BLOG ENCIK SUAMI

Friday, February 4, 2011

Sup Ayam Untuk Orang Demam (JE~!)

Disebabkan orang tu demam, maka tengahari tadi kita makan sup ayam je ye. Nak tau resepi jugak ke?

Okie, okie~


Bahan-bahan:

Ayam (gerenti la ayam, da nama sup ayam~ potong ikut suka ye~)
separuh lobak (pun potong ikut suka)
1 biji kentang (pun potong ikut suka)
3 biji cili padi (nak pedas lagi, tambah la lagi~)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 biji bawang merah (dihiris)
2 cm halia (dihiris)
sedikit bunga cengkih
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
sedikit bunga lawang
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit perahan limau nipis

Cara-cara membuatnya:

Ni, mak saya ajar. Rebus ayam bersama kentang dan lobak. Bila da mendidih tu masukkan serbuk lada sulah dan garam.

Kat kuali lain, panaskan minyak, tumis rempah ratus (geng-geng cengkih la~). Lepas tu goreng bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi. Bagi sampai naik bau ye~

Kemudian, tutup api. Tuang ke dalam rebusan ayam tadi. Gaul, gaul, gaul~ Reneh sup selama beberapa minit, tambah garam kalau perlu ye~ Perahan limau tu jangan lupa pulak~

Ha...da siap untuk orang yang demam! Sembuh la cepat, sembuh la cepat~




11 comments:

nazirulhazwan~ said...

mat gebu!!! ade orang nak lawan ang ni!!hahaha

Sunah Mohammad said...

@nazirulhazwan~

adoi...haha! kang ade jugak che mat datang balik kang!

Norfa said...

hahahahah..rajin ar.. norfa masak skrg dah tak buat resepi.. malas nak letak.. hahahaha.. aum..sedapnya makan mee udang.. hahahahahaha...


cntik nya kaler blog..comel..pinky. hahah

Sunah Mohammad said...

@Norfa

ni inspirasi dari che mat ni, tu yang beresipi je semua..haha~ erk, udang? alergi la dear..

comel kan, kan, kan! :DD

putERi-kAtEk said...

kalah la mat gebu mcm ni...hahaha

mohd zhafri said...

waaa....kak sunah jd chef plak...huhu

Sunah Mohammad said...

@putERi-kAtEk

tak, tak, tak! che mat tetap no 1! hahaha~

Sunah Mohammad said...

@mohd zhafri

hehehe...zhafri bila nak jadi chef?

mohd zhafri said...

3 hari lepas baru je jd chef....msk utk adek...tp terlupa plak nk ambil gmbo...klau x bley post...haha

Sunah Mohammad said...

@mohd zhafri

tu la! sape suh! :p

Cik Sara said...

Bila demam ngan selesema ni mulalah teringin nak cari sup.. tapi kat JB, sume sup spesies buh cili api.. nak masak tak ada dapur plak.. huhuhu..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.