BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, June 22, 2011

Rumput Pun Boleh Patuh... Kita?


tall grass. by ~alyanna on deviantART

Bila merenung rumput-rumput hijau... Rasa diri sangat kerdil. Rumput-rumput hijau yang tumbuh melata sangat banyak. Berpuluh-puluh, beratus-ratus, beribu-ribu, berjuta-juta, beratus ribu juta... Satu dunia ada rumput! Bukan sahaja kerana banyaknya rumput, tapi juga kerana ada rumput yang lagi tinggi dari rumput yang kecik-kecik. Kerana ada rumput yang lagi muda dari rumput yang tua-tua. Kerana ada rumput yang cantik-cantik, ada rumput yang biasa-biasa, dan ada rumput yang lain dari yang biasa-biasa.

Semuanya tumbuh di muka bumi dengan selayaknya disebut harmoni, tapi kadang-kadang, ada juga rumput yang nampaknya seperti terbiar sendiri, ada rumput kuat yang terus bertahan, ada rumput lemah yang bila-bila masa akan kering sendiri, tapi semuanya ada fungsi yang sama, terus memberi kepada yang berakal. Kerana itu memang tugas yang telah diberikan oleh Yang Menciptakan. Demi Yang Menciptakan, rumput terus patuh melaksanakan tugasnya biarpun kadang-kadang terpaksa berhujan, malah bila tiba masanya rumput terkulai layu kerana teriknya mentari. Namun, rumput tidak kisah bila terkulai mati, kerana itu maknanya rumput akan kembali kepada Yang Menciptakan, melepas rindu dendam kepada Dia setelah lama bertugas di muka bumi...

Siapakah yang menjadikan dan menyusun segalanya dengan begitu indah? Mustahil rumput boleh hidup sendiri kemudian membesar tanpa Yang Memberi Rezeki. Mustahil rumput boleh menjadi kuat tanpa ada Yang Terkuat. Mustahil rumput boleh terhampar indah tanpa Yang Terindah... Mustahil... Mustahil...

Semakin aku berfikir, ternyata Allah semakin ada... - Cogito Allah Sum


19 comments:

Chegu Zubir said...

semua makhluk diciptakan hanya utk beribadah dan taat pada ketetapanNya..

jom join
Segmen #3 "Blog Hari Ini"

sergeant keroro said...

indahnya ciptaan Allah, membuat kita berfikir tentang kebesaran-Nya :)

Wahida said...

Assalam Kak Sunah. Saya pun pernah tulis pasal rumput ni, tapi dalam bentuk sajak la :). Tak berapa sangat pun sajak tu. Huhu.

http://www.wydaz.com/2010/11/human-we-are-grasses.html

mama comel said...

meaningfull..thx sis..:)

JIJI YU said...

setiap yang ada wujud tugasnya..

Pojiekyra said...

hnya y memahami :)

salemaziz said...

subhanallah.. :)

mas saari said...

setiap makhluk di muka bumi ini telah dicipta dengan tugas dan tanggungjawab masing2..

blog-tips-kurus said...

Maha suci Allah.. bila dok sorang, lagi terasa..

Hans said...

kebesaran Allah
:-)

5 Sebab Kenapa Aku Suka Wordless Wednesday

rosmina samin said...

buat saya terfikir.... Tx Sunah ^^

FasiHaH SupiaN said...

Kita tidak diutuskan ke dunia hanya untuk bersuka-suka....

Kei Seichi said...

Allah maha besar..subhanallah..

Kalamhati said...

subhanallah...
semakin rajin ke sini..semakin dekat akak dgn Allah..
timakasih byk ilmu yg akak dpt..

Mutiara Bernilai said...

~ c0git0 A||ah sum :)

K O R I E said...

smua kt ats bumi ini Hak dia~
thank ;) suka entri ni

tiQz said...

pnoh dgn mesej...

Iffah Afeefah said...

ermmmmmmmmmmmmmmmmmmm

NuSaNa NoSa 91 said...

hanya manusia je yg kdg2 melupakan-Nya.. xkn kita nk jd cam iblis, degil.. huhuu~ na'uzubillah.. T_T

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.