BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, May 28, 2011

Tanya Sama Hati...


Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang

Uhuk uhuk! Terbatuk pulak baca post ni kat wall FB budak kecik comel NI daripada blogger NI. Ehem... Macam dah tak lama tuu... Moga dipermudahkan lah yeee urusan hantaran 8-20K tuuu. Ameeen...

Sori eks, takde update siang tadi. Sebab gi menjatuhkan diri bersama-sama motorsikal dan kereta. Sampai lebam-lebam dah badan ni. Balik tadi terus lelap. Bangun sekejap-sekejap, nampak ada miskol. Tapi tak larat, tido balik. Lepas tu terbangun lagi bila ada kol. Kali ni angkat. Suara mak kat hujung sana.

"Jatuh motor tadi."

Mak gelak. Hahahahahaha~ Kali ni saya boleh gelak bersama. Keh keh keh... Kelakor pulak dengar mak gelak kuat. Boleh pulak dia membebel kata, itulah... Dulu orang suh amek kete je, taknak.

"Ala mak, alang-alang... Baek amek dua-dua."

Padahal dalam hati dah rasa cam tak nak amekkkkkkkkk!!! Ggggrrrr! Mak pun pelik, bukan dulu pernah bawak motor ke??? Ye, pernah... Dan ade kisah lepas tu yang menyebabkan diri ni agak trauma naik motor, dan pernah saya masukkan dalam blog ni, tapi dah takdeee dah sekarang~~~ Hehehe. Soriii~ Kak Shida pernah baca kot~

Alhamdulillah kawan-kawan kat situ semua baik, semua bagi semangat. Huhuhu. Rasa terharu... Ade sorang adik ni kuat membebel, da bole jadi tenaga pengajar kot. Macam-macam dia pesan, adehhhh... Dia jugak yang tolong start enjin motor beberapa kali... Hahaha~ Teruk benar lah saya ni, sape suh tinggal lama????

Hurmmm... Masih menunggu gambar donat pelangi dari budak kecik kat atas tadi.

19 comments:

solomolo said...

mesti kes dalam hati ada taman ek ???
lalala...

sergeant keroro said...

hehe, kak sunah nak saya ajarkan ke? saya pon baru amik lesen, tapi kete lah.

haha XD

Muslimah Optimis said...

hihihi..kembaq baru amik lesen ke?? semoga berjaya ye..hihi..naik moto agi best dari naik kereta la..pastu bawka laju2 lagi seronok.. yehaaa jom racing nak pas sunah dapat lesen..hihi..

Sunah Mohammad said...

@solomolo

mungkin jugak... hanya mereka yang tahu... hehehehhe...

Sunah Mohammad said...

@sergeant keroro

kete??????? meh la ajar~ ahahaha~

Sunah Mohammad said...

@Muslimah Optimis

ha'ah MO~ jom2... rempit eks~ erkkk!

Mat Gebu said...

Tuu diaa....walaupun nak kena cincang..tapi....haha

... said...

as salam..
jatuh moto?
kereta pun jatuh? adeh.
elok cek tulang2 kaki. tang rawan kat sendi2 tu. huu..bahaya tu kalau bergesel tanap dirawat kalau cedera.
tulang belakang pun kena cek.kalau terkeluar cakera dari kedudukan, adeh..perit tu.

ya~
naik kete, kurang sikit peratusan kemalangan. moto kalau terjatuh, adeh..bahaya

mas saari said...

huhuhu..camne boleh jatuh motor ni!

Citarasa Rinduan said...

sunnah,,
subhanallah.. walau kamu tak ada apa2 yang cedera.. namun, kak sokong jika kamu ambil lesen kereta...


sunnah.. jaga diri ya dik

Sunah Mohammad said...

@Mat Gebu

hahahahaha~ itu la kannn..

Sunah Mohammad said...

@...

wa'alaikumussalam..

kete tak.. mana lah boleh jatuh kete... ahahahhaha~

tapi sakit pinggang la pulak... err

Sunah Mohammad said...

@mas saari

errr... alamak... kak mas mengamuk..

Sunah Mohammad said...

@Citarasa Rinduan

errr... huhuhu... terima kasih kak ayu... :)

putERi-kAtEk said...

hahahahaha jatuh motoooooo....wakakakakakaakaka....

Miss Ran said...

bce gak wall post tu ehem2

hehe jatuh moto? bhye nek moto ni

Mylady said...

hehe..cian Sunah..takpe..bak kata orang, bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian...berjatuh2 dahulu, berempit2 kemudian..*eh..ada ke peribahasa ni*..hehehe

Kak Aya said...

nula-mula jatuh dulu, lama-lama menderum laju ....

aDisH.sHidA said...

HATI2 YE SUNAH....I'ALLAH LEPAS NIE CEKAP LA TU...MASA BREK TERKEJUT TU HATI2 TAKUT LA AKAK TIME TU

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.