BLOG ENCIK SUAMI

Sunday, July 3, 2011

Menoleh Semula ke Belakang


Menoleh semula ke belakang
Sudah tidak mungkin lagi
Masa yang telah pergi
Biarkan ia berlalu
Masa yang sedang dilalui
Isilah dengan sebaiknya
Masa yang akan datang
Rancanglah dengan seeloknya

Ada yang salah faham sikit ye tentang puisi semalam. :)

Maksud saya di sini bukanlah kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi. Bukannnn... Apa yang saya maksudkan adalah, masa lalu itu sudah tidak boleh dibetulkan lagi kerana ia telah berlalu. Tidak mungkin untuk kita putar balik masa untuk betulkan segala apa yang telah berlaku, mengisi semula masa yang kita sia-siakan itu dengan perkara yang lebihh bernilai pun sudah tidak mungkin lagi.

Apa yang kita ada adalah masa sekarang dan masa akan datang. Yang belakang itu sudah menjadi sejarah, ya...untuk kita ambil iktibar darinya. Kemudian biarkan kaki terus melangkah dengan berbekalkan pengalaman masa lalu. Tanpa masa lalu itu, mungkin kita tak menjadi kita yang sekarang ini, kan? :)

Terima kasih semua... Suka benerrrr saya berkongsi tafsiran puisi dengan kamu-kamu semua... Lain kali kita buat lagi ya~~~ This is best bro~ :p

P/S: Alhamdulillah... Blogmarathon akan berlangsung sebentar lagi~


22 comments:

Bella Bell said...

kak sunah.. 1st sekali nak ucap tahniah.. 2000 dah tu.. hehhe!!~


yang sudah tu sudah la.. jadikan ianya sebagai pengajaran... teruskan memandang ke hadapan.. banyak lagi perkara baik yang perlu kita lakukan.. kan kak? :)



^^

aDisH.sHidA said...

betul2..suka la

senyumSOYA said...

betul2~ isi ruang yang ada sekarang~ insyaALLAH~

niena shopping2u said...

:D berpuisi & mentafsir, bagus tu... erm, bnda yg brlalu tu jdikan tauladan.. bebaskan dri dri rasa terus bersalah, brtawakal pdaNya.. doa moga Allah ampunkan sgala kesilapan kte yg lpas.

smoga mnjdi juara lam blogmaraton harini :D

belog amiyo said...

kadang-kadang toleh ke belakang juga perlu. :)

Pojiekyra said...

hehehe kna pahami betul2 bahasa mendalam akak :D

::blog anak jawer:: said...

terus pandang ke depan abil sedikit coretan di belakang buat panduan demi kebaikan masa dpn...

-Yok mampir diluk = ”al-kisah nasib anak-anak lorong haji taib..

sergeant keroro said...

dah 2002, hehehehe XD

grats!

kak sunah, blogmarathon kat mane? :P

mas saari said...

jangan hidup dibayangi masa lampau!

nuruashia ♥ said...

puitis bebenor ayt kamu yee sys sunah..
kak limah suko ehhh

FasiHaH SupiaN said...

blogmarathon? ke blogwalking???

Pojiekyra said...

akak..!!!! :D akak sakura ~~~~~~ :D

anismelon said...

kite hidup dengan sejarah..sejarah yg bawak kite kenal dunia and buat kite memperbaiki kehidupan..tak salah tok pandang ke belakang..pandanglah setiap kali kite cube tok gagal lagi..sebab bile kite pandang semula kite akan sentiasa beringat..:)..

sejak rajin lawat entry enrty cik sunah nie anis pandai lak bermadah..ngeee..

mynameismy said...

tengok jgn pdg belakang boleh kan? huhu

アヌム ちゃん said...

aa mmg lemah la kalau bab2 puisi ni..huhu

aimie amalina said...

=) sekali lagi saya suke entri ini !

✿ boonga_kecik ✿ said...

mai maraton blog cheq na..

Cutenya Suger Glider

kokser kokdam said...

yang lalu dijadikan sempadan untuk menghadapi ari ini dan dijadikan rujukan untuk merancang ari esok.. =D

Подтверждаю said...

as salam..
ya betul!
tepat sekali ! ;)
dan setiap saat, kita harus pastikan kita berjaya melepasi garisan penamat untuk mara ke hadapan ;)

erk.jap. macam mana nak jelaskan ya? huhuhu

>_<

marathon? mana? mana?
wah! semua kena pegang bathon pass ke? hehe

=p

Подтверждаю said...

keroro tu pegi back to the future ke?
hehe. sekarang tahun 2101.

huhu.dia guna alat apa tu nak jump?

=p

cik pulau said...

betol..
benda yang paling jauh dari kita adalah masa lalu..
takkan datang kembali^^,

suhaili sarif said...

akak suka puisi tp x reti nak hadam.haha..
kalau puisi sayang menyayang laju je pahamnya.hehe

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.