Tak Sosial Lahhhh!

June 04, 2011


Alone by ~Hidden-target on deviantART

Tak sosial.

Susah nak masuk dengan orang. Kalau tak tegur nanti kata tak peramah. Sombong. Bisu. Ade emas dalam mulut. Muka ketat. Macam-macam lagi. Nak buat macam mana, da dia memang macam tu... Malu jumpa orang baru yang tak dikenali. Risau, berdebar-debar nak gi mana-mana yang perlukan jumpa ramai orang. Seram sejuk je rasa.

Jadi diri sendiri.

Biarlah orang kata kamu tak sosial. Rasanya lebih baik macam tu, jadi diri sendiri. Tak perlu berubah jadi orang yang agak sosial. Sebab kamu lebih tahu diri kamu. Bila kamu da kenal orang, dan da boleh sesuaikan diri, insya'Allah boleh masuk kan. Satu kepala lagi.

Ikhtilat.

Lagipun, kan kena jaga adab pergaulan. Pergaulan antara sesama jenis dan bukan sejenis. Faham ke? Okie, antara lelaki dan perempuan. Sekarang ni bertepuk tampar antara bukan mahram dah macam benda biasa pulak. Tak kisah dah nak pegang sana-sini.

"Alaaa...aku anggap dia macam abang aku jeeee... Tak lebih dari tu lahhhh."

"Kitorang kawan-kawan, teman tapi mesra... Dia pun da ada boyfriend, rileksss arrr~"

Kamuuuu, kawan-kawan pun tetap ada hati, ada perasaan. Lelaki dan perempuan, memang berbeza dari segi hati ni. Perempuan, kalau lelaki baik sangat dekat dia, ambil berat, beri perhatian lebih sikit, perempuan akan rasa macam lelaki tu bagi harapan kat dia. Berbeza dengan lelaki, dia rasa dia layan semua orang sama je, takde perasaan ape pun. Tak sama dengan perempuan. Ni hasil kajian bersama seorang senior perempuan dan seorang junior lelaki. Ada banyak betulnya apa yang diorang bincangkan. Jadi, hati-hati dalam pergaulan kamu.

Benteng.

Kalau dah tau benda ni, sepatutnya awal-awal lagi letak benteng dalam pergaulan. Manusia ni lemah, iman dalam hati mudah goyah. Bila-bila masa saja syaitan akan berbisik menggoda kamu itu dan ini. Sebelum terjebak, letaklah sempadan. Then, kena tegas dengan pendirian kamu tu...

"Janganlah salah seorang dari kalian berkhalwat dengan seorang wanita kerana sesungguhnya syaitan menjadi orang ketiga di antara mereka berdua." [HR. Ahmad]

P/S: ...kerana kita hamba yang lemah...

You Might Also Like

14 Comments

  1. kita juga sentiasa terlupa dan leka . Peringatan macam kena bagi selalu. Ibarat titisan air pada batu... lama2 berlekuk juga

    thanks dik :)

    ReplyDelete
  2. terbaik ustazah

    peduli org nk kte kite kno ke apa..

    jauhi maksiat adlh y terbaik

    ReplyDelete
  3. yup..betul tu kak sunah..
    skang ni dah ramai yang kurang mnjaga batas..

    sama2 kita perbaiki diri..
    ambil yang jernih buang yang keruh..(^^!

    ReplyDelete
  4. yg ikhtilat tu lagi panjang kan perbahasan die kan..

    ReplyDelete
  5. like~bna ya kak...

    be ourself..kita tahu yg terbait utk kita...
    ''...anggap mcm abg jerr..."??mcm abg...bukan abg..huhu...hakikat yg kbykn org x fahm...moga dijauhi:)

    ReplyDelete
  6. setuju kak sunah.

    kadang-kadang kita layan same jek, tapi diorang rasa lain macam.

    :)

    ReplyDelete
  7. adab bergaul..bende yang orang sekarang makin lupe..adei..

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak ! ^^

    saya ni org kata jenis xbape sosial jgk -.-" sbb saya ta reti nak bergaul dgn org. kena org yg mulakan dlu. >.< tp sy ni jnis yg gila2. hehe

    ReplyDelete
  9. I memang kurang bersosial. I'm a loner and comfortable with it... :-)

    ReplyDelete
  10. lebih baik kita bataskan pergaulan kita..bukan sombong, tapi itu lebih baik utk diri kita.. bergaul ikut panduan agama, itu lebih baik kan...

    ReplyDelete
  11. bersosial perlu ada batas2nya... kalau tidak nanti terpesong dalam landasan sebenar!

    ReplyDelete
  12. yups..sngt lemh tnpa-Nya

    ReplyDelete
  13. Cabaran dalam berinteraksi terutama dengan yg lawan jenis. Jaga pergaulan Dan sama sama hindari dari terjadi fitnah ..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com