Kenapa Pentingnya Letak Watermark?

April 18, 2011


Kenapa? Kenapa?? Kenapa ek???

Watermark, tau tak ape benda ni? Benda ni lebih kurang cam 'cop' kita lah. Selalunya kita letak dalam gambar-gambar milik kita yang kita nak upload kat blog. Kalau rajin nak buat untuk gambar-gambar kat FB jugak, silakan...

Bila kita letak watermark, orang pun tak mudah-mudah je guna gambar kita tanpa backlink. Bila dalam gambar tu pun da ade watermark kita, takyah backlink dah pun takpe. Jadi orang tau dah, tu blogger itu ini punya.

Camne nak letak watermark dalam gambar? Tak kisah kamu nak letak macam mana, nak guna paint ke, photoshop ke, ape ke...yang penting ada tanda bahawa tu kamu punya gambar. Ringkas-ringkas, tak perlu deko-deko pun takpe, asalkan ade. Lebih selamat gitu~ Kan, kan?

Camne nak elak terambik gambar orang lain yang takde watermark? Ade caranya, biarpun kamu-kamu amek kat google. Selalunya google akan gitau gambar tu dari site mana. Jadi, cek dulu site mana yang letak gambar tu. Dengan cara ni...


Google ada bagi tu, 'Website for this image'. Amek link gambar tu kat situ. Paling kurang pun kita backlink ke Google saje, dah ok. Nanti takde la kes curik gambo ko, curik gambo aku, okie? :)


ENTRI CAMBEST SAL APE YANG BERIBU-RIBU NI? JOM TERJAH!

You Might Also Like

16 Comments

  1. okies sangat..
    mcm pengadil hehehe :P

    ReplyDelete
  2. owh..ini ke watermark..baru ika tau..sbb ade org mintak ika buat kan watermark..ika pusing..tak tau mcm mne rupe watermark..naseb baek akk kuar entri ni hri ni..boleh lah ika design..hihi..tanx kak!:)

    ReplyDelete
  3. kes naya kalau tak letak....

    ReplyDelete
  4. Alamak..ada gambar yang aku ambil tak letak watermark..huhu..

    ReplyDelete
  5. btol2..dulu tak notice pun benda ni..lately lah dah practice letak watermark kat sume gamba...:)

    ReplyDelete
  6. alamak, saya main amik je gambar dekat google, agak2 ade orang marah tak..huuhuhu

    ReplyDelete
  7. nak buat tapi malas la..takat 1 2 keping tu blh la ..tapi kalau dah 100 keping..mmmm redha jela..sape nak amk dipersilakan..

    ReplyDelete
  8. hohoho.. baek.. kalau cik pulau curik..
    cik pulau cakap je cik pulau curik..
    daripada sekian sekian..
    ada backlink.. ok x camtu??? lalala~

    ReplyDelete
  9. as salam..
    thanks sunah ;)
    tapi perlu diingat. watermark boleh dipadam dengan menggunakan perisian adobe.adei..

    dulu ada kes blogger wordpress(larry)ambil tindakan mahkamah kat sorang admin forum sebab curi gambar hak milik dia. sebab dia dah letak watermark.

    malangnya watermak yang dia buat, tak dapat membantu menyelamatkan hasil karya dia kat mahkamah. sebab apa? sebab watermark dibuang, dan admin forum tu, dah buat lesen creative common tu. tu jadi sebahagian dari hakmilik dia.

    lesen apa?
    sunah baca kat sini :

    lesen hakmilik untuk blogger

    nak buat lesen2 ni, sunah rujuk kat sini.15 minit siap.ni antaranya :

    lesen versi 2.5(bukan komersial)

    lesen komersial versi 2.5

    dan kalau nak lindungi hak dari pencerobohan(antarabangsa) :

    lindungi hakcipta(antarabangsa)

    ni kalau nak tau serba sedikit pasal lesen ni :

    maklumat lesen

    hasilkarya, perlu dilesenkan.tiada bukti, semua boleh ambil..adei..

    saya kongsikan ilmu2 ni sikit.. sebab hidup ni, memberi dan menerima.ilmu-Nya, bukan hak kita..terpulang kalau masih nak kata berlagak dsb..alhamdulillah..Dia Maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat...

    ReplyDelete
  10. betul2..nnt kata..oi..tu gmbr aku..tu lauk aku..haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com