BLOG ENCIK SUAMI

Thursday, August 25, 2011

Cemburu vs Dengki


jealous by *kanikey on deviantART

Ya, ada yang komen mengenai dengki yang positif.

Dengki yang positif? Ade ke? Menurut yang saya fahami dan merujuk kepada PRPM (Pusat Rujukan Persuratan Melayu), yang positif yang kamu maksudkan itu adalah cemburu atau iri hati.

Cemburu menurut Kamus Dewan Edisi Empat, maksud yang pertama membawa kepada "iri hati (kerana orang lain pandai, berharta, dll)." Ya, yang ini ada positif dan negatifnya. Cemburu bila melihat orang lain lebih berjaya, menyebabkan dia berusaha untuk berjaya juga macam orang tu. Cemburu melihat orang lain dapat nombor 1 dalam kelas, menyebabkan dia belajar bersungguh-sungguh untuk dapat nombor 1 jugak. Cemburu berbeza dengan dengki.

Dengki pulak menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua membawa maksud "tidak suka, marah dll kerana cemburu; benci kerana terlalu cemburu; iri hati", manakala hasad dengki dalam Kamus Dewan Edisi Empat pulak bermaksud "dengki, cemburu (disertai niat jahat)."

Nampak kan bezanya? Cemburu tu bila da jadi terlalu-lalu berat akan menyebabkan lahirnya perasaan dengki. Bila da dengki, muncul rasa nak jatuhkan orang lain. Itu yang dinamakan niat jahat.

Jadi, takde dengki positif. Yang positif itu cemburu.


17 comments:

Salim Harmanain said...

sy xde awek so takde kejadian cemburu hehe ^^

shiema sufian said...

memang susah untuk hilangkan cemburu :D

meaw said...

cemburu ke arah kebaikan tape :)

nuruashia ♥ said...

aik..beza ke due tu???
oooo..bru kak limah paham :)

logorithm said...

Betul! I LIKE PRPM. :-)



Terbaru dari Logokoko:

[13SX] Ketiak

[U] Amoi comel

[U] Kentut durian

BeloG MTT said...

Cemburu yang buatkan kita lebih bersemangat dan membawa ke arah kebaikan tak ada masalah kan.. :)

::blog anak jawer:: said...

cemburu tu bagus... sebab boleh memotivasikan kita untuk berkerja dengan lebih kuat... tapi kalau berlebih-lebihan punye cemburu tu yg tak best...

kura said...

Oh okey. mknanya sy perlu cemburu dgn akak sbb bnyk follower. bkn dengki. eh! heheh

maszull said...

salam..hilangkn rasa cemburu ngan sebaik2nya...jgnlah ia menguasi hati n perasaan kita...:)

JIJI YU said...

aku le tu yg komen cenggitu..wakakak..dah agak dah ko kompom wat entry..

Iffah Afeefah said...

baikla sunah

ai mengerti

Oh Oeya said...

Segala yang baik adalah dari-Nya..
Berusaha menjadi lebih baik dari semalam..

Solihin Zubir said...

jauhi sifat dengki..
cemburu pula biar yg positif.. hee~~

sergeant keroro said...

dengki yang positif = cemburu la kan?

cemburu yang negatif = dengki kan?

haaa, camne ni kak sunah?

mcm ni lah said...

biase lah manusia tak lepas dari perasaan tak puas hati, bila tak puas hati mula ler rasa benci bila dah benci maka timbullah rase dengki,..
jom singgah ke blog saya ada pelbagai info2 terkini dari luar dan dalam negara,.
antara tajuk utama luar negara,
projek belon angkasa 2013, pengasas apple letak jawatan, nelayan temui ketam ganjil,
antara tajuk informasi dalam negara,
ketua wanita pkr gelugor peluk islam, bapa didakwa cuba sembelih anak, penoreh getah didakwa kerana bunuh bapa,. dan pelbagai lagi info2 terkini yg menarik,. jom terjah,..

FasiHaH SupiaN said...

ok..rasa macam kenaa.huhu tu lah tak fikir panjang tulis komen tadii

Muhd Sufi said...

nice!!

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (46) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.