Mimpi Semalam

July 01, 2011


Terharu di pagi hari ni bila tengok entri salah seorang peserta GA kat SINI. Rasa macam dapat hadiah awal 30 hari. Hehehe... Terima kasih Met Bujang. Sape-sape yang nak join GA ni jugak klik SINI ye. Kalau nak tengok kamu tersenarai atau tak klik SINI.

Okie, jom kita bercerita.

yesterdays dream by *karil on deviantART

Mimpi semalam.

Sekelip mata sahaja kita sudah terbangun dari tidur. Nak je mimpi tu diteruskan kalau mimpi indah, tapi kalau mimpi tak berapa indah, kita rasa gerun semacam aje, takut dan gementar. Rasa macam taknak sambung tidur kalau terjaga kul 3 pagi sebab takut tersambung semula mimpi yang menakutkan. Lafaz ta'awwuz keluar dari bibir berkali-kali mintak pada Allah agar dilindungi dari bisikan syaitan durjana.

Macam tu jugak dalam kehidupan realiti. Bila kita mengalami peristiwa yang menggembirakan, kita rasa macam nak masa berhenti agar selamanya kita kat situ, supaya kegembiraan yang kita lalui sekarang takkan hilang. Tapi bila kita mengalami peristiwa yang kita tak suka, tak berapa nak gembira, kita rasa nak cepat-cepat je masa berlalu pergi, kalau boleh tak nak ulang dah benda tu lagi.

Setiap yang berlaku dalam hidup kita ni, sebenarnya membuka jalan kepada langkah seterusnya dalam hidup kita. Kalau kita tak lalui perkara yang kita alami sekarang  ni, jalan yang lain tu takkan terbukak. Maksudnya ape tu? Maksudnya jalan hidup kita ni Allah da susun betul-betul. Sebab Dia Maha Mengetahui... Tak semua benda yang kita suka, baik untuk kita dan tak semua benda yang kita benci, tak baik untuk kita [2:216].

Maka, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, fikirkan dan renungkanlah sedalamnya. Ada mesej dari Dia yang tersirat untuk kita. Beruntunglah bagi hamba-hambaNya yang berfikir... [3:190-191].

P/S: Maafkan saya... Tak sempat nak jejak balik ke blog-blog kamu. Saya semakin bizi... T_T

You Might Also Like

19 Comments

  1. adakala mimpi menunjukkan sesuatu petanda kak sunah :D hayati mimpi itu..pahami maksud mimpi itu..

    ReplyDelete
  2. betul tu dik.... Yang penting kita mesti redha dengan segala ketentuan NYA.... Setiap kejadian ada hikmahnya sama ada baik dan buruk.... Percaya apa yang telah ditentukan... jangan putus asa sekiranya gagal, berusaha dan terus berdoan kepada NYA

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah masih diberi nafas utk baca entri yg menarik ni..

    dia mmg layak adiah awal :)
    hehe, calon2 yg bakal dpt adiah tu ^_____^

    ReplyDelete
  4. betul..
    kadang2 kalau mimpi tu best..
    rasa macam nak tido nmimpi semula.

    tp kalau mimpi tu xbest..
    nak cepat-cepat sedar dari tdo tu..'
    pernah berlaku.. ^^,

    ReplyDelete
  5. mimpi kadangkala buat kita bersemangat kan dik..kerna dlm mimpi juga kdg kala ada tersirat makna yg baik

    ReplyDelete
  6. setuju ngan isteri encek bard.....btw, nice entry.....

    jemputla ke teratak usang saya

    http://greenailin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. nak sangat mimpi jumpa arwah mak dan abah....huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. as salam..
    dan mimpi juga antara sandaran-Nya untuk mengingatkan kita, dan menegur kita.

    mudah-mudahan segala yang bertentangan dengan kehendak-Nya, dapat kita tangani.
    ameen..

    =)

    ReplyDelete
  9. xpe kat sunah, hehe XD

    kita memang selesa dengan keadaan yang baik, bila keadaan tak best, mesti tak suka.

    mesti ada hikmah kan :)

    ReplyDelete
  10. ERM semalam pun mimpi..gembire lagi

    tapi tak igt

    ReplyDelete
  11. hidup bukan cam dlm novel, happy ending, sentiasa gembira.. hidup kita ni bercampur antara kegembiraan dan kesedihan.. kena tabah hadapinya.. ^_^

    ReplyDelete
  12. http://www.youtube.com/watch?v=p3fO-7H-5G4

    kalau dgr ni pasti jatuh hati ^.^

    ReplyDelete
  13. org kata mimpi itu mainan tidur, tp sebenarnya, ada mimpi yg mampu membuat kita insaf dan betul-betul menangis, contohnya mimpi bertemu semula dgn insan tersayang yg telah pergi dulu meninggalkan kita..akak rindu nak mimpi jumpa anak2 yg telah menghadap ilahi sejak bayi..walaupun hanya dlm mimpi, dpt mengubat sedikit rasa kerinduan..dan arwah ayah juga..

    ReplyDelete
  14. menepati Thought Friday..jom join (^_^)

    ReplyDelete
  15. mimpi kadang2 jadi realiti kan ..
    allah dah tetapkan takdir dalam kehidupan kita ni, sebab hidup kita, Allah yang pegang

    ReplyDelete
  16. mimpi indah itu bisa membuatkan kita hanyut..tapi semuanya sementara...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com