Cuka Dengki

August 25, 2011


Jealousy... by ~achewlim on deviantART

Malam tadi tengok Kias Ramadhan kat TV3 lepas drama Ramadhan Terakhir.

Menarik gak Kias Ramadhan ni. Suka macam mana Zainal Ariffin buat kesimpulan kat hujung-hujung setiap babak. Ayat yang dia guna tuuu, buat semua orang berfikir. Ayat power mengalahkan Karam Singh Walia sudahhhh~ :p

Macam malam tadi, ade satu babak tentang dengki. Kisah dengki-mendengki peniaga murtabak kat Bazar Ramadhan. Sampai siap jumpa bomoh nak jatuhkan orang lain. Medium yang digunakan sebagai pengantara? Cuka.

Cuka rasanya masam. Cuka banyak gunanya dalam makanan. Cuka kalau guna dengan betul akan menyedapkan makanan. Tapi cuka...kalau terlebih campur dalam makanan, rosaklah makanan tu.

Kalau dengki???

Dengki kalau campur sedikit pun dah merosakkan kehidupan manusia. Takde istilah guna dengki dengan betul dalam hidup manusia ni. Dengki memang sah-sah perbuatan yang tak disukai oleh Allah. Sebab dengan dengki lah manusia berpecah-belah dan saling menjatuhkan. Bertambah buruk bila perbuatan dengki-mendengki ni adalah bila mereka yang mendengki mengajak orang lain turut sama mendengki. Macam mana tu?

Fikir-fikir sendiri ye~~~

Kamu yang membaca ni, hati-hati lah ye... Takut terikut orang-orang yang mendengki...kang tak pasal-pasal kaki kamu tertarik ke dalam neraka sekali!

You Might Also Like

28 Comments

  1. Dengki ni keadaan apabila diri kalah kepada diri sendiri. Apabila lihat orang berjaya, seharusnya kita berusaha lebih kuat untuk sama-sama atau lebih berjaya daripada orang lain, tetapi sebabkan diri sudah kalah kerana kelebihan orang lain menyebabkan timbulnya dengki.
    Ibarat hanya sekadar mengelakkan orang lebih daripada kita, timbulnya dengki hingga sanggup melakukan perbuatan yang menjatuhkan orang lain.

    ReplyDelete
  2. Dengki...memang bahaya sifatnya...apapun kita kena berhati2...

    ReplyDelete
  3. sy belum pernah berkesempatan utk menonton kias Ramadhan..tapi menarik kupasan yg awk buat ni..

    dengki merupakan salah satu sifat mazmumah..bila ssorg tu terjebak dgn sifat tak elok ni, boleh memusnahkan diri..boleh timbulkan pergaduhan, fitnah bahkan perpecahan..kuasanya sgt besar tapi perlulah dikawal dgn akal & ilmu..

    dengki utk hal yg baik cth nak berjaya lebih bersungguh2, kena usaha kuat tanpa niat jahat..baru hidup ada matlamat

    ReplyDelete
  4. dengki tu spt api yg membakar daun2 kering

    ReplyDelete
  5. dah buat wall post dah pn pasal budak2 dengki nih... haihh...

    ReplyDelete
  6. dengki.. besar maksudnya..
    tapi..
    kak pula terasa bab my sifu.. sedihnya saya

    ReplyDelete
  7. dengki dan manusia tak dapat dipisahkan..

    ReplyDelete
  8. betul tu!
    semakin maju dunia ni semakin banyak orang yang dengki khianat!

    tapi jangan lupa asal usul kita, semuanya hanya pinjaman semata2 dari Allah SWT... ingat kita akan kembali kepadaNya nanti!

    ReplyDelete
  9. Em2 dengki sampai jumpa bomoh tu takut jgk tengok..nape la sampai macam tu sekali nak meniaga T_T

    ReplyDelete
  10. likee likee likee..
    terbaik kk yup kadang2 pelik jugak bila tgk orang lain degki dengan kejayaan orang lain,,
    semua orang ada rezeki masing-masing kan ;)

    ReplyDelete
  11. hmm, dengki dgn org berbuat kebaikan, ok lah juga kan? kita pun nak wat...tp kalau dengki gitu?hermmm

    ReplyDelete
  12. ko tau tak ade dengki yg positif

    ReplyDelete
  13. betul tu syg ..
    hope dijauhkan dr sifat2 dengki dan dr org2 yg bersifat dengki..

    ReplyDelete
  14. Dengki memang bahaya. Manusia suke tak boleh melihat orang lain lebih sket. Moga kita terjauh dari perasaan ini.

    ReplyDelete
  15. jauhkan diri dari sifat dengki
    sangat2 bahaya

    ReplyDelete
  16. erm hebat

    betulla

    ade baiknye dengki

    tp ke arah positif la

    ReplyDelete
  17. dengki semakin berleluasa skrg..mcm2 nak dengki..pantang tgk org lebih sket..huhu..btw, kias Ramadhan tuh best sgt.. :D

    ReplyDelete
  18. cuka dengki jadi masam le muka masing2.. sedih juga dgn trend sekarang ni.

    ReplyDelete
  19. malam tadi mmg tengok drama tu, patut la saya sakit perut makan murtabak rupa2 nye saye cicah ngan kuah bawang + cuka,..
    jom singgah ke blog saya hari ni ada pelbagai informasi terkini,.
    tajuk utama hari ni di blog saya,.
    ketua wanita pkr gelugor peluk islam,
    4 lelaki rusia dipenjara 36 tahun kerana rogol pelajar malaysia, bapa didakwa kerana cuba sembelih anak,, dan pelbagai info menarik yg ada dari luar dan dalam negara,. jom2 terjah,.

    ReplyDelete
  20. hasad dengki ni blh menarik kte ke mcm2 jenis perbuatan yg kejam... jdi hati2 lah, jauhi sikap yg keji ni..

    ReplyDelete
  21. tngok gak cte tu mlm td...baik pny hos tu kias...

    ReplyDelete
  22. dengki memakan diri..be careful kalo berkawan..sebab ade kawan yg dengki sanggup tikam belakang oh..

    ReplyDelete
  23. sy dgki awk punye blog warna merah . haha

    ReplyDelete
  24. baik. xnak dengki lg la. heheh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com