Kenapa Mereka Merompak Berjubah?

May 16, 2011


Satu famili merompak.

Itu berita dalam Harian Metro pagi ni. Apa yang menggemparkan adalah si ayah bawak tiga orang anak lelakinya yang berumur 8, 14 dan 15 tahun ikut merompak sekali. Dengan berbekalkan senjata parang pulak tu. Mak, anak perempuan dan seorang bayi pulak duk dalam teksi tunggu yang lelaki-lelaki menyelesaikan tugas. Pun berparang.


"Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin." [HMetro1]

"Tindakan itu bukan saja dipercayai bagi mengajar anaknya mendapatkan wang dengan cara mudah, malah disyaki bagi membolehkannya menjadikan tiga anak lelakinya, masing-masing berusia 15, 14 dan lapan tahun sebagai perisai apabila berdepan tindakan polis." [HMetro2]

Terkilan.

Mempergunakan imej Islamik untuk membuat perkara maksiat. Bukan cerita pertama. Tapi dah banyak kali berlaku sebelum ni. Bukan setakat merompak, tapi menculik, menjual orang, zina, dan lain-lain. Kerana perbuatan yang diorang buat ni lah fitnah jatuh ke atas orang Islam lain. Mungkin diorang tak rasa apa, tapi orang lain yang memandang pasti da pandang serong dengan orang-orang yang berjubah dan berkopiah.

Matlamat tak menghalalkan cara.

Lepas ni... Yang berjubah dan berkopiah dilarang masuk ke stesen minyak...?

You Might Also Like

23 Comments

  1. Ni yang menyebabkan orang anggap orang Islam sebagai terrorist..Kita sendiri kena ubah persepsi sebegitu

    ReplyDelete
  2. merosakkan image islamik saja puak2 ni

    ReplyDelete
  3. Ya allah, memalukan org islam. Jnis apo ni mrompak jnis tu. Haish. Nnti anak2 dh besar2 jdi mcmtu. Nak slahkn siapa lgi. Haishh

    ReplyDelete
  4. Mereka-mereka inilah yang menyebabkan imej Islam tercemar.

    blog sharifdez

    ReplyDelete
  5. simpati dan sedih...sbb ader ibu bapa yg mendidik anak dgn cara salah mcmtu..dan memeburukkan persepsi org ramai kat mereka yg menutup aurat dan berjubah

    ReplyDelete
  6. imej islamik disalah gunakan.... sebab dah tak ramia yang respek walaupun mereka berimej islamik

    ReplyDelete
  7. orang yang mcm ni akan menyebabkan org lain dipandang buruk juga...

    ya allah... kat permas plak tu....
    takutnyaa

    ReplyDelete
  8. betul, kenapa nak gunakan imej islamik utk melindungi prbuatan yg tidak halal..

    ReplyDelete
  9. ermm.. macam2 hal le dia org ni

    ReplyDelete
  10. astagfirullah...ada jugak org macam ni...tak paham la..mana la pegangan agama diorang..

    ReplyDelete
  11. melampau sangat.. ee.. nak je Nadh seke pala sorang2 ni..eeeee

    ReplyDelete
  12. Yang berjubah dan berkopiah dilarang masuk ke stesen minyak? tu kalau menteri2 yang pendek akal yang buat keputusan..memang macam tu keputusannya..silap2 suruh pakai seksi2 biar tak boleh sorok parang :-)

    ReplyDelete
  13. memburukkan islam dimata masyarakat.b*b*

    ReplyDelete
  14. apa pun, kita sendiri tahu menilai yang baik dan buruk...kan?

    ReplyDelete
  15. sis sunah : adehhh~ takut nye...macam² yam terjadi di zaman skam ni...

    ReplyDelete
  16. spesis macam ni la yg buat agama islam dipandang hina...

    http://afifahaddnan.blogspot.com/2011/05/semua-org-pandai-berfikirjudge-me-now

    ReplyDelete
  17. pasto nanti ISLAM jugak dilabes pengganas...

    ReplyDelete
  18. sebab diorang la islam makin dipandang negatif. :/

    ReplyDelete
  19. apa nak jadi.. dah la tindakan mcm ni mencalarkan imej islam satu hal.. pastu ajar pula anak2 dgn cara mcm tu.. apa punya org daa.. huh!

    ReplyDelete
  20. sampaaaii hati.

    makin suka la orang yang tak sukakan ISLAM

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com