BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, April 30, 2011

Nikmat itu Reporter Kamu Kelak...


Maaf, hari ni sibuk sangat.

Hujung minggu. Cuti-cuti ni pun ada banyak kerja tau. Ada jugak yang perasan blog ni tak berupdate, satu update je pagi tadi. Pasal menangis.

Erm, alkisahnya, tengahari tadi lepas borak-borak dengan PCM (masa tu saya rasa semua orang lain tengah tido lagi sebab saya meng'available'kan diri dengan aman damainya kat YM. Hahaha~ Jangan marah nooo...masa tu sangat free, tapi orang lain sume takde. PCM je adeee...), saya ke Hospital Sultan Ismail.

Bukan saya yang sakit, tapi mak ex-housemate. Kepada kamu-kamu semua, jagalah kesihatan ye, elakkan makan benda-benda manis banyak sangat, kalau keturunan ade kencing manis, lagi mudah nak dapat kencing manis. Bila da luka, memang kesannya tak dapat kita tahan lagi.

Mak ex-housemate tu da kene potong tiga jari kaki kiri. Mula-mula dulu satu jari je, then merebak pulak ke jari kedua dan ketiga. Hanya kerana terkena minyak panas yang tertumpah. Alhamdulillah, anaknya yang dah balik dari jauh ada di sisi. Boleh tolong tengok dan jaga...

Bila kita melihat orang lain, jangan lupa refleks kan kepada diri kita pulak. Macam cermin. Syukuri apa yang ada pada kita sekarang ni, jaga dan pelihara sebaiknya, manfaatkan dan gunakan untuk yang sepatutnya ia digunakan. Bukan disalahgunakan untuk perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Ingat, anggota kita ni lah nanti kat akhirat yang akan jadi saksi semua benda yang kita lakukan masa kat dunia. Mulut kita hanya diam membisu, kaki, tangan, telinga, semuanya akan menjadi reporter kepada Penciptanya.

Jadi...renung diri kamu, ke mana kaki tu pergi selama ni, ape yang tangan tu buat sepanjang hidup ni, bahan ape yang jadi halwa telinga dan mata kamu...masih belum terlambat untuk sama-sama muhasabah dan mohon keampunan.

P/S: Alamak, dah termenaip macam gaya berita, bak kata Ustaz Amirul, pemilik blog yang kene hack sampai hampir putus asa bila entri dia semua dah hilang, tapi da bersemangat semula...



Maafkan Saya Buat Awak Menangis...T_T


Saya minta maaf.

Saya tak berniat buat awak menangis. Saya tak tahu dah berapa kali agaknya saya buat awak menangis. Tapi, saya percaya lebih daripada sekali.

Saya sedar, saya sering melakukan kesilapan. Mungkin saja saya sering melukakan hati awak. Buat awak terguris dan tercalar perasaan.

Saya insan biasa. Saya tak selalunya mampu kawal diri dan tutur kata. Namun saya berusaha sebaiknya untuk tidak melukakan hati orang lain. Sebab saya tak suka rasa bersalah bila orang lain terluka kerana saya.

Sebab tu, tolonglah...saya rayu kepada awak supaya jangan menangis lagi. Berhentilah menangis...saya tak pandai nak pujuk orang dengan kata-kata manis. Saya hanya mampu meminta supaya awak berhenti dari menangis lagi...

Awak...awak jangan menangis lagi...

.

.

.


Awak yang tu...

.

.

.


Tu...

.

.

.


Maafkan saya ye awak...

Dan awak juga (yang tengah baca ni...) :D

P/S: Sarapan pagi yang enak~~? Jom UNDI!!! --> SINI



Friday, April 29, 2011

Eh, Ustazah! : Cermin


Amalina, adik ustazah tengah bersiap-siap nak keluar. Ada janji dengan kawan sekelas nak ke gerai donat pelangi Pak Cik Mat sebelum ke kedai kek coklat Dak Muncett usai solat Asar. Sambil memandang cermin besar dalam biliknya...


Amalina: Ameen...

Ustazah: Ameen ya Rabbal 'alamiin...adik akak ni nak gi mana cantik-cantik ni?

Amalina: Nak gi gerai depan tu jap akak, lepas tu nak gi beli kek coklat. Nurin ajak temankan dia. Hehehe.

Ustazah: Oooo... Nurin yang comel tu ye?

Tiba-tiba bunyi pintu rumah diketuk, sambil kedengaran bunyi salam. Ustazah keluar dari bilik Amalina, mendekati pintu yang tertutup. Bila pintu dibuka, Nurin tersengih-sengih saje.

Ustazah: Wa'alaikumussalam, Nurin. Haaa...masuklah, Ina tengah bersiap tu.

Nurin masuk, bersalaman dengan ustazah kejap.

Nurin: Terima kasih, kak. Sihat ke?

Ustazah: Alhamdulillah, sihat. Nurin nampak ceria, mesti sihat jugak kan?

Nurin: Alhamdulillah kak...ceria nak makan donat pelangi ni, da lama mengidam. Ina tu asyik cerita pasal donat pelangi aje kat kelas.

Ustazah: Yeke? Ape aje la adik akak ni cerita kat kelas sampai donat pelangi pun masuk silibus.

Amalina: Haaa...ape sebut-sebut nama Ina ni?

Nurin: Hehehe...akak ang tanya, ceq jawab la. Ehhhhh, laaa...tak siap lagi?

Amalina: Sabaq no...ceghemin kat dalam tu haihhh...tak puas hati betul.

Ustazah: Cermin tu memang, cermin suke usik-usik je. Tak jujur.

Nurin: Erk! Cermin pun ade sifat jujur ke ustazah? Eh! Kak?

Ustazah: Ha, sementara tunggu Ina tu, meh nak kongsi sikit sal cermin ni. Pernah dengar hadith nabi tentang cermin?

Nurin: Tak pulak, kak...hadith ape tu?

Ustazah: Hadith ni...


Amalina: (sambil betulkan tudung depan cermin kat ruang tamu lak) Eik, ade kaitan ke akak? Dengan cermin yang Ina tengah hadap skang ni?

Ustazah: Tentu! Nape Rasulullah nak ibaratkan mukmin ni sebagai cermin? Tau tak?

Nurin: Err...nape ek? Blank jap otak.

Ustazah: Sebab kebaikan ape yang kite lihat pada sorang mukmin yang lain, kita mesti akan amek sebagai teladan.

Amalina: Ooo...jadi, bila kita tau orang tengok kita, kene la selalu perbaiki akhlak ek? Sebab orang amek teladan dari kita.

Nurin: Ha'ah eks...

Ustazah: Lagi satu, tau tak nape Rasulullah kata cermin... Sebab, sesiapa pun bila tengok cermin, dia akan jadi lebih cantik dan kemas. Ade ke yang lepas tengok cermin, jadi lagi buruk?

Amalina: Erk! (terkedu depan cermin)

Nurin: Wahhh, betullah! Ina pun makin kemas je...tapi tadi nape tak kemas-kemas bila tengok cermin kat dalam bilik? Kan sama-sama cermin gak!

Ustazah: Bagus soklan Nurin tu! Cermin memang banyak merata-rata, tapi cermin yang baik ada sifatnya yang tersendiri.

Nurin: Sifat-sifat cermin? Macam kena belajar fizik balik pulak...

Ustazah: Hehehe. Takpe, akak ingatkan balik di luar kotak fizik. Pertama, bahan yang baik diperlukan untuk menjadikan cermin yang baik. Bahan-bahan yang akan menghasilkan cermin dengan pantulan sempurna mestilah dari bahan-bahan yang berkualiti, kan?

Amalina: Yup, betul tu! Kalau tak, nanti macam cermin dalam bilik tadi. Huhuhu.

Nurin: Jadi...kalau nak jadi mukmin yang baik, kena la belajar macam-macam ilmu yang baik ye...

Ustazah: Haa...yang kedua, cermin yang baik memberi manfaat kepada semua orang. So, kita ni sebagai mukmin, cukup tak memberi manfaat kepada semua orang di sekeliling kita?

Amalina dan Nurin terangguk-angguk sambil berfikir.

Ustazah: Yang ketiga, cermin yang baik menasihati dengan bijak.

Amalina: Ehh, macam mana cermin boleh bagi nasihat???

Ustazah: Ce tengok muka Ina kat cermin, kalo de kotor kat hidung tu ade rasa nak tanggalkan tak kekotoran tu?

Amalina: Ha'ah...mestilah nak tanggalkan.

Ustazah: Rasa marah tak dengan cermin bila nampak hidung tu kotor?

Amalina: Eh, bakpe nak marah lak? Takde rasa ape lah, ok je...

Ustazah: Haaa...sama lah dengan mukmin yang baik, nak tegur dan nasihat orang lain, kena la dengan hikmah, jangan sampai terguris perasaan dia...

Nurin: Ermm...betul gak tu.

Ustazah: Lepas tu, cermin ni menjaga rahsia.

Nurin: Eik, ape lak rahsia yang cermin jaga?

Ustazah: Rahsia kamu yang menghadap cermin tu lah. Ade tak cermin ceritakan kat Ina lepas Nurin tengok cermin, "Ina, Ina...tadi kan masa Nurin tengok aku kannn..." Takde kan? Cermin diam je. Dia simpan sorang je...

Amalina: Hurm...mukmin yang baik, kena lah pandai simpan rahsia sahabat ek...ape-ape masalah yang sahabat dia share, kena simpan elok-elok...kan, akak?

Ustazah: Yup, malah cermin yang baik sifatnya jujur. Tak menipu. Ape yang kita nampak dalam cermin tu, itulah kita.

Amalina: Ha, cermin dalam bilik tadi tipu! Senget habis tudung Ina!

Ustazah: Hehehe...nanti akak tukarkan cermin baru yeee..tapi...cermin baru nanti kena la jaga elok-elok pulak. Sebab...ciri terakhir cermin yang baik adalah ia perlukan orang lain untuk membersihkan dan menjaganya.

Nurin: Owhhh...kalau tak jaga betul-betul kang jadi berdebu kannn?

Ustazah: Ha'ah...bukan takat berdebu tu je, cermin ni kan dari kaca. Jadi, sangat mudah pecah walaupun pantulannya sangat sempurna. Sebab tu cermin perlukan orang lain untuk menjaganya dengan baik.

Amalina: Sama macam mukmin kan... Seorang mukmin perlukan mukmin yang lain untuk mengingatkannya, walau sehebat mana pun dia, kadang-kadang dia melakukan kesilapan juga.

Nurin: Bila silap, ade sahabat yang sudi menegur, itulah yang terbaik, kan akak?

Ustazah: Yup, pandai adik-adik akak...eh, da lewat lak Ina ngan Nurin nak keluar ni.

Amalina: Takpe, akak. Gerai depan tu je pun. Ok pe dapat dengar cite best gak petang ni.

Nurin: Betul, betul. Pakcik Mat pun simpankan je donat pelangi untuk kita kan Ina kann...

Ustazah: Ok lah gitu, dah...kang lambat lak balik. Baik gi sekarang.

Amalina: Ok akak...kami gi dulu, jangan lupa belikan cermin baru! Hehehe...assalamualaikum.

Ustazah: Insya'Allah...elok-elok jalan tu...wa'alaikumussalam.


Sebagai seorang mukmin, sentiasalah tunjukkan akhlak yang baik kepada orang lain, kerana setiap tingkahlaku kita menjadi perhatian. Kadang-kadang orang memandang serong kepada seseorang mukmin itu kerana salah laku seorang yang lain. Bagi mereka, "oh, macam inilah mukmin, ye..." sedangkan tidak semuanya begitu. Jadi, mulakan dari diri kita, yang setelah menghadap cermin, takkan menjadi lebih buruk.


JOM SINGGAH BLOG NEWBIE



Giveaway from Moscow by Miszlullaby


Ade dua anak-beranak masak-masak tag saya kat SINI dan SINI! Gggrrrr!

Kalo klik gambar ni kuar segala harta karun ML!!!

Maka setelah saya berusaha mengikut segala syarat-syarat, saya nak tag...


Yang lain pun, sila join jugak...



Okey, okeyyy! Tak Jadi!


Okehhh! Kat entri tadi kata nak tenung!

Tak jadi, tak jadi~~!

Saya tengok je lahhh...bagi ingat sikit yang mana satu. Sebelum-sebelum ni selalu nak tengok, tapi asyik terlupa bila bukak banyak sangat tab kat browser tu haa... Erk...

Hurmmm...tengok je punnn muka junior, kang kita tak tegur orang kata sombong lak kang...tapi, saya memang jenis tak tegur orang yang tak dikenali kat tengah jalan kot. Nak lempar senyum dan salam? Dengan pompuan jekkk... Hehehe...

Alaa...lagipun, ni junior-junior lahhh...tapi PCM kata 'tu hari' (style cakap PCM kene ikot kalo nak cite pasal PCM) depa ni bukan tengok junior ke senior ke adik ke pakcik ke...erk!

Okeh okeh...hurmmm...lepas ni ade entri utama lak...



Geram Betul Dengan Blogger Sorang Ni!


Geram!

Betul-betul geram! Hari tu dia buat 'hal'!

Hari ni pun dia buat gak!

Adessss...siap perli lagik pasal goku!

Gggrrrrr!

Lepas ni nak gi tenung muka blogger ni kat FB dia!!!

P/S: Jangan lupa undi ehhh...



Entri Ini... Tak Tahu Nak Letak Tajuk Ape...


Bersedia untuk entri panjang.

Prinsip berblog? Apa prinsip kamu dalam berblog?

Norfa kata, saya ni hebat dalam pergaulan sesama blogger. Erk! Yeke dear? Saya tak tahu...terima kasih untuk itu. Alhamdulillah. Entri Norfa buat saya rasa mahu berkongsi sesuatu dengan kamu-kamu semua.

Sebenarnya, saya mula berblog dulu bukan seperti saya sekarang ini. Sebelum ini, kalau kamu-kamu nak tahu, saya ada lagi satu blog menggunakan wordpress dengan domain asasian.net. Tapi tak dapat masuk dah blog tu malam ni. Ada virus katanya.

Lepas tu saya mula berjinak-jinak dengan blogspot, siapa ajar? Takde sape, sebab saya jenis yang suka teroka sendiri sesuatu tu, melainkan kalau saya betul-betul da tak tau sangat dan tak jumpa kat mana-mana carian google, saya akan tanya orang lain. Sebab masa tu memang blogspot adalah sesuatu yang baru di kalangan saya dan kawan-kawan.

Awal-awal berblog, entri saya lebih banyak tertumpu kepada review novel dan buku. Ya, inspirasi saya masa tu adalah website-website yang suka review buku. Sesuai dengan minat membaca pada masa tu. Entri? Jarang sangat nak update, bolehlah seminggu sekali, kadang-kadang sebulan sekali. Then pengsan sekejap. Hurmmm...

Lepas tu, mula belajar kongsi apa yang saya baca kat tempat lain, maksudnya copy paste lahhh... Apa yang saya dapat di website lain, dalam email, dalam mesej kat henset, suma nak kongsi. Maksudnya, jarang lah menulis entri sendiri.

Kemudian, saya bertanding untuk pilihanraya kampus. Blog adalah salah satu medium kempen, dan tempat mengutarakan isu. Apa-apa aktiviti turut dipromosi melalui blog. Dihentam di blog? Ya, tentu ada...shoutbox menjadi medium untuk mencaci maki, terima kasih. Tapi tak lama...alhamdulillah ada sahabat-sahabat yang memberi sokongan.

Lepas selesai berkhidmat, blog jadi tempat luahan perasaan untuk student degree tahun akhir. Ya, banyaknya tentang Projek Sarjana Muda, tentang menangis dan menangis. Dari awal hingga titik akhir. Alhamdulillah, dah berlalu.

Lepas degree, blog sunyi sepi. Dah tak tahu nak isi apa. Kemudian Allah bagi rezeki sambung belajar, masa tu blog tak dipandang sangat. Hanya berkongsi dengan adik-adik junior tentang perasaan bila sudah tidak lagi bergelar mahasiswa (banyaknya benda yang tak percuma bila dah habis degree!)

Hingga satu ketika di hujung tahun lepas, blog mula bernafas kembali. Mencari rentak. Akhirnya setiap hari mesti ada entri. Melainkan kalau pergi tempat jauh yang mana saya tak bawak laptop atau tempat tu tak ada coverage internet.

Kenapa saya berblog semula dan aktifkan semula?

Kerana saya mahu terus berkongsi. Ini saja benda yang saya ada untuk saya sampaikan sesuatu kepada orang lain kat luar. Walaupun kalau dilihat, entri saya sudah berbeza sangat dengan yang dulu-dulu, namun saya puas kerana apa yang saya taip adalah dari saya sendiri. Dan saya menaip dengan rasa dan hati, bukan lagi kerana saja mahu mengisi blog dengan entri.

Hebat bergaul dengan blogger?

Saya bukan sesiapa, kalau dibandingkan dengan Dia yang Maha Hebat, hebat saya hanya sekelumit saja dari hebatnya Dia. Saya hanya mampu berusaha untuk menjaga hubungan baik sesama blogger. Namun saya percaya semua sudah sedia tahu, tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang...:)

Dan yup, semua blogger ada kelebihannya yang tersendiri. Akak setuju dengan tu Norfa. Kelebihan itu menjadi identiti kepada mereka.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pembaca termasuk silent reader. Anda semua adalah anugerah Allah yang menjadi penyumbang kepada saya hari ini. Minta maaf atas segala kesilapan saya sepanjang berblog, kalau ada yang terasa hati atau terguris perasaan. Mungkin ada di antara entri yang agak keras, siapa tahu, ada yang terasa.

Dan... Erk, maaf kalau entri tengah malam ni tersangatlah skema.....dan serius.

Baru balik sebelum jam 12 tadi...dan ada ramai orang buat saya terharu termasuk budak NI...Saya sayang awak jugak~ T_T

P/S: Jangan lupa undi NIII...



Thursday, April 28, 2011

Teka-teki... Tiga Perkara...


Benda ape yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan bergurau (main-main) adalah dianggap bersungguh-sungguh?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

"Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk."

[Hadith Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, al-Tirmizi dan al-Hakim]



Status Kopi & Roti Kluang Railway Station, Juga Mentega Golden Churn


Taknak cakap banyak, sila tengok gambar!



Untuk mentega Golden Churn lak!



So lepas ni, jangan beli mentega ni! Ade banyak lagi mentega lain dengan jenama lain, tapi hati-hati! Kalau ade barangan Malaysia, better beli Malaysia punye. Nape??? Sebab logo halal dari negara lain tak semestinya menepati aspek halal negara kita. Mungkin saje 1% lemak khinzir di New Zealand dikira halal berbanding dengan negara kita sebab diorang ikut sistem diorang. Kalau kat negara kita, aspek halal tu lagi ketat, alhamdulillah. Jadi, jaga-jaga ye semua...

Sape diri kita adalah ape yang kita makan, sebab ape yang kita makan akan jadi darah daging kita..mencari yang halal adalah kewajipan kita sebagai hamba~ :)



P/S: Mentega kat umah tu yang orang bagi nak buang ke mana? Ade yang nak buat khidmat masyarakat, leh sumbangkan kepada jiran-jiran bukan muslim.



Strawberry Cheesecake Pujaan Hati


Sape suke strawberry cheesecake?

Kenal ke cheesecake yang ni?


Pernah baca resepinya kat SINI?

Dan sifunya pulak tak puas hati lalu buat entri kat SINI?

Maka...jom lah, undi cheesecake ni untuk kategori Top Makan-makan Expert!


Jangan lupa undi untuk Blogger of The Year lak kat SINI.

Yang lain-lain? Klik SINI.



Wednesday, April 27, 2011

Wahai Jiwa..



Wahai jiwa yang bercelaru...
Tenanglah, tenanglah...

Jangan biar amarah menguasai...
Jangan biar api menyelubungi...
Jangan biar sepi cahaya menghantui...
Jangan biar nafsu merajai hati...

Kadang-kadang jiwa itu dahaga...
 Perlu nota cinta dari Dia...
Rindu bisikan kata-kata Dia...
Mengintai kasih dengan adanya Dia...

Wahai jiwa yang kembali tenang...
Pilihlah jalanmu...
Hanya engkau dan Dia tahu...
Mana yang terbaik buat dirimu...

-Salam sayang dan selamat malam dari Jeneral SSS.com-



Saya Jeles Dengan Header DIA!!!!


Jelesssssss okehhhhh!

Simple! Ringkas! Menepati tema blog!

Jatuh hati dengan header dia...

Sungguh-sungguh saya jeles!

Lepas ni boleh masuk BPM punya pertandingan header blog!

Kamu-kamu nak tengok tak header baru dia? Klik SINI!

P/S: Rasa cam nak tukar header baru jeee...



Benchmark...???


Ini bukan tentang watermark, tetapi benchmark.

Ape yang diperlukan dalam mencapai sesuatu target? Kene ade benchmark. Ape perlu benchmark ni? Benchmark yang macam mana? Ehhhhhhh, mende benchmark ni???

Benchmark ni seperti...seperti...seperti... Benda yang kita nak bandingkan dengan ape yang kite buat. Satu titik rujukan sebagai kayu ukur kerja kita. Contohnya, nak buat research kannn. Kita buat projek kita, rasanya tu projek baru yang sebelum ni belum pernah ade orang buat. Tapi, untuk pastikan projek kite tu nanti lebih baik dari orang lain punya, kene ade satu benchmark untuk perbandingan. Dari perbandingan dengan benchmark tu, kita boleh tau, projek kita lebih baik dari yang sebelum ni.

Apply dalam kehidupan seharian kita, benchmark tu perlu tak? Mungkin kalau nak bandingkan dengan orang lain tu susah sikit, tapi cuba letak sasaran atau KPI. Key performance index, dalam dua bulan lagi, nak dapat kerja kat syarikat itu ini, dalam sebulan lagi nak pandai buat murtabak lipat macam Mat Gebu, dalam dua minggu lagi nak pastikan khatam al-Quran, dalam seminggu lagi nak hafaz surah Yaasiin dengan maknanya, dan banyak lagi lah yang kita nak buat.

Semuanya untuk nilai kebolehan dan kemahiran diri kita.

Kalau dalam dunia blog? Fikir-fikirkan lah...

P/S: Sape nak undi kawan-kawan saya klik SINI.



Dah Lama Tunggu!


Bila lagi saya boleh capture moment macam ni?

Lepas ni mungkin tak dapat lagi...mungkin akan berubah lagi..

Dah lama saya tunggu...alhamdulillah, tercapai jugak hasrat hati hari ni...hehehe...

Saya suka nak berkongsi dengan dia benda ni...

Dari blog dia...

Dari blog saya...

Nak kongsi jumlah yang sama...pada hari yang sama. :D

Dia ni pun berblog da lama jugak, sama kot dengan saya. Blog template da bertukar banyak kali. Tapi yang kali ni paling saya suka. Sangat nice walaupun mungkin ada yang rasa template tu kebudak-budakan? Hahaha~

Nak tau sape yang berkongsi nombor ni? Sape lagi kalau bukan dia NI.

P/S: Haa...sape tak undi lagi jiran saya hari ni? Klik SINI. Nak tengok blog newbie yang mantop sehari je dah dapat 1000UV? SINI, SINI!



SANTA... Jom Bersanta !


Tadi pagi PCM tanya, da jenguk blog baru tu?

Waaa...da kuar ye, terus lah terjah kan. Sekali tengok...header dia. Erk! Santa? Macam santa clause pulak...ahahaha~ Ops! Jangan marah nooo...sape suh buat gitu! Tau la dua-dua tu nak gabungkan sebab dua-dua ended dengan huruf 'I'. Tapi cam peliksss...hehehe.

Terus dia tukar header! Keh keh keh...baru la nampak tak SANTA! :p Jom lah kita bersanta...eh! Bersantai kat blog baru tuuu...klik SINI~



Oh, Lelaki! Suka Pink Tak?


Klik imej untuk sumber gambor~

Dia kata dia suka pink!

Tapi bukan pink yang striking sangat. Pink yang cerah sikit dari pink kaler blog saya ni. Errr...striking sangat ke pink border blog saya ni? Nasib bek pink tu bukan kaler background kannn, just kat border je...kalo tak, silaulah mata kamu-kamu semua. Hahaha~

Jarang tau jumpa lelaki suka pink! Lelaki pakai pink pun susah nak jumpa. Tapi menurut fakta, lelaki yang gemar memakai pink ni jenis yang metroseksual. Tau tak metroseksual tu ape??? Perkataan ni membawa maksud, lelaki yang mementingkan ketrampilan, gemar berhias dan bergaya. Bergaya dengan gaya lelaki lah, bukan gaya auwwwwwww yeee.

"Secara amnya, lelaki metroseksual terdiri dari lelaki muda, yang mempunyai gaya hidup urban yang tinggi, seorang lelaki sejati, berpelajaran tinggi dan sentiasa kelihatan menarik. Melihat kepada penampilan mereka, pasti ada cakap-cakap nakal yang mengatakan golongan ini sebagai 'gay'.

Jangan buat andaian yang bukan-bukan! Sebenarnya, 'lelaki metroseksual' ini tidak banyak bezanya dengan lelaki-lelaki 'bukan metroseksual' yang lain. Seksualiti mereka dinilai dari segi perwatakan mereka yang benar-benar mengambil berat tentang imej dan gaya, seperti kaum perempuan." [Sumber: SINI]

Haaa...takde kaitan dengan 18sx okehhhh!

Tapi dia yang saya nak kamu-kamu kenal ni, tak pasti la pulak suka pakai pink ke tak, cuma dia suka kaler pink! So...jom kita kenal peminat kaler pink ni...klik SINI!



Tuesday, April 26, 2011

Blogger Ajak Boxing!


Disebabkan entri NI, ade sorang blogger yang mantop buat macarron ajak boxing!

Tu diaaaa...nak prepare ape ni? Ilmu pertahanan diri pun takde, bukan cam blogger kaki pukul tu, yang tu baru lahhh ada banyak ilmu.

Saya ni? Ilmu pendinding diri pun masih terkial-kial nak hadam...

Alia: Pendinding diri??? Ape tu Jeneral?

Eh, bila pulak muncul dak kecik ni...

Jeneral SSS.com: Pendinding diri ni maksudnya ape-ape yang boleh melindungi kita daripada anasir-anasir jahat yang akan memudaratkan. Terutamanya anasir dari syaitan dan makhluk halus.

Alia: Oooo...macam mana nak mendinding diri? Ape-ape je...guna dinding rumah boleh ke?

Jeneral SSS.com: Erk! (Ade jugak yang kene bom ni karang...) Dinding diri kita dari anasir jahat dengan meminta perlindungan dari Allah. Amalkan tadabbur al-Quran, sentiasa dalam wuduk, basahkan lidah dengan zikrullah, jangan tinggal solat...

Alia: Maksudnya, dekatkan diri kepada Allah lah kan Jeneral?

Jeneral SSS.com: Ha'ah...benar dan betul sekali (teknik menjawab rujuk SINI). Lagi satu...amalkan membaca ma'thurat pagi dan petang.

Alia: Ape tu???

Jeneral SSS.com: Ma'thurat ni himpunan zikir-zikir amalan Rasulullah s.a.w yang dikumpulkan dan disusun oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Banna. Boleh dapatkan kat kedai-kedai buku agama.


Alia: Erm, nak gi belilahhh...ok Jeneral, terima kasih! Maaflah ganggu preparation berboxing kejap.

Jeneral SSS.com: Okeh, okeh...lupa pulak nak gi boxing. Ok lahhh... assalamualaikum!

Alia: All the best berboxing! Wa'alaikumussalam.

Eiks, meh la join boxing! Dengan sape? Dengan blogger NI...



Tak Patut Okeyyy!


Malulah sikit! Adoiiii...

"Tindakan itu dibuat kerana dia mahu membangkitkan kesedaran mengenai kempen keselamatan nuklear."

Takde kaitan langsung cara tu dengan benda yang nak diproteskan!

Hurmmm...hari ni 26 April ye... Baru teringat, tragedi Chernobyl 25 tahun lepas berlaku pada tarikh ni. Patutlah dia buat protes tu, tapi patut ke buat dengan cara tu? Walaupun dia penyanyi popular dan semua orang tengok ape yang dia buat, itu lagilah tak bermakna dia patut buat gitu...

Ye, memang dia tak faham, tapi dari segi nilai dan moral, macam mana pulak? Nasib bek kat sana takde ISA kan pakcik...

Entahlah, dunia dunia...

P/S: Sape nak mengundi klik SINI.



AKU VS BEN ASHAARI : KASI GEGAR LAGI



DAH PENAT DAH...+_+

MEH UNDI SINI, SINI!



Entri Cambest Berkelompok!


Boleh ke nak buat gini? Hahaha~

Bukan pe...takde idea dah, tadi baca blog kak Ummi, dia kata dia da bosinggggg...boleh tak nak cakap, saya pun da bosingggg...hurmmm...rasa makin malas dari hari ke hari...erk!

Takpelah, abaikan kebosingan tu, jom le kite terjah entri-entri cambest kat bawah ni...


ENTRI CAMBEST TENTANG SIHIR/PUKAU/SANTAU, APE YANG KAMU TAK TAHU LAGI?

JALAN RAYA LUAS YANG SESAK SEBAB KETE BANYAK KE SEBAB HATI KITA SEMPIT?

NAPE MALAS SEMBAHYANG???

NAK GUNA OTAK MANE??? OTAK KIRI KE KANAN???

ENTRI CAMBEST TERAKHIR DALAM KELOMPOK NI, WAJIB KLIK!!! :D

SHARING IS CARING
CARING IS LOVING

Bak kata owner Terompah Caring, "korang sebar, kita dapat manfaat" !



Monday, April 25, 2011

KAGUM!!! Memang Cepat Betul Dia Menaip!!!


Saya kagum dengan kecepatan dia menaip. Siyes! Saya baru je komen, lepas tu muncul entri baru. Ya, dia balas komen pembaca tertentu melalui entri! Tak sia-sia jadi mamarazzi!

Kenal dia dari segmen, lepas tu mula rapat dan dia siap buat cerita online lagik di mana saya adalah salah seorang pelakon sampingannya...(erk, jangan marah ye dear...saja nak tunduk ke lantai sebab i mana pandai berlakon...)

Kadang-kadang tu da boleh agak, bila dia senyap tiba-tiba lepas ping dan komen kejap kat group-group blogger kat FB, mesti tengah buat entri lain pulak ni! Ha...tengok, dah boleh baca dah gaya dia...kan? :D

Sama macam orang TU. Tapi ni versi wanita pulak. Nak tau sapa dia? Yang cepat dan pantas ni...klik SINI.

Sape lagi nak mengundi? Meh SINI, SINI!



Dia Segan Nak Tegur...Saya Pun Segan...


Dia kata dia nampak saya... Tapi dia tak tegur. Dia segan katanya...tapi dia yakin sungguh itu saya.

Memang saya makan kat situ tengahari tadi sebelum presentation.

Tapi kami tak pernah jumpa. Just jumpa dalam blog je, jumpa dia dulu dari blogger UTM yang lain-lain sebab tertarik dengan entri projek final year dia satu ketika dulu. :)

Kat luar tak pernah jumpa. Jadi saya tak tau...maaf kalau saya tak tegur. T_T

Kalau kamu-kamu kenal saya, dan nampak saya kat luar, tegurlah ye... Saya tak makan orang, saya kan kecik je, makan nasik pun dah kenyang...hehehe.

Sape yang nampak saya tu? Sampai buat entri lagi...erk! Meh jenguk SINI.

Dah undi lom geng-geng saya? SINI, SINI!

P/S: Saya pun segan juga kalo terserempak dengan blogger mantoppp header cam dia! Pssst, abang Ben pernah puji tuuuu header dia...



Bila Dah Lama Tak Menulis...


Bila da lama bercuti...(lama ke?), jadi tak tahu nak tulis ape kat sini. Sape-sape ade idea tak? Hadoiii...nak cite ape ni? Meh nak cite sesuatu di antara waktu...eh, buang ayat 'di antara waktu' tu ye...

Alhamdulillah, dah lepas dah...lepas pe? Lepas defend proposal tadi. Erk...cuak tau, sejam sebelum present! Sape selalu cuak kalo nak present? Bukan present 'hadiah' tu ye PCM~~ Tapi present 'presentation'...huhuhu. Hari-hari sebelum tu memang la kata takut, tapi tak rasa sangat, tapi sejam sebelum presentation tu jantung ni rasa macam nak terkeluar jek...T_T

Time present, hambekkk ang! Berdesup-desup dengan lajunya ayat yang keluar dari mulut (sebab nak cepat habis, dan sebab baca je slide, malas nak elaborate lebih, dah cuak betol!!!!) Dah habis present...hambekkk ang sekali lagi! Silalah dengar cite dongeng wahai panel-panel...erk! Guro saje...tergagap-gagap nak jawab.  Dengan lab yang panas tu, yezzza berpeluh-peluh den. Rasa macam nak gi bukak blog time tu jugak, buat entry 'sape nak tolong jawab soklan panel?' Okehhh...hiperbola je tu...

Alhamdulillah... Lepas ni lagi jauh perjalanan. Banyak benda kena improve...adakah blog akan ditinggalkan lagi dan lagi? Mungkin...selamat tinggal blog...selamat tinggal pembaca-pembaca, selamat tinggal penyinggah-penyinggah...eceh...yo yo o jek...:p

Terima kasih kepada semua yang mendoakan... Lepas ni kena patuhi 'jadual'. Sape la ek nak tolong pantau dengan KETATTTT!

P/S: Hilangkanlah kekaburan di mata ini ya Allah...Alhamdulillah kerana memberi kekuatan...

Pssst! Dah undi jiran saya lom? Undi SINI!



Sunday, April 24, 2011

Lima Ke Enam? Ke...Lima?


Lima ke enam?

Ke lima?

Enam eh?

Ke lima enam lima enam lima...?

Hahaha~ mende la si Jeneral SSS.com ni mengarut kan?

Sebenarnya nak kongsikan nombor cantik ni tadi...


Hari tu frust bersama-sama PCM sebab tak sempat nak capture yang 55555...T___T

PCM kata, tunggu yang 66666. Erk! Jauh sangat lagi tuuu...

Thanks tau kamu-kamu yang baca ni! Kamu la tu...yang dalam 56565...;)

Pssst! Dah undi jiran saya lom? Undi SINI!



Tentang Sesuatu...


Cherry Blossom by etc etc etc on deviantart

Hendak ku petik kuntuman sakura
Kemudian kususun menjadi cerita
Alangkah indahnya rasa dijiwa
Akankah hilang ditelan masa

Hendak ku katakan pada angin lalu
Angin tidak bisa menyampaikan
Hujan kadang-kadang membasahkan
Matahari kadang-kadang membahangkan

Hendak ku ambil longgokan jerami
Biar ku jahit pada hamparan
Tentang sesuatu yang tersimpan
Tentang impian dan harapan
Tentang rasa dan perasaan
Tentang hati dan kekuatan
Tentang segala-galanya di masa hadapan

Moga Allah permudahkan...

P/S: Jangan lupa undi jiran saya kat SINI...



Saturday, April 23, 2011

Entri Terpanjang Sepanjang Berblog!


Tadi baca entri Ustaz Amirul Fakhrul kat SINI. Tentang entri yang panjang.

Pssst! Saya nak ajak kamu-kamu baca entri panjang saya, sediakan masa yang cukup, okie? Ni memang betul-betul entri tulisan sendiri, tak copy paste dari mana-mana...satu perkongsian, ambil mana yang bermanfaat.

Kalau de keje lain, tak payah klik SINI. Saya cakap tak payah, tak payah lahhh...:D



Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.