BLOG ENCIK SUAMI

Saturday, July 2, 2011

Seribu Impian


one thousand wishes. by ~iheartcolours on deviantART

Impian.

Berapa ramai antara kita yang ada impian? Tak beribu-ribu pun mesti ada satu impian. Kenapa kita ada impian? Untuk apa kita mengimpikan sesuatu? Macam mana pulak usaha kita untuk capai impian tu?

Selalunya impian kita adalah impian yang baik-baik. Nak capai kebaikan dalam hidup. Nak jadi lebih baik di masa akan datang. Ada ke yang mengimpikan keburukan? Mungkin ada segelintir yang jiwanya kacau, tanpa sedar mengimpikan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya dan orang lain. Contohnya, nak sesuatu yang buruk berlaku ke atas si polan bin si polan atau menjatuhkan si polan binti si polan. Hurmmm... Kalau ada antara kamu yang berimpian buruk macam tu, cepat-cepatlah lenyapkan impian tu. Tak baik untuk kesihatan (sebab nanti sakit hati memanjang).

Bila kita da letakkan satu impian dalam hidup kita, kenalah usaha sungguh-sungguh kan? Kalau usaha macam hangat-hangat taik ayam, memang tak tercapailah impian kita tu. Dan jangan lupa jugak, dah berusaha tu kena berdoa dan tawakkal kepada Allah. Sebab Dia je yang berkuasa untuk menjadikan sesuatu. Memang bahagia je rasa bila impian terlaksana. Tapiiiiii, jangan kecewa pulak bila impian kita tak tercapai! Kerana Allah Maha Mengetahui mana yang terbaik untuk kita...

Tercapai atau tidak impian kita, redha itu kunci kebahagiaan~

Iklan sat: Sape tak join GA lagi sila ke SINI, nak tengok senarai peserta lak lari cepat-cepat ke SANA. CiKaLi akan update 3 kali sehari katanya. So kalau nama belum ada tu, leh check lagi sekali beberapa jam kemudian yeeee.


25 comments:

Eera Shera said...

kita cuma mampu usaha. berjaya atau tak bukan kita yg tentukan rezeki kita kan :)

aimie amalina said...

hehehe..betol2..tapi kdg2 impian yg kita impikan itu sgt baek utk org, tapi tidak baik utk diri.erk..ape yg sy merepek ni..hahaha...suke entri ini =)

Подтверждаю said...

;)

udin said...

betui2x.. ceq suka aih entri nih.. yg ptg jgn putus asa dlm mengejar impian yg diidankan.. namun kalau x tercapai jgn frust lak.. segalanya atas ketentuanNya.. hehehe.. terbaik lah cik sunah.. ;p

Kalamhati said...

Dats rite!..ramai yg punya impian lain..tp Allah bg sumting yg lain..bila kita pk balik..mmg itulah yg terbaik utk kita ekceli kan..=)

sergeant keroro said...

man propose, Allah dispose :)

Pojiekyra said...

akak, impian kyra banyak nie :
1 - nak dapat lulusan tinggi
2 - nak keja tinggi
3 - nak bantu makbapak g haji
4 - nak kawen..!!

agak-agak2 tercapai x impian kyra sumew nie kak :D

nuruashia ♥ said...

betul tuu kalo impian xditunaikan jgn give up huhuh..

btw, spek tu kak limah pakai sje2 jeee...xde power ppon wakakakka

JIJI YU said...

aku bertawakal je pasal GA tu.impian aku dapat le baju jepun tu..leh jugak bagi kat pelangi...

Iffah Afeefah said...

impian je tak akan tercapai tnpe usaha dan ketentuan Ilahi

Cik Aqilah Wardah said...

"redha itu kunci kebahagiaan.."

insya Allah.. tQ ^_^

G3-lina said...

saya ada impian!! impian utama nak balas jasa my parents walaupun rasanya takkan terbalas! huhu

::blog anak jawer:: said...

kita merancang... tapi semua ALLAH yg tentukan... pasang impian tu satu langkah pertama untuk berjaya...

-Yok mampir diluk = ”siapa mak ayah saya”...

waveX said...

:-)

Kak Aya said...

kak aya pun punya banyak impian tp tak ada lah sampai seribu impian he he...

Luq At Your Words™ said...

impian bleh mmbwa kpd kjayaan..:)\

dgn niat yang btul :)

Fasihah said...

ada kata-kata gantungkan impianmu setinggi langit agar tercapai setinggi awan ke apa entah...tak salah kalau impian itu baik kan....redha Allah perlu kita cari...

niena shopping2u said...

1.tanam impian
2.Usaha
3.doa/tawakal
4 jgn kecewa jka gagal, psti ada yg lebih baik dri tu ^.^

Aretikz said...

dont ever worry if u dont hit the moon coz u can hit the stars.. ^_^

sumaiyah mokhtar said...

semoga segala impian kamu tercapai :)

mohd zhafri said...

den ado impian...tapi,..................huhu

Alexandriana Alia said...

aku ada banyak impian. paling utama semua berkisarkan keluarga. sudah tentu yang baik-baik sahaja.

siapa yg impikan buruk2 untuk hidup org lain mmg ada masalah hati agaknya.

tiefazatie said...

insyaallah..mudah2an..

btw..ifa tag kamu..

http://tiefazatie.blogspot.com/2011/07/saya-nak-ga-dari-korea-dan-bandung.html

tq!

mas saari said...

moga semua impian sunah tercapai!

NuSaNa NoSa 91 said...

bila dlm marah, kdg2 kena hasut gak letak impian yg jht2 kt org lain.. huhu~ T_T

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.