BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, May 18, 2011

Setiap Kali Kamu Marah...


Bertenang...gambar ni paling sesuai...amek kat SINI

Bila dah marah kena buat apa?

Ramai gak yang kongsi pengalaman masa marah dalam entri TADI. Ada yang bila marah, gi shopping. Ada yang marah sampai nangis-nangis. Ada tu yang marah sampai basikal dia naik atas bumbung rumah. Erkkk! Dahsat nooo...

Tadi da janji nak bagi cara-cara kurangkan marah kannn...

CA Nadh: Ye, boss...lama ceq tunggu. Da siap makan, siap solat da ni...

Boss: Erk, ingatkan tak mai dah tadiii...okeh, okeh...jom kita baca ni...


Setiap kali kamu marah...
  • Bertenang dan tarik nafas sedalamnya. Bawak diri ke tempat sunyi or jauhkan diri kejap dari punca marah kamu tuuu.
  • Macam yang Faris katakan tadi, bagi yang Muslim, beristighfar adalah langkah terbaik meredakan marah. Then, amek wudhu' untuk sejukkan jiwa yang marah.


  • Kaji secara positif setiap ape yang berlaku dan cari jalan penyelesaian.
  • Kalau kamu rasa makanan manis macam coklet atau aiskrim mampu bantu sejukkan rasa marah, tak salah untuk makan masa tengah marah tu~ TAPIIIII...jangan selalu yee...kang ade gak kene kencing manis. (Ha...sebab tu kena kurangkan marah...!)
  • Lihat gambar famili kamu yang tersayang untuk redakan marah secara slow the melow... Bagi yang ade anak, moga-moga senyuman si kecil kamu mampu sejukkan hati yang tengah 'panas'.
  • Amek pen, mulakan menconteng ape-ape je. Memang boleh kurangkan rasa marah tu...
  • Bila da mampu kawal diri, cubalah berhadapan dengan punca masalah kamu. Kalau melibatkan rakan sekerja, cari waktu yang sesuai untuk berbicara.
Ade lagi yang lain? Sume ni saya kongsikan dari majalah RAPI 15 April yang lepas. Terima kasih RAPI! So, lepas ni tiap kali tertekan dan rasa marah, boleh la try benda-benda atas ni eks~ Bak kat Fasihah tadi, orang yang paling kuat adalah yang boleh menahan rasa marah.


Nak menangis bila marah? Silakan...kadang-kadang menangis itu melegakan... :)


19 comments:

Faris Adli said...

tak nak marah, nak like je post ni boleh? :-)

fRaMe+LenSeS said...

tanak marah boss. :D

~Kirin Selama Perak~ said...

tak jadi la nak marah bila dapat cara2 nak mengatasi.
:)

forever love said...

huhu.. atq kalau marah... duduk diam2.. muncung mulut.. pastu lama-lama ok la.. dlam 10 ke 15 min cmtue ok da...

pernah gak atq buat entry pasal marah

marah.. marah.. marah..

aDisH.sHidA said...

cuba utk kawal api kemarahan

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

wahhh!!! thankz kak sunah kongsi..
insyaallah akan diamalkan.. :)

bersama kak Es said...

jangan marah2..nanti naik darah

Sunah kalau marah..cari ciskek stoberi.
bak sikit!!

NuSaNa NoSa 91 said...

klu marah, tido.. nnti sure ok~ tehehehehee~ ^_^

Mutiara Bernilai said...

penat la marah2 ni..

baik senyum kan ngah?

hiks2..

Izamir Ridzwan said...

lgi satu ustaz pesan, kalau bini marah2, laki kena keluar rumah... jgn dok dlm rumah, nnt mkin menjadi marah bini tuh

Fahmi Mahat said...

bila da ada dalam keadaan tu, baru kita leh tahu takat mana kemampuan kita.

bila belum mampu, haruslah belajar lagi dan lagi untuk kwl~ =)

yang suka entri ttg Anger management,
Fahmimahat

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

bab menangis tu akak lah ..hehe.akak mmg akan menangis bila marah sangat.nak lepas kat siapa?so..menangis lbh baik kan?

efa said...

huhu kalau marah kena byk istifar utk cool huhu good tip akak :)

cik HUSYI said...

Hmm,betul .Kadang2 menangis boleh melegakan rasa marah.

Farhan Zulhusmi said...

cara berwuduk adalah cara yang terbaik...
mungkin cara yang laen pun dapat membantukan??

akid said...

Waaa akak sunnah! Thanks bagi tips ni! Sye seorang cepat pemarah! grrr

Solihin Zubir said...

eh.. sy belum marah.. sat.. nak pi marah kt entry sana.. heheh..

Rozuan Ismail said...

better kurangkan sifat marah dan lebihkan bersabar.terima kasih sunah atas tips ni =)

Arpiiz said...

terima kasih kerana sudi memberikan tips2 ni, tapi saya ni penyabar orang nye..hehehe

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.