BLOG ENCIK SUAMI

Wednesday, August 31, 2011

Penat Beraya... Dan Iffah Juga...

Penat.

Baru sampai rumah. Pagi sampai petang beraya dengan kawan-kawan. Ade dalam sembilan rumah. Malam lepas Maghrib gi beraya dengan family pulak. Ade dalam lima rumah. Okeh...baru sikit tu pun da penatttt! +_+ Mak lak bersemangat habis. Kalo dulu-dulu dia la yang paling cepat nak balik rumah sebab penat. Kali ni tak terlawan pulak dengan semangat mak. +_+

Tadi pagi dalam 11 lebih Iffah ade kol, tapi tak perasan. Try kol dia banyak kali lepas tu. Dalam kul 2 lebih, baru dapat kol dia balik. Suara dia macam lepas menangis. Lemah aje. Tanya dia, ok ke... Dia kata muka pedih. Eh, pedih lagi ke?

Rupanya doktor siat lagi kulit muka Iffah. Kali ni doktor tak suntik bius. Tak macam hari tu. Doktor bagi ubat tahan sakit je, tapi tak banyak. Kesian Iffah... Dia sampai takleh nak cakap ape dah masa ujung-ujung kol tu. Adik dia cakap, Iffah nangis. T_T

Iffah, kuat lah dear... I nak raya umah u nanti!


Tuesday, August 30, 2011

Kata-katanya Buat Hati Sebak di Pagi Raya...

Got a Feeling by *baileysmomentsintime on deviantART

Entah kenapa...hati rasa sebak sangat.

Air mata menitis bila dengar kata-kata Nek Usu tadi. Nek Usu adik ipar arwah nenek. Memang rumah Nek Usu akan jadi tumpuan keluarga di pagi hari raya setelah arwah atok dan nenek saya meninggal dunia. Jadi lepas solat sunat hari raya, kami akan berkumpul kat rumah Nek Usu.

Masa nak balik dari umah Nek Usu, gi salam-salam, cium-cium pipi sambil peluk dia dulu. Masa tu la Nek Usu peluk erat sambil berbisik kat telinga...

"Kalau dah ada, jangan tunggu lama-lama... Nanti Nek Usu tak sempat nak tengok..."

Allah...

Hati saya tersentuh.

Insya'Allah Nek Usu... Doakan cucu Nek Usu ni...


Selamat Berkunjung Raya... Nak Kek Lapis Takkkk???


Sila-sila...

Nak resepi?

Gi jenguk Selera Sakura~

Selamat menjamu mata!!!


Salam Aidilfitri dari Perantau... T__T


Bebi Froggy menyampaikan Salam Aidilfitri dari kejauhan buat Papa Froggy dan keluarga serta Cici Wawa Maisara yang jauh dari mata... Dia mohon ampun maaf atas segala salah silap... Maaf sebab tak dapat 'pulang' beraya bersama-sama...



Monday, August 29, 2011

Eh, Ustazah! : Special RAYA Edition

Allahu Akbar... Allahu Akbar... Allahu Akbar...

Hari ini 1 Syawal. Ustazah dan adik kesayangannya, Amalina tengah bersiap-siap nak ke masjid untuk solat sunat hari raya. Kawan Amalina, Nurin dan Iffah da sampai awal pagi tadi untuk bergerak sekali ke masjid yang letaknya tak berapa jauh dari rumah ustazah.

Ustazah: Ina, pakai baju yang mana tu?

Amalina: Tak tau lagi akak... Huhu. Susahnya nak pilihhh...

Iffah: Ape susah-susah sangat, Ina? Pakai aje la baju raya! Kan da tempah awal dulu tuuu...

Amalina: Ermmm...

Ustazah: Ha...kalau Ina susah nak pilih, meh dengar ni...


Nurin: Haaa...pilih pakaian yang terbaik yang Ina adeee~

Amalina: Alhamdulillah... Ok, ok... Ina nak pakai jubah ni. Hehe...

Iffah: Cantik, cantik! Cari-cari jubah ni...dah mandi ke Ina ni, ustazah?

Amalina: Eyyyyyyyy, dah lah! Ina siap mandi sunat hari raya tau!!!


Ustazah: Ehehe... Dah, dah... Cepat sikit! Kang tak dapat duk dalam, tak clear khutbah kang...

Nurin: Erkkk! Takmooo, nak duk dalam!

Ustazah: Ha...suh Ina tu cepat sikit. Lepas tu kita jamah makanan sikit sebelum gi masjid.

Iffah: Kene makan ke, ustazah?

Ustazah: Sunat makan sebelum ke masjid pada hari raya, untuk menutup sangkaan bahawa hari ni dibolehkan berpuasa. Kan hari ni hari haram puasa... Lagipun, Rasulullah pun buat, kita pulak ikut sunnah baginda~


Iffah: Oooo... Macam tuu... Patutlah ibu suruh makan tadi~

Setelah Ina siap, mereka menjamah sedikit makanan sebelum berjalan kaki ke masjid.


***

Dalam perjalanan...

Nurin: Ustazah! Saya lupaaaaaaaaaaa....

Ustazah: Haa? Lupa apa, Nurin? Sempat balik nak amek lagi ni.

Nurin: Errr... Lupa macam mana nak solat sunat hari raya. Huhuhu.

Ustazah: Owhhh... Saspen la kamu ni, Nurin. Hehehe... Macam ni...

Lafaz Takbir:

اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

Niat Solat Sunat Aidilfitri:

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama: Takbir 7 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan doa iftitah. Kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat kedua: Takbir 5 kali (setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar) dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.

Iffah: Alhamdulillah... Saya pun ingat-ingat lupa tadi!

****

Selesai solat sunat hari raya, mereka bersalam-salaman dengan jemaah masjid sambil mengucapkan tahniah antara satu sama lain atas kemenangan di Aidilfitri.


Amalina: Taqabbalallahu minna wa minki akak... Ina minta maaf atas salah silap Ina kat akak...

Ustazah: Akak pun minta maaf jugak, Ina... Taqabbalallahu minna wa minki...

****

Nurin: Ina, jom datang rumah saya nanti! Mak Yam masak kuah kacang kesukaan Ina~

Amalina: Wahhhhh~ Mestilah saya datang! Ziarah menziarahi masa hari raya kan sunnah baginda juga~

Iffah: Lepas tu datang umah saya pulak!

Ustazah: Hehehe...jangan lupa datang rumah Ustaz Fakhrul, dia jemput semua datang petang nanti, kan?

Amalina: Ha'ah lah! Alhamdulillah akak ingatkan! Nanti petang kita gi umah Ustaz Fakhrul ye~ Esok gi umah Pak Cik Mat pulak~~~~


Ramadhan telah pergi meninggalkan kita. Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan bagi mereka yang mengisi Ramadhan dengan amal ibadah kerana Allah. Biarpun Ramadhan telah berlalu pergi, teruskan amalan yang telah dibina sepanjang bulan keberkatan itu, biar kita menjadi hamba yang sebenar-benar hamba. Pada hari yang mulia ini juga, eloklah kita saling bermaafan dan melupakan segala kesilapan lalu... Semoga Aidilfitri kali ini membuka lembaran baru dalam hidup kita semua.

Salam Aidilfitri daripada Ustazah dan keluarga... Maaf zahir batin atas segala salah silap sepanjang berkongsi di dunia maya. Moga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu semua... Ameen.


Ku Pohon Keampunan...




sayang di hari yang mulia ini
ku pohon keampunan
hanya satu yang ku pinta
pulanglah...

termenung ku sendiri
memendam rindu tidak menentu
kasih suci murni yang kita bina
hapus hancur oleh kata fitnah

di pagi hari raya
hati sayu mengenang dirimu
mudahnya kau menggantikan diriku
seolah cintaku tak berharga

apakah suratan
aidilfitri suatu titik akhir
sekian lama bercinta
kau tiada di hari mulia

keampunan ku pohon
sekiranya aku yang berdosa
pulanglah ku merindui mu sayang
ku menanti dengan hati rela

apakah suratan
aidilfitri suatu titik akhir
sekian lama bercinta
kau tiada di hari mulia

keampunan ku pohon
sekiranya aku yang berdosa
pulanglah ku merindui mu sayang
ku menanti dengan jiwa raga

pulanglah ke pangkuan ku oh sayang
ku menunggu mu di hari raya

- Aishah - Pulanglah -


Selamat menyambut 1 Syawal semua...

Ampun maaf zahir dan batin andai ada salah dan silap diri sepanjang kita mengenali antara satu sama lain di dunia maya dan juga dunia realiti...

Taqaballahu minna wa minkum!


P/S:
Sedih kan lagu ni?
Mode jiwang menjelang raya...
Kalau ada Iffah, mesti dia komen laju-laju! T_T


Sunday, August 28, 2011

Iffah Dah Jadi Putih...

Petang tadi, nak dekat waktu berbuka, Iffah mesej lagi.

Dia kata dia da putih. Doktor da siat semua kulit yang terbakar kat muka Iffah. Nguuu. Mesti pedih, Iffah pun kata pedih. T_T

Saya mintak gambar, sebab jeles dia da putih. Dia cakap hendset dia takde mms. Huhuhu. Boleh pulak saya suh dia mintak doktor yang siatkan kulit muka dia tu tolong mms kan gambo. Leh la dapat nombor tepon doktor tu sekali untuk Iffah. Erkkk! Tak sesuai eh gurau camni? Nak bagi dia gelak... T_T

Then dia cakap ade gambar, tunggu kejap dia nak send.

Dia send guna nombor kakak dia. Berdebar tunggu gambar Iffah. Bila da dapat gambar tu, betul la bak kata Iffah. Mata dia bengkak. Sebab tu dia banyak taip typo dalam mesej. Takleh nak buka mata sangat. Taip dan baca mesej banyak-banyak buat mata dia rasa sakit. Doktor bubuh eye more dalam mata, mata jadi berair-air.

Iffah suh letak gambar dia. Tanya dia, betul ke nak letak. Sebab sebelum ni Iffah takmo tunjuk muka dia kat blog. Dia cakap kali ni je, nak bagi tunjuk beza muka sebelum dan selepas eksiden semalam. SEMALAM...baru lagi rupanya semua ni berlaku... Allah, Allah...

Ni gambar Iffah...


Bila tengok gambar Iffah dengan tiffinbiru Atok Gebu, saya rasa sangat sedih. Iffah sangat ceria orangnya. Dalam keadaan sekarang, Iffah sangat lemah dan perlukan sokongan semua...doakan dia ye kawan-kawan...

Untuk yang ringan tangan mahu membantu Iffah dan keluarga, sumbangan boleh dibuat melalui "Sumbangan Kilat Untuk Blogger Iffah Afeefah".

Rindu sangat dengan Iffah...!

P/S: Jom geng Mini Gath, kita raya umah Iffah nanti! Jiji nak ikot kan?


Iffah Raya kat Seremban

Malam tadi dalam 11.30 Iffah ada mesej, mintak tolong bacakan al-Quran untuk dia sebab dia takleh tido. Tapi masa tu, saya da tido, sahur pagi tadi baru baca mesej dia. Kesian Iffah, katanya dapat tido, tapi mimpi eksiden.

Tadi bercakap dengan Iffah lagi.

Dia kata doktor baru lepas siat kulit yang terbakar kat muka dia. Baru siat satu. Rasa pedih. Doktor akan siat lagi dan lagi nanti. Adik Iffah kata mungkin kena buat plastic surgery, tapi yang tu tak confirm lagi. Masa bercakap dengan dia tadi, Iffah tengah tunggu doktor nak cuci lutut dia pulak.

Tangan kanan dengan kaki kiri Iffah luka terbakar tapi tak teruk sangat. Cuma, tangan kanan Iffah melecur sampai doktor cakap kena selalu gerak-gerakkan. Takut nanti sel tangan mati kalau tak gerak-gerak. Iffah cakap da banyak kali kena suntik kat tangan dia. Sakit. Iffah kata lagi empat hari baru doktor bagi keluar wad. Jadi raya ni Iffah beraya kat Seremban. Sebagai pesakit kat hospital.

Kita semua doakan Iffah kuat ye. Masa ni la dia sangat-sangat perlukan kata-kata semangat dari kawan-kawan semua. Walaupun mungkin hanya kenal di alam maya, ikatan yang terbina sesama kita semua la yang boleh membantu agar Iffah jadi lebih kuat untuk teruskan perjuangan dia melawan rasa sakit dan lemah.

Untuk yang nak bagi sumbangan dan kata-kata semangat buat Iffah, boleh ke SINI.

Hanya Allah yang mampu membalas jasa kamu semua...


Saturday, August 27, 2011

Sumbangan Kilat Untuk Blogger Iffah Afeefah

Kepada sahabat-sahabat blogger dan pembaca yang ingin menghulurkan sumbangan buat Iffah dan keluarganya, bolehlah menyumbang ke akaun CIMB ibu Iffah:

Puan Latifah Mohd Isa - 14350069250524

Moga dengan sumbangan ni boleh membantu Iffah dan keluarganya menjelang perayaan yang hampir tiba ni...

Terima kasih juga kepada sahabat blogger yang buat entry tentang Iffah...

plan no 538~~ Doakan Iffah Afeefah Semua:"INVASION" PLAN!!
Hidup Itu Indah: Tolong Doakan Iffah
Doakan Iffah cepat sembuh ye kawan2! ~ ~..Lesung Batu..~
Gua Nak Kita Semua Tolong Member Gua | Kirin Selama Perak
mrs secretary: sumbangan ikhlas untuk blogger Iffah Afeefah
Dapur Tanpa Sempadan...: SYUKUR ALHAMDULILLAHH...DERMA KILAT.
SEMOGA CEPAT SEMBUH IFFAH!! | [ kAtEk ]
Ya allah selamatkan kak ngah iffah afeefah | Suhaili Sarif
~Life Must Go On~: Iffah.. Kuatkan semangat tau!!!
Santai Bersama BEN ASHAARI: Rakan blogger memerlukan sokongan anda ..
(。♥‿♥。) mAsZuLL (。♥‿♥。): Doa Buat Blogger Iffah Afeefah Sihat Dan Selamat....

juga yang share kat FB dan yang lain yang saya tak dapat trace...

Iffah terharu dan ucapkan terima kasih. Dia sekarang ditahan kat Hospital Tengku Jaafar, Seremban - Wad 8B. Kawan-kawan semua boleh wish dan bagi dia kata-kata semangat kat wall FB dia atau fanpage Blog Buta+Pekak+Bisu=CINTA kat Facebook.

Guys, you all blogger yang baik kan? Please... I beg you, bagi dia kata-kata semangat...

Doakan dia dapat tidur...

Kuatlah Iffah...kitorang semua sayang you!


Alhamdulillah, Iffah Da Sedar [UPDATE: Sumbangan Untuk Iffah]

Baru lepas kol Iffah.

Alhamdulillah, dia da sedar. Dia ok, muka dia melecur, rambut dia terbakar. Dia masih kat Hospital Seremban, tak tau lagi bila boleh keluar.

Dia sempat lompat keluar dari tingkap kereta yang pecah sebelum kereta meletup. Si Merah Asus dan Maria Si Proton Wira semua da takde. Sempat lagi dia bergurau, "dah takleh online dah..." sambil tergelak kecil.

Hurmmm... Sedih bila mengenangkan sahabat sendiri yang sangat rapat dengan kita ditimpa kemalangan menjelang perayaan. Harapnya sahabat-sahabat pembaca yang lain semua berhati-hati di jalan raya bila pulang ke kampung.

Moga Iffah cepat sembuh.

UPDATE:

Kepada sahabat-sahabat blogger dan pembaca yang ingin menghulurkan sumbangan buat Iffah dan keluarganya, bolehlah menyumbang ke akaun CIMB ibu Iffah, Puan Latifah Mohd Isa (14350069250524). Moga dengan sumbangan ni boleh membantu Iffah dan keluarganya. Terima kasih.

UPDATE:

Entri Sumbangan Kilat Untuk Blogger Iffah Afeefah | Sunah Suka Sakura dot com
Entri Iffah Raya kat Seremban | Sunah Suka Sakura dot com

Jom bantu Iffah!


Doakan Blogger Iffah Afeefah

Dapat mesej dalam inbox. Ada voicemail. Satu miskol. No Iffah. Kol voicemail.

"Assalamualaikum. Ni ibu Iffah. Nak bagitau, Iffah accident. Sekarang dia kat Hospital Seremban. Kereta dia terbakar habis."

Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun.

Doakan Iffah. Moga semuanya selamat.


Nak Dibuang Sayang, Nak Dimakan Pahit? Apa Tu???

Semalam borak-borak dengan Puteri Katek. Dalam borak-borak tu dia sebut ayat kat atas ni. Woooo~ Bermadah pujangga pulaksss dak kecik ni. Macam mana boleh terkeluar ayat tu? Leh rujuk entri Puteri Katek yang ini --> NAK BUANG SAYANG, NAK MAKAN PAHIT..

Nak dibuang rasa sayang... Nak ditelan rasa pahit... Rasa-rasa kamu ibaratnya macam ape eks?

Adakah itu cinta?

Bak kat orang, cinta itu menyakitkan. Kerana sakitnya bila bercinta, segala yang pahit itu sangat susah untuk ditelan. Kerana manisnya juga bila bercinta, segala yang manis itu sayang pula untuk dibuang. Kerana rasa itu, jadilah manusia sebagai pencinta yang setia. Biar dilanda ombak badai menggunung sekalipun, tetap cinta selamanya.


Subhanallah... Indah kan rasa cinta yang Allah tanam dalam hati-hati manusia? Cinta kepada Allah, cinta kepada Rasul, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada diri sendiri, cinta kepada manusia, cinta kepada makhluk lain...

Lagi indah kalau cinta itu didasarkan kerana Allah.

P/S: Cinta di Aidilfitri...tentu lebih banyak kisahnya.


Friday, August 26, 2011

Sampai NaNefined Pageviews Dia !!!


Terkejut saya!

Baru nak buat terapi senaman mata tengok pageviews dia yang mengalahkan jarum saat jam digital tu.

Tak berpeluang lah pulakkkkk.... T___T

Sebab ramai sangat kot no... Hahaha~

P/S: Risau... Moga selamat sampai...


Ini Bukan Cici Ye...


Ini Jompot. Anak Mitchi.

Dia mengada jugak macam Cici ke?

Mungkin lebih mengada, sebab nak suh kita buat Kek Lapis Tembikai Susu tu.

Meh tengok yang dah siap kat SANA~~~

P/S: Eh, Ustazah! bercuti.


[Untitled Post]

Hari ni tak boleh senyum.

Hari marah sedunia.

Buat kek sambil marah.

Okbai!

#bibir kering secara maksimum sampai tahap kalau senyum akan terkoyak dan berdarah. sekian.


Dah Tua Dah Dak Mucuk!

Kepada pemilik Lesung Batu...


Selamat Hari Lahir~

Moga jadi hamba Allah yang memberi manfaat kepada orang lain...
Sentiasa dalam lindungan dan jagaan Dia...
Hingga tiba masa untuk bertemuNya kembali...
Ameen...

Sayang awak ketat-ketat~~~

Nah kek untuk awak...

Star Rainbow Cake by ~Glowpr on deviantART

P/S: Pelangi mesti ada... :p


Dugaan Bila Balik Rumah...

Yew and snail by ~Dunadan-from-Bag-End on deviantART

Bila balik rumah...

Internet macam siput. Bak kata Cikali, kesian siput. Aiyakkk! Nak buat macam mana, internet tu slow...lembab...macam siput la kan? Ke salah? Errr...

So, nak online pun kena tunggu time laju. Kalau nak blogwalking pun kene pilih masa yang sesuai. Macam pagi tadi, lepas Subuh laju la jugak internet. Huhuhu... Lepas tu, nak online pun kene kurang-kurangkan penggunaan applications, tutup Skype, YM sume...ggrrrr... Cehhh, macam la selalu online YM kannn... :p

Pelik betul lah, dulu laju je berukband biru ni, lama-lama jadi tak laju pulak. Makin kurang lak coverage dia, nape eks? Dah pindah pencawang ke ape???

Ggggrrr...

P/S: Oh, bibir... Kenapa gatal-gatal?


Thursday, August 25, 2011

Ada Orang Rindu Pada Papa Bennn...


Amek kat entri NI

Dia kata dia rindu pipi telur dan lesung pipit Papa Bennn...

So, kite letak gambo kat sini ye Papa Bennn... :p


Cemburu vs Dengki


jealous by *kanikey on deviantART

Ya, ada yang komen mengenai dengki yang positif.

Dengki yang positif? Ade ke? Menurut yang saya fahami dan merujuk kepada PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu), yang positif yang kamu maksudkan itu adalah cemburu atau iri hati.

Cemburu menurut Kamus Dewan Edisi Empat, maksud yang pertama membawa kepada "iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll)." Ya, yang ini ada positif dan negatifnya. Cemburu bila melihat orang lain lebih berjaya, menyebabkan dia berusaha untuk berjaya juga macam orang tu. Cemburu melihat orang lain dapat nombor 1 dalam kelas, menyebabkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk dapat nombor 1 jugak. Cemburu berbeza dengan dengki.

Dengki pulak menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua membawa maksud "tidak suka, marah dll kerana cemburu; benci kerana terlalu cemburu; iri hati", manakala hasad dengki dalam Kamus Dewan Edisi Empat pulak bermaksud "dengki, cemburu (disertai niat jahat)."

Nampak kan bezanya? Cemburu tu bila da jadi terlalu-lalu berat akan menyebabkan lahirnya perasaan dengki. Bila da dengki, muncul rasa nak jatuhkan orang lain. Itu yang dinamakan niat jahat.

Jadi, takde dengki positif. Yang positif itu cemburu.


Cuka Dengki


Jealousy... by ~achewlim on deviantART

Malam tadi tengok Kias Ramadhan kat TV3 lepas drama Ramadhan Terakhir.

Menarik gak Kias Ramadhan ni. Suka macam mana Zainal Ariffin buat kesimpulan kat hujung-hujung setiap babak. Ayat yang dia guna tuuu, buat semua orang berfikir. Ayat power mengalahkan Karam Singh Walia sudahhhh~ :p

Macam malam tadi, ade satu babak tentang dengki. Kisah dengki-mendengki peniaga murtabak kat Bazar Ramadhan. Sampai siap jumpa bomoh nak jatuhkan orang lain. Medium yang digunakan sebagai pengantara? Cuka.

Cuka rasanya masam. Cuka banyak gunanya dalam makanan. Cuka kalau guna dengan betul akan menyedapkan makanan. Tapi cuka...kalau terlebih campur dalam makanan, rosaklah makanan tu.

Kalau dengki???

Dengki kalau campur sedikit pun dah merosakkan kehidupan manusia. Takde istilah guna dengki dengan betul dalam hidup manusia ni. Dengki memang sah-sah perbuatan yang tak disukai oleh Allah. Sebab dengan dengki lah manusia berpecah-belah dan saling menjatuhkan. Bertambah buruk bila perbuatan dengki-mendengki ni adalah bila mereka yang mendengki mengajak orang lain turut sama mendengki. Macam mana tu?

Fikir-fikir sendiri ye~~~

Kamu yang membaca ni, hati-hati lah ye... Takut terikut orang-orang yang mendengki...kang tak pasal-pasal kaki kamu tertarik ke dalam neraka sekali!


Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #22: Awalnyaaaaaaaa Dapat Duit Raya!!! ^^





Lintas Lansung Dari Sedenak... Eh, Bukan!


Bukan Sedenak yee...

Pengsannn PCM kalo saya gi sedenak time-time camni. Ye lahhh... Dia kan sibuk nak mengukis... melapisss... merendang... melontong... Ahaha~

Sebenarnya sekarang ni kat LCCT KL, tengah tunggu flite ke Sarawak petang ni. Saya da on the way balik untuk bercuti hari raya. Sila jangan jeles ye semua orang~~~ :p

Tak sabar nak sampai Bintulu... Boleh berbuka awal. Opssss~ Guro saje... Sila jangan jeles lagi sekaliiii~~~

Selamat mengukisss ye semua oranggg~~~

P/S: Final Destination 5 best.


Wordless Wednesday #21: Cornflakes Suka Sakura



Terima kasih... :)


Tuesday, August 23, 2011

Mengantok Lagi Keee???


Aidan yawning by ~PrimalOrB on deviantART

Ape kes la si jeneral ni asyik publish entri pasal mengantok aje memanjang ye? Macam tak ade idea lain dah selain dari perihal dia mengantok tu. Ingat orang nak baca ke pasal mengantok ni? Baik diorang baca benda lain yang lagi best, lagi banyak info, lagi banyak gossipppppp, takat entri mengantok...huk aloh!

Bukannn... Siyesly jeneral mengantok yang amattt... Pening kepala sudah. Nak submit journal kat supervisor sat, lepas tuuu...tido boleh? Aiyakkk!

Sebab tu la kannn orang dalam majalah RAPI kata, tido kena cukup. So nanti badan pun takde la lemah dan lesu semacam aje. Tido yang cukup jugak membantu dari segi tumbesaran...eiks??? Tumbesaran ape? Tumbesaran kulittt... Eh, ade pulak kulit bertumbuhbesar... Sebenarnya tido yang cukup membantu sel kulit mati kita bersalin (bukan beranak) di malam hari. Kalau kita tak tido pada masa yang sepatutnya, jadi kulit takleh la nak bersalin...so wajah pun jadi kusam semacam ajeee...

Okehhh, lepas ni sila tido secukupnya, jangan tido berlebihan pulakkk~ tu lagi melesukan!

P/S: Mengantok tunggu download fedora... =.=


Cici: Nah, Upah Untuk Kamu!



Disebabkan dia rajin teman tuan dia melapis kek sampai jam 3 pagi...

So, dapat la upah muffin strawberry dalam cup yang comel ni...

Sape yang bagi cup comel ni eks? Lalala~

P/S: Nak tengok Kek Lapis Oreo da siap? SANA, SANA!


Nak Tulis Kad Raya...


Erkkk!

Kul 1 pagi nak tulis kad raya...

Sekarang ni da tak banyak da orang tulis kad raya kan? Tak macam zaman dulu-dulu. Kalo dulu, kad raya tu boleh buat bangunan Petronas Twin Tower disebabkan jumlahnye yang begitu banyak. Mana tak nye, dalam setiap kad raya mesti ade pantun ni...

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Habis baca,
Harap balas.

Maka berduyun-duyunlah yang menyanggupkan diri untuk memberi dan membalas kad raya, takot-takot kang gelas yang nak dipakai masa raya terpecah sebab tak balas kad raya kengkawan. Eh, mana ada... Sebenarnya berbalas-balas kad raya tu time kecik-kecik dulu adalah satu hobi yang dikongsi bersama rakan-rakan sebaya. Bila tiba hari raya, semua pakat tayang kad raya sape paling banyak. Boleh dikira dari yang digantung-gantung kat siling dengan yang ditampal-tampal kat dinding-dinding rumah. Kalo tak cukup, tambah lagi dengan sampul duit raya pulakkkk~

Sekarang... Facebook ada, SMS ada, E-Mail ada... Budaya kad raya da kurang sikit berbanding dulu. Tapi still ada jugak yang guna kad raya untuk wish hari raya dan minta maaf zahir dan batin. Lebih nostalgia bak kata diorang... Bukti masih ada yang guna kad raya adalah bila saya dapat beberapa kad raya daripada Kak Ayu, Kak Mas dan Umie.

Saya pun nak tulis kad raya ni... Disebabkan Ezahd Kochek dan Aimie Amalina Azman da meneka dengan tepat dan cepat Kek Lapis Oreo tadi kat FB dan kat komen entri, silalah PM alamat rumah ke inbox FB ye... Terima kasih~


Apakah Ini? Cepat Teka~~~!!!



Amende lak ni???

Sape dapat teka paling cepat dan tepat dapat kad raya...

P/S: Cici da tido... Nampaknya dia lagi penat dari tuan dia... Dia betina ye...


Monday, August 22, 2011

Pelik Bebenor Aktiviti Diorang Ni...


Jeling-jeling Kelopak-kelopak Sakura sambil pikir-pikir nak tulis ape...


Pelik menengok tajuk entri diorang ni... Ape diorang ni da berpakat ke nak buat tajuk macam nak dekat-dekat aje... Ade perkataan "pelik", ade perkataan "aktiviti" yang lebih kurang macam "ekitibiti" la jugak. Macam da janji awal-awal aje... Tapi tak la awal sangat, jarak entri jauh-jauh tuuu... Haishhh... Pelik, pelik...

Okehhh... Sebenarnya, tak tau nak update ape... Otak da tepu melapis kek... Sekarang pun tengah melapis lagi... Ade sape-sape lagi nak teman melapis selain Cici?


Cici : Model Helmet La Pulakkk...



Last-last, dia jugak lah yang teman saya duduk tepi oven sampai sekarang ni...

Terima kasih Cici... Sayang dia lebeyyy~~~

P/S: Owhhh, gambar dan ayat dalam entri tak berkaitan...


Sunday, August 21, 2011

Kerana Sakura Itu...


Cherry Blossoms 1 by ~juju--juju on deviantART

Sakura...
Di hujung dahan
Memekar indah
Menebar pesona
Melintuk ayu
Ditiup sang bayu

Sakura...
Diam saja di atas pohon tinggi
Merenung langit yang hitam kelam
Terkenang-kenang kisah samurai
Yang dahulunya menjadi lagenda
Sepertinya kini sakura ada dalam kisahnya

Sakura...
Begitu banyak samurai yang ingin menjaga tamanmu
Menghulur tangan, menabur bakti
Menjaga pohon yang telah sekian lama berdiri
Sedang dulu pohon sakura sendiri...

Namun...
Kini sakura sudah punya samurai
Samurai setia dengan pedang terhunus
Tak memungkinkan kuntuman sakura
Untuk menerima lagi samurai lain
Bagi menjaga taman larangan...

- kerana sakura itu sudah memilih samurainya... -


Haruskah Engkau dan Aku Sama...?


Klik header untuk terjah blog Ibu Gebu

Suka tagline ni~ Cam menjawab puisi Dunia Kita Berbeza... tadi~ :)


Dunia Kita Berbeza...



Aku kira...
Hanya aku yang merasa
Dunia kita berbeza
Rupanya kau juga
Melihat yang sama

Kau kata...
Langit dan bumi itu kita
Jika bumi itu aku
Engkaulah langitnya
Jika langit itu aku
Engkaulah buminya

Sejujurnya...
Aku pernah merasa
Di mataku kau manusia hebat
Sedang aku hanya sekuntum sakura
Kau begitu melangit tinggi
Sedang aku masih di bumi
Rasa tidak betah untuk berdiri
Disamping insan yang memiliki hati
Lalu terluahlah dalam Langit Itu
Segala rasa yang terbit di perdu jiwa...

Namun ada suara yang berbisik
Agar aku terus kuat berdiri
Hanya kepadaNya aku meminta
Biar apa pun yang terjadi
Langit dan bumi akan menyatu
Bukan sahaja dalam illusi
Malah juga dalam realiti...

Insya'Allah...


Kak, Akak Buat Perisa Apa?


Ohhhh, besarnye gambar kek lapis ni~

Soklan ni selalu saya dapat bila buat kek lapis.

Aiyakkk... Sebenarnya kannn, saya akan rasa sangat pelik dengan soklan ni. Tak reti nak jawab.

"Errr...peliknya soklan kamu tu..." sampai terkeluar dari mulut macam ni. Hahahaha~

Okehhh, selalunya orang kat Sarawak akan tanya macam ni...

"Kak, akak buat kek lapis ape?" Eh, dalam bahasa Sarawak la ye. Ni translation je... :p

Sebab kalo nak sebut perisa, ada terlalu banyak perisa dalam satu kek lapis. Nape banyak? Sebab ade rasa horlick, ade rasa susu, ade rasa telur, ade rasa vanilla, kadang-kadang ade rasa seri kaya, coklat, panda (hoh??? PANDAN okehhh!), strawberry dan banyak lagiiii~

So, memang susah nak jawab soklan tu. Kadang-kadang pada nama kek lapis pun da ade satu perisa yang akan mendominasi. Contoh: Kek Lapis Blueberry Cheese, Kek Lapis Strawberry, Kek Lapis Pandan Choco Berry... Tapi, ade gak yang tak menunjukkan perisa dalam nama kek lapis. Contoh: Kek Lapis Evergreen, Kek Lapis Osama Laden, Kek Lapis Lanina, Kek Lapis Selendang Mawi, Kek Lapis BERSIH 2.0...ehhh, ade ke??? Ok gak kan kalo wat kek lapis kaler kuning, perisa lemon, letak nama tuuu... Hahaha~

Aiyakkk...loyar buruk sudah. Ok, ok...nak pi tengok kek lapis dalam oven. Daa~~


Dia Menulis Sajak Sunah Sakura Untuk Saya... T____T


Bukak FB pagi ni, da ade sesuatu yang mengejutkan kat wall dan inbox FB. Errr... Kerana entri Dia Yang Memanggil Saya Sakura... Saya dapat sajak ni... T____T

Sunah Sakura

Lirihan baldu lentur senyummu
Gersik semadu engkaulah sakura

Cuitan embun dibenak mekarmu
Menyapu lembut indahnya wajahmu

Waktu kau luahkan segala rasa
Langsir malam menjadi bisikan mesra
Dan hadir bayangmu dalam sukma
Itulah mahkota yang tersimpan
Dalam rindu bernyawa

Curahan senja menyinar warnamu
Indah wajahmu penawar jiwaku

Bisikan bayu di alis suaramu
Merdu selunak damai samudera

Biarkan malam hadir dengan gemintang
Pastinya ia adalah hiasan kembang
Sekuntum sakura paling indah
Ku panggil dengan lafaz Bismillah
Agar ia mekar berseri

Jelmalah kabus di ufuk matamu
Melabuh dingin alunan renunganmu

Melangsirlah pelangi bersama hijabmu
Menjadi tudung menutupi manja jemalamu

Engkaulah sunah pilihan hati
Engkaulah bunga pilihan mimpi
Dengarkan panggilanku buatmu
Sakura...

20 Ramadhan 1432 / 20 Ogos 2011

Terima kasih!

P/S: Terharu sungguh!


Saturday, August 20, 2011

Blogger Ini Belanja Saya Aiskrim... Waaaaaaaa~~~


Gambo Google

Lepas Subuh pagi tadi, sampai je kat rumah sewa, nampak da ade tetamu seperti yang dijanjikan oleh hosmet sebelum keluar rumah malam tadi. Bersalaman dan bertanya nama, kemudian sambung tido. Penat tak hilang lagi.

Beberapa jam lepas tu... Duduk depan netbook kat meja study. Nak bukak blog macam biasa. Ada beberapa entri autopublish pagi tadi. So, nak cek kot-kot tak terpublish macam yang dijadualkan. Masa nak cek tu lah nampak tetamu tu tengah buat ape ntah yang berkaitan dengan blog.

"Blogger ke?" tanya saya.

Dia da sengih. Hosmet berpaling.

"Akak, dia terkejut bila saya gitau akak ni Sunah Sakura."

"Erkkkk!"

Lepas tu bermulalah sesi jejak kasih. Dia rupanya tertanya-tanya bila nampak nama "Sunah" pada whiteboard kat ruang depan. Soalan yang bermain di benak fikiran tu diutarakan pada hosmet yang merupakan kawan dia. Apa yang bermain di fikiran dia akhirnya terjawab...

Heh.. Kecik kan dunia ni? Ni blogger kedua yang tido kat rumah saya lepas Iffah Afeefah. Iffah oiiii, dia student IPG Melaka gak yuuu~ Tapi amek kursus PAI. Terus saya tanya dia, kenal ke blogger Buta+Pekak+Bisu=CINTA? Ahahaha~ Dia kata macam pernah dengar... :p

Nak tau sape blogger yang tido kat rumah saya dua malam ni? Klik header kat bawah...

Klik la, klik la...

Dia belanja saya aiskrim malam ni... Jangan jeles... Terima kasih Ili~


Dia Suka Baca Entri Pasal Kahwin Aje...


www.desainkawanimut.com

Ish, ish, ish...

Nakal jugak dia ni.

Saya ingatkan dia suka baca entri yang macam mana lah...

Rupanya dia suka baca entri-entri pasal kawen je kat blog ni~

Entri-entri lain dia tengok sebelah mata ajeeee...kan kan kannn?

Nak tau sape dia yang kecik-kecik da geli-geli nak kawen tu?

Cer picit SINI.

Kamu-kamu lak? Suka baca entri ape? Sal kawen gak ke???

Moh le kita mengkawenkan entri ramai-ramai...


Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (21) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.