BLOG ENCIK SUAMI

Monday, June 6, 2011

Musuh atau Sahabat, Mana Pilihan Kamu?


Friends by ~lieveheersbeestje on deviantART

Siapa sangka?

Dua insan yang dulunya pernah berselisih faham, kini menjadi teman yang baik antara satu sama lain.

Bila mengimbas masa lalu, dan merenung masa yang sedang dilalui sekarang, alhamdulillah... Allah mengatur semuanya dengan cukup indah. Ya, dulu mungkin dua orang sahabat tersebut pernah mengguris hati masing-masing. Hingga menyentuh hati-hati sahabat yang lain di sekeliling mereka. Dan hati-hati yang tidak sepatutnya diusik turut terluka.

Ketika itu tentunya syaitan sangat gembira. Berhasil memecah-belahkan umat akhir zaman. Bertepuk sorak makhluk Allah yang satu itu bila manusia mula lalai dan terlupa dengan janji syaitan kepada Allah di depan Adam. Bahawa ia tidak akan berhenti mengganggu manusia sehingga kiamat.

Bila mula terbentuk bibit pergaduhan, cepat-cepatlah sedar dan istighfar. Jangan diturutkan godaan nafsu yang membuahkan amarah. Ingatkan diri dan sahabat, bahawa syaitan sedang ketawa. Syaitan itu musuh manusia, tidak patut untuk kita turuti kehendaknya, melainkan kehendak Allah yang wajib kita patuhi.

Terima kasih sahabat... Sesungguhnya diri ini bersyukur mengenali kamu... Dan kisah yang lalu itu benar-benar mengusik hati ini kala ini, membuatkan diri tertanya-tanya, bagaimana kita boleh jadi sebaik ini antara satu sama lain...

Semuanya dalam kekuasaan Dia... kan CA Nadh... :)


14 comments:

fRaMe+LenSeS said...

betoi tu boss, ai like la. :) entry ni ada banyak kaitan ng Nadh masa dlu2.. :)

Miss Ran said...

nadh je? erkkk keje mne sunah

entry up manjang

Faris Adli said...

bersahabatlah dengan semua orang dan jangalah bermusuh dengan semua orang

JIJI YU said...

bile dah jadi baek mesti lagi rapat dari dulu2

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

ramai yg tak ego...takut la dunia skrg ni

Bella Bell said...

tersenyum membaca entry ni... :)


^__^v

Mawar Berduri said...

kadang2 benci itu yang kita akan sayang.. pengalaman 'perselisihan' lebih baik untuk kenal siapa diri dia sebenarnya.

~Kirin Selama Perak~ said...

macam ni nak cari musuh la..
hihihi
:D

mas saari said...

musuh boleh jadi sahabat dan sahabat boleh jadi musuh... siapa tau?

mizz_aainaa said...

yupp2.. betul tuh..
bila dah gaduh teruk nnt.. susah pula nak baiknya..
jadi.. bila dah mula bahang2 nak gaduh tuh baik mengalah saja..

b a m b a m ' s said...

half truth and half lagi realitinya kekadang tidak.. :)

Iznie said...

suka entri ni...
setuju dgn awk...

salam ziarah...follow u dear... :)

JIJI YU said...

malu i kalo dah ade orang wat n3 cenggitu..i baru jer terlintas tadi..ekekeke

♥CiK DuYuNG [Ca]♥ said...

kalau boleh, mmg xmo ade musuh pon dalam idop nie kecuali makhluk yg keji=syaitan..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.