BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, June 30, 2011

Nantikan Malam Ini...



Apakah ini???


Kerana Kau Sahabat...


aku dan sahabat by ~IndraNte on deviantART

Waktu tidak mungkin boleh diputar semula.

Sebab itu Imam al-Ghazali mengatakan, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu. Kerana biar paling dekat hingga sesaat yang lepas pun, kita tidak mungkin dapat mengulanginya kembali. Apa yang boleh kita buat adalah melihat ke hadapan sambil mengambil sedikit cebisan masa lalu itu sebagai panduan untuk terus melangkah.

Terkadang kita terimbau masa lalu yang begitu manis dengan sahabat-sahabat kita. Senyum tawa bersama mereka, setiap detik yang kita lalui bersama mereka, begitu mengusik perasaan kita tatkala kita bersendirian. Tetapi dalam persahabatan juga ada pahitnya, bila sahabat-sahabat kita sudah tidak sehaluan dengan kita, mungkin ada sesuatu yang berlaku sepanjang laluan itu, menjadikan mereka menjauh dari kita.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Allah telah menyusun segalanya dengan begitu indah untuk kita dan sahabat-sahabat kita. Kita ditakdirkan untuk bertemu, berkenal-kenalan dan berkongsi segala suka-duka dengan mereka [49:13]. Allah juga mentakdirkan sesuatu berlaku hingga hubungan persahabatan yang terjalin itu diuji dengan sebegitu hebat olehNya, yang kadang-kadang begitu meruntunkan jiwa kita.

Allah tidak membebankan seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dia hadapi [2:286]. Allah Maha Mengetahui bahawa kita mampu menghadapi ujian yang diberikan olehNya kepada kita. Ujian yang diberikan itu kadang-kadang mahu menguji kebijaksanaan kita dalam bersahabat. Antara mereka yang begitu disukai oleh Allah adalah yang saling memaafkan apabila berlakunya persengketaan dalam persahabatan. Yang sentiasa memelihara hubungan silaturrahim dan menjaga ukhuwah. Siapa antara kita yang tidak mahu disukai oleh Allah?

Apabila kita rasa begitu kecewa dengan sahabat, rasa diri kita begitu tinggi hingga tidak mahu menghulurkan atau meminta kemaafan, ingatlah ada yang lebih tinggi daripada kita. Kita ini hanya hamba yang sangat kerdil dalam pandangan Allah, dan kita akan dipandang tinggi oleh Allah bila kita meletakkan diri kita serendah-rendahnya di hadapan sahabat untuk memulakan kata maaf.

Mahukah kita menyimpan lafaz itu sehingga kita tidak punya peluang lagi untuk meluahkannya? Kerana kita tidak tahu bila masanya kita dan sahabat kita akan kembali kepada Pemilik Hati...


Ade Ke Yang Rindu Kat Kite?



Dah lama kite tak masuk sini... Macam takde je yang rindu kat kite... :(


Wahai Pemilik Tulang Rusukku...


A Love for the Arts by ~Delacorr on deviantART

Wahai pemilik tulang rusukku
Sesungguhnya aku sentiasa menunggu
Menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu
Dalam setiap detik saat yang terus berlalu
Aku terus menjadi perindu
Yang sentiasa memperbaiki diriku
Agar menjadi suri terbaikmu
Biarpun masa bagaikan cemburu
Aku terus menunggu dan menunggu
Tidak sekali aku rasa jemu
Kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku
Kau juga sedang berusaha mencariku
Sambil terus mempersiapkan dirimu
Untuk menjadi yang terbaik buatku
Walau aku tidak pernah tahu
Siapakah dia pemilik tulang rusukku...

-Sunah Sakura-
30 Jun 2011

Wahai para gadis yang resah menunggu, la tahzan kerana jodoh...
Insya'Allah Dia akan mempertemukan kamu dengan pemilik tulang rusukmu bila sudah tiba masanya...
Dalam waktu itu, teruskan mencari dan menjadi yang terbaik buatnya...


Wednesday, June 29, 2011

Saya TERjatuh Cinta Jugakkk!


Saya pun TERjatuh cinta jugak dengan lagu ni, dah berjangkit dengan budak NI.



Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

- Salma - Aku Permata -

Nice kan lirik dia? Sape-sape yang rasa jatuh terduduk, ingatlah Allah sentiasa ada... :)


Jika Teringat, Bakarlah!


fire by ~Keil0r on deviantART

Otak kotor.

Dah tak suci macam bayi, asyik-asyik nak buat maksiat. Nak brainwash pun tak guna, melainkan terhantuk kepala kat batu, kemudian hilang ingatan secara kekal. Jadi lah orang baru yang bersih dari segalanya, tapi dosa lalu tetap akan ada imbalannya di akhirat. Bagi yang tak hilang ingatan, tentu ada yang mahu bertaubat. Mahu mengubah diri supaya menjadi lebih baik. Mahu menjauh dari dosa-dosa yang lama, tidak mahu mengulanginya lagi.

Namun, dalam kita berusaha untuk berubah dan membuang perkara-perkara yang tidak kita sukai (baca: tidak Allah sukai), mesti akan ada saatnya syaitan berbisik untuk kita buat perkara-perkara yang tak elok. Dalam kita sedang berusaha untuk berbuat baik, ada pula yang berbisik menyuruh berhenti dan kembali kepada zaman yang mengasyikkan. Semakin kita berusaha mendekat kepadaNya, semakin hebat syaitan membisikkan godaan. Kerana syaitan memang tidak akan berhenti menghasut manusia hingga ke hari kiamat! [38:80-83]

Cuba nyalakan sebatang lilin...

Bila saja terdetik hendak berbuat dosa atau maksiat, letakkan jari-jemari kamu pada lilin yang menyala, bukan pada nyalaan kuning, tetapi pada nyalaan biru! Panas, kan? Jika teringat dan terfikir lagi, buat lagi sekali! Panas??? Ya, memang panas! Tapi itu hanya api lilin, sayang...bukan api neraka yang lebih panas dari tu! Api neraka itu lebih membakar, yang mana bahan bakarnya adalah manusia dan batu-batu... [66:6]

Memang sukar untuk menjaga hati dari sifat mazmumah, tapi Allah sentiasa ada untuk membantu... Dan Dia turunkan bantuanNya melalui setiap perkara di sekeliling kita... Berusahalah!

P/S: Rajin-rajinkan diri buka tafsir al-Quran dan belek surah dalam kurungan...


Musim Dingin Akan Berlalu...


Winter by ~Dinarakey on deviantART

"Kesusahan dan kesulitan laksana musim dingin yang basah, lembap dan tidak disukai insan. Tetapi...sesudah musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunganya yang harum dan buah-buahan yang subur." [Stanza Cinta]

Rasa sakit dan perit ketika menghadapi musibah. Rasa terputus segala harapan, bagaikan sudah tiada lagi tempat pergantungan, seolah-olah dunia sudah tidak menginginkan kita. Rasa keseorangan tanpa teman, rasa bersendirian tanpa sahabat, tiada tempat untuk meluah. Siapa saja yang suka pada keadaan yang melemahkan? Keadaan yang menyebabkan hati diuji dengan begitu dahsyat oleh Pemilik Hati.

Pada ketika ini, semuanya akan rasa diri begitu kecil dan kerdil, sangat lemah dan tidak berdaya. Namun jangan dilupa, kita ada Dia yang selalu bersama kita. Luahkan pada Dia... Menangislah semahumu di hadapan Dia... Beristighfarlah memohon keampunan kepadaNya... Dia sentiasa ada untuk mendengar dan melihat hambaNya. Dia... Biarpun tidak dapat dilihat dengan matamu, biarpun tidak dapat ditangkap oleh pancainderamu, rasa cintaNya kepadamu pasti kau rasa! Sebagaimana kau rasakan adanya angin yang menyapu lembut pipimu walaupun nyatanya angin itu tidak dapat kau lihat!

Percayalah musim dingin akan berlalu, kerana janji Dia setelah musibah akan adanya sesuatu yang lebih baik menunggu. Janji Dia hanya untuk mereka yang benar-benar percaya. Percaya dengan hati dan iman dalam dada bahawa Allah akan membantu, Allah sentiasa memberi jalan keluar kepada setiap sesuatu. Setelah itu, kau akan nampak betapa indahnya jalan yang telah Dia susun untukmu... Sama seperti musim bunga yang begitu indah dan mendamaikan...

Betapa sebenarnya Dia sangat menyayangi dirimu...


Wordless Wednesday #10 : Terima Kasih...


Gambar dari: wordless wednesday 1: terima kasih japanese cherry,


Wordless Wednesday #9 : I Leave it to Both of You... ♥


cats by ~MaLicKaa on deviantART



Tuesday, June 28, 2011

Jangan kau tipu aku !


I'm back...


Maafkan Saya...


Lost... by ~Photo-BOB on deviantART

Maafkan saya semua...

Izinkan saya pergi...

Mencari ketenangan dalam diri...

Jika ada ruang untuk saya kembali...

Saya akan kembali menulis di sini...

Doakan saya...

Assalamualaikum...

"Sesungguhnya aku menyayangi setiap insan yang aku kenali di sini..."


Saya Senang Dengan 'Adik' Naimul Firdaus


Saya senang dengan dia kerana dia suka dengan saya... Erk! Bukan macam tu... Dia ada buat entri kat SINI, tentang nama saya. Terima kasih Naim... Moga doa kamu dimakbulkan oleh Allah... Ameen... Naim ada buat segmen dapatkan 1000 followers dalam sebulan kat blog dia, gi la jenguk yeeee...

Kerana tak dapat nak tidur; mungkin penangan air kopi tadi, saya amek keputusan untuk baca novel Stanza Cinta. Tak habis baca pun lagi, tapi nak kongsi satu benda ni yang akak Nurul tulis dalam tu. Pada bab ke 4...

"Ada orang yang lebih menderita daripada kita, tetapi masih mengekalkan imannya, dan ada orang yang lebih bahagia daripada kita tetapi sedang menggadaikan imannya."

Faham tak dengan ayat tu? Setiap kita akan diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan kita, ujian kemiskinan, kesakitan, kelaparan, kemurungan, kesedihan, kematian, kekayaan, kesihatan, kegembiraan...eh! Kekayaan, kesihatan dan kegembiraan pun satu ujian ke? [al-Baqarah: 155]

Yup! Semua ini adalah ujian untuk Allah terhadap kita sebagai hamba Dia. Ujian-ujian yang Dia bagi ni nak tengok iman kita takat mana [al-Ankabut: 2-3]. Ada yang da terlalu dahsyat ujian yang Allah bagi, ditimpa musibah dan kesusahan, alhamdulillah imannya semakin tinggi. Namun tak sikit yang diuji dengan kekayaan, kefemesan, kegembiraan, kesejahteraan, kebahagiaan, tapi imannya semakin turun pula...

Kita ini... Letaknya di mana?


Monday, June 27, 2011

Maaf... Jangan Tengok Angka Kat Button Share Tu...


Maaf.

Maaf sangat-sangat pada semua yang datang ke blog hari ni. Tak terjejak balik ke blog kamu-kamu semua. Mood agak bercelaru hari ni, sampai nak update blog pun takde mood sudah. Tapi ade jugak kan update, takmo la cuti macam Pak Cik Mat tu. Hehehe... Thanks ye semua yang bagi kata-kata semangat, yang suh saya jadi kuat macam Khadijah, okeh-okeh, saya senyum yee... :) Nanti insya'Allah saya jejak balik kamu-kamu semua...

Sementara menunggu waktu berbuka, nak share sikit tentang blog dan ping-mengeping. Dulu pernah jugak saya share pasal ni lepas sorang ostad geli-geli bertanya, tapi ni nak share lagi tentang tabiat saya akhir-akhir ni.

Sejak kebelakangan ni, saya jarang ping entri kat grup Facebook macam dulu-dulu, sebab kena masukkan word verificationn semua tu. Tapi saya lebih banyak gunakan button Facebook sharer yang blogspot da sediakan untuk post, macam kat bawah tu (atas Label). Klik je button F, keluar satu window yang mana kita boleh pilih nak ping kat wall ke, group ke, atau fanpage. Boleh jugak share ke twitter kat situ, tapi saya tak pernah buat sebab da delete da akaun twitter saya tu (kalau masih ada, habislah sebab background twitter ada muka saya...erk!)

Button sharer FB yang dimaksudkan... Cilok gambar blog kakakecik...

Macam biasa jugak, kalau kita share entri kita, sama macam bila ping, jumlah angka kat button Share kat atas tu meningkat. Kalau takde angka tu, maksudnya entri tu saya tak pernah ping la tu... Pemalas kan? Bukanlah... Kadang-kadang saya rasa sesetengah entri tu tak payah ping, jadi saya tak ping. Bak kata abangbesar, kalo entri tu khas untuk diri sendiri, maka takyah ping. Eh, boleh apply kat sini ke mende tu? :p

Ok lah... Tu je nak share tadi pasal button sharer tu. Lepas ni takyah kalut sal verification word da bila kamu-kamu nak share kat group blogger~ Tak yah bukak Facebook pun boleh... :D

P/S: Lepas ni genti sume pakat-pakat check angka kat button Share tu... =.=


Selembut Kelopak Sakura...


Soft by ~Riezu on deviantART

Ya Allah, hati ini begitu lembut...
Selembut kelopak sakura mungkin...
Bisa rabak bila-bila masa...

Namun, aku pinta padaMu ya Allah...
Jangan biarkan aku, dia dan mereka...
Lemah dalam emosi sendiri...


SAYA ..


Klik gambar kalo nak join


Sitting by the Window... I'm Breathless...


No Air by ~hamkahatta on deviantART

Can you see the rain outside
Maybe it's raining too 'inside'
I don't know why
I feel like I'm breathless
This feeling is killing me!


Sunday, June 26, 2011

Jangan Laaa Jeles Dengan Awek Blogger Ni...



Bila hati cik adik ni berbicara dalam blog dia, perghhhhh! Sampai ada yang sentap-sentap tuuu... Mesti orang tu jeles sebab tau dia dah berjaya meneka tajuk buku Stanza Cinta dengan cepat dan tepat semalam... Hurmmm...

P/S: Cik Arda ada buat GA!!! Jenguk SANA, SANA!


Kalau Macam Ni Lah Kan... Maafkan Saya...


Bila blogwalking untuk membalas komen-komen pembaca, selalunya saya akan klik dekat nama pengomen untuk ke profile dia.

Then, saya akan klik link blog dari profile tu. Kemudian baca entri-entri dia yang terkini kat blog tu. Ok la kan, macam tu? Kalau tengok bloglist kadang-kadang tak updated lagi kot-kot dia baru update beberapa saat yang lepas.

Tapiiiiii...

Kadang-kadang bila klik nama pengomen nak ke profile, jadi macam ni pulak...

I'm not available anymore... Eh, salah!

Kalau macam ni, maafkan saya... Tak dapat nak jejak balik... Huhuhu... Lepas ni, kamu-kamu semua pastikan link kamu ada dalam profile ye... Kalau nak buat profile not available gak, jangan lupa tinggal hyperlink sekali dalam komen. Nak gak jenguk blog-blog pengomen ni... ^_^

Terima kasih kepada semua yang bagi pandangan untuk isu BERSIH 2.0.

P/S: Areliff ade buat segmen gak kat SINI.


Oh, BERSIH nyaaa...!


Laman web rasmi BERSIH

Bukan bersih pembersihan.

Tapi BERSIH 2.0... Kamu tahu pasal ni? Tadi gi jenguk satu blog ni, ade cerita tentang BERSIH 2.0 kat SITU, membuatkan saya tertarik untuk menulis entri ni. Mungkin tak ramai antara kita yang nak amek tahu tentang BERSIH 2.0 ni walaupun kat TV dan akhbar dah terpampang begitu banyak isu pasal BERSIH 2.0. Mende BERSIH ni sebenarnya?

"BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia."

Itu pengenalan tentang BERSIH dalam web rasmi BERSIH kat SINI. Kalau nak tengok matlamat BERSIH dengan lebih detail pulak leh jenguk SINI.

Kalau tengok pada matlamat tu, dan 8 tuntutan BERSIH 2.0, saya setuju perhimpunan ni dijalankan. Cumanya, eloklah perhimpunan ni diadakan secara aman damai, takde pertumpahan darah tu semua. Kadang-kadang saya tengok, aman damai jeeee...yang buat jadi tak aman tu bila FRU menyibuk nak main baling-baling gas pemedih mata. Opsss~ Soriiii~~~

Nak join berhimpun 9 Julai ni, boleh tak?


Duduk Tepi Tingkap Kalau Sedih...


Danbo by ~kitinggiling on deviantART

Kalo tengah bersedih, memang akan duduk tepi tingkap untuk meratapi kesedihan eh? Nape bukan duduk atas tangga ke, duduk dalam bilik ke, duduk tepi pantai keee... (Macam semua ni pun boleh je dibuat masa tengah sedih... Hehehe...)

Ehe... Ayat pertama tu saya amek dari entri Iffah Afeefah yang ni. Tadi rasa nak buat entri untuk kupas isu yang sama, tapi semalam pun da cakap pasal hati yang terluka. Jadi, tak jadi lah buat, gi baca kat sana... Betul la ape yang dia cakap dalam tu... Takkan bergolek-golek punya...


Dah, dah... Stop Teka-teka...


Sepeninggalan Cici malam tadi, eh! Bukan, sejak saya meninggalkan blog malam tadi, dah banyak dah yang meneka... Sape eks yang betul jawapan dia? Ramai yang betul, tapi sape yang paling cepat dan tepat tu? Kita tunggu malam nanti eks~ Saspen tak, saspen tak? :p

Semalam saya ade post tentang perempuan dan masak-memasak. Erm, banyak respon dari pembaca, dan tak kurang jugak yang mengamuk. Kih kih kih. Mengamuk kat grup-grup blogger lerr. Mungkin sebab tak baca entri, ade yang terus melatah dan berkata, "alaa...ade je yang tak pandai masak, kawen cepat..." dan ade jugak yang kata "tak setuju dengan tajuk entri..."

Hehehe... Tajuk entri tu kan diambil dari kata-kata ummi. Tentang jodoh dan pertemuan, masih dalam urusan Allah. Bukan bergantung kepada pandai memasak ke tak. Ya, memang ada yang kawen awal tapi tak pandai masak, sebab ape? Sebab jodoh dah sampai... Takde yang dapat menolak bila waktu dah sampai, sama macam ajal dan maut jugak. Semua tu kan da disusun indah oleh Dia?

Still, kemahiran memasak tu penting sebagai seorang isteri dan ibu dalam keluarga kamu nanti. Bahkan, sebagai seorang anak pun, kadang-kadang kena pandai masak, kata nak tolong mak bapak, kan? :)


Saturday, June 25, 2011

Teka, Teka... Sape Cepat, Dia Dapat~



Dia pesan, sape yang dapat teka nama buku yang jadi bantal dia tu dengan paling cepat dan tepat, sok malam dia review blog tu pulak... Tak yah buat entri, komen je...

P/S: Huh! Mengada jugak si Cici ni, siap tumpang buat segmen dia pulak...


Perempuan Kalau Pandai Masak, Cepat Kawen...


"Perempuan kena pandai masak."

"Perempuan kalau keluar jauh-jauh ke ceruk mana pun, akan ke dapur jugak."

"Perempuan kalau pandai masak, cepat kawen."

"XXX tu cepat kawen sebab dia pandai masak lahhhh..."

"Suami, kalau nak makan, dia nak air tangan isteri jugak..."

Semua di atas adalah kata-kata seorang ummi yang jadi tetamu Insyirah petang tadi ketika sedang memasak. Sengih-sengih saje mendengar semua kata-kata tu sambil menjeling-jeling housemate yang balik sekejap ke Insyirah bersama-sama ummi.

Perempuan kena pandai masak? Setuju ke kamu-kamu semua yang gegurl ni? Lelaki kompem la kata keneee kan? Yang perempuan, mungkin ada yang bersetuju 120%, dan mungkin ada yang ber"errr, errr..." Hehehe...

Pada zaman yang serba canggih ini, oh sudahhhh! Abaikan skema jawapan SPM tu. Zaman-zaman sekarang ni, bukan sikit family yang selalu makan kat luar. Sebab isteri tak tahu memasak, dan suami tak pandai masak. Ade jugak isteri yang tahu memasak, tapi malas memasak. Haaaa... Tu macam mana? Boleh diterima lagi kot. Kalau suami pandai masak lak, itu bonus untuk rumahtangga kamu, tapi suami yang pandai masak, pun mesti nak isterinya memasak kan?

So, cane kalo tak tahu memasak? Kena la belajar memasak, sebab dari makanan turun ke hatiiiiii~~~ Eh, bukan-bukan. Dari makanan lah kamu boleh kontrol semuanya. Sebab? Bila kamu yang memasak, dan kamu tahu tentang aspek pemakanan ikut syariat Islam, kamu boleh jaga makan ahli keluarga kamu. Makanan yang terjamin halal akan jadi santapan, menu yang berkhasiat akan masuk dalam perut tiap hari, hati-hati yang keras boleh jadi lembut dengan makanan...eh??? Macam mana tu?

Hati yang keras boleh jadi lembut bila kamu berikan makanan yang kamu masak sambil berzikir memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w!

Sebab tu, perempuan kalo memasak, jangan menyanyi, kang jadi lain lakssss~~~ :p


Bila Jiran Jadi Remy Ishak, Jiran Sebelah Jadi Le Nurkaseh



Terima kasih kepada silent reader - Farawahila Ahmad


Bila Hati Terluka...


rainy heart by ~ravis-sante on deviantART

Bila hati terluka...

Kecewa kerana cinta, kecewa kerana kerjaya, kecewa kerana akademik, kecewa kerana keluarga, kecewa kerana sahabat, kecewa dengan hidup... Rasa remuk redam di jiwa, amarah apatah lagi, membuak-buak membakar perasaan... Belum ditambah dengan rasa pilu dan sebak kerana dikecewakan... Yang bernama nafsu lebih berkuasa saat terluka...

Bila kita kecewa...

Kepada siapa dulu kita mengadu? Banyaknya kita mengadu di wall-wall Facebook, melepaskan geram di blog-blog, bercerita dengan teman paling rapat mungkin... Masa ni kita sering terlupa adanya yang lebih berhak mendengar luahan hati kita... Adanya yang lebih berkuasa untuk menghilangkan rasa gundah di hati kita...

Allah sentiasa ada...

Bila kita gembira, bila kita bersedih, bila kita kecewa, Dia sentiasa ada... Tapi kenapa kita selalu terlupa dengan Dia? Sedangkan tiada yang memberi kita 'ilham' untuk mengadu di wall-wall Facebook, menulis di blog-blog dan kawan-kawan untuk mendengar, selain Dia... Yang memberi kita semua itu Dia, tapi jarang pula kita sujud lama di atas sejadah berkongsi rasa, bermunajat pada waktu dinihari untuk berbicara tentang seribu kisah yang berlaku pada hari yang lalu, kita lebih mengharapkan yang lain dari Dia... Lebih senang dengan yang lain dari Dia...

Muhasabah bersama, mungkin kita sudah semakin jauh dari Dia hingga kadang-kadang kita jadi begitu kecewa kerana tiada rasa redha kepada Dia... "Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." [ar-Ra'd: 28]


Bang , jom g jalan jalan


Jom jalan-jalan


Kite Tak Paham Nape Mamat Ni Nyampah Kat Kite???



Dia tertanya-tanya nape la mamat owner blog nEscaFe+MiLo ni menyampah kat dia...
Padahal rasanya takde la gedik sangat gambar dia semalam...
Cici: Ni bakpe entri ade sebut video blue ni? Hishhhhhhh!

P/S: Pak Cik Mat kata letak nama Ciji macam sesuai pulak... Ciji dalam bahasa Jawa = satu


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.