BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, May 26, 2011

Kenapa Perempuan Agak Emosi Masa PMS?


Perghhhhh!

TERRRRRbuat jugak entri ni. Semua sebab komen-komen kamu kat entri NI lahhh... Duk nak tau kenapa perempuan macam ni macam tu masa uzur. Adoiiii...

Sebelum kita tau kenapa, jom tengok dulu sindrom PMS yang dicilok dari SINI. Hehehe...

Gejala fizikal
  • Kembung perut — sebelum dan ketika haid, anda mengalami ketidakselesaan akibat kembung perut. Perubahan fizikal yang ketara ialah perut sedikit buncit sebelum kedatangan haid
  • Kekejangan perut — hari pertama atau satu hari menjelang kedatangan haid bulan, ramai wanita mengalami kekejangan perut
  • Sakit kepala — rasa pening
  • Lesu — tidak bermaya dan malas melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini
  • Sakit sendi dan otot — lenguh badan, terutama di bahagian sendi dan otot
  • Gangguan tidur — tidak nyenyak tidur
  • Nyeri pada buah dada — rasa seperti ditusuk jarum atau buah dada tegang
  • Selera makan bertambah — keinginan mengambil makanan dalam jumlah banyak
  • Mengidam sesuatu — tiba-tiba teringin makan sesuatu, misalnya coklat atau makanan yang tidak pernah dipedulikan sebelum ini
  • Bengkak pada tangan dan kaki

Gejala emosi
  • Mudah marah — melenting dan marah-marah biarpun perkara remeh
  • Perubahan mood — sukar mengawal emosi, sensitif, mudah tersentuh walaupun menonton cerita sedih di televisyen
  • Dilanda risau atau tertekan — rasa risau tanpa sebab
  • Dihantui rasa bersalah atau merasakan diri tidak berguna
  • Perasaan di luar kawalan — jika anda seorang yang sabar, gangguan PMS atau PMDD boleh menyebabkan perubahan sikap
  • Minat untuk melakukan aktiviti berkurangan dan kurang daya tumpuan

Dah faham sindrom ni? Nampak dah sape-sape kat tepi-tepi kamu tu ada gejala macam ni? Hahaha~ Okie~ Tak banyak sebab kenapa perempuan agak emosi semasa PMS. Satu je sebabnya, iaitu perubahan hormon ketika kitaran haid. So, hati yang fragile sangat masa uzur tu, disebabkan hormon. Takde sebab lain. :p

Tapi kan, saya suka baca satu entri pasal PMS ni... Ce baca SINI. Ade lagi satu tentang kepercayaan karut semasa uzur kat SINI. Hehehe...


26 comments:

meaw said...

tengah peod la ni ( cakap bisik-bisik,wakakaka ) ada sorang kawan onie,time peod je kompom senyap je,pastu keje nak tarik muka 14 je ouh, yang kami ni biakan jela dia,dah paham ..HAHAHA...

CikAizA said...

biasalah... hormon tgh x stabil... tp semuanya terpulang pd masing2... kerana hormon x stabil pon emosi tetap boleh dikawal... heheheh

tapi aiza x pandai kawal... hahahahah

~Kirin Selama Perak~ said...

bahaya ni.
:D

IzwanNie Eynia said...

teruknya bla piod. bkn setakat hormon xstabil, bdn sakit sna cni. =)

Fakhrul said...

dengan ada sy, sunah tak perlu rsau lagi..HAHAHAHHA

Sunah Mohammad said...

@meaw

hah! kantoi! hahahah~

Sunah Mohammad said...

@CikAizA

hehehe..betul tu, kene kawal emosi..tapi tang tu yang susah sikit tu...

Faris Adli said...

macam mana pula kalau perempuan tu hari2 mudaj melenting? takkan hari2 kot dia...

b a m b a m ' s said...

pempuan PMS...
laki IMS..
mcm ady budika..
hahahahha..







larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~!

Sunah Mohammad said...

@~Kirin Selama Perak~

apa yang bahaya?

Sunah Mohammad said...

@IzwanNie Eynia

huhuhu... kesiannye kann..

Sunah Mohammad said...

@Fakhrul

erkkk! apekah??? hahahahhaha~

Sunah Mohammad said...

@Faris Adli

ahahahhaa~ itu tandanya dia memang jenis mudah melenting!

Sunah Mohammad said...

@b a m b a m ' s

erkkk!

hahahahhahahhahaha! ade pulak IMS... I tu ape?

sergeant keroro said...

hahaha.

banyak tips XD

mitos pon banyak,hehe :D

Sunah Mohammad said...

@sergeant keroro

ha'ah...itu lerr...banyak mitos karut marut...

Rai said...

hahaha..alasan je tu..memang nak mengamok sebenanye..

farasakura said...

haha kengkadang dah emosi tak stabil nk wt cmne :P
nasib la org tu klu tegur time mood xbetul =,=

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sejak akak ada anak , mmg lupa bab ni sunah.anak wat hal mcm2 sampai lupa sakit kita.tp sakit itu pun dpt bakardosa2 kita kan dik?untungnya wanita

b a m b a m ' s said...

@Sunah Mohammad
ahhahaha..kau tanya ady ar sunah..kekekek

http://bambam-story.blogspot.com/2011/03/sindrom-datang-bulan-orang-pempuan.html

Afuan Shah said...

hehehe...betol la tuh...
rasa mcm nak sepak manusia sekeliling..kah3

JIJI YU said...

okeh3..take a note..

mynameismy said...

my pn selalu gak emo time2 pms.. tak pms pun emo gak cane..-.-'

najwa's said...

hehe satu alasan yang tepat kalo terasa nak moyan tu! <-- PMS :)

Miss Ran said...

shy2 cat bile bace ni

nur amalina athman said...

tak tengok kat tepi dh sekarang nie..tngok kat diri nie je..hehehhe..
hormon tak stabil..
yg bestnya..org dh tahu bila time nie hormon kita tak stabil..so,senang sikit nak marah2..haha

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.