BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 11, 2011

Andai Hati Ini Boleh Dipegang...


Shell of a Butterfly by ~TheSaval on deviantART

Andai hati ini boleh dipegang oleh kita sendiri...

Tentu tak susah nak istiqamah kan? Tetap ajeee di jalan yang kita nak. Contohnya, kita letak kehendak kita untuk terus tutup aurat sampai mati, so kita pegang benda tu sampai mati. Takde da halangan-halangan lain dari luar. Da takde anasir-anasir dari syaitan untuk menggoda kita sebab kita je yang boleh pegang hati tu.

Tapiii...itu 'andai'. Hakikatnya, hati kita bukan kita yang pegang. Allah yang pegang. Mesti pernah bermain dalam fikiran kamu-kamu semua, kalau Allah yang pegang hati kita, kenapa tidak Dia tetapkan saja kita semua pada jalan Dia, biar semua orang masuk syurga. Takde yang jahat, takde orang buat dosa, takde yang masuk neraka. Kannn?

Sebenarnya, Allah yang Maha Berkuasa membolak-balikkan hati manusia punya sebab di sebalik setiap apa yang terjadi. Biarpun hati kita ni Dia yang pegang, tapi hati ni terletaknya dalam tubuh badan kita. Yang bergerak selepas satu keinginan dalam hati itu adalah kita. Yang memilih selepas diberi petunjuk oleh Allah itu, kita.

Bukan mudah untuk mencapai kedudukan di sebelah Dia di akhirat. Bukan mudah juga untuk menjadi hamba yang bertaqwa, yang mana hatinya sentiasa ingat akan Allah. Segala-galanya perlu pada usaha dari diri kita sendiri... Kerana Allah telah berpesan dalam al-Quran...


Sesungguhnya hati kamu itu sedang diuji, siapa yang kuat dan sentiasa meminta agar ditetapkan hatinya dalam iman, terus berada di jalan yang benar, insya'Allah akan Allah pegangi hatinya setimpal dengan usaha dan doanya.

Jangan lupa tawakkal~


15 comments:

Iffah Afeefah said...

entry i entry nadh ngn entry yu y ni mcm berkait..secara tk lngsung

terima kasih ats ingatan

sumaiyah mokhtar said...

nice entry :) love it :)

JIJI YU said...

hurm2..cam ingt je ayat tu

Dzarief Zuhdi said...

betol2.. pernah sertai daurah, dan dalam daurah tuh diajar manusia cuma ada pilihan, jadi pilih la yang terbaik.. :D

aimie amalina said...

=)
berdoa supaya hati kite tidak dibolak-balikkan kan =)

kura said...

like!

FaKArePa!n said...

memang senang la hidup ni kalau Allah dah tetapkan semua orang masuk syurga..

sergeant keroro said...

insyaAllah, semoga sentiasa teguh dan kental :)

Suhaili Sarif said...

Allah yang pegang hati kita dan hati dia
pohonlah pd Allah supaya apa yg ragu2 tu membawa ke arah kebaikan bkn pd keburukan

tb2 mcm x masuk komen ni.haha

::blog anak jawer:: said...

jaga lah hati.. jangan di kotori... kotor nya hati... habis semua nya...

qasehraihan said...

kekuatan dn kekentalan penting..

Luqeem™ said...

hati Allah yang pegang, tetapi kita yang mengawalnya..:)

sentiasa jaga hati..:)

Kalamhati said...

semoga Allah tidak membolak balikkan hati2 kita..
semoga Dia tetapkan hati kita.dan sentiasa pegang..agar kita tidak jauh dariNya..amin

Qaseh dalia adelia said...

tanpa ujian manusia akan alpa ... dengan ujian Allah sentiasa di rindui kerana ujian Allah memberi peluang pd hambaNYA

cik pulau said...

yang penting berdoa pada DIA..

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.