BLOG ENCIK SUAMI

Friday, May 27, 2011

Eh, Ustazah! : Jom Makan!


Hari tu ustazah bawak Kek Batik Horlick ke sekolah. Ada jamuan sempena Hari Guru. Lambat sikit sekolah ustazah sambut sebab sibuk dengan exam. Masa tu ustazah tengah nak bahagi-bahagikan makanan yang guru-guru bawak untuk jamuan.

Nasri: Eh, ustazah! Assalamualaikum!

Ustazah: Eh, kamu, Nasri. Wa'alaikumussalam... Lama tak nampak. Sibuk ye?

Nasri: Ha'ah, ustazah. Bizi study untuk exam. Huhuhu.

Ustazah: Baguslah, dari bizi buat benda lain, kan? Takde keje sekarang ni?

Nasri: Err.. Takde, ustazah. Hari ni kan memang takde kelas, sekolah sambut Hari Guru.

Ustazah: Ha'ah, terlupa pulak. Kamu tak menghias dewan ke?

Nasri: Tadi Ustaz Fakhrul pesan datang sini, tolong ustazah katanya. Ada lagi yang lain kat luar tuuuu...

Ustazah: Owh, yeke... Ha, panggillah diorang masuk.

Nasri: Azizi, Dayana! Aiza pun! Meh sini!

Anak-anak murid ustazah mengucap salam sebelum masuk ke dalam pejabat. Ustazah menjawab salam sambil tersenyum.

Dayana: Wahhhhhhhh... Banyaknya makanan! Spaghetti Carbonara pun adeeee!

Aiza: Tengok ni, tengok! Puding Gembira!!! Sedapnyeeeeeeeeeeee~~~~~~~~~~

Azizi: Hamboiiiii dak pompuan ni~ Tak boleh tengok makanan eh?

Ustazah: Hehehe... Azizi tak teruja ke?

Azizi: Erk! Teruja jugak ustazah, dalam hati...

Nasri: Hahaha~ Dalam hati konon, tu tangan tuuu... Boleh alihkan tak dari Apam Polkadot tu?

Azizi: Ops! Ehe... Terkantoi pulak...

Ustazah: Dah, dah... Jom kita bahagi-bahagikan makanan ni semua. Banyak nak kena setelkan ni.

Dayana: Okey ustazah, lepas ni boleh makan banyak-banyak~~~ Weee~~~

Ustazah: Haa... Cakap pasal makan ni, tau tak yang kita tak boleh makan banyak-banyak?

Dayana: Ha???? Kenapa tak boleh pulak, ustazah???

Ustazah: Hehehe... Terkejut bebenor kamu ni Dayana. Sebenarnya Rasulullah pernah bersabda...


Aiza: Wahhhh, kene bahagi-bahagi macam kita bahagi makanan ni pulak ye, ustazah?

Ustazah: Haa... Kita disarankan macam tu supaya nanti nak beribadah pun senang. Cuba bayangkan kalau perut penuh, macam mana nak solat?

Nasri: Tak payah bayangkan, ustazah. Selalu je macam tu. Makan banyak sangat sebelum Isyak. Mak aiiii, seksa nak rukuk ngan sujud!

Ustazah: Tau, takpe... Selain sebab seksa tu, kalau kita makan banyak sangat, nanti kan cepat mengantuk, sampai terlajak nak buat ibadah wajib.

Dayana: Huhuhu... Lepas ni kena makan berpada-pada la ye, ustazah.

Ustazah: Ha'ah... Allah pun tak suka orang yang makan secara berlebih-lebihan.


Aiza: Alhamdulillah, ustazah dah gitau awal. Kalau tak, mesti saya makan semua benda yang ada ni.

Ustazah: Alhamdulillah...

Azizi: Tapi ustazah, kadang-kadang orang amek makanan banyak-banyak dalam pinggan, lepas tu tak habis pun... Kan ke dah membazir tu~

Ustazah: Ha... Sebab tu lah kene amek sebanyak mana yang cukup untuk perut kamu tu. Takkan dah berbelas tahun hidup kat dunia ni, masih tak tahu saiz perut sendiri?

Nasri: Erkkk! Pedas sungguh ayat tu, ustazah~

Ustazah: Tu pun kawan ustazah yang post kat Facebook tak lama dulu, ustazah pinjam ayat dia je...

Dayana: Tapi ustazah, tak biasalah makan sikit. Dah terbiasa makan banyak. Kalau sikit, mesti kebulur nanti. Huhuhu...

Ustazah: Cuba ingat balik sunnah Rasulullah s.a.w...


Nasri: Lapar tu sunnah Rasulullah ye, ustazah?

Ustazah: Ha'ah... Tapi, jangan pulak kamu berlapar sehingga memudaratkan kesihatan kamu...

Azizi: Berpada-padalah... Kan, ustazah?

Ustazah: Yup, pandai pun...

Azizi: Wellllllll~~~~~

Ustazah: Ha, bila orang puji sebut ape?

Azizi: Ops! Alhamdulillah, ustazah. Astaghfirullahal'azim. TERRRriak pulak. Huhuhu...

Ustazah: Dah, dah... Jom bawak makanan ni semua gi dewan. Dah nak mula majlis dah.

Mereka semua membantu ustazah membawa makanan-makanan tersebut ke dewan sekolah.


Makan, untuk hidup bukan? Bukannya hidup untuk makan. Dan disarankan pula untuk makan dari makanan yang baik dan halal. Kerana dari makanan itulah yang akan menjadi darah daging diri kita. Dan dilarang pula untuk kita mengikut langkah-langkah syaitan... Maka, kawallah nafsumu bila berkaitan dengan makanan.. Banyak lagi sebenarnya tentang "makan" yang tersurat dan tersirat. Teroka dan kajilah, dan ambil mana yang boleh dimanfaatkan.


20 comments:

mynameismy said...

terima kaseh ustazah..;D

sergeant keroro said...

lama tak nampak update panjang.

nice info kak sunah =)

Faris Adli said...

makan ketika lapar berhenti sebelum kenyang..

jangan kerana konon nak makan sikit sebab ikut sunah tapi banyak makanan tidak dimakan. Membazir amalan syaitan.

renung-renungkanlah..

Arpiiz said...

owh, terima kasih kerana memberikan nasihat yang sangat berguna ni..^^

Muhd Fadil said...

ada gak yang suka makan ni cakap, kita hidup untuk makan...

ishh, salah tu.. makan untuk hidup la baru betul

nice entri. best!

AdyBudika said...

nama saya takde

AdyBudika said...

saya nak geng blogger jalan-jalan ke taman gak!!!~~~

sarzli said...

bagus betol entry ni..macam ni la br ramai minat nak bc...

Along Usop said...

ala... slalu makan kombo trus.. lunch dengan dinner.. sebab nk save bujet...


ngeee... =p

[sutera kasih] said...

nice entri..byk peringatan..thanks for sharing :)

HASNORWANI ... said...

sungguh menarik cara penyampainnya..sy likeeeeeee... n izin follow erk

Solihin Zubir said...

errr.. terkena setepek kt muka sy..
sbb sy suka mkn lebih had..
tp pelik, x pernah gemok.. heheh..

Mylady said...

fuh..bagus betul la ustazah ni...

bersama kak Es said...

malunya...nabi tak pernah kenyang 3 hari BERTURUT-TURUT..

kita jangan kan tiga.... sehari pun dah meraung huhu

mcm ni lah said...

terbaik dari stazah sunah,. caya arr

Dayana AZ said...

Wah best2! Nmpk dayana ske makan :D . Thx igtkan kami. Tk sgke kne tag, hehe ustaz fakhrul pn ad.

udin said...

makanlah apabila lapar.. berhentilah sebelum kenyang.. terbaik entry ni..

JIJI YU said...

hahaha...terrriak sudaaa.......

Miss Ran said...

alamak ustazah gne idea ni=P

TERHARU

mkn tnpe henti..erk terasa..br mkn dgn byk smlm

aliarosli said...

kalau kat asrama jarang makan banyak-banyak, makan tengahhari malam sekali.

tak suka tengok orang amek banyak-banyak lepas tue buang

rindu akak la

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.