BLOG ENCIK SUAMI

Tuesday, June 14, 2011

Bahaya Memendam Perasaan!


Hahaha... Okie, okie...

Tak kisahlah kamu lahir bulan mana ye. Itu just pemerhatian...

Sebab diorang ni pun mengaku sama macam tu...

Gadis Melayu

Cik Pulau

Dua-dua blogger kat atas ni adalah kembar saya tak sama tahun. Hehehe... Jadi, tak mustahil lah sama kannn?

Yang lahir bulan lain tu pulak...dan rasa ada macam sama-sama tu, kamu-kamu rasa ok ke dengan sifat cam ni?

Ada komen-komen dan pandangan menarik dalam entri tadi tu...

Kei Seichi

Kak Mas Saari

AJ

Orang lain mudah ambil kesempatan ke atas orang macam ni? Sebab dia jenis yang tak kisah disusahkan ye? Tapi jangan lupa, setiap orang ada tahap kesabaran dia. Sebab saya pernah tengok seorang sahabat yang sangat tidak kisah membantu orang lain (kerana dia tak mampu menolak walaupun dia sendiri sangat sibuk), lama-lama dia jadi tak tahan dah...dan mula berusaha untuk menolak mana yang dia tak mampu.

Sifat memendam perasaan berbahaya kepada empunya badan. Boleh makan dalam dan boleh sebabkan sakit jiwa. Erk! Ehehe... Alhamdulillah, setakat ni tak de mental illness lagi. Tapiiiiiiiiii! Sangat betul ape yang dikata tu. Orang yang suke memendam ni, tak mustahil akan dapat tekanan melampau kalau simpan lama-lama sangat sorang-sorang.

So, penyelesaiannya? Cari orang untuk luahkan. Saya baru perasan, kadang-kadang saya luahkan juga bila da tak terbendung. Tapi dengan sahabat-sahabat yang rapat dengan kita la, yang boleh kita percaya. Ape guna sahabat kalau tak meminjamkan bahu dan telinga kan? :) 


21 comments:

Miss Ran said...

pinjamkan mata dan jari tak de ke?

bersama kak Es said...

kalau gitu...
i'll be your shoulder to cry on , lah :)

qucachahir said...

saya pown nak jadi shoulder jugak ;)
kite tergolong dalam ketegori tue kak..hehe

forever love said...

alamak.. tak terbaca la entry sebelum nie.. ehhehe

mas saari said...

mekasih sunah!

akak pendengar yg baik! sudi pinjamkan telinga...hehehehe

FasiHaH SupiaN said...

lepaskan....walaupun hanya pada awan....-hlovate

cik pulau said...

whoaaa.. betoll.
memang sakit memendam rasa.
that's y slaloo luahkan kat mak and member rapat.. hee~

Mawar Berduri said...

saya juga jenis pendam perasaan.. tapi bila da sampai kemuncaknya, saya sendiri yang nangis.

kalau rasa kena pijak kepala tu terpulang pada diri sendiri samada dia pikir dia kena buli ataupun dia ikhlas membantu.. :)

Akim Iqbal said...

boleh makan dalam ? hik3.. bahaya tuh.. silap aribulan sakit ati.. :)

sergeant keroro said...

hehe. setuju!

kena luah, bahaya. tapi hati-hati juga bila meluah, sebab takut disalah ertikan :)

siti kektus said...

kite jenis pendam, hukhuk

selagi kite boleh tahan, kite akan tahan~

shopping2u said...

ntah, rsa cm xbrani nk luahkan perasaan kt sesapa.. urm... tp blh dgr mslah org & insyaAllah akn di zip seketat ketatnya!

Faris Adli said...

bagaimana harus luahkan perasaan jika tiada manusia yang sudi mendengar

Kei Seichi said...

parents saya bagi saya bermaksud "kesabaranku"..sebab tu la sabar je..tapi kalau tak dapat sabar lagi memang meletup kalah gunung berapi..haha

cikSukaSuki@AL said...

jenis pendam, tapi kalau dah sakit sangat all out jugakk. at least menangis tak sampai lah nak share dekat orang, tak suka :(

lama tak komen kat sini ^^v peace

JIJI YU said...

naseb le adek aku tak brblog..ehhe

☀ Izzaty Hedry☀ said...

kna pndai pilih owg klu nk luahakan perasaan.. kang silap p luah ,xpasal2 owg 2 p jaja apa y sis luahkan 2... cra terbaik luah je kt blog.. xda spa y taw owg y kita mksud 2 kn ..=)

Aretikz said...

uhuk2.. terbatuk sketika.. diri ini lelaki pemendam.. ahakz..

gedek! said...

Pinjam bahu & telinga?

Pinjam duit sama la!

♥ Princess ♥ said...

yg mana perlu ckp kita kena ckplah, tp klu soalnya hti suka pendam..huhu...maybe sbb kaunselor kot, tahu la nk motibasi diri skit2, tp kadang2 x juga..;)

Phoenix said...

Manusia yg suka pendam perasaan ini saya gelarkan manusia span (sponge) tapi bukan sponge bob ya. Span ni serap je semua, tapi lama-lama bila dah penuh memang dah tak dapat serap dah... terus je melimpah keluar.. saya pun kategori manusia span (sponge) :)....

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.