BLOG ENCIK SUAMI

Friday, May 20, 2011

Eh, Ustazah! : Rezeki


Cuti sekolah dah start, Amalina buat kerja part time sementara menunggu semester baru. Petang tu Amalina balik dari tempat kerja macam semalam.

Amalina: Assalamualaikum. Akak, Ina dah balik. (Terus merebahkan diri di sofa)

Ustazah: Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah da balik adik akak. Aiii, penat nampak?

Amalina: Ha'ah... Penat dan lapar. Tadi tengahari tak sempat nak makan.

Ustazah: Laaa...kenapa pulak? Tak keluar beli makanan?

Amalina: Dahhh...tapi Ina lupa nak simpan betul-betul masa da sampai kedai buku. Ina gi solat jap, makanan letak kat luar. Habis dimakan kucing.

Ustazah: Hurmmm...takpelah, bukan rezeki Ina. Rezeki kucing tu nak dapat makanan Ina hari ni...

Amalina: Rezeki kucing???

Ustazah: Ha'ah...kucing tu pun ada hak ke atas rezeki kita.

Amalina: Maksudnya akak? Kenapa kucing tu ada hak pulak?

Ustazah: Sebab semua benda yang ada kat muka bumi ni memang sah-sah bukan milik kita. Semuanya Allah yang punya.


Amalina: Makanan tadi pun, sebenarnya Allah punya kan, akak... Allah bagi kat Ina, tapi dapat kat kucing pulak. Huhuhu...

Ustazah: Sebab tu, orang kata dalam rezeki kita sebenarnya ada rezeki orang lain. Bukan hak kita seorang.

Amalina: Oooo...kalau time makan tu tiba-tiba eskem pop yang nak disuap ke mulut terjatuh ke lantai, jadi rezeki semut la ye, akak~

Ustazah: Pandai pun~ Sebab tu kita kena redha, jangan rasa sedih kalau rezeki tu tiba-tiba ditarik dari kita. Sebab Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu, dan Dia Maha Mengetahui kenapa terjadinya sesuatu perkara tu ke atas kita.


Ustazah: Mungkin saje kita ada buat sesuatu yang Allah tak suka dan mungkin kita ada tertinggal sesuatu yang sepatutnya kita buat tapi kita tak buat, sebab tu Allah tarik balik nikmat yang Dia bagi kat kita. Bila da ditarik balik, baru kita teringat dan muhasabah diri.

Amalina: Subhanallah. Dia mengatur semuanya dengan cukup indah kan, akak~ Macam mana kita nak lapangkan rezeki pulak?

Ustazah: Manfaatkan harta yang kita ada tu untuk orang lain. Sebab tu adanya zakat dan sedekah. Selain boleh bersihkan harta kita, dengan buat dua benda ni kita boleh bantu orang yang memerlukan.


Amalina: Alhamdulillah, Allah sangat baik~~~

Ustazah: Yup, tapi manusia ni kadang-kadang putus asa dengan Allah. Selalu kata Allah tak bagi rezeki kat diorang. Sedangkan Allah dah janji Dia akan bagi pada sesiapapun yang dikehendaki.

Amalina: Macam mana nak bagi tak putus asa, kak?

Ustazah: Hamba Allah yang bertaqwa tak akan sekali-kali berputus asa dengan janji Allah.


Amalina: Nak kena jadi hamba Allah yang bertaqwa la yeee. Tingkatkan iman dan amal~

Ustazah: Alhamdulillah, faham pun adik akak ni. Jadi, lepas ni takleh putus asa atau kecewa bila rezeki tu belum diturunkan kepada kita.

Amalina: Insya'Allah, kak~

Ustazah: Haa...rezeki Ina ade kat dapur. Akak buat spaghetti carbonara tadi. Jom, makan~

Amalina: Waaaaaaaaaaaa~~~ Terima kasih akak sayang~~~

Mereka ke dapur, mengisi perut dengan rezeki pemberian Allah petang itu.


Siapa kata Allah tak bagi rezeki dengan adil? Mungkin kita tak dapat apa yang kita nak sekarang sebab Allah nak bagi kat kita kemudian, mungkin kita tak cukup meminta lagi kat Allah, sebab tu Dia nak kita usaha lagi untuk dapatkan apa yang kita nak sangat tu. Bila tiba masanya, insya'Allah rezeki itu akan diturunkan kepada kita dan jangan lupa, kita semua berkongsi kepunyaan Allah.


ENTRI BERKAITAN DI ILUVISLAM.COM


9 comments:

senyumSOYA said...

yup...setiap kita ada rezki masing2~ insyaALLAH^^~

mas saari said...

bersyukurlah dengan segala rezeki yang kita terima...sesungguhnya rezeki itu tidak datang bergolek tetapi kita perlu berusaha mendapatkannya!

forever love said...

sebab tue bila kita ada rezeki lebih.. berkongsilah.. jangan jadi seorang yang kedekut.. makin kita kerap berkongsi dan bersedekah.. insyaAllah rezeki kita takkan putus..

zarazueyin said...

suka entry ni...
salam kenal ;)

Miss Ran said...

bgus sgt

mmg dah rezeki kn

b a m b a m ' s said...

betul tuh..so org lain jgn dengki2 buh pasir kat periuk rezeki org len tau..x baek.. tuh rezeki dia..or skang nie dh jadi len lak akak pk..bukan rezeki si pemilik periuk nasi tuh lak..errrrr..

cik HUSYI said...

Ucapkan Alhamdulillah,
Syukur Kita kepada Allah.......
:)

Arpiiz said...

nak tanya dekat akak ni, gambar2 tu akak buat sendiri atau amik dekat mana2 web..??

Sunah Mohammad said...

@Arpiiz

buat sendiri... :)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.