Ticker

6/recent/ticker-posts

Huk Aloh!!! Naik Sikit JE Punnnn...


GAMBAR TAKLEH BLAH NI AMEK KAT Legendary Muslim: Mari bersangka baik
(Gelak sambil tutup mulut~~!)

Bila gula naik harga, kita disuruh kurangkan ambil gula..
Bila sayur-sayuran naik harga, kita disuruh tanam sendiri sayur..
Begitu mudahnya kita cari jalan penyelesaian..tapi adakah betul jalan penyelesaian yang kita buat?

Soalan ini diutarakan oleh blogger Faris Adli dalam komen di entri INI. Saya post kat FB semalam...saja nak tengok pandangan orang lain. Ce baca pandangan mereka...



Hurmmm...ramai yang cadangkan supaya tukar kerajaan yang sedia ada. Tak kurang yang nak mintak supaya tambahkan bekalan gula dalam negara, so nanti bila gula da banyak, harga akan turun. Mungkinkah? Yang nak mintak statistik harga barang-barang yang naik untuk kerajaan sedia ada pun ada tuu...hahaha~

Sape ade??? Bak sini! :D

P/S: Faris pun ada buat entry kat SINI.


BANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN, SAPE KENAL DIA???

Post a Comment

21 Comments

  1. Faris pun ada buat entry kat SINI? tapi kenapa link ke blog Sunah? :-)

    sogan la orang tengok nama Faris Adli tapi gambar teddy bear pink :-)

    cari akar atau punca sesuatu masalah..bukan pucuk

    ReplyDelete
  2. sokong faris adli..speechless..ni sume kerja politik..

    ReplyDelete
  3. rs tak adil bile subsidi dikurangkan sbb leh digunakan utk tujuan pembangunan laen,sdangkn pembangunan tu tak sume org rase,tp duit sume org diambilnye...
    p/s: kenapa zaman tun dr.m dulu ok?

    ReplyDelete
  4. takkan 50 tahun perintah masih tak jumpe akar...

    welllllll

    ReplyDelete
  5. hahaha..lawak lah gmbr najib tu..hik3

    ReplyDelete
  6. masuk politik tak reti den nak cito..hee

    ReplyDelete
  7. walaupun kenaikannya sedikit, tapi menjadi bebanan kepada orang yang berniaga, nak-nak orang yang berniaga makanan..

    Tentang pertukaran kerajaan tu sy tak mahu komen apa-apa. Boleh fikir sendiri dan tengok sendiri, perlu bertukar atau tidak.

    Tentang negara perlu meningkatkan stok dalam negara untuk menurunkan harga barang tersebut. Mungkin dari sudut ekonominya, ceh, mengaplikasikan apa yang belajar dlm kelas, secara ekonominya, mungkin ya, harga akan jatuh bila stok banyak. tetapi, kita juga perlu ingat, ekonomi negara siapa yang pegang. mereka berkuasa untuk emnentukan harga. Sama ada price floor atau price ceiling. Kuasa ada pada mereka. Kita sebagai rakyat? Hanya dapat menerima dengan peningkatan harga tersebut.


    Sebagai kerajaan yang bijak dalam menguruskan wang, sama ada mereka hendak merancang bajet dificit mahupun bajet srplus, sepatutnya, mereka tahu perbelanjaan dan kawalan yang bagaimana mereka harus lakukan. YA, pada satu dasar lain, mungkin peningkatan harga gula ini bagus sebagai 1 inisiatif untuk mengurangkan kadar pengambilan gula. Tapi benarkah? Sejauh mana kebenarannya?

    Jika benar tidak mahu bebankan rakyat, mereka sebenarnya sudah cukup bijak untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang ini. Dan mereka memang mampu untuk lakukan. Tapi kerana kuasa di tangan mereka. Siapa kita? hurmm

    ops...angahh..terpanjang =p

    ReplyDelete
  8. sokong gak pandangan faris.. kalau tukar kerajaaan pon tak guna kalau hal mcm ni tak dpt atasi.. lebih baik kenalpasti punca masalah dan cari jln penyelesaian..

    ReplyDelete
  9. nak tanya lah... cik sunah ni dah kerja ker??? pernah hidup makan pagi kais pagi?? makan petang kais petang??

    adalah lebih baik jika kita menyokong sesuatu benda itu bila kita kaji dengan adil...

    benda macam ni mungkin nampak remeh.. bagi kita yg mampu tapi hakikatnya... amat membebankan... bagi yang kurang berkemampuan..

    sebagai rakyat yg dok kat malaysia ni... macam2 cukai yg perlu di bayar... bayangkan seorang itu secara minimumnya perlu bayar pelbagai cukai yang kadang kala mencecah beribu2 setiap tahun.. tu baru sorang... berapa ramai rakyat malaysia?? berjuta2.. terlalu banyak subsidi rakyat yang di kebas pihak kerajaan.. sedarlah... gaji pemerintah pun dibayar dari duit rakyat... jangan asyik nak susahkan rakyat jer...

    ReplyDelete
  10. agak agak esok kaki naik atas kepale huhu

    ReplyDelete
  11. Gula naik harga, kurangkan gula ..memang senang cara penyelesaiannya..sebab tu ramai yang boleh jadi ahli politik

    ReplyDelete
  12. dr m pandai memerintah, masa dia memerintah ekonomi ok, masalah pon xde.

    sebab ape?

    dia tegas, dan berwibawa.

    lepas dia turun, banyak masalah timbul.

    apakah yang akan berlaku?

    we'll see

    ReplyDelete
  13. tak nak komen pasal nie

    tapi nak gak komen

    masalah datang jangan dilari tapi diselesaikan

    ek? betul ke? tibai je

    akakkkk, rindu akak la =(

    ReplyDelete
  14. as salam..
    sekadar pendapat dari fakta sedia ada.

    meningkatkan penghasilan gula adalah mustahil untuk mengekang masalah ni.

    sebab sekarang kebanyakkan tanah2 yang dibangunkan untuk tujuan penghasilan gula dibeli oleh pihak2 tak bertanggungjawab dengan melupuskan APA SAJA yang ada pada tanah pada keadaan sebelumnya dan digantikannya dengan rumah2 atau bangunan demi tujuan pembangunan dan hasil pendapatan dari sewa rumah dan tanah tersebut yang lebih lumayan.

    dan pemaju2 industri gula diasak oleh kenaikan harga minyak kenderaan dan harga kos upah penghasilan gula yang semakin meningkat.

    masih terdapat beberapa sebab yang tak boleh dinyatakan sebab ia melibatkan pengaruh kuasa.

    penukaran tapuk pemerintahan, terpulang.no komen.boleh jadi memberi kebaikan. dan boleh jadi mendatangkan keburukan yang rakyat malaysia tak jangka.

    cuma terlajak perahu boleh undur. terlajak perbuatan, tak boleh diundur.semuanya seiring dengan masa kan.. setiap langkah yang diambil adalah masa depan.

    ReplyDelete
  15. @AizA

    saya tak kerja lagi, tapi saya juga bukan dari keluarga yang berada...dan keluarga saya memang sangat perlukan berkampit-kampit gula setiap hari untuk menyara hidup...:)

    kadang-kadang kita kena kaji tajuk dengan entri betul-betul bila blogwalking..

    -peace- ^_^

    ReplyDelete
  16. lagi bagus kalau tukar kerajaan..mesti ramai yang sokong tu kan,mungkin dorang nak jadi macam negeri selangor ni bila DAP merasakan patut bertukar menjadi negeri beragama kristian..syukur,makin ramai yang inginkan perubahan tanpa perlu berfikir 1001 kemungkinan yang bakal berlaku..tak semstinya salah pemimpin yang ada tapi,sikap tamak orang tengah yang perlu diambil perhatian...jangan malaysia bakal berstatus negera kafir sudahlah..ada akal fikirkan sendiri..

    ReplyDelete
  17. Salam kenal...memang hari ni org buat entry pasal gula naik harga...dan kerajaan dah jamin..katanya" peniaga jgn sesekali naikkan harga makanan" dan "kerajaan akan memantau harga makanan." dan " harga yang naik tak membebankan rakyat"...memang harga minuman tak naik, tapi gelas pulak jadik kontot.....Baru terkena tadi..

    ReplyDelete
  18. Kita mampu mengubahnya.. Tukarlah sebelum terlambat ^.^

    ReplyDelete
  19. sunah, lawak ler picture najib kt atas tuh..
    naik sikit bg mrk yg perpendapatan tinggi, tp naik banyak bg mrk yg berpendapatan rendah kn? ^^

    ReplyDelete
  20. hm, apa kecoh kecoh nie..

    kita sebagai rakyat kenalah ikut jer kerajaan yang ado..... dah itu yang diputuskan, so sekarang ni langkah penjimatan perlu dilaksanakan, kat opis ni dah buat dah. pasang ekon jam 8.30, 4.30 tutup.. panas wooo..... huhu

    opss! komen ni ada kaitan ngan n3 ker?? hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com