BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, June 30, 2011

Kerana Kau Sahabat...


aku dan sahabat by ~IndraNte on deviantART

Waktu tidak mungkin boleh diputar semula.

Sebab itu Imam al-Ghazali mengatakan, perkara yang paling jauh dari kita adalah masa lalu. Kerana biar paling dekat hingga sesaat yang lepas pun, kita tidak mungkin dapat mengulanginya kembali. Apa yang boleh kita buat adalah melihat ke hadapan sambil mengambil sedikit cebisan masa lalu itu sebagai panduan untuk terus melangkah.

Terkadang kita terimbau masa lalu yang begitu manis dengan sahabat-sahabat kita. Senyum tawa bersama mereka, setiap detik yang kita lalui bersama mereka, begitu mengusik perasaan kita tatkala kita bersendirian. Tetapi dalam persahabatan juga ada pahitnya, bila sahabat-sahabat kita sudah tidak sehaluan dengan kita, mungkin ada sesuatu yang berlaku sepanjang laluan itu, menjadikan mereka menjauh dari kita.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Allah telah menyusun segalanya dengan begitu indah untuk kita dan sahabat-sahabat kita. Kita ditakdirkan untuk bertemu, berkenal-kenalan dan berkongsi segala suka-duka dengan mereka [49:13]. Allah juga mentakdirkan sesuatu berlaku hingga hubungan persahabatan yang terjalin itu diuji dengan sebegitu hebat olehNya, yang kadang-kadang begitu meruntunkan jiwa kita.

Allah tidak membebankan seseorang hambaNya dengan sesuatu yang tidak mampu dia hadapi [2:286]. Allah Maha Mengetahui bahawa kita mampu menghadapi ujian yang diberikan olehNya kepada kita. Ujian yang diberikan itu kadang-kadang mahu menguji kebijaksanaan kita dalam bersahabat. Antara mereka yang begitu disukai oleh Allah adalah yang saling memaafkan apabila berlakunya persengketaan dalam persahabatan. Yang sentiasa memelihara hubungan silaturrahim dan menjaga ukhuwah. Siapa antara kita yang tidak mahu disukai oleh Allah?

Apabila kita rasa begitu kecewa dengan sahabat, rasa diri kita begitu tinggi hingga tidak mahu menghulurkan atau meminta kemaafan, ingatlah ada yang lebih tinggi daripada kita. Kita ini hanya hamba yang sangat kerdil dalam pandangan Allah, dan kita akan dipandang tinggi oleh Allah bila kita meletakkan diri kita serendah-rendahnya di hadapan sahabat untuk memulakan kata maaf.

Mahukah kita menyimpan lafaz itu sehingga kita tidak punya peluang lagi untuk meluahkannya? Kerana kita tidak tahu bila masanya kita dan sahabat kita akan kembali kepada Pemilik Hati...


28 comments:

fida said...

tersentuh rase hati bace nie.
:(

sememangnya kita memerlukan sehabat tak kira susah atau senang. :(

FasiHaH SupiaN said...

sahabat.....
teman di kala suka dan duka...

fa said...

friendship is forever :)

waRDah a.k.a QiQi said...

dah boleh komen!! ^_^

rindu sahabat2... :)

tamlegend said...

org yang sombong dan ego akan sentiasa menafikan kebenaran...:)

Isteri Encek Bard said...

merindukan sahabt-sahabat lama ieb yang sama-saman berjuang dulu.. sangat rindu....

Asha said...

sahabat tika senang dan susah.

waN Mohd Salim said...

susah tol nk cri sahabat sejati skang ni

blog-tips-kurus said...

entry ini sangat menyentuh kalbuku. menci! menci! kenapa aku sangat rapuh rangup..? isk!

risa said...

sahabat susah dicari zaman sekarang ni..usah terlalu mengharap dalam perhubungan...kelak kesannya sampai bila2:(

[sutera kasih] said...

lepas baca entri ni, rindu banget kt kwn2..prnh jgk dulu2..bila ada bnda xpuas ati, msti perasaan ego tu akan muncul, xnk memaafkan & meminta maaf..smpai xbetegur sapa..astagfirullah..jhtnya dulu2 :(

mynameismy said...

tibe2 rindu kt kwn2 mase bljr dlu...T_T

msredcheesecake said...

Cik sakura,
Pernah ada sahabat, gagal kekalkan hubungan...kesal sampai sekarang...

Pada yangnada sehabat, hargai...

~Kirin Selama Perak~ said...

sahabat adalah insan yang berada dengan kita ketika susah dan senang...
sahabat mempunyai maksud dan perilaku yang berbeza yang ketara dengan kawan..
:)

K O R I E said...

wah bermadah hari ni..
kdg2 kita x sedar yg kita dah jauh dri sahabat^^ hope bendaa ni xjadi dalam hidup..

eh akak xmsuk segmen abang ben ke?

syarifahsidrus said...

sungguh, persahabatan itu indah andai bertemu dan berpisah kerana Allah :)

efa said...

persahabatan tu biar mengenal erti ketika susah dan senang ketika bersama wuwu rindu plak kwn kgkwn semua

niena shopping2u said...

sobsob.. tersentuh baca ni :')
pernah hancurkan hti seorg sahabat yg paling akak syg :'(

Pak Syahot (sYaHir) said...

sahabat pon ade yg mcm chipsmore...kjap mse snang die ade, ble ssah haram nak jumpe...huhu

Kei Seichi said...

sahabat sejati sukar dicari...banyak kawan yang cari time susah je....

K O R I E said...

dh lebih 5 ayat? mksudnya akak.. cepat btolkan korie sblum kol 10

Areef Ibn Naim said...

salam sunah,

yesterday is memory, today is destiny... mg umur yg tlh lalu sentiasa di dlm maghfirah n mg umur yg akan dtg sentiasa dlm keberkatan... mg setiap detik yg kita lalui sentiasa mengingati-Ny, amiin...

ghab van hal said...

entry yang sangat inspiring. gvh ada beberapa kekesalan tengtang masa lalu. diharap masa depan boleh menbus egal kekesalan itu..amin.

cik pulau said...

sehabat suka senang dicari..
sahabat ketika duka. sukar dicari..^^,

Pojiekyra said...

kyra sayang sahabat kyra yang dulu n kini..mereka menghargai kyra n kyra jua bakal menghargai mereka..susah senang kami lalui bersama:) biarpun dengan laluan masing-masing..hati kami tidak akan terputus :) biarpun xknal di mata tapi kenal di hati

suhaili sarif said...

kawan sekolah memang x dapat dilupakan..rindu semua.
paling sedih kalau dulu bekawan baik tp kerana perkara kecil boleh bergaduh besar sampai putus kwn.
nauzbillah

NuSaNa NoSa 91 said...

betul2.. kdg2 cam nk kembali ke amsa lalu pdhal dulu, time ada kt waktu tu, cam nk cepat2 masa berlalu.. manusia.. huhu~

sayang semua kawan2~ ^_^

::contengan hati::)) said...

;( rindu sahabat yart ,, tapi kami takkan jadi sahabat lagi kerana hak sekecil semut,,
nak sentap plakkat sini kan hehehe

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.