BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, May 31, 2011

I Love You~~~


I Love You? by *pinkparis1233 on deviantART

I love youuuuu~

Yesss, youuu!!!

Tadi dengar housemate bercakap dengan ibunya di telefon. Sembang pasal nak balik kampung ujung minggu ni, nak mandi air gunung, nak macam-macam lagi lahhh. Last-last dah nak habis tu...

I love you~

Oh, sweeeetttttnyaaaa~

Housemate saya cakap "I love you" kat ibu kesayangannya~ Hehehe... Hurm? Biasa je??? Betul ke??? Cuba tanya diri kamu sendiri, macam mana kamu bercakap dengan mak hari-hari? Kalau berjauhan dengan mak, yang jenis tepon hari-hari, ade ke cakap "I love you" hari-hari? Kalau tak hari-hari pun, tiap kali telefon mak, ade tak cakap "I love you"? Okehhh, tak reti cakap omputeh eks~ Ade tak cakap "saya sayang mak~" tiap kali masa kol mak?

Erm? Malu eks...? Kalo dengan mak malu, dengan ayah mesti lagi malu...


Alahai, Rajinnyeeeee Lahhhh~~~


Malam menjelang. Iffah segera kerling jam tangannya. Sudah lewat malam. Tapi matanya masih belum menunjukkan riak ingin lelap. Segera dipasang radio suka.fm secara online. Kini segalanya dihujung jari. Gigit jarilah peniaga yang menjual radio-radio di luar sana.

Lagu Nurul berkumandang kuat. Tajuknya tidak tahu. Tapi liriknya seperti ini   itulah air mata yang jatuh ke pipiku...sambung SINI.

****

aku merengus tanda protes terhadap dia. pagi-pagi buta dah kacau orang, apa nak jadi dengan budak ni sorang. haish..

aku bukan apa, bukan ada benda penting pon dia kejut aku. dia nak tanya pasal satu benda je,

"weh, ko ada tak? aku bosan ni,haha"

"siot jek, tahu lah ko dak "

"hahaha, lek ah"

bengang giler aku!! ...sambung SINI.

****

Rajin betul diorang tu. Gi la baca sambungan cite diorang. Hehehe. Semalam saya ada buat satu entri tentang keywords. Macam mana mengkreatifkan diri untuk membuat entri dengan menggunakan keywords yang orang search kat google hingga terjumpa blog kita.

Walaupun ada beberapa komen panas yang hinggap, tapi ada juga yang sporting untuk meneruskan cabaran. Dan saya setuju sangat dengan pendapat blogger Sembang Kemas tentang keywords dalam bentuk imej. Ye lahhhh, bila da dalam bentuk imej, takdenye nak tercapai ke blog kita.

Trafik pun tak mencanak sangat lah. Buat rugi je kannn macam ni....

P/S: Nasib baik tak jadi hulk.


AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !


Sila klik imej untuk join


Monday, May 30, 2011

Takde Idea Ke Malas?


Lagi-lagi takde idea.

Bila takde idea macam ni, selalunya proses mengadu dilakukan pada seseorang. Dan seseorang itu akan memberi idea tentang topik yang boleh disuarakan dalam blog.

Tadi, saya mengadu kepada seseorang tu. Dia terus cakap, buat pasal kahwin 4 lahhh. Erkkk! Semua sebab Salleh Yaacob. Terlopong sekali dengan wang hantaran 25 ribu tuuu... Nasib bek bukan 25 juta macam seseorang tu kannnn....

Bila dia da bagi idea tu, keluar pulak alasan lain. Malasssssss... Sungguh, malam ni malas sangat. Malas nak update blog. Nak blogwalking balas-balas komen pun malas ni... Tunggu esok je lah pulun semua.

Eh, jadi gak entri kan?

Manusia ni kadang-kadang terlalu banyak alasan...

Sama jugak bila mintak tolong undi SINI ngan SINI. Kejap je pun, janganlah malas sangat... Hehehe.


Jom Main Keywords! Ada Berani???


Nak buat jugak!

Tadi gi blog Sembang Kemas, tengok dia buat entri guna keywords yang orang search kat internet hingga tercapai kat blog dia.

Meh tengok entri saya pulak eks~

***

Pada suatu hari, seorang  sedang mencari maklumat tentang di dalam Facebook. Cari punya cari, akhirnya dia terjumpa satu . Link itu membawa dia ke blog seorang . Bila membaca entri terbaru ustazah gebu tersebut yang bertajuk ! Bestnya..., tiba-tiba terdetik di hatinya, "..."

Lagipun, hari tu dia ada . Dia tak nak kisah hidupnya jadi macam dalam rancangan tu. Tentang macam mana seorang terhadap isterinya kerana terjebak dengan . Bila dah jadi macam tu, pun takde guna dah...

Hurmmm... Kadang-kadang, dia tertanya-tanya gak pada diri sendiri yang , kalau dia Errr... Sekiannn...

***

Hahahaha~ Ade yang nak kongsi cerita kreatif guna keywords blog dia pulak tak? Kalau ada, sila-sila. Nanti paste url kat sini, kongsi dengan pembaca yang lain pulak... Nak buat segmen, tak ramai kot yang rajin nak crop satu-satu keyword dari nuffnang or histats, then godek-godek coding. Sape yang rasa keywords dia lagi best dan boleh hasilkan cerita yang lagi kreatif dari ni, ape tunggu lagiiii...? :p


YANG RAJIN CROP KEYWORDS NAK BUAT CITE:


DOA KU BUAT MEREKA


Klik header untuk join

Mak...

Ti pernah buat mak marah sangat masa zaman dulu kala... Tapi masa tu Ti kecik lagi mak... Ti nakal kan... Ti dengan Opie tak jaga adik baik-baik. Ti sedar sepupu tengah pusing mesen gelek getah. Masa tu adik bongsu duk tepi Ti. Tapi Ti tak sedar adik buat apa masa tu. Sampailah adik tiba-tiba menangis. Ti hairan. Ti nampak jari adik kat roda pemusing. Muka adik takut sangat. Air mata adik banyak. Ti tengok ibu jari adik. Darah banyak sangat. Kuku ibu jari adik da tanggal. Adik menangis kuat sangat. Ti kesian tengok adik, tapi Ti tak tau nak buat apa. Opie dengan sepupu pun tak tau nak buat apa. Semua cuba pujuk adik, "jangan nangis..." sambil tiup jari adik. Tapi adik macam tak dapat tahan sakit. Adik nangis lagi dan lagi.

Mak dengar adik nangis, Ti terkejut tengok mak bawak parang. Muka mak merah sangat. Mak marah, Ti tau. Tapi Ti tak sangka mak bawak parang. Ti, Opie dengan sepupu lari dari mak sebab mak kejar Ti, Opie dengan sepupu sambil bawak parang. Kali ni Ti yang nangis sambil cakap kat mak, "jangan..." Mak ngah yang tahan mak, pegang mak kuat-kuat. Bawak mak balik naik rumah. Ti, Opie dengan sepupu tunggu lama kat bawah rumah sampai petang, baru naik atas. Ti ingat sampai sekarang benda tu... Sampai sekarang pun air mata ni menitis lagi bila ingat benda tu... Biarpun mak da maafkan kami yang nakal ni... Maafkan Ti sebab tak jaga Ecah baik-baik...

Bapak...

Ti dulu nakal kan... Ti buat ayah tak bercakap dengan Ti beberapa hari. Ti tak mo ingat dah, tapi Ti takkan boleh lupa benda yang buat bapak kecik hati sampai macam tu. Ti faham, bapak sayang dengan Ti, mak pun sama... Sebab tu bapak buat gitu kannn... Sekarang Ti dah boleh fikir, kenapa bapak buat macam tu dulu. Semua untuk kebaikan Ti, sebab bapak nak jaga Ti elok-elok, takut Ti tersungkur jatuh sedang masa tu sepatutnya Ti berlari kejar pelangi. Alhamdulillah, Ti bersyukur ada mak dan bapak macam mak dan bapak... Alhamdulillah...

Adik-adik Ti yang baca ni, mungkin akan ingat balik semua yang berlaku dulu... Kita nakal kan kecik-kecik dulu. Sekarang, semua da besar. Jangan duk buat hal lagi, kesian kat mak ngan bapak tu, sampai bila agaknya diorang nak peningkan kepala disebabkan kita ni. Sama-sama kita doakan kebaikan buat mak dan bapak di dunia serta di akhirat. Moga Allah mengampunkan dosa mereka, dan mengasihi mereka sebagaimana mereka mengasihi kita sejak dari kecil lagi... Ameen...


Sergeant Keroro tanya apa hobi anda !!


Sila klik header alien ni untuk jumpa UFO

Sergeant Keroro tanya dari hari tu lagi nehhh...

Hobi akak eks?

Ermmmm... Ermmmm... Ermmmm...

Biarlah gambosss bercerita~

Cherry Blossoms 1 by ~juju--juju on deviantART

Summeritis 2. by =realityDream on deviantART

050510IX by ~kristianna11 on deviantART

Fire Flower by ~ShantDotMe on deviantART

I blog it all by *xixa on deviantART

Itu saje~ Faham? Hehehe...

Nak tag kamu-kamu yang berminat untuk join~


Sunday, May 29, 2011

Oh, Lelaki! Bestnya...


Bestnyaaaa....

Kalau suami kita sanggup masakkan makanan kegemaran kita masa kita tengah sakit. Sebab masa tu lah kita tak larat nak masak untuk dia. Jadi, lelaki-lelaki pun kena tau masak sikit-sikit untuk bakal isteri nanti ye~

Bestnyaaa....

Kalau suami buat surprise kat kita masa birthday kita. Sebab masa tu lah kita rasa diri kita dihargai dan disayangi. Umur dah puluh-puluh pun masih ada orang nak sambut birthday dengan kita~

Bestnyaaa....

Kalau suami kita tolong tidurkan baby pagi-pagi buta masa kita tengah pantang. Sebab masa tu lah suami isteri kena saling bantu-membantu antara satu sama lain. Kata nak anak ramai kannn....

Bestnyaaa....

Kalau suami kita jaga kita dengan penuh kasih sayang sampai tua... Oh, sweeeeeeeeeeeeettttnya macam dalam video ni...



Lagi best kannn....

Kalau suami kejut pagi-pagi buta sebab nak ajak tahajjud sama-sama. Alhamdulillah... Sama-sama bina masjid kat dunia, untuk bina mahligai di akhirat...

Lagi best kannn....

Kalau suami jaga pergaulan dan pemakaian kita betul-betul ikut syariat. Alhamdulillah... Kita tak buat dosa, suami kita dapat pahala...

Lagi best kannn....

Kalau suami sama-sama didik anak-anak tentang agama sejak kecik. Alhamdulillah... Bila dah besar jadi orang berguna, dan bila kita pulak dah takde kat dunia, anak-anak jadi mahar kita kat akhirat...

Lagi best kannn....

Kalau bakal-bakal suami baca entri ni, dan hadam dalam-dalam... Bolehlah nanti jadi suami mithali macam encik B.


"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (HR Abu Asakir).


Kenapa Guna Nama Blog Tu by MTT


Klik kat sesungut ladybird untuk join~

Kenapa saya pilih Sunah Suka Sakura dot com?

Sebab saya suka bunga sakura...

Itu saje...

Hahahahahah~

Okeh, okeh... Actually, sebelum ni saya guna nama lain untuk blog saya, da banyak kali tukar dah. Macam mana tercetus nak guna nama ni sebagai domain blog dan nama blog? Dulu masa guna nama blog yang lain, saya gi blogwalking kat satu blog ni. Dia ada bagi tips macam mana nak tarik orang datang ke blog kita melalui shoutbox.

Tips dia, guna nama yang unik, menarik atau pelik. Masa tu biasa guna nama 'sunah' jeee. Lepas baca entri tips tu, tiba-tiba try test kat situ terus... Lepas taip 'sunah', sambung kat belakang tu 'suka sakura'... Hahahah~ Mana datang idea entah. Lama-lama nama tu pun lekat. Bila dah nak beli domain pulak, guna terus nama tu sebab orang makin kenal nama yang tu, dan mudah nak ingat.

Tapi...dalam dunia blog, blogger lain lebih mengenali saya sebagai Sunah Sakura. Sebab ape? Semuanya abang Fahrin punya pasal. Dia yang buat entri dulu, "Ben Ashaari n Sunah Sakura"... Jadi, sampai sekarang nama tu pulak yang lekat.

Nak mintak pandangan, perlu ke saya tukar nama pena kepada Sunah Sakura pulak? Eh, dah melencong pulak... Sori-sori. Sampai sini saje, sekian~ :D


Angin... Bawa Rasa Ini Pergi...


Wind ... by =BlackJack0919 on deviantART

Dah, dah!

Kamu semua buat saya rasa nak menangis aje.

Mungkin ni perasaan yang datang hanya seketika, macam angin lalu. Kejap lagi angin akan bawak kekosongan ni pergi, bawak sekali rasa yang pelik tu. Bila angin dah bawak pergi, kena isi dengan rasa yang baru. Macam tu kan?

Okey, okey... Insya'Allah saya akan cuba isi semula kekosongan tu.

Sayang kamu ketat-ketat!

P/S: Sape ade hobi yang best, jom join segmen Sergeant Keroro kat SINI~


Kosong


my place of peace by *arbebuk on deviantART

Kosong.

Rasa kosong sangat. Semakin hari perasaan ni semakin kosong. Entah kenapa.

Adakah sebab masa yang semakin mencemburui setiap langkah yang diambil dalam hidup? Atau kerana jemari sudah tidak seiring dengan tinta yang ingin dinukilkan? Atau kerana kosongnya hati yang mahu menulis dek idea yang entah ke mana?

Entahlah... Pernah tersuara kepada beberapa orang. Mahu saja jemari ini berhenti melangkah. Sudah kering sungai fikiran akan kata yang mahu dilukis di atas hamparan hitam, namun tidak juga diri tega meninggalkan teman-teman yang selalu menyapa.

Apalah blog ini tanpa kalian yang menyinggah. Siapalah blogger ini tanpa kalian yang selalu setia berkongsi cerita. Terima kasih yang tidak terhingga kerana terus bersama... Moga kalian terus diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan.

Andai satu hari nanti kerusi itu kosong seperti dalam gambar di atas, adakah rindu akan bertamu?

Salam sayang dari Jeneral SSS.com~


Warna Hidup!


I Wanna Life by ~Arnosferatu on deviantART

Hidup ini penuh dengan warna
Setiap warna itu berbeza makna

Warna-warna itu mengajar kita
Membisik rahsia tentang dunia

Apa sebenarnya di sebalik warna
Yang tertulis di sebelah sana

Bukan hanya satu warna
Tetapi berbagai-bagai warna...

P/S: Jom undi pakcik blogger saya di SINI dan abang blogger saya di SINI


Saturday, May 28, 2011

Tanya Sama Hati...


Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Uhuk uhuk! Terbatuk pulak baca post ni kat wall FB budak kecik comel NI daripada blogger NI. Ehem... Macam dah tak lama tuu... Moga dipermudahkan lah yeee urusan hantaran 8-20K tuuu. Ameeen...

Sori eks, takde update siang tadi. Sebab gi menjatuhkan diri bersama-sama motorsikal dan kereta. Sampai lebam-lebam dah badan ni. Balik tadi terus lelap. Bangun sekejap-sekejap, nampak ada miskol. Tapi tak larat, tido balik. Lepas tu terbangun lagi bila ada kol. Kali ni angkat. Suara mak kat hujung sana.

"Jatuh motor tadi."

Mak gelak. Hahahahahaha~ Kali ni saya boleh gelak bersama. Keh keh keh... Kelakor pulak dengar mak gelak kuat. Boleh pulak dia membebel kata, itulah... Dulu orang suh amek kete je, taknak.

"Ala mak, alang-alang... Baek amek dua-dua."

Padahal dalam hati dah rasa cam tak nak amekkkkkkkkk!!! Ggggrrrr! Mak pun pelik, bukan dulu pernah bawak motor ke??? Ye, pernah... Dan ade kisah lepas tu yang menyebabkan diri ni agak trauma naik motor, dan pernah saya masukkan dalam blog ni, tapi dah takdeee dah sekarang~~~ Hehehe. Soriii~ Kak Shida pernah baca kot~

Alhamdulillah kawan-kawan kat situ semua baik, semua bagi semangat. Huhuhu. Rasa terharu... Ade sorang adik ni kuat membebel, da bole jadi tenaga pengajar kot. Macam-macam dia pesan, adehhhh... Dia jugak yang tolong start enjin motor beberapa kali... Hahaha~ Teruk benar lah saya ni, sape suh tinggal lama????

Hurmmm... Masih menunggu gambar donat pelangi dari budak kecik kat atas tadi.

Kak Limah Mintak Undi...


Sape yang dah tau tentang Kak Limah yang curang tu, so ni la sambungannya. Sape tak tau lagi, ce klik SINI.

Lepas je Kak Limah ikot Fahrin Ashaari balik ke rumah, dia jadi bosan pulak. Sebab hari-hari Fahrin Ashaari asyik duk tengok benda segiempat kecik tu. Ala yang ada cahaya tuu... Kak Limah tak tau nama dia apa, tapi dia tengok dalam tu ada gambar Fahrin Ashaari besar gedabak...

Kak Limah hepi aje walaupun Fahrin Ashaari tak bape layan dia main enjit-enjit semut. Sebab Kak Limah suka tengok Fahrin Ashaari gembira ajeee mengadap benda segiempat kecik tu. Fahrin Ashaari bertambah-tambah gembira bila tengok cahaya kaler kuning keluar dari benda segiempat tu. Entah ape la yang digembirakan. Hari-hari jugak Kak Limah tengok Fahrin Ashaari duk picit-picit benda kaler kuning yang ada muka dia macam dalam gambar ni...

Kuning itu kan DiGi~

Sampai lah satu hari ni... Kak Limah tengok Fahrin Ashaari cam muram ajeee. Kak Limah gi la tanya Fahrin Ashaari. "Enjit-enjit semut, kenapa muka macam sakit perut...?"

"KAK LIMAH!!!! SAYA DAH JATUH!!!"

Kak Limah blurrr. Mana lah dia faham benda-benda ni. Tapi dia kesian tengok Fahrin Ashaari bersedih. Tak hepi aje rasanya. So, masa Fahrin Ashaari tengah tido, Kak Limah pun godek-godek benda segiempat kecik kuar cahaya tu. Kak Limah jumpa niii!!!

****

Memula ..klik SINI dulu .. Kemudian , pastikan muka aku terpacak kat situ ...

Ada ? OK... perhatikan kat bawah tu ..

image

Klik FACEBOOK tu dulu ..bila dah auto login tu , akan keluar begini ..

image

Masukkan huruf yang tertera di ruang CAPTCHA tu... ' ionfoci deviation ' , sebagai contoh .. kemudian klik VOTE .. tu jeeee... senang kan ? haaaaa ...

Tapi kena buat hari hari laa.. tak leh sekali sehari jer ... tinggal lagi 10 hari je untuk pencalonan TOP 3 ... huhu ... Amacam ? boleh tak undi aku ni ???
****

Kamu-kamu nampak ape yang Kak Limah nampak?

So, meh la kita undi~~~

Kak Limah tak paham ape-ape... Undi je lah...

Kak Limah pun mintak undi, takkan kamu taknak tolong Kak Limah??? Undilah SINI ngan SINI ye~~~ Terima kasih~ ^_^


Friday, May 27, 2011

Eh, Ustazah! : Jom Makan!


Hari tu ustazah bawak Kek Batik Horlick ke sekolah. Ada jamuan sempena Hari Guru. Lambat sikit sekolah ustazah sambut sebab sibuk dengan exam. Masa tu ustazah tengah nak bahagi-bahagikan makanan yang guru-guru bawak untuk jamuan.

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum!

Ustazah: Eh, kamu, Nasri. Wa'alaikumussalam... Lama tak nampak. Sibuk ye?

Nasri: Ha'ah, ustazah. Bizi study untuk exam. Huhuhu.

Ustazah: Baguslah, dari bizi buat benda lain, kan? Takde keje sekarang ni?

Nasri: Err.. Takde, ustazah. Hari ni kan memang takde kelas, sekolah sambut Hari Guru.

Ustazah: Ha'ah, terlupa pulak. Kamu tak menghias dewan ke?

Nasri: Tadi Ustaz Fakhrul pesan datang sini, tolong ustazah katanya. Ada lagi yang lain kat luar tuuuu...

Ustazah: Owh, yeke... Ha, panggillah diorang masuk.

Nasri: Azizi, Dayana! Aiza pun! Meh sini!

Anak-anak murid ustazah mengucap salam sebelum masuk ke dalam pejabat. Ustazah menjawab salam sambil tersenyum.

Dayana: Wahhhhhhhh... Banyaknya makanan! Spaghetti Carbonara pun adeeee!

Aiza: Tengok ni, tengok! Puding Gembira!!! Sedapnyeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~~

Azizi: Hamboiiiii dak pompuan ni~ Tak boleh tengok makanan eh?

Ustazah: Hehehe... Azizi tak teruja ke?

Azizi: Erk! Teruja jugak ustazah, dalam hati...

Nasri: Hahaha~ Dalam hati konon, tu tangan tuuu... Boleh alihkan tak dari Apam Polkadot tu?

Azizi: Ops! Ehe... Terkantoi pulak...

Ustazah: Dah, dah... Jom kita bahagi-bahagikan makanan ni semua. Banyak nak kena setelkan ni.

Dayana: Okey ustazah, lepas ni boleh makan banyak-banyak~~~ Weee~~~

Ustazah: Haa... Cakap pasal makan ni, tau tak yang kita tak boleh makan banyak-banyak?

Dayana: Ha???? Kenapa tak boleh pulak, ustazah???

Ustazah: Hehehe... Terkejut bebenor kamu ni Dayana. Sebenarnya Rasulullah pernah bersabda...


Aiza: Wahhhh, kene bahagi-bahagi macam kita bahagi makanan ni pulak ye, ustazah?

Ustazah: Haa... Kita disarankan macam tu supaya nanti nak beribadah pun senang. Cuba bayangkan kalau perut penuh, macam mana nak solat?

Nasri: Tak payah bayangkan, ustazah. Selalu je macam tu. Makan banyak sangat sebelum Isyak. Mak aiiii, seksa nak rukuk ngan sujud!

Ustazah: Tau, takpe... Selain sebab seksa tu, kalau kita makan banyak sangat, nanti kan cepat mengantuk, sampai terlajak nak buat ibadah wajib.

Dayana: Huhuhu... Lepas ni kena makan berpada-pada la ye, ustazah.

Ustazah: Ha'ah... Allah pun tak suka orang yang makan secara berlebih-lebihan.


Aiza: Alhamdulillah, ustazah dah gitau awal. Kalau tak, mesti saya makan semua benda yang ada ni.

Ustazah: Alhamdulillah...

Azizi: Tapi ustazah, kadang-kadang orang amek makanan banyak-banyak dalam pinggan, lepas tu tak habis pun... Kan ke dah membazir tu~

Ustazah: Ha... Sebab tu lah kene amek sebanyak mana yang cukup untuk perut kamu tu. Takkan dah berbelas tahun hidup kat dunia ni, masih tak tahu saiz perut sendiri?

Nasri: Erkkk! Pedas sungguh ayat tu, ustazah~

Ustazah: Tu pun kawan ustazah yang post kat Facebook tak lama dulu, ustazah pinjam ayat dia je...

Dayana: Tapi ustazah, tak biasalah makan sikit. Dah terbiasa makan banyak. Kalau sikit, mesti kebulur nanti. Huhuhu...

Ustazah: Cuba ingat balik sunnah Rasulullah s.a.w...


Nasri: Lapar tu sunnah Rasulullah ye, ustazah?

Ustazah: Ha'ah... Tapi, jangan pulak kamu berlapar sehingga memudaratkan kesihatan kamu...

Azizi: Berpada-padalah... Kan, ustazah?

Ustazah: Yup, pandai pun...

Azizi: Wellllllll~~~~~

Ustazah: Ha, bila orang puji sebut ape?

Azizi: Ops! Alhamdulillah, ustazah. Astaghfirullahal'azim. TERRRriak pulak. Huhuhu...

Ustazah: Dah, dah... Jom bawak makanan ni semua gi dewan. Dah nak mula majlis dah.

Mereka semua membantu ustazah membawa makanan-makanan tersebut ke dewan sekolah.


Makan, untuk hidup bukan? Bukannya hidup untuk makan. Dan disarankan pula untuk makan dari makanan yang baik dan halal. Kerana dari makanan itulah yang akan menjadi darah daging diri kita. Dan dilarang pula untuk kita mengikut langkah-langkah syaitan... Maka, kawallah nafsumu bila berkaitan dengan makanan.. Banyak lagi sebenarnya tentang "makan" yang tersurat dan tersirat. Teroka dan kajilah, dan ambil mana yang boleh dimanfaatkan.


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.