Ticker

6/recent/ticker-posts

SEGMEN 1MALAYSA - SELAMAT TAHUN BARU CINA

Macam biasa, kalau ada header ni maksudnya ni segmen Enchek Ben~

Kenangan sepanjang bersahabat dengan rerakan bebilang kaum? Kenangan manis tu~~~

Dulu masa kat sekolah menengah (sekolah rendah, tak...sebab sekolah 1 kaum jek...faham-fahamlah ye), tu first time bercampur dan berjumpa dengan pelbagai kaum (di sekolah ye, di luar sekolah mestilah dah jumpa!). Masa form 1 duk depan kawan Cina...best sebab dapat belajar bahasa Mandarin. Terus faham sikit-sikit bahasa Mandarin. Diorang ni dah la sporting nak ajar kita, memang berjasa lah sebab sampai sekarang leh ingat cakap Mandarin sikit-sikit. Kalau Tahun Baru Cina, diorang pelawa kita datang rumah diorang. Masa kecik-kecik, saya, adik-adik dan sedara mara mesti nak gi raya rumah diorang. Sebab akan dapat ang pow! Lepas tu gi kutip biji saga tepi-tepi jalan. Entah, pakcik naga tu suka keluarkan biji saga yang merah, cumil-cumil tu~ Tak tau sebab pe. Kalau kamu-kamu tau, gitau la ye...Hehehe.

Selain kawan Cina, kawan ngan Iban gak, sebab saya kan duk Sarawak. Kawan Iban pun best, bahasa diorang pun saya faham. Cuma tak berapa pandai nak bahasakan balik. :D Dengan diorang ni saya lagi kamceng. Haha~ Bergosip pun ye~ Mak-mak kitorang pun kamceng gak. :p Ade gak kawan yang kaum Bidayuh ngan Kenyah. India kurang kat Sarawak ni...

Masuk form 4, makin bertambah-tambah kawan Cina sebab sekolah tu memang gitu~ (tak faham, takpe) kaum saya dalam kelas leh la dikira dengan jari tangan sahaja, tak sampai sepuluh pon. Maka, kami femes?? Tak lah~ Haha~ Kenal diorang ni 2 tahun je pun dah kamceng, suka anime sama-sama, siap satu kelas tu bertukar-tukar poster anime Saiyuki~ (ha, dari sinilah dapat email goku_saiyuki17 tu, bukan Goku Dragon Ball ye~)

Rindu lak ngan kawan-kawan zaman sekolah dulu. Rindu dengan Cyndra, Lydia, Juliana, Danny (yang pandai cakap Sarawak), Han Soon (skandal), Charles (skandal gak! haha~), Alice, Lei Sin, Jack Ming, Tiong, Nicholas, James (peminat~ :p), Niko, Ying Ying, Bing Bing, Jenny, Wun Min, bla, bla, bla... Banyak betul! Ha...lepas ni boleh tepek link ni kat group sekolah. Haha~ :D

Saya nak ucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina ye kat kawan-kawan yang sambut tu~ terutama kat blogger Logorithm~ termasuk gak yang keturunan campur-campur macam Che Mat~ tak lupa gak geng Mafia Wars bro David~ Moga segalanya lebih baik untuk tahun ni dan akan datang~ ;)

Admin: Sepanjang nak CNY ni, jumpa banyak betul sakura di mana-mana~ suke-suke! :))



Post a Comment

8 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com