BLOG ENCIK SUAMI

Friday, May 6, 2011

Cari Jodoh Macam Cari Rumput


"Apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang."

Pernah dengar atau baca tentang kisah rumput dan orang yang disayangi? Kalau tak pernah lagi, klik link NI. Memang analogi yang sangat bagus untuk kisah macam ni!

Ermmm, tadi berkongsi kisah dengan sahabat lama. Manusia ni kadang-kadang tak bersyukur dengan apa yang Allah da bagi kat dia. Bila da jumpa sesuatu yang lebih baik, yang sedia ada ditinggalkan. Apa yang ada sekarang ni tak dihargai dengan sebaiknya. Da jumpa intan berlian, batu kerikil ditinggalkan.

Hurmmmm...untuk kawan lama tu, jodoh dan pertemuan tu dalam tangan Allah juga. Orang selalu kata, kita berjumpa dengan orang yang salah dulu sebab Allah nak bagi kita jumpa orang yang betul. Kannn? Jangan lupa ayat Allah dalam al-Qur'an...


Jangan bersedih kerana jodoh, okie? Insya'Allah DIA akan pertemukan dengan yang lebih baik. Teruskan meminta dan meminta...dan jangan sesekali kerana salahnya dia menyebabkan kamu membenci semua orang sepertinya. Insya'Allah nanti jumpa juga...cuma masa dan siapa tu, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

"Watak seorang mukmin itu mengagumkan kerana apabila mendapat musibah dia bersabar dan bila mendapat kenikmatan dia bersyukur."


15 comments:

senyumSOYA said...

insyaALLAH...
hanya tuhan saja yang tahu..(^^~

Sunah Mohammad said...

@senyumSOYA

:)

fRaMe+LenSeS said...

Quote kat bawah sekali tu sangat besh. :D nadh suka.. menarik sangat.. :D

aliarosli said...

insya-ALLAH, pasti ada sesuatu

tapi kita tak tahu dah nak masuk mane nie

huwaaaaaaaaaa

Fakhrul1409 said...

hehhe..mcm kne kt btg hidung sj je..tringat dulu2..hurmmm..mmg kne tipu abih la org ckp...kte percaya kt dia..tp last2, kte ditinggalkn..hurmm..

Noraien said...

InsyaALLAH yea :)

ske qoute yg last tue,menarik laaa..

btw,nice entry kak sunah ! ^_^

Faris Adli said...

Alhamdulillah..sekarang dah jumpa yang mungkin jodoh..jadi tak boleh cari lain ke? :-)

udin said...

hurm.. terbaek la entry ni.. takpa jgn putus asa Insha'Allah bakal bertemu juga nanti.. :)

♥c!k Ann♥ said...

insyaAllah...
semoga diberikan petunjuk~~

Aretikz said...

Weehuu ~ jodoh itu pasti ada, redha dan tawakal terhadap ketentuanNya ^_^

logorithm said...

:-p

cik heroin said...

InsyaAllah lelaki baik utk prmpuan baik & vce versa. klo kita baik insyaAllah dptt yg sama juga. tuhan dh jnji ^^,

Mutiara Bernilai said...

*senyum*

blog-tips-kurus said...

masih mencari-cari.. di mana? di mana? tak pasti, mungkinkah...

maszull said...

salam sunah...sayangilah orang yang menyayangi kita sepenuh hati dan jgn biarkan die pergi kerana kita akan terasa kehilangannya bila dia tiada...

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.