BLOG ENCIK SUAMI

Friday, August 19, 2011

Eh, Ustazah! : Lailatul Qadar



Alhamdulillah, dah nak hampir ke fasa terakhir dalam bulan Ramadhan. Hari ni ustazah mengajar lagi kat sekolah macam selalu.

Ustazah: Hari ni, ustazah nak sembang-sembang je...boleh?

Nasri: Eh, ustazah! Mana boleh sembang-sembang kosong ajee...nanti kurus pahala puasa kami...

Ustazah: Hehehe... Bukan nak sembang kosong... Tapi sembang berisi. Ha...macam tu, boleh?

Luqman: Ha...boleh, boleh!

Munna: Ustazah nak sembang pasal ape ni ustazah? Kering air liur nak cakap banyak ni.

Diana: Hamboiii...belum tengahari lagi da kering~

Ustazah: Hehehe...insya'Allah bila cakap banyak-banyak pasal benda yang ustazah nak sembang ni mesti jadi basah tekak tu.

Munna: Wahhhhhhhhhhhh! Ape tu, ustazah?

Ustazah: Ha...sape tahu Malam 1000 Bulan?

Nasri: Erkkk! Macam Hikayat 1001 Malam la pulak, ustazah~

Ustazah: Eh, bukannn... Malam 1000 Bulan ni sebenarnya adalah Malam Lailatul Qadar. Malam yang hanya ada pada bulan Ramadhan saje~


Luqman: Owhhh... Malam Lailatul Qadar... Ape yang spesel sangat tentang malam ni ustazah???

Ustazah: Pada Malam Lailatul Qadar ni lah al-Quran diturunkan, boleh tengok maksud ayat pertama dalam surah al-Qadr kat atas nun. Pada malam ni jugak lah malaikat dan Jibril turun ke bumi membawa rahmat, keberkatan, ketenangan dan urusan takdir Allah yang akan berlaku dalam setahun akan datang.

Munna: Erkkkk! Kalau macam tu, mesti banyak pahala kita dapat bila buat amal banyak-banyak, kan ustazah? Sebab semua malaikat turun nak tengok kita~

Ustazah: Aha, macam yang Rasulullah s.a.w pesan dulu-dulu...


Diana: Subhanallah! Baiknya Allah!

Luqman: Tapiii bukan dapat percuma kannnn, kena la beribadah dengan penuh ikhlas~

Ustazah: Aha... Pandai pun anak murid ustazah~

Nasri: Ish, rugilahhhh kalau Malam Lailatul Qadar ni kita tido kan? Aiyakkk! Kalau tertido macam mana?

Munna: Haaa ustazahhhh! Bila Malam Lailatul Qadar? Boleh kitorang prepare awal-awal sikit. Tak la tertinggal nanti. Ekekekeke...

Ustazah: Hehehe... Sebenarnya, tak ada nas yang menunjukkan secara spesifik malam bila berlakunya Lailatul Qadar ni. Tapi Rasulullah pesan jugak...


Ustazah: Dan ada jugak pendapat yang mengatakan Lailatul Qadar tu berlaku pada malam-malam ganjil dalam 10 malam terakhir Ramadhan.

Munna: Oooo... Jadi tak boleh la kita nak target satu-satu malam ajeee... Huhuhu...

Luqman: Huk aloh nkooo... Terus putus semangat ke???

Munna: Errr...mana ade! Semangat lagi ni!

Diana: Ermmm...kalo kita fikir-fikir kan ustazah, mesti ade sebab Allah tak bagi spesifik malam bila Lailatul Qadar tu kan?

Nasri: Tiba-tiba aku rasa ko da pandai lak Diana...

Ustazah: Yup, sebenarnya ada hikmah di sebalik kenapa Allah tak letak tarikh bila-bila. Cer bayangkan kalau Allah tetapkan Malam Lailatul Qadar setiap tahun jatuh pada 27 Ramadhan, ape jadik?

Nasri: Mestilah kita tarawih, qiamullail, berzikir dengan tadarus hanya pada malam 27 Ramadhan tu ajee, malam lain tido... Huhuhu...

Ustazah: Tau takpe... Allah rahsiakan tarikhnya dari pengetahuan kita, supaya kita terus bersemangat beribadah pada 10 malam terakhir tanpa perlu bergantung pada tanda-tanda Lailatul Qadar.

Diana: Tandaaaaaaaaa? Ade tanda ke ustazah???

Ustazah: Aha...ade...


Luqman: Erkkk! Macam semalam pun sedang-sedang panas sejuk ajeee...~

Ustazah: Eheh... Ini hanya pendapat dari salah dua orang perawi hadith. Ada banyak lagi pendapat yang lain kalau kamu rajin godek-godek. Sebenarnya lebih baik kalau kita amek je hikmah Allah rahsiakan malam tu macam yang awal tadi.

Munna: Betul tu, saya setuju, ustazah!

Ustazah: Alhamdulillah... So, 10 malam terakhir nanti ape lagi~ Banyakkanlah beribadah kepada Allah...moga kita semua tergolong antara mereka yang mendapat kemanisan Lailatul Qadar, insya'Allah.

Anak-anak murid: Insya'Allah, ustazah...


"Di bulan Ramadhan ini terdapat Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Barangsiapa diharamkan dari memperoleh kebaikan di dalamnya, maka dia akan luput dari seluruh kebaikan." [HR Ahmad] Jom! Kita manfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan dengan sebaik-baiknya, moga mendapat keberkatan yang dicari!


19 comments:

aimie amalina said...

=)
alhamdulillah...moge kite boleh menyertai malam2 ni kan kak..
insyaAllah~..

Iffah Afeefah said...

terime kasih ustazah sunahhhh

ir prof dr alia rosli said...

em, dah balik rumah iman kene kuat la kak

mas saari said...

insyAllah...

udin said...

insyaAllah.. sama2 la kita beribadat.. :)

Luqeem™ said...

trima kasih ustazah atas info wktu sembang2 tadi :D

insyaAllah..moga kita mndapat sinar ramadhan pada tahun ni, mudah mudahan kta mndapat mlm lailatul qadar tu..insyaAllah..:)

Muslimah Optimis said...

berntunglah siapa yang terpilih.. setelah istiqamah seumur hidupnya melaukan kebaikan dan ibadat..

نور افيره said...

salam..nk tnye , adiah bday GA 31-7 dh diposkan k? ;)

pakNgah Teh said...

good one sunnah! :)

JIJI YU said...

mane ustad nye

Si GaJus!!! said...

InsyaAllah... moga2 bertemu ngn Malam Lailatul Qadar... amin... thanks kongsi yer..:p

cik pulau said...

Ehhmm.. seandainya kitalah insan terpilih yang akan dipertemukan dengan malam lailatul qadar.
moga diizinkanNYa^^,

fiq. said...

harap2 kita dapat jumpa malam ganjil ni,,untung la...

Ajeyy Rawk said...

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

Niena Pengembara Ilahi said...

InsyaAllah.. :)

moga kte berusaha mendapatkan malam itu..

risa said...

rindunya nak membaca kat sini wahai adik;( semoga adik sunah sentiasa dalam lindunganNYA ye dear..

kura said...

moga moga :)

sergeant keroro said...

semoga dapat berjumpa dengan malam lailatul qadar tahun ini :)

Munna said...

thanks sunah....semoga ramadhan kali ni mjadikan kita lebih baik dr sblmnya =)

Novelog Miss Ran: Aku, Dia, dan Paparazzi

Kuntuman Sakura

Blog (167) Blog Review (110) Blogger (57) BM (17) Books (26) Cerpen (14) Cici (41) cinta (34) Dakwah (65) Eh Ustazah (42) gathering (8) iklan (24) Info Sihat (26) Jalan-jalan (47) lirik (22) Motivasi (52) muhasabah (34) Nukilan Jiwa (55) Palestine (21) perkahwinan (38) Puisi (45) Puisi Islamik (15) Ramadhan (21) Review Filem (3) Sakura (33) Tazkirah (87) Tutorial (27) WordlessWednesday (54)
Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya nukilkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya. Sebarang COPYPASTE dari laman Sunah Suka Sakura dot com adalah dibenarkan dengan syarat dikreditkan ke blog ini. Sama-sama menyebarkan perkara yang bermanfaat. Terima kasih.