nak balas ke tak, ikut la~ Mana yang faham, depa ok je tu...tak merajuk punye~ ;)

P/S: Tak kire, saya nak froggy jugak!


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Kenapa Saya Tak Suka?


Saya tak suka sebab saya tak suka la. Hish!

Tak suka apa ni? Tetiba je update-update tengah malam buta sejak bizi seharian, cakap tak suka. Adoiii...

Hehe...relax...bukan tak suka sape-sape...bukan tak suka kamu-kamu yang tengah baca ni...apatah lagi tak suka pasal gadoh-gadoh yang hangat tu...bukan, bukan, bukan...

Saya just tak suka sebab takde idea nak update entry malam ni...entah, mungkin sebab da tinggalkan blog lama sangat...:p (baru berapa jam pun...hahaha~) padahal masa 'berfoya-foya' uruskan hal biasiswa myBrain15 tadi, banyak je benda yang terlintas kat fikiran ni...kalau de laptop depan mata, mesti nak update terus...huish... (kesian ang, sape suh buang bateri laptop dulu???)

Dari feedbacks entry tengahari tadi tu, ade gak beberapa sahabat blogger yang terkeliru...hehe. Ape-apepun, terima kasih untuk semua yang mendoakan...bulan April nanti nak defend proposal master pulak...part ni paling susah dan memberatkan akal fikiran. Kalo abang Eqbal PhD yang masuk Kosmo tu leh datang jenguk dan bagi nasihat, ok gak kan? (ops, 'abang' Ady jangan majuk ye...:p)

Tadi jenguk gak hasil-hasil lakonan yang lain...ada lagi yang amek saya berlakon...dan dia adalah along saya sendirik! Hahaha~ baca lakonan saya kat SINI. Lepas tu along ni terlebih rajin pulak sambung cite arahan saya semalam dengan entry INI. Sangat best dan bermanfaat, ok? Kalau tak gi terjah dan baca, tak dapat la manfaat tu...hehehe~ <---- ayat ugutan ni! Takkan tak faham? :p

Eh, da jadi entry pulak...:D


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TEJAH! EH, TERJAHLAH!



Friday, February 25, 2011

Saya Sibuk Hari Ni...


Maaf, hari ni saya sibuk...

.

(macam semalam...)

.

Dengan shooting...


:D


Tak lah, saya nak uruskan benda ni...


Doakan moga dipermudahkan ye...

Jadi, sila jangan rindu bebelan saya, ok?
(terutamanya the mucuk girl ni :p)


ENTRI CAMBEST TAK SEMPAT LAGI...





Thursday, February 24, 2011

TUAN DIREKTOR ! PILIH KASIH EH !!


Direktor: Jeneral Sunah Suka Sakura dot com
Penasihat: Mejar Ben Ashaari


BOOOOOOMMMMM!!!!

Letupan peluru dan mortar kedengaran bertalu-talu. Kota Palsedon bergegar lagi untuk ke berapa kalinya hari itu. Sejak seminggu lepas, tentera-tentera Isruli di bawah arahan Presiden Azfur membuat kacau-bilau di pinggir Kota Palsedon.

Di sebuah rumah kecil di hujung kota…

“Ibu, Luqluq harap ibu merestui Luqluq.” Luqluq menggenggam tangan ibunya. Sejuk. Dia tahu, ibunya serba-salah.

Sebulan lalu ayahnya, Abu Budika telah syahid. Tentera-tentera Isruli menyerang kerana penduduk di pinggir Kota Palsedon berdegil mahu menyerahkan tanah mereka kepada Isruli. Ayahnya antara pejuang-pejuang yang telah menyahut seruan jihad. Abu Budika syahid ketika mahu menghalang dua orang tentera Isruli membelasah seorang penduduk yang mempertahankan rumahnya daripada diruntuhkan.

“Ibu, Luqluq tahu ibu risaukan Luqluq. Ibu risau jika sesuatu berlaku kepada Luqluq. Ibu takut Luqluq akan pergi seperti ayah…”

Ummu Qaseyh menahan air mata yang hampir menitis. Mustahil anak perempuannya ini tidak tahu, sungguh benar apa yang diperkatakan olehnya.

“Benar, Luqluq. Ibu takut kehilangan Luqluq. Ibu dah kehilangan ayah kamu…”

“Ibu, sesungguhnya sekarang ini Kota Palsedon memerlukan Luqluq. Kota ini mesti dipertahankan…”

“Tetapi, bukankah mereka yang lain sudah berada di medan jihad? Dan kamu seorang perempuan, Luqluq…”

“Ibu, Allah mahu kita menggunakan segala kekuatan yang kita ada untuk menentang musuh. Benar Luqluq seorang perempuan, tetapi srikandi-srikandi silam juga telah banyak menyumbang kepada kita hari ini. Jika ditakdirkan Luqluq syahid di sana, Azidilla dan Azirulhaz masih berada di sini bersama ibu…” Luqluq nekad. Kedua-dua adik kembarnya dipandang sekilas.

Luqluq…” suara Ummu Qaseyh lemah.

“Ibu…Luqluq mahu menjadi bidadari Afnan di sana…”

Ummu Qaseyh mengangkat wajah apabila Luqluq menyebut nama menantunya. Menantunya telah bergerak lebih awal ke medan jihad, dan mereka sama-sama merelakannya. Hari ini…Luqluq akan menyusul suaminya.

***

Afnan bersembunyi di belakang tembok lama yang sudah hampir runtuh. Rakannya, Zarin sudah parah. Kaki kirinya dimakan peluru tentera Isruli. Kini perlu bergerak sendiri. Segera dia mengorak langkah, terhendap-hendap sepanjang tembok lama itu.

Di hujung jalan sana kelihatan tiga orang askar Isruli sedang menghendap juga sepertinya. Afnan mengangkat M-16, menetapkan sasarannya. Salah seorang askar Isruli itu kelihatan sedang lalai. Afnan menarik picu M-16.

***

“Argggghhhh!” Fredley menjerit kesakitan. Seorang penghendap telah menembak tepat ke dadanya. Iquebal dan Arereff terkejut. Bagaimana boleh terlepas pandang! Mereka terus melilau-lilau ke sekeliling sambil bersembunyi di belakang tong sampah besar berhampiran.

Satu lagi peluru dilepaskan, tetapi tidak mengena.

“What the fish! Siap kau!” Iquebal membalas tembakan dengan bertalu-talu. Sejurus kawasan itu menjadi hingar dengan bunyi tembakan. Arereff membuat laporan kepada ketua pasukan, Ahsey. Ahsey berang. Dikerahkan lebih ramai tentera Isruli ke kawasan tersebut.

***

Luqluq nampak kelibat Afnan dari jauh. Dia juga nampak Zarin yang terbaring lemah tidak berdaya tidak jauh dari tempat Afnan. Afnan kelihatan sedang asyik mengintai dua orang tentera Isruli di hujung jalan. Hati Luqluq kurang enak, seakan-akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku.

***

“Apa? Berani budak tu buat onar!” Presiden Azfur menghempas meja. Ahsey tersenyum sinis kerana berjaya membuatkan Presiden Azfur naik angin. Memang ini yang ditunggu-tunggu olehnya.

“Saya dah hantar lebih ramai tentera ke sana. Mungkin di sini kita akan gunakan senjata itu.” Ahsey mencucuk.

“Hurm…bagus. Teruskan.” Presiden Azfur memeluk tubuh. Bilik pejabat itu terasa hangat walaupun penghawa dingin telah dipasang.

***

Afnan melihat dua orang tentera Isruli di hadapannya sudah berhenti menembak. Tidak pasti kenapa. Namun, seperti ada sesuatu yang sedang dirancang. Dia pasti yang itu. Afnan tidak mahu membiarkan perkara yang dirancangkan terjadi, dia perlu menghentikan saat ini juga. Dia bergerak ke hadapan sedikit.

***

“Bagus, budak ni makan umpan…” Iquebal dan Arereff tersenyum sinis.

***

Luqluq tersentak. Dia nampak sesuatu. Dia tidak boleh membiarkannya. Mereka sudah mendekat, suaminya langsung tidak sedar. Luqluq meluru ke arah suaminya sambil terhendap-hendap.

***

Booommmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!

Dalam sekelip mata, kawasan itu menjadi berbahang. Asap berkepul-kepul di udara. Afnan terkejut. Dia tidak pasti apa yang telah berlaku. Namun dia nampak sesuatu di hadapannya. Sesusuk tubuh terbaring, menggelupur. Jantung Afnan bagai disentap.

Luqluq!!!!!”

CUTTTTTT! Iklan jap...


Setakat tu je yang mampu saya buat...kena potong banyak sangat scene...kalau tak, nanti jadi filem berjam-jam... Moga ada manfaat. Terima kasih kepada pelakon-pelakon...:)


P/S: Luqluq dalam bahasa Arab bermaksud mutiara...;)

ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Penat Berlakon!!!


Fuhh! Petang ni penat berlakon...nak tau berlakon kat mana pulak? Meh jenguk...


Adohhhh...macam-macam...de lagi tak? :p



ENTRI CAMBEST ADALAH ENTRI-ENTRI KAT ATAS NI. :D




Jiran Saya Jadi Millionaire!


Saya tak terkata! Jiran saya? Dia pun tak terkata!

Tiba-tiba sahaja dia dinobatkan sebagai pewaris kepada seorang jutawan yang baru meninggal! Fuhhh...

Best gak kan, selama ni kita hidup, tiba-tiba satu hari kita tahu kita adalah pewaris kepada seorang jutawan...kaya sekelip mata! Kalo betul, nak gak sikit...:p

Sila baca lebih lanjut kat blog jiran saya.

"Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya lagi Maha Terpuji."
[al-Hajj: 64]


ENTRI CAMBEST TAK SEMPAT. TENGAH SHOOTING DRAMA.
(banyak betul permintaan~ :p)





Saya Malu Dengan Dia...


Tersipu-sipu malu bila seorang otai IT tegur kat wall FB tadi. Huhu...


Dia memang otai bab-bab IT...

Kalau zaman sekolah, eh! Zaman kolej-kolej dulu, dia la yang pegang bab-bab teknologi ni. Bab-bab komputer, flash, adobe photoshop, semua bagi dia pegang jek..tak yah susah-susah~ Biar dia wat keje sorang-sorang je..Ehehe..

Bab blog? Dia pun lagi lama...da de domain sendiri lagi awal dari saya...

Saya kagum dengan dia, siyes...ops, salah! Saya kagum dengan hasil-hasil kerja dia sejak di kampus dulu. Sampaikan kalau de montaj ke flash ke, saya terus leh detect mana yang dia wat, mana yang orang lain buat. Ouh..'dia', sila jangan muntah baca ini, ok? Haha~

Kamu-kamu, silalah ke blog dia kat SINI ok? Dia pun handle lagi satu blog canggih the manggis NI. (err..betul ke ni Poji?)

P/S: Dia dah berpunya. Hahaha~ Poji, maaf ler...lambat wish, hepi belated besday, moga dalam lindungan Allah selalu...:)


ENTRI CAMBEST YANG BUAT SAYA TERSENYUM



SAYA NAK ! SAYA NAK !


Orang tu dah ada header baru...perasan bila Kak Ayu tegur kat komen dia...:p

Klik header hensem (header je, ok? :p) ni untuk ke segmen berlakon-lakon~


ENTRI CAMBEST BELUM SEMPAT NAK JENGUK




NorfaNil is Hitam Putih


Ok, ok! Saya janji ini yang last untuk malam ni! Err...dah nak dekat lebih dua pagi gak...adoiii...-_-"

Ingat tak budak kecik nama Norfa? Yang ada www.norfanil.com? Yang blog dia kena malware dengan dahsyatnye dulu tu? Yang jadi loyal reader kat blog dia. Ops~ :p

Sudah boleh reveal... Actually, dia da wat blog baru semalam-semalam...dan baru tadi gak dia kata blog norfanil.com tu da ok balik...dan sekarang dia da gabungkan kedua-dua blog menjadik....




Erkk..ape la Norfa ni, letak nama gitu...:p

Okie, okie...takmo buli-buli...Hahaha~

Jom ramai-ramai tolong dia bangun semula dari zero~ ;)

Klik blog dia kat atas, ok?

Jangan lupa bagi dia kata-kata yang buat dia tergoda supaya tak benti berblog...:p 


ENTRI CAMBEST TAKDE SEBAB DA MASANYA UNTUK TIDO! :D



Inilah Penangan Berblog!


Malam ni kena tido awai...sok ada hal penting untuk diuruskan! Kalo tak tido awal malam ni, jawabnya esok doktor cek tekanan darah saya rendah la pulok~ Sebab pe? Sebab kurang tido...Hahaha~

Okie-okie...memang saya da kurang tido akhir-akhir ni. Dahsyat jugak penangan berblog ni...adoiyaii...bukan tu jek, meh tengok ape lagi penangan berblog terhadap owner Sunah Suka Sakura dot com...:D

  • Tido paling lewat (ada la dalam 3-4 pagi) antara semua osmet walaupun dah kata, "malam ni saya nak tido lagi awal dari semalam..." -_-"
  • Mak owner: Jangan tido lewat-lewat, ang tu asyik tido lewat, mak tau sangat...-_-"
  • Osmet owner: Bagilah badan tu rehat sikit...T_T
  • Buka Facebook tiap hari, tapi bukak-bukak je terus ke group Sahabat Blogger dan group-group lain...
  • Facebook Home? Kurang menarik perhatian dah...-_-"
  • Profile Facebook sendiri dah jadi medan ping blog...post status? Jarang betul! -_-"
  • Bila terus ke group-group Facebook tanpa tengok benda lain, dah jadi tak cakna isu...saya rasa la...-_-"
  • Henset berbunyi tanda mesej masuk...owner: "nantilah..." @ "eh, terlupa nak baca!"
  • Update entry entah berapa kali sehari, tapi..."cane nak buat optisystem ni?"
  • Pagi-pagi kata, "hari ni nak search fungsi bidirectional fiber"...dah bukak browser, tapi...hurm..faham-fahamlah...

Dah, cukup sekadar itu...hentikan semuanya! Hahaha~

Erk! Adoiii...berblog biar berpada-pada Cik Sunah oi~ nanti kene sound ngan abang baru dan kakak cumil karang...:p

Baek!!! Malam ni nak tido awal! Dah, dah!

Assalamualaikum...:)


Admin: Megi goreng time dinner tadi sedap betul! Hahaha~


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Minggu Persahabatan Ke?


Adakah minggu ini minggu persahabatan? Subhanallah...nape banyak sangat entry tentang persahabatan minggu ni? Semua buat saya terharu...


Terima kasih kepada mereka-mereka semua...

Semalam pulak malam kesedihan sedunia...bak kata Puteri Katek...
Hingga tercetusnya lirik lagu yang menarik ini!

dalam kolam ikan
ada puteri katek
dia suka makan
sambal daging itik~

ops, ade ke sambal daging itik? :D


Ape-apepun, meh nak share mesej yang saya dapat kat henset tadi...


Bring a friend to THEBODYSHOP Friendship Day 25-27 Feb! When friend purchase, you get to enjoy great offers! Members get 30% OFF, Friends get 20% OFF. T&C apply.


Sape nak join saya? Hahaha~


P/S: Semalam saya berlakon dengan Ir dan Ujang~ Wee...penat berlakon, tapi best! Director dia jiran sebelah kanan rumah saya...:D Nak tengok lakonan mantap kami? Jenguk SINI, ok? Hehehe...


ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!



Wednesday, February 23, 2011

Sejauh Mana Persahabatan Antara Blogger


Bro Framestone buat segmen ni...


Gambar kat atas ni gambar Kyerull dengan Bro Framestone. Kyerull sekarang kat HKL. Dalam 2 @ 3 hari lagi bakal operate kakinya yang patah. Moga dipermudahkan Allah urusannya dan moga cepat sembuh. Ameen...

Nak cerita tentang sejauh mana persahabatan dibina oleh seorang blogger? Bro, rajin-rajinkan diri dengan membaca entry saya sebelum ini, ok? Hehehe...


Ia merungkai segala-galanya...

"Kami tidak pernah bersua, namun ada ikatan pada hati-hati ini..."

:)


TIADA ENTRY CAMBEST, SAYA NAK TIDO :D



Tuesday, February 22, 2011

Insan-insan Terawal... Terima Kasih!


Alhamdulillah. Seronok berblog? Yang blogwalking kat tepi tu, meh baca sini sat...:) Nak kongsi sesuatu... Yang memang dah lama saya nak kongsikan sejak aktif semula dua bulan lepas.

Saya kenal mereka sejak join segmen dia. Tau tak macam mana saya boleh terlibat? Mesti tak tau kan... Mula-mula dulu, saya join buat header untuk Qila Razak. Alhamdulillah...dapat saguhati kat situ. Dari blog Qila, saya nampak entry pasal segmen dia. Saya tak faham ape-ape pun...

Saya gi tengok. Ada apa ni? 50 blog? Kenapa semua nak buat entry ni? Hurm...saya tak faham juga...tapi saya tengok ramai orang baca blog dia. Saya nak tahu, apa yang best sangat. Kenapa semua bloglist mereka ada nama dia...? Tiba-tiba saya nampak segmen tu

Tergerak hati saya nak join. Entah...itu kan kerja DIA yang Maha Tahu. :) Saya tak menang, takpe... Saya terus membaca blog dia. Saya tengok ramai orang yang sama komen kat entri-entri dia. Saya nampak Norfa (maaf, takde link sebab blog dia ade malware sekarang). Dia selalu datang dan komen. :) Tapi saya tak rapat lagi dengan dia masa tu...saya pun selalu jadi silent readers je masa tu... :)

Lepas tu, saya join yang ni pulak. Dari sini saya kenal Qaseh, Ir Nazirul Hazwan, Ujang, Areliff dan Cekgu Awang. Diorang bincang sambil gaduh-gaduh nak dapat hadiah. Saya pun join sekali berbincang...ops. :p Sekali tu saya tak dapat join, tak sempat...tapi saya gi tolong Ir, gitau dia jawapan dia salah. Hehehe...disebabkan penukaran tu, Ir lambat sikit, terus tak menang... Areliff jugak yang selalu menang. Then, hari esoknya, Ir join lagi, dia menang pulak! Hehe...terus gi ucap tahniah kat dia. Tapi yang berkali-kali menang tu diorang-diorang kat atas ni la...sekali dengan jiran sekemenangan saya adalah Ina the mucuk girl. Hehe..terkejut gak menang masa tu... Alhamdulillah...

Tapi yang takleh saya lupa adalah bila penganjur bersama isterinya datang komen kat satu entry segmen dia ni bersama-sama. Hehehe...terharu...dan ter'lucu' sikit sebab penganjur tu sendiri cam konfius je dengan jawapan soklan dia...:p

Lepas tu saya kenal jugak seorang kakak yang cumil ni... Nama dia Kak Shida. :) Dia add saya kat facebook, dia jugak berbincang-bincang dengan saya macam mana nak jadi penaja segmen si penganjur yang ni. Saya join jugak segmen tu, tapi tak menang. Hehehe...

Tengok, ramai kan orang yang saya kenal...? Ramai lagi yang lain yang saya kenal di dunia blog ni...tapi mereka-mereka di atas lah antara yang TERAWAL saya kenal sejak dua bulan lepas dan hingga sekarang Qaseh, Kak Shida, Ina the mucuk girl, Ujang, Cekgu Awang (yang bizi), Norfa (yang bermalware~ :D) dan Ir Nazirul Hazwan tetap bersama-sama saya walau dalam susah atau senang...(entry kat Sunah Suka Sakura dot com ni kan selalu jek emosi-emosi...:p) 

Huu..tetiba sebak...:')


Terima kasih ye kamu~ Saya sayang kamu-kamu semua...:)

Alhamdulillah, DIA menemukan saya dengan blog penganjur yang kemudiannya menemukan saya dengan kamu-kamu semua yang terawal ni...yang akhirnya menemukan pula saya dengan kamu-kamu semua yang lain juga... Terima kasih! :)

Cekgu Awang kata....

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

:)

Nak tau entry Kak Shida? Klik entry cambest kat bawah ek... :)


ENTRY CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!




Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.